Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Thursday, July 14, 2011

Cara Create Friend List di Facebook

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Harini saya nak berkongsi tips cara menghasilkan senarai rakan di Facebook. Mungkin ramai yang sudah tahu, bagi yang belum tahu, boleh la cuba. Yang tak reti nak buat friend list tu mesti pening masa buka chat. Kawan dah la ada beribu. Bercampur-campur ada yang kemal. ada yang tak kenal pun ada. Cara mengatasi masalah ini adalah dengan menghasilkan friend list.

ikut langkah demi langkah ye...


Dari Home masing-masing, sila klik atau pergi ke Profile sendiri. Di situ ada Edit Profile. Klik. Anda akan dibawa ke paparan yang baru.



Apabila muncul paparan baru, sila cari Featured People ataupun Friends and Family. Anda mesti ada salah satu. Mustahil ada kedua-duanya sekali. 



Muncul paparan baru. Scroll down atau tarik je ke bawah page tu. Cari Create New List. Klik



Akan muncul satu kotak senarai rakan anda. Isi tempat kosong dengan nama group/kumpulan rakan/kelas rakan anda dengan nama yang anda sukai. Contohnya, PELAJAR. Kemudian mark/tandakan rakan-rakan yang anda mahu masukkan ke dalam senarai/list tersebut. Setelah selesai, sila klik Create List.



List/senarai rakan anda telah dihasilkan. Mudah bukan? Jika anda mahu menambah rakan dalam senarai/list yang telah dihasilkan, klik pada Add an existing list or group



Satu kotak akan mincul dengan senarai kumpulan yang telah dihasilkan. Pilih mana-mana yang anda suka, kemudia klik ADD. Ulangi langkah yang sama seperti di atas.



Akhir sekali, klik pada Save Changes. Jangan lupa simpan/save kerana sia-sialah usaha anda jika anda tidak menyimpannya. Sistem tidak akan menyimpannya secara automatik.



Selamat mencuba!

Nota kaki: Kredit buat Sallehudin yang telah menghasilkan screen shot ini.

1 people drop their comments!:

Unknown said...

eyfa malas nk buat friendlist. semua sama je :P

SPONSOR

Ad