Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Friday, July 15, 2011

Debaran Penantian 180 Minit Terakhir

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Ya, debaran penantian 180 minit terakhir! 3 jam lagi! Apa yang ada pada jam 12 nanti? UPU! UPU! UPU! Sekejap lagi keputusan UPU akan diumumkan. Debaran semakin terasa sejak awal minggu ni. Memang dah tak sabar nak tahu keputusan UPU ni. Apa yang best sangat kat UPU ni? Ye la, nak tau mengenai tawaran ijazah pertama IPTA kan.... Risau-risau juga kalau tak dapat program dan universiti yang kita minati. 

Kalau dah tunggu keputusan UPU tu, mesti la kena isi borang UPU kan.... Orang selalu tanya,"Kau apply apa Lan?"

Susah nak jawab.... Kenapa? Sebab ada 8 pilihan yang berbeza! Penat tau nak bagi tau satu per satu. Agak-agaknya kan, kalau student accounting nak apply apa ya......


Macam ni? Huh gila kau.... Ini fanatik Accounting namanya.... Lan tak ada la sampai fanatik macam ni. Walaupun memang minat Accounting, tapi ini kerja gila! Kenapa? Ye la, dah la pointer tak dapat 4 rata, jangan harap la nak apply accounting macam ni. Cuma genius je yang boleh apply macam ni. 4 rata? Kenapa tinggi sangat? Memang patut pun nak tinggi... Sebab dalam bidang ni, accounting ibarat raja atau kepala yang berada di atas sekali. Paling top la tu. Alah kira macam Perubatan la program paling bagus dalam bidang Sains. Boleh bayang tak?


What the fish? Tak mau! Tak mau! Tak mau! Ini kerja gila namanya! Fanatik ekonomi? Ayoyo~~~ Tak ada la minat sangat ekonomi sampai jadi macam ni..... Ingat senang ke ekonomi ni? Alah lagipun, kalau orang tak belajar ekonomi ni pun, mereka pasti rasa kursus ini sangat membosankan. Betul ke? Entah la......


Ini satu lagi kerja gila! Fanatik dengan bisnes ke apa? No! No! No! Gila kau nak apply rupa gini..... Semuanya perniagaan..... Tau tak kursus ni kena banyak menghafal? Memang TERBAIK la siapa yang apply macam ni.... Tapi jangan perlekehkan kursus ini ya.... Kerana peluang pekerjaan sangat luas untuk kursus ni. "lan, kau nak buka bisnes ke?" Rasa macam nak lempang laju-laju je siapa yang tanya soalan tu. Apa? Ingat siapa yang belajar bisnes ni mesti buka perniagaan ke? Merepek! Mana ada macam tu.... Malas nak layan....


Ya, inilah permohonan yang sebenar! Seimbang semuanya..... Sasaran utama adalah UM dan UPM. Kalau dapat bisnes pun jadi la.... Harap-harap tak dapat la no 4. Aduh! Menyesal pulak letak no 4 tu.... Kenapa? Sebab kursus ni berat! Berat! Berat! Kena belajar programming macam Computer Science(CS) gitu.... Payah wo.... Tak senang...... Ekonomi? Tak mengharap juga..... Sekarang ni target Business Administration je..... Accountancy kan susah nak dapat.....

Walau apa pun keputusan, hamba Allah ni redho..... Rakan-rakan, tolong doakan kejayaan saya ya.... Cuak sangat-sangat sekarang ni..... Moga-moga la dapat UPM(dah janji dengan kawan) tak pun UM(dah janji dengan kawan). Berapa banyak janji da.... BFF ramai kan.... Dah target nak masuk U yang sama..... tapi rezeki masing-masing..... Kita tak tahu rezeki kita kat mana lagi...... Ok! Tutup cerita! Tunggu keputusan UPU jam 12 nanti.....

Klik SINI untuk semak keputusan UPU anda.

18 people drop their comments!:

NSN Exclussive said...

adoi..same la kite..cuak kan..harap2 dapat yg terbaik untuk kita semua..
:-D

Unknown said...

sama-sama kita tunggu ya....

aina ashaari said...

a very gudluck..klu msuk UPM jd junior aina...

Unknown said...

hehehehe....tak sabar nak tahu....kjap je lagi....

aina ashaari said...

klu chck kul 12 japgi mesti sesak..esok mesti da ok..sllunya msa UPU kuar kul 2 3 pagi japg baru dpt chck...anyway..gudluck yup

Unknown said...

terima kasih....hehehe....menanti penuh sabar.....tengahari ni biar perempuan cek dulu...laki petang2 sikit tak apa.....huhuhu

Muhammad Syaham said...

gud luck lan..
insyaAllah ad rezeki kita jmpe sbb kbnyakan u yg anda pilih sama..cuma ad pbezaan dkt couse sikit..

Unknown said...

dekat setahun kita duduk 1 kuliah...
entah2 lepas ni pon 1 kuliah kot...
hahahahaha

Zahirah said...

hahaha. adeh. penat gelak ni. kan best semua pilihan sama kos. kawan saya ambil accounting untuk semua universiti. hehe. by the way, goodluck! :D

Unknown said...

sah2 kawan awak tu seorang yang sangat bijak dan barangkali 4 flater kan....

Unknown said...

da boleh cek skrang..huhu..cepat!

anumuchan said...

wahh all da bestt!!

hyhhh said...

gudluck haziq...

Zahirah said...

awak dapat u mana?

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

gudluk yerk bro.. semoga menjadi mahasiswa yang berguna nanti yerk :)

tia @ Ini Kisah Tia said...

relakssss . insyaAllah , mesti Allah dah tetapkan yang terbaik untuk awak :)

Unknown said...

terima kasih semua kerana menyokong saya...

Shaherah said...

wah.. gud luck ye.. ^_^

SPONSOR

Ad