Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Wednesday, July 6, 2011

Dada Ayam Untuk Dada Bidang

daging dada ayam merupakan makanan utama atlit binaraga. hal ini disebabkan kerana daging dada ayam mengandung 19 jenis protein dan asam amino yang tinggi.protein diperlukan untuk membina dan memulihkan sel otot.

tahukah anda? daging dada ayam mempunyai kadar lemak yang relatif lebih kecil berbanding dengan paha ayam. sehingga dada ayam merupakan makanan yang sangat baik untuk fitnessmania baik yang sedang melakukan program weight loss mahupun program muscle building. tentunya keperluan pengambilan daging dada ayam bagi para bodybuilder berbeza dengan orang-orang biasa kerana keperluan harian yang dianjurkan berbeza. usahakan memilih daging ayam kampung daripada daging ayam broiler kerana lebih bernutrisi dan sihat.

tetapi perlu diingat bahawa cara memasak makanan berpengaruh terhadap perubahan kandungan nutrisinya. dada ayam goreng akan jauh lebih berlemak daripada dada ayam yang direbus atau dipanggang. jadi cara pemprosesan yang terbaik adalah dengan mengkukus, merebus dan memanggang. elakkan memasak dada ayam dengan cara menggoreng. kandungan lemak dan kolesterolnya akan meningkat tajam setelah digoreng. jangan lupa juga untuk memisahkan dan tidak mengambil kulit dan jerohan ayam kerana mengandungi kadar lemak yang tinggi pula.

100 gr dada ayam rebus tanpa kulit mengandungi 29 gr protein; 165 mg fosforus; 22,3 mcg selenium; 0,3 mg vitamin b6; 8,5 mg niacin; 78,5 mg choline. kandungan jenis protein dan asam amino yang tertinggi adalah glutamic acid iaitu sebanyak 4340 mg disusuli aspartic acid (2583 mg), lysine (2462 mg) dan leucine (2175 mg).

namun anda perlu mewaspadai kandungan kolesterolnya yang tinggi iaitu 77 mg per 100 gram dada ayam rebus tanpa kulit. kandungan sodiumnya juga lumayan tinggi iaitu 63 mg untuk jumlah yang sama. kalorinya juga tergolong cukup tinggi iaitu 151 dengan pembahagian kalori daripada protein sebanyak 124 dan daripada lemak sebesar 27,3.


kandungan asam lemak omega 3 dan omega 6 dalam daging dada ayam juga cukup bagus iaitu masing-masing 60 mg dan 500 mg. dada ayam juga mengandungi lemak tak jenuh tunggal, epa, dha, zinc dan selenium sebagai nutrisi anti-keradangan. namun sekaligus juga mengandungi lemak tepu dan asid Arachidonic yang boleh menyebabkan keradangan.
kandungan satu 100 gr daging dada ayam tanpa kulit


protein dan asam amino %dv
protein 29.0 g 58% 
tryptophan 339 mg 
threonine 1224 mg 
isoleucine 1530 mg 
leucine 2175 mg 
lysine 2462 mg 
methionine 802 mg 
cystine 371 mg 
phenylalanine 1150 mg 
tyrosine 978 mg 
valine 1437 mg 
arginine 1748 mg 
histidine 900 mg 
alanine 1581 mg 
aspartic acid 2583 mg 
glutamic acid 4340 mg 
glycine 1424 mg 
proline 1192 mg 
serine 997 mg 
hydroxyproline ~ vitamin, mineral dan lain-lain %dv riboflavin 0.1 mg 
7% niacin 8.5 mg 
42% vitamin b6 0.3 mg 
17% choline 78.5 mg 
betaine 5.7 mg 
fosfor 165 mg 
17% zinc 1.0 mg 6% 
selenium 22.3 mcg 
32% cholesterol 77.0 mg 
26% water 68.3 g

0 people drop their comments!:

SPONSOR

Ad