Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.
Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.
Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.
Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.
Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.
- Diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak
- Alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut bukan terhasil daripada proses pembuatan arak
- Kandungan Alkohol yg sedikit seperti terkandung dalam keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini di sini.
Jadi bagi sesiapa yang masih ragu-ragu untuk meminum Barbican ini, jangan risau kerana ia sah halal untuk diminum. Saya sendiri belum menjumpainya. Agak-agak ada tak di Johor ya? Teringin pula nak rasa.
8 people drop their comments!:
ayooo
cam mne pon
x bani nak minum..
penah mnum x?
ape ase nye eyh?
aq kalau tgk botol2 macam ni tak minum la...heee~
terima kasih sebab join segmen saya.welcome to my bloglist!
ade bro air ni kt johor~~~
sy pena minum tyme ramadhan~~
ade jual kt bzar~~=)
aimie: xsedap ne pun air ni~~~
skali minum mmg sy xbeli lg~~~
aimie: tak pernah pon
ezad: try la...
syazwn: sama sama
anon: siapakah anda?
Post a Comment