Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Thursday, June 30, 2011

Cara Menjimatkan Petrol


K-FuelSaver (CC 007)

K-FuelSaver™ membantu menjimatkan penggunaan petrol, meningkatkan kuasa dan mengurangkan bahan pencemar. Selain itu, K-FuelSaver™ juga boleh membantu meningkatkan kualiti bahan api, menghapuskan endapan karbon, meningkatkan kuasa oktana, meningkatkan prestasi enjin dan memanjangkan jangka hayat enjin.

Berminat sila PM saya melalui Facebook dan hantar nama anda alamat anda serta nama produk.


Anda juga boleh klik SINI untuk lihat senarai produk yang lain.

Wednesday, June 29, 2011

Tip-tip Mengelak Ditipu Penjual Durian


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Pada senja ini (matahari dah nak terbenam) saya ingin berkongsi tip-tip bagi mengelak ditipu penjual durian di pasar malam. Ini bukan main-main ya. Kita selaku pembeli dan pengguna harus memilih dengan bijak! Malangnya saya telah ditipu semalam. Semalam saya telah ke pasar malam di Taman Perpaduan, Bercham, Ipoh, Perak, Malaysia.

Kebetulan saya memang mengidam nak makan buah durian. Sampai sahaja di pasar, saya terus meluru ke penjual durian. Saya cari penjual yang ada meletakkan tanda harga. Malas nak bertanya sebenarnya. Walaubagaimanapun, sebenarnya meletakkan tanda harga ada kewajipan dan tanggungjawab penjual atau pekedai kepada pembeli. Tanda harga harus ditunjukkan bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembeli atau pelanggan.

Bulan lepas saya ada membeli selonggok durian dengan harga RM10. Tapi memang kecil² semuanya. Dapat la dalam 7 biji. Saya ingatkan dapat la yang manis² seperti di kampung. Tapi hampeh. Tawar. Mengko. Hampa gitu. Tak sedap pun ngap je seorang 3 biji. Baki 4 biji lagi bawa balik kampung. Hahahahaha.... Tak tau la mak buat apa dengan durian kecik tu.

lebih kurang macam ni la

Kembali kepada kisah durian saya semalam. Selonggok RM10. Kali ini bukan yang kecik lagi dah tapi yang BESAR PUNYA~~~ Dapat 3 biji. Berat peh~~~ Lebih 10kg ada kot.... Memang penuh la bakul motor tu. Nak pusing handle punya la susah.....

sekadar hiasan

Bila sampai rumah, buka plastik, hampa dan hampeh. rasanya. Ingatkan dapat la durian kuning macam dalam gambar ni. Tapi......... Rosak! Rosak! Rosak! 

Tip-tip memilih durian yang baik
  • JANGAN pilih yang terlalu hijau atau hijau pekat. Itu tanda masih mentah
  • kulit yang sedikit kekuningan tanda buah sudah masak dan ranum
  • JANGAN pilih durian yang kulitnya terlalu kuning dan ada rekahan. Itu tanda buah terlebih masak dan mungkin lebih sesuai dibuat tempoyak sahaja
  • JANGAN pilih durian yang terlalu besar rekahannya. Tiada rekahan adalah lebih baik. Rekahan yang besar tanda isi telah rosak. Saya sendiri telah menjadi mangsa. Sia-sia sahaja sebiji telah rosak.
  • JANGAN makan isi durian yang telah 'berbuih'. Itu tanda buah telah rosak walaupuntidak berbau busuk. Isi ini tidak sesuai dijadikan tempoyak. Anda mungkin akan mengalami keracunan makan (sakit perut) jika memakannya
  • pilih sendiri durian anda
  • jangan aci 'serkap' durian longgok dengan harga murah. Penjual mungkin sengaja ingin menjual buah yang telah rosak
  • hidu buah durian tersebut. Warna yang cantik belum tentu manis baunya
  • jika buah masinh hijau dan tiada rekahan, minta penjual kopek lubang bagi anda melihat isinya. Don't judge the book by it's cover
  • JANGAN makan isi durian yang berwarna jingga (warna oren) kerana TINGGI KOLESTROL!!!!!!


Selamat mencekik derian!!!!!!!!!!!!!

klik SINI dan SINI

SENAMAN KEMUT BAGI LELAKI

NAMA senaman kemut mungkin agak melucukan. Namun, di dalam kesihatan, senaman ini mempunyai banyak khasiat untuk organ seksual sama ada lelaki atau wanita.

Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku dengan lelaki akan berasa lubang najis tersempal dan jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi mereka yang ada buasir pula penyakit itu menjadi ketara dan menyakitkan tetapi sebaliknya kepada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan.

Bagaimanapun, jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada.


Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki ialah dengan merapatkan kedua-dua pehanya dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat serta tahan nafas seketika antara 3-5 saat sebelum legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.

Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut ialah dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Senaman kemut tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana yang dipaparkan dalam internet yang mendakwa kaedah pembesaran zakar dengan cara senaman kemut yang kononnya amalan orang Arab.

Yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang sedang ereksi itu dikemutkan akan mudah bergerak dengan lancar di dalam faraj.

Malah, mengemut juga mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika menggerakkan zakar dilakukan ke dalam faraj dengan keadaan lelaki itu sedang mengemut, pasangan akan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi sehingga ke liang lahad!  


Cara Syaitan buka aurat Wanita



Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:

1. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apa pun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan. .
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?”, begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Itu tidak apa-apa kan?”

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi, “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya gitu-gitu saja, tak ‘cool’, carilah fesyen atau bahan lain yang lebih bagus!” “Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, dicarinya fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin”, begitu syaitan menokok-nambah. Hasil pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya ‘cool’ dan ‘vogue’, yakni dibisikkan kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa lebih baik ia di belah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan bebas bergerak.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata membuat lebih selesa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Erm, tersingkap sedikit tak apa-apalah, yang penting enjoy,” katanya.
Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih ‘power’, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang memadai, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki. Ini baru agak longgar. Oh, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, orang tetap menamakannya dengan tudung.”
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bercanggah dengan para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”

“Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki”, wanita bersungut. “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ‘oh’ atau ‘wow’, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

3. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah peha lalu dipakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh peha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’uzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Demikian halus cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama ibu bapa jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apa pun, segera mengambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka ia akan menjadi sesuatu yang sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Tuesday, June 28, 2011

Pengaruh freemason telah lama bertapak di Malaysia

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat


Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.


Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.


Freemasonry serta tunjang Zionisme telah lama bertapakdi Malaysia. Freemasonry dikatakan telah berselindung di sebalik gerakan keagamaan di Malaysia. Hakikatnya,mereka membawa masyarakat ke arah kebebasan serta kehidupan anti-Tuhan. Kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terhadap kewujudan Freemasonry diMalaysia.

Antara bukti kewujudan Freemasonry adalah;
1.Gerakan Sisters In Islam
2.Agama Kerajaan Langit Ayah Pin
3.Fahaman Sosialisme dan Komunisme
3.Freethinkers
4.Islam Liberal
5.Gereja antiKhatolik (tidak semua)
6.Sistem politik demokrasi British

Fremasonry adalah gerakan rahsia Yahudismeuntuk menghancurkan agama-agam dan bangsa lain di dunia untuk menjadikan bangsa Yahudi sebagai penguasa tunggal dunia.

Baik Islam, Kristian, Hindu atau sebarang agama sekalipun, Freemasonry akan cuba menyerap ke dalamnya dan merosakkan nilai-nilai baik setiap agama. 'jew is threat to human civilization' Zionisme dan Freemasonry adalah nadi yahudi hari ini dan formula mereka mewujudkan negara Israel Raya.


Pengaruh freemason dalam makanan melayu dapat dilihat seperti dalam gambar ini.


Selain itu juga, seluar dalam zaman sekarang juga ada unusr-unsur freemason



Monday, June 27, 2011

Tiga Jenis Homo Sapien


Terdapat tiga spesies homo sapien (manusia) di bumi ini iaitu:
i. spesies
BERJAYA: hari ini lebih baik daripada semalam.
ii. spesies
TERPEDAYA: hari ini sama seperti semalam.
iii. spesies
CELAKA: hari ini lebih teruk daripada semalam.


Renungilah........

Bila Body Builder Menjadi Penyanyi Berduet Dengan Negro

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Pada petang yang hening ini aku nak share dengan komer video klip ni
Tadi aku saje la jalan² dalam Youtube lepas habis tengok Fullmetal Alchemist versi movie.
Terjumpa pulak video muzik ni

Memang aku tak kenal pon sape penyanyi ni.
Tapi video ni memang tak boleh blah la~~~
Korang layan je la ye
hehehehehe


Selain penyanyi lelaki ni yang tak boleh blah, penyanyi negro ni pun buat muka terangsang tak sudah. Backup dancer kat belakang pun tak tahan, buat lawak je memanjang. Gelek sana, gelek sini. Adoyai~~~ Hilarious giler la.......Setelah aku godek² dalam internet ni, huh nak cari lirik lirik tak jumpa pulak. Jumpa benda lain ada la. Aduh rupa²nya lelaki n i bintang gay rupanya. Adush! Bangang punya mat saleh.

Badan cantik dah. Bodybuilder plak....Last², gay rupanya!!!!! Bongok betul.....Klik SINI untuk lihat mengapa lelaki berubah menjadi gay. Tapi macam tak kena je dengan yang sorang ni....Adoyai~~~~


Zeb Atlas, the world’s leading gay icon, starred in our video “Stop For Love” with Pearly Gates, a video that has to date had a stunning 140000+ views! Zeb and Pearly’s sizzling new version of the classic Diana Ross hit “Love Hangover” has gained even more attention and press coverage and gossip (not to mention its share of bitching) on the gay network since it was leaked on The Sword website on the 16th January without our knowledge. Zeb’s debut as a pop star is a tongue’n cheek version of Diana Ross’ 1976 #1-hit “Love Hangover” with the unmistakable French touch by Laurent Schark. Pearly Gates, hot on the heels of our album with her, “On A Winning Streak” (also containing the video “Stop For Love” with Zeb), joins in the fun. So now here it is – love it or hate it – the brand new video, officially released! LOVE HANGOVER Starring ZEB ATLAS And PEARLY GATES Music & Lyrics: Pamela Sawyer & Marilyn McLeod (c) Jobete Music Co. Inc./EMI Songs International Produced By Darren Harvey-Beswick, Soren Jensen and Laurent Schark Video Directed By Darren Harvey-Beswick And USP-Movies, Liège, Belgium All Copyright In This Video & Sound Recording (c) 2011 Night Dance Records

Klik SINI dan SINI

Astro : Gerak Kempen Sendiri Di Facebook

Mari kita semua selaku pengguna share berita atau mesej ini kepada seramai mungkin rakan kita di Facebook (FB) kerana ada mesej yang kita selaku pengguna mahu sampaikan dan kongsi dengan rakan-rakan.
Kita mahu semua orang, tidak kira di mana tahu bahawa kita tidak senang dengan tindakan Astro yang mahu menaikkan harga pakejnya bermula 11 Julai depan.
Astro jangan memekakkan telinga
Daripada komen-komen yang kami terima, ramai yang kesal kerana Astro berulang kali menyiarkan program yang sama. Bayar untuk apa kalau kena tonton benda yang sama setiap hari.
Penulis pun tidak nafikan, rancangan Astro berulang berpuluh kali, kalau dikira mungkin beratus kali. Kot beribu kali pun mungkin juga. Jangan terperanjat kalau-kalau ada program yang mungkin diulang tayang berjuta kali. Kena periksa berapa kali Astro ulang tayang programnya dalam setahun.
Ramai yang kesal kerana Astro hilang siaran ketika hujan. Tidak ada sesiapa pun tahu sama ada pengguna berhak mendapat pampasan atau tidak untuk masalah kehilangan perkhidmatan ini.
Yuran penyambungan semula adalah amat tinggi.
Pengguna sudah bayar yuran langganan, ada pula iklan yang perlu dilayan.
Pengguna tidak mahu monopoli. Muak dengan monopoli Astro.
Ada yang mencadangkan RTM juga diberikan hak untuk membuat siaran televisyen berbayar. Boleh pakai idea itu sebenarnya.
Apa pun, berita ini akan kami simpan di laman web kami sehingga 10 Julai….dan andai kata pada 11 Julai harga tetap naik, tidak tahulah apa boleh kita buat.
Potong penyambungan mungkin pilihan yang ada.
Namun apa pun, yang penting kita semua ada mencuba untuk melakukan sesuatu, tak besar….cara yang kecil dan mudah….share mesej ini…janji kita ada buat, bukan setakat komen atau marah kat belakang aje.
sila klik SINI dan SINI

Proses Perubahan Ayam dari Telur

Assalamulaikum wbt dan salam 1Malaysia. 
Tengah-tengah malam buta ni nak buat entri mengenai keajaiban dan keindahan kuasa Allah. Komer nengok je le bawah ni. Hayati setiap gambar satu per satu.

















klik SINI dan SINI

Sunday, June 26, 2011

Homeroom


















Sistem homeroom adalah salah satu sistem yang digunakan di dalam MRSM. Homeroom bertindak sebagai keluarga kecil yang terdiri daripada sekumpulan pelajar. Setiap homeroom mempunyai guru masing-masing yang akan bertindak sebagai ibu angkat atau bapa angkat kepada keluarga kecil tersebut.

Ahli setiap homeroom itu tudak semestinya datang dari kelas yang sama, sebaliknya ahli juga boleh datang dari kelas yang berbeza-beza. Bagaimanapun, hal ini bergantung kepada pihak pengurusan maktab tersebut yang menentukannya. Seperti di MRSM Pasir Salak, ahli homeroom datang dari kelas yang sama. Sesebuah kelas itu akan dibahagikan secara sama rata kepada dua buah homeroom. Perkara yang berbeza pula berlaku di MRSM Balik Pulau, ahli setiap homeroom itu datang dari kelas yang berbeza. Seperti yang telah dinyatakan di atas, hal ini bergantung kepada pihak pengurusan sesebuah maktab tersebut.

Walaupun, ini adalah situasi pada tahun 2009. Setelah dua tahun meninggalkan maktab, banyak perubahan yang telah berlaku. Kemungkinan besar, sistem Homeroom di Transkrian telah berubah sepenuhnya. Siapa tahu? Homeroom ini ternyata berjaya merapatkan hubungan silaturahim sesama pelajar dan juga guru. Buktinya, saya sendiri masih berhubung dan hubungan kami kian rapat sehingga kini.

Saturday, June 25, 2011

Pokemon Bukan Khayalan Dan Wujud Di Dunia Realiti


Siapa kata Pokemon sekadar kartun semata-mata?
Kalau berani meh tunjuk muka.
Betul la Pokemon betul² wujud di dunia rialiti.
Tak percaya?
Tengok bawah ni
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Sekarang dah percaya kan.... Ha, kan betul tak tipu....Pandai² je korang kata Pokemon ni kartun Jepun. Ada je wujud..... Bukti dah ada.....Berani nak pertikai ??????



Klik SINI dan SINI.

Kewajipan Bertudung: Perlukah Dipersoal?


“Ala..motor rosak la …lagipun biasanya Ustaz masuk lambat…,”kata seorang pelajar.
“Ish..masuk ni dah kira tiap-tiap hari enta sampai lambat..alasan pulak sama! Ustaz masuk lambat sebab bagi peluang kat pelajar-pelajar bersiap sedia sebelum dia masuk mengajar..,"balas saya sebagai dhobit (pengawas) bertugas pada hari tersebut.
 “Bagi ana tak salah pun datang lambat..ana pelajar di sini, bayar yuran, ikut suka hati ana la untuk datang bila-bila masa.,” balas pelajar itu dengan nada agak kasar. Saya tersenyum, sambil memikirkan satu jawapan yang bernas.
“Macam ni la, ana bagi enta pelepasan kali ini, tapi ana nasihatkan enta pergi Idarah (pejabat sekolah) dan isi borang berhenti sekolah”.
Terkejut pelajar itu, lantas menjawab.“Kenapa pula enta suruh ana berhenti sekolah?”
 Saya menjawab sambil tersenyum.“Ana nasihatkan enta berhenti sekolah, dan cari satu sekolah yang membenarkan pelajar-pelajar datang lewat ke sekolah, nanti takde la sesiapa nak sekat atau denda enta nanti, macam kebiasaan ana buat ni..”
Muka pelajar itu merah seketika, kerana ter”kena” dengan kata-kata saya itu. Saya mencatat namanya untuk dibawa kepada Guru Disiplin, dia pun tidak lagi membantah seperti sebelum ini, mungkin kerana terkesan dengan kata-kata saya sebentar tadi.
 Apa kaitan kisah ini dan hukum bertudung?
Jawapannya mudah, Allah adalah Rabbul ‘Alamin (Pemilik Sekalian Alam), lantas DIA Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dan makhluk untuk menjadi isi alam ini. Lantas untuk mengimbang tara alam dan isinya, DIA telah menetapkan hukum dan batasan yang mesti dipatuhi oleh semua makhluk terutama manusia selaku khalifah di bumi ini. Antara hukum yang ditetapkan ialah kewajipan bertudung bagi golongan wanita yang mesti dipatuhi sepenuhnya tanpa ada sebarang bantahan.
 Jika masih ada yang membantah dan mempertikai, memadailah kisah di atas yang dijadikan iktibar untuk kita sama-sama berfikir sejenak . Allah adalah pemilik alam ini, DIA lah yang menetapkan hukum-hakam diatasa muka bumi, manusia sebagai penumpang alam ini mestilah mematuhi segala hukum hakam yang telah ditetapkan Nya. Jika masih ada yang terfikir untuk mempertikai dan membantah, adalah dicadangkan untuk mereka mencari satu dunia atau alam yang baru, yang mana Pemiliknya membenarkan sepenuhnya penghuninya tidak memakai tudung, sebagaimana pelajar tadi disarankan mencari satu sekolah baru yang tiada peraturan berkenaan datang lewat.

 Dalam Surah An-Nur, Ayat 31, Allah berfirman:
   وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Ayat hukum di atas, jelas menerangkan kewajipan menutup dengan kain tudung (penutup kepala) sehingga ke paras dada, tanpa perselisihan dari mana-mana ulamak tentang hukum yang telah ditetapkan ini. Kepentingan menjaga aurat bukan sahaja mempunyai kebaikan untuk golongan wanita, bahkan keselamatan mereka lebih terjamin, tambahan mata-mata lelaki lebih terjaga dan secara langsung hati lelaki lebih terpelihara. Seterusnya, kesejahteraan dunia dan alam ini terjamin.
 Dalam satu ayat lain, Surah Al-Ahzab, Ayat 59 Allah berfirman:
    يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
 “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Di dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa hikmah penutupan aurat dengan selengkapnya adalah untuk dikenali sebagai wanita muslimah dan paling penting, untuk mengelakkan dari diganggu oleh kaum lelaki yang berniat jahat, sebagaimana dinyatakan sebab turun ayat ini dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir.
Namun, pelbagai alasan pula timbul dari kalangan wanita yang sudah bertudung, tetapi dek kerana fesyen semasa dengan pelbagai jenis tudung di pasaran yang mampu merambang mata mereka, bahkan mampu menggugat iman mereka, ditambah bisikan dari musuh nyata seluruh anak adam iaitu Iblis dan konco-konconya yang mengenakan slogan. “Islam tidak menyekat untuk berfesyen, asalkan bertudung sudah memadai!”
 Ada seorang sahabat menghantar SMS meminta untuk menjawab satu soalan cepu emas yang diutarakan oleh kaum wanita berkenaan tudung. Persoalannya tidak mempertikai, tetapi berbaur unsur mencari alasan, (wallahu’alam…) : “Tudung bagi wanita adalah labuh ke dada, jadi..labuh kat depan je la, setakat dada, belakang takpe kut kalau tak labuh?” Astghfirullahal ‘Azim.. Itu sahaja yang mampu diucapkan sambil jari-jemari mula menekan mencari ayat-ayat hukum berkenaan tudung untuk menjawab persoalan yang dianggap remeh, tetapi cukup untuk memeningkan kepala agar terjumpa jawapannya. Akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya telah saya jumpai sebagaimana yang tertulis di dalam ayat 31, Surah An-Nur yang didatangkan sebelum ini.
 “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya”.
Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan perkataan Sudur (dada), tetapi Allah menggunakan perkataan Juyub (paras dada/poket), justeru, secara bahasanya Allah telah menjawab dengan jelas persoalan yang baru sahaja muncul di kurun moden ini, yang mana bermaksud apa sahaja yang se”paras” dengan dada mesti ditutup/dilabuhkan ke tahap itu.
Malah jika diperhatikan dari sudut bahasa lagi, dalam ayat itu (Walyadribna) Allah menggunakan Tawkid (penguat ayat/arahan) iaitu huruf BI, dinamakan BAA\' AZZA\'IDAH yang biasanya AZZA\'IDAH (Tambahan) dalam bahasa Arab adalah menunjukkan betapa seriusnya arahan tersebut bagi meyakinkan pendengar-pendengar, di samping menunjukkan melabuhkan lebih dari paras yang ditetapkan adalah lebih baik! Tambahan pula, ada disebut dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Kitab Ad-Durr Al-Manthur (Oleh Imam As-Sayuthi), diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim, daripada Sa'id b. Jabir: Ayat (Walyadribna) bermaksud "Melebihkan (labuhan)".
Justeru, hukum bertudung adalah lengkap sebagaimana Allah terangkan dalam ayat tersebut, malah dikuatkan lagi dengan dalil Hadis Nabi SAW ketika mana Asma’ bt Abu Bakr As-Siddiq keluar dengan memakai pakaian nipis dan jarang, lantas Nabi SAW menegur dengan bersabda: “Sesungguh seorang wanita apabila baligh, tidak boleh menampakkan daripadanya (badannya) kecuali ini.” Nabi SAW sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya (Asma’). 
Kewajipan bertudung sudah nyata diterangkan didalam Al-Qur'an namun,masih ada lagi yang membantah.
Jika begitu, carilah satu tempat yang tiada lagi batasan dan sekatan, boleh pakai apa sahaja yang dikehendaki dan disukai... Namun persoalannya, adakah wujud tempat sebegitu?
 Allah berfirman, dalam Surah An-Nisa Ayat 78:
   أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُواْ هَـٰذِهِ مِنْ عِندِ اللهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُواْ هَـٰذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلًّ مِّنْ عِندِ اللهِ فَمَا لِهَـٰؤُلاء الْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثاً
 Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh (bintang/planet yang jauh), dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami sedikit pun pernyataan (nasihat dan kebenaran)? Akhir sekali, sebagai kesimpulan, kaum hawa amat dipelihara sepenuhnya oleh Islam kerana mereka merupakan mutiara berharga, lagi ditutup dan tidak terdedah, lagi berharga lah wanita itu.
Dalam memastikan “harga” ini sentiasa “mahal” terutamanya dari segi maruah, adalah disyorkan sebelum keluar dari rumah dan terdedah kepada suasana luar yang pelbagai ragam dan mata sedang memandang, pastikan segala-galanya ditutup rapi, yang penting semua yang boleh menimbulkan syahwat mata yang memandang dan menjadi fitnah (tidak selamat bagi mereka), maka tutuplah dan berhati-hatilah, seperti wangi-wangian. Untuk memastikan memenuhi piawaian yang ditetapkan, tanyalah kaum adam dari kalangan adik-beradik atau saudara yang mahram atau suami sendiri, kerana jika bertanya kepada kaum yang sejenis, akan dikatakan “tidak mengapa”.. “OK dah”.. “Cantik dah”..dan macam-macam lagi jawapan yang mana diukur dengan mata mereka semata-mata, sedangkan kaum adam ini lebih peka dalam hal-hal ini.
Sebagai contoh,mungkin bagi kaum hawa sesama mereka dirasakan wangian yang dipakai biasa sahaja dan tidak kuat bauannya, tetapi bagi kaum adam, ia cukup membuatkan jiwa dalam bergelodak! Semoga Allah memelihara kaum hawa pada zaman ini, agar terjaga hati-hati kaum Adam yang begitu lemah, jika godaannya adalah dari kaum hawa yang mana lebih hebat dari godaan Iblis dan konco-konconya.
sumber

klik SINI, SINI dan SINI.

SPONSOR

Ad