Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, July 25, 2011

16 SEBAB LELAKI BELUM KAHWIN

1. Duit belum cukup
Perempuan mana tahu susahnya lelaki nak kumpul duit nak bayar mas kawin, hantan dan lain-lain. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Macam nak jual anak je. Kami kaum lelaki terpaksa makan megi nak kumpul duit. Megi pun dah nak naik harga sekarang. Huhu..

2. Nak beli kereta dulu
Tak ada kereta perempuan pun pandang kita sebelah mata je. Perempuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas kan? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. Susah nak cari yang berkenan dihati
Memang susah pun. Peremmpuan sekarang ini ada duit abangku sayang, tak ada duit sayangpun hilang!

4. Tak datang seru lagi kot
Calon pun tak ada, Macam mana nak kahwin?

5. Banyak sangat halangan
Banyak sangatla prosedur sekarang ni. Nak kena masuk kursus, ujian HIV lagi. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak! Hehe..

6. Belum sedia pikul tanggungjawab
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Sekarang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri pun belum terlaksana lagi.

7. Ilmu tak cukup lagi la
Ilmu batin tu memang la dah cukup. Sejak dapat mimpi basah yang pertama tu kita dah expert dah. Tapi ilmu rumahtangga + soal-soal orang perempuan belum khatam lagi. Takut nanti rumahtangga huru-hara orang salahkan kita pulak!

8. Belum sedia tanggung dosa isteri
Kalau dapat isteri yang 2 x 5, kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri. Hehehe..

9. Dah mencubalah tapi dikecewakan
Bukan orang perempuan je yang selalu dikecewakan, orang lelaki pun sering jugak dikecewakan. Tu yang kadang-kadang rasa fobia dan trauma nak kahwin tu.. :(

10. Banyak perkara nak kena fikir dulu
Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami yang tanggung. Banyak perkara yang perlu difikirkan untuk persiapan mental dan fizikal.

11. Jodoh tak sampai lagi kot
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Entah apa yang perempuan dok cari tu ! Huh!

12. Perempuan ni kuat sangat merajuk
Perempuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan. Habis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin! :)

13. Perempuan kadang2 payah nak ikut apa yang kita cakap
Perempuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14. Nak carik yang solehah lah
Dah jumpa tapi dah berpunya?Takkan nak rampas orang punya kot.

15. Nak sambung belajar dulu
Awek ada master @ PHD. Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject. Mesti kena sama ataupun tinggi lagi pelajaran.

16. Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya
Yang suka tak nak pulak dekat saya, yang tak suka ramai pulak. Adoii..

Disalin dan diubahsuai daripada : Tentangcinta.com

Jom join segmen INI.

7 people drop their comments!:

Dhiya Fariza said...

nice entry! haha byknya reasons

Dianaa said...

bagus juga kalau sedar semua tu. kalau lepas kawin baru sedar takbole buat semua tu, memang hancur la rumah tangga

Ezad Skytech said...

ada jugak betulnya antara 16 sebab ni..heee~

p/s : zaman skrg ni kalau takde RM10k-RM15k mmg tak kahwin la...haha~

ZURAINI said...

mana ada pompuan jatuh standard naik bus. saye naik jep. grr,.. haha

Ahmad Haziq Azlan said...

banyak dugaan wo~~~

Itminaan said...

Nice post. For whatever reason it maybe, selalulah doa pada Allah supaya dipermudahkan urusan ni. Kalau 16 perkara ni dianggap halangan, maka pasti ada jalan keluar nya tak? Selalulah doa untuk isteri solehah, InsyaAllah walaupun kita tak tahu dari mana dia akan muncul,jangan putus asa, Allah terima doa orang yang bersungguh-sungguh.

Ahmad Haziq Azlan said...

pasti

SPONSOR

Ad