Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Hari ni teman nak kongsikan tips macam mana nak daftarkan blog komer kat enjin carian seperti Google, Yahoo! dan Bing. Teman nak kongsi ni pun sebab nak tolong kawan teman kat UUM tu, kena buat assignment IT. Kena letak blog deme dalam Top 30 enjin carian.
Ya, mesti ramai blogger otai kat luar sana yang suka main keyword dab SEO (tak tau lagi apa benda ni) untuk meletakkan blog mereka di kedudukan yang tinggi. Tapi cara ini juga turut berkesan. Blog teman ni picisan je. Tak ada apa pun. Tapi bila daftar kat enjin carian je, terus naik Alexa Rangking blog ni.
Tips atau tutorial ni bukan teman yang buat pun. Kawan teman yang buat. Kamarul nama dia. dia pun dah lama tak update blog dia. Ok, komer ikut ya.......
Kat atas ni adalah draf atau conteng conteng teman salin jadual exam dari laman web Fakulti Pengurisan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM) di SINI. Ini adalah jadual exam yang teman kena lalui sebagai pelajar Tahun 1 Bachelor of Management (Marketing). Komer faham ke apa yang tulis kat white board tu? Meh teman kongsikan......
7/1/2011 (Sabtu) SDH1703 Business Mathematics - Kolej Tun Hussein Onn
9/1/2011 (Isnin) SHF1113 Principle of Marketing - Kolej Tun Dr. Ismail
10/1/2011 (Selasa) SHD1113 Microeconomics - Kolej Tun Dr. Ismail
12/1/2011 (Khamis) SHY1043 Creative and Critical Thinking - Kolej Tun Hussein Onn
13/1/2011 (Jumaat) SHC1123 Foundations of Accounting - Dewan Sri Iskandar
Komer jangan pelik pulak kami ambik periksa kat kolej. Sebenarnya kolej-kolej banyak yang ada dewan besar. Tu pasal jadi dewan exam terus. Kalau nak harap dewan besar, mana cukup nak tampung 20 ribu student dalam satu satu masa.
Moga-moga teman dapat jawab exam dengan baik. Risau ni. Study week sekarang ni...........
Hari ini mengadap latop, siaplan video ni menggunakan Photoscape dan Vegas Pro walaupun tak pro pon. Hahahahaha Suasah weh nak buat video ni....... Usaha tangga kejayaan!!!!!
Video ini adalah assignment terakhir untuk CCT. Baru siap 1 video. Ada 13 video lagi. Dah la Selasa ni nak kena hantar dah. Adoyai~~~~ Apa kata komer komen sikit video ni ok ke tak ya......
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengutuk tindakan beberapa pihak yang mengecam dan membuat pelbagai ugutan jahat terhadap Adam Adli. Tindakan tersebut mencerminkan langkah tidak bertamadun dan menyanggah amalan demokrasi di Negara ini.
Walaupun menghormati pendirian dan kritikan membina, akan tetapi ianya dilihat semakin tidak terkawal setelah ada Adam mendakwa telah menerima pelbagai ugutan malah menuduh dengan pelbagai serangan moral mengaibkan beliau.
SMM dalam pada itu tetap bertegas dengan pendirian sebelum ini tidak akan membuat sebarang permohonan maaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan Pro Mahasiswa itu turut mendesak pihak polis mengambil langkah tegas terhadap pihak yang mengancam keselamatan Adam Adli.
Kenyataan ini dibuat setelah pihak SMM menghantar memorandum di Ibu Pejabat Dang Wangi di sini hari ini.
Isu Adam Adli menjadi perhatian setelah beliau didakwa merupakan mahasiswa yang Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak di hadapan PWTC baru-baru ini.
Insiden tersebut berlaku ketika berlangsung perarakan bantahan AUKU yang melibatkan 300 Kumpulan Pro Mahasiswa menuju yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) .
Komen teman, memang agak wajar Adam Adli membuat laporan polis demi keselamatan dirinya. Seperti mana yang telah diketahui ramai, Abang Ludah telah menyatakan ingin menampar individu yang menurunkan bendera PM kita. Menurut Qushairi, Abang Ludah kita ini sebenarnya telah melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan, yang mana, menurut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, abang boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun beserta denda. Betul ke? Teman ni bukan tahu sangat undang-undang, seksyen-seksyen semua tu. Tapi rasanya memang betul la kan. Sebarang bentuk ugutan untuk mencedera adalah satu kesalahan kerana ianya berbentuk ancaman. Alah kiranya macam "Aku akan bunuh kau!". Walaupun belum membunuh, terbunuh dan dibunuh, ianya adalah satu ancaman dan keliahatan seperti gambaran perkara yang bakal berlaku. Barangkali laporan polis yang dibuat bukan dituju kepada Abang Ludah, kerana bukan dia seorang yang membuat ugutan tersebut.
Zaman sekarang ini ramai yang gila politik dan sanggup melakukan apa sahaja demi parti politik kesayangan mereka. Ramai juga yang membidas Adam Adli sebenarnya. Barangkali mereka itu semua sudah bekerjaya sedangkan Adam Adli masih menuntut di sebuah IPT. Jadi mereka menyatakan bahawa Adam Adli tidak perlu 'beria-ia' menegakkan hak mahasiswa dan aktif berpolitik sedangkan dia masih belajar dan ditanggung ibu bapanya.
Diharapkan isu ini akan reda segera dan mari kita sama-sama doakan keselamatan Adam Adli.
nota kaki: Ini adalah entri neutral. Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik
Harap disebarkan dengan segera. Masih ramai yang tidak tahu mengenai hal ini. Rupa-rupaya kita tidak boleh mengucapkan Selamat Hari Natal kerana seolah-olah kita mengakui kebenaran mengenai tarikh 25 Disember dan boleh timbul syirik.
Selain itu, ucapan merry christmas tak patut diucapkan kerana christ bermaksud jesus dan mass adalah ritual. It means the Mass (the holy ritual) of Christ. There might be a high mass for Easter which is also for Christ, but the holiday is for the first one.
Boleh klik SINIuntuk penerangan yang lebih lanjut.
Lambat sangat tunggu Alif nak buat gif pic untuk teman, last last awak buat sendiri gif pic ni. Alah bukan susah mana pun. Guna je Photoscape paling senang. Tinggal nak bubuh gambar, kemudiah pilih effect. Betul senang....
Alamak! Terbesar pulak gambar ni. Lupa nak setting dulu sebelum buat. Kalau guna saiz blogger, nanti dia tak bergerak pulak. Terpaksa guna original saiz. =.="
OK, memang tak menarik mana pun kan gambar ni. gambar ni awak ambik Rabu lepas, sewaktu kelas kokurikulum tenis yang terakhir untuk semester ni. Tahun depan nak ambik kayak ke la senang. Ingatkan nak nak buat video stop motion guna gambar-gambar ni. tak sangka jadi gif pic plak. Hahahahaha
Sebenarnya inilah kali pertama teman buka dan guna Photoscape. Baru minggu lepas install. Tapi baru tadi buka. nak try la..... Nal berekspermen dengan Photoscape plak la lepas ni.... hehehehehehe
Tengah-tengah malam sebelum tidur, usha kejap blog. Ok, Alif tengah rajin nak tolong buatkan gif picture di SINI. Mentang-mentang la baru belajar kan... Konon nak release tension untuk stadi final la tu.... Hehehehehe.... Alah yang lip-lap tu la..... Contohnya macam ni la.....
Awak dah takde gambor sebenarnya. Hard disk rosak. Habis burn semua gambar dalam tu. Korek balik dalam senarai gambar, eh eh ada jugak rupanya...... Alif try la buat guna gambar-gambar ni......
ni doodle orang buatkan. Teringin nak buat header guna doodle ni. kalau rajin buatkan la... hoho
sekarang tengah deactive FB, maka ambik je la gambat dari twitter. kalau nak follow boleh la klik@haziqazlan
hasil carian Google. Jumpa juga akhirnya. Kecik je kan gambar ni.....
Thumbs up for this pakcik! Pergh stylo betul pakcik ni. Tak terbakar pulak lidah dia ya. Mesti dia dah berlatih sepanjang hayat kan. Tak pernah jumpa lagi orang Malaysia yang boleh buat macam ni. Kepada perokok-perokok di luar sana, korang ada bran ke nak buat macam ni?
I’m tired of being what you want me to be Feeling so faithless lost under the surface Don’t know what you’re expecting of me Put under the pressure of walking in your shoes (caught in the undertone just caught in the undertone) Every step I take is another mistake to you (caught in the undertone just caught in the undertone)
I’ve become so numb I can’t feel you there I’ve become so tired so much more aware I’ve becoming this all I want to do Is be more like me and be less like you
Can’t you see that you’re smothering me Holding too tightly afraid to lose control Cause everything that you thought I would be Has fallen apart right in front of you (caught in the undertone just caught in the undertone) Every step that I take is another mistake to you (caught in the undertone just caught in the undertone) And every second I waste is more than I can take
I’ve become so numb I can’t feel you there I’ve become so tired so much more aware I’ve becoming this all I want to do Is be more like me and be less like you
And I know I may end up failing too But I know You were just like me with someone disappointed in you
I’ve become so numb I can’t feel you there I’ve become so tired so much more aware I’ve becoming this all I want to do Is be more like me and be less like you
I’ve become so numb I can’t feel you there Is everything what you want me to be I’ve become so numb I can’t feel you there Is everything what you want me to be
Sekali tengok macam mabuk pun ada. Agaknya macam ni kot disko style kat bangladesh. Negara mereka, bukan kita tahu pon kan..... Semoga mereka berbahagia dengan shuffle mereka. Hahahahaha~~~
Kalau komer betul-betul menghayati video ni, mesti komer sebak. Teman ni hati batu sikit. Tak tacing pun.... Walau apa pun, video ini betul-betul memberikan inspirasi dan semangat kepada orang lain. Jangan pernah menyerah kalah dalam apa jua keadaan. Semangat juang terus membara!
1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.
7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.
9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
Serius kelakar video ni. Parody buat video Abang Ludah. Walaupun tidak secara jelas mereka menyindir si Abang Ludah, tetapi semua orang terutama mahasiswa yang terkesan dengan video tersebut pasti sudah tahu kepada siapa video ini ditujukan. Jom layan~~~~~~~~~~~~~~
Agak kelakar apabila mereka membandingkan Mark Facebook dengan Tom Myspace. Ternyata apa yang mereka katakan adalah benar belaka. Myspace dan Friendster telah mendapat tempat di hati pengguna lebih awal daripada Facebook yang kian meletup sekarang ini.
Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Nama teman Ahmad Haziq Azlan. Sekarang Tahun 1, Bachelor of Management (Marketinng) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Universiti tempatan idaman sebenarnya adalah Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Sebelum ini bercadang untuk menyambung dalam Bachelor of Accounting, tetapi malangnya tiada rezeki. Insya-Allah teman akan cuba untuk tukar kursus Perakaunan pada semester depan andai diluluskan dekan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM.
Universiti luar negara? Sebelum ini hampir ditawarkan ke University of Sydney. Hampir je okay. Tak dapat pun. Terlalu banyak proses. Nak kena bayar lah, macam-macam lah, jadi terpaksa melupakan impian untuk menyambung pelajaran ke luar negara pada masa ini.
Cita-cita? Pastinya ingin menjadi seorang Akauntan. Itupun andai berjaya mendapatkan Perakaunan sebagai kursus utama. Tapi bila dah masuk UTM ni, terasa macam macam nak terus sambung PhD, jadi pensyarah pun ada juga. Insya-Allah, kita tunggu sahaja rezeki dan takdir yang telah Allah tetapkan.
Perancangan selepas graduasi? Mungkin akan menyambung Master in Business Administration(MBA) di mana-mana universiti. Universiti tempatan seperti UUM dan UM juga menawarkan kursus ini. Tapi teringin sangat nak sambung ke luar negara. Selain tu rasa macam nak sambung Certified Accounting Technician(CAT) di UiTM pun ada juga. Entah la...... Sekarang ni baru 1st year. Ada 4 tahun lagi baru nak habiskan belajar di UTM ni...... Perancangan jangka panjang semua tu......
Boleh baca entri INI, INI, INI, INI untuk mengetahui perjalanan hidup teman dalam pelajaran. Semoga entri ini dapat membantu mereka yang berminat dalam Perakaunan juga.
Lokasi di percayai di Jalan Tampoi. Sekitar Engku Mohsin. Jalan menuju ke Angsana. Orang Johor pasti tahu lokasi ini di mana. Muda-mudi yang suka hangout, jalan-jalan di pusat beli belah berdekatan juga pasti tahu di manakah lokasi ini.
5 reasons this loan-shark or ah long is stupid because of:
Who the hell would read those number when driving fast on straight road? They would accident.
Threw rubbish on public area.
Walks like a trans.
He has a bad hair cut.
He too stupid to realize that hes been on camera.
So, you can do loan with him. He might miss calculated the interest. Jadi mesti ramai student IPT yang cari Ah Long yang tak berapa cerdik ni kan. Hahahahaha~~~~ Sanggup semua berhenti ambil PTPTN kan.
Terus-terang, teman ni bukan minat politik-politik ni semua. Jadi teman tak ada lah nak ambik pusing sangat mengenai hal ni. Tapi bab ludah-meludah ni, ewah ewah banyak cantik muka kau. Ingat air liur tu dah purified jadi air mineral ke apa?
Sebenarnya wujud tak perkataan "macai" tu dalam Kamus Dewan? Kalau ada sesiapa yang faham erti "macai" silalah kongsikan ya. Respons? Siapa dia nak persoalkan tindakan mahasiswa yang terlibat dengan politik. Tak kisahlah bendera apa pun, undang-undang telah membenarkan siswa terlibat dengan politik, maka secara automatik dia tak ada hak nak mempersoalkan tindakan siswa. Menurut buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 setiap orang terutama rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara selagi tidak melanggar batas undang-undang. Kena mention buku teks juga, zaman mereka dulu mana ada subjek ini di sekolah. Kita pun kena faham keadaan mereka. Hehehehehe~~~
Yang nak emo sangat kenapa? Period ke? tak pun baru lepas gaduh dengan bini di rumah? Tak kisah la, ambik lah kau labu...........
nota kaki: entri ini sekadar respons neutral dari orang seorang siswa. Tiada sebarang kaitan dengan mana-mana warna bendera politik.
Ahad Johor cuti. Jadi hari ini tak ada kelas. Boleh je rileks², takpun sambung tidur dalam bilik. Tak keluar bilik langsung pun tak ada orang nak marah. Kesian la juga kepada kawan² negeri seperti di UUM, UMK, Unisza mereka terpaksa ke kelas sebab Ahad hari bekerja di negeri masing-masing.
Dalam tempoh 3 minggu ini ternyata amat sibuk. Tapi masih cuba untuk mengupdate entri juga. Kalau sehari tak update dan ping di FB je, mesti trafik jatuh merudum bawah 100 pageviews je dalam sehari tu. Apa boleh buat... Nama pun blog picisan je... Siapa lah yang nak jenguk blog teman ni sesaje je..... Kena ada entri baru, barulah orang datang jenguk kan.....
Komer udah sarapan? Awok sarapan roti gardenia, jem coklat & kopi alicafe je pagi ni. Biasalah, nama pun orang bujang kan.....
Hahahahaha~~~~ Ni sebenarnya gambar breakfast dalam 3 bulan lepas kot. Waktu tu stay rumah kakak kat Ipoh lagi. Pertama kali jumpa teh tu. Sedap wo. Teringin nak cari la tapi tak jumpa lagi sapai sekarang. Ke memang tak jual di Johor?
Jom layan lagu Sunday Morning ni. Ezad Skytech layan lagu ni, aku pun layan la juga. Best jugak. Masuk feel lagi... Hohohoho~~~~
Pagi ni ada Karnival Sukan di KDOJ(kolej/asrama). tak masuk pun. Gila kau nak masuk. Aku ni bukan pandai main apa apa pun. Scrable reti la. Huhuhuhu~~~ Dah lah kena bayar yuran pendaftaran. Ah baik aku simpan buat makan tengahari nanti je....
Rasanya macam nak sambung tidur je balik. Pening-pening dah awal pagi ni. Ye la, tak cukup tidur. Baru tidur dalam 4 jam je.... Hurm, ok lah SELAMAT PAGI semua~~~~~~~~
Sambungan dari entri INI. Mari layan video ini pula.
Tengok, sampai Hitler pun mengamuk! Sampai nak terkencing-kencing staf dia. Hahahahahahahaha Adoyai~~~~ lawak je kan..... Harap semua restoran fast food di luar sana ambil iktibar dan tidak akan membuat kesilapan seperti ini lagi.
Semalam fanpage FB KFC telah menawarkan baucer percuma untuk Double Zinger Burger Combo seperti di atas ini. Walaubagaimanapun, tidak sampai 5 jam tawaran itu dibuka, ia telah dibatalkan dengan alasan outlet telah kehabisan stok. hal ini telah menimbulkan kemarahan dan kehampaan kepada peminat KFC di luar sana yang telah "beria-ia" pegi ke restoran KFC untuk menebus Double Zinger Burger Combo seperti yang telah ditawarkan.
Amekaw! Dengan segala jenis komen keluar. Ini semua pastinya adalah peminat fanatik KFC kan. Mereka yang telah menurunkan komen pastinya adalah insan-insan yang teramat hampa. Beberapa jam selepas post di atas, muncul pula post baru. Malangnya KFC tidak mengeluarkan kenyataan mohon maaf lalu menyebabkan peminat-peminat fanatik KFC mengamuk! Tapi tak ada la pula masuk Metro KFC diserbu dengan parang dan pedang samurai.
Tengok, kan betul rakyat Malaysia marah kepada KFC. Apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur. Teman ni pun kempunan juga tak dapat nak merasa burger tu. Maklumlah, susahlah nak jejak kaki kat fast food restaurant ni. Baik duduk kedai mamak pekena teh tarik lagi puas hati. Confirm takkan berlaku rusuhan di kedai mamak kan......
Esok petang ada TEST 2 untuk subjek Business Mathematics. Tajuk Differentiation dan Interest yang masuk. Untuk TEST 1 sebelum nicuma dapat 15.4 daripada 20 je. Harap-harap test kali ni boleh skor lebih baik. Ok . Hohoho Studi sambil layan Hot FM. Ceh! Studi la sangat~~~~~~~~~~
MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.
“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.
diserang
Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.
Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.
Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.
Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Afieq
“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.
“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.
“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.
Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.
“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.
“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.
“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.
Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.
“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.
Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.
“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.
“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya.
10 tahun lepas umur aku baru 9 tahun. Tak pernah jumpa komputer. Maklumlah, orang kampung la katakan. Ayah pun kerja kebun. Abang-abang kakak-kakak masih lagi bersekolah. Mana mampu nak beli komputer. Rasanya masa tu telefon rumah Telekom pun tak ada lagi.
Setelah aku tengok gambar ni, baru aku tahu macam mana internet zaman dulu. Cucuk wayar telefon. Kalau ada panggilan masuk, secara automatik internet akan putus. Kesian la kat sesiapa yang tengah download movie tu. Hehehehehe
LEPAK sekarang ni senang nak mengumpulkan seberapa banyak blog untuk diletakkan dalam Bloglist. Berminat nak tersenarai dalam Bloglist LEPAK?....Senang jer dan tak perlu la susah2 nak buat entri ke apa ke....
Cuma letakkan URL blog korang dalam ruang komen ni macam kt bawah ni. Senang je kan.
URL blog :
Nama korang :
Asal :
Tapi dengan SYARAT!....huhuh...korang kena jugak letakkan LEPAK dalam bloglist korang yekkk......sama2 lah kita kan.....
Tak ada tarikh tutup....Bila2 kitaorg rasa nak tutup kitaorg akan tutup......
Erk agak terbakar la jugak teman dengar perempuan ni cakap. Jelas kebongkakan dan sifat materialistik di situ. Kepada perempuan-perempuan di luar sana, sesungguhnya keikhlasan hati itu lebih baik daripada wang ringgit. Janganlah menjadi wanita yang boleh dibeli dengan dengan duit. Ambillah iktibar dari kisah ini.....
Mesti komer ada yang malas nak tengok video ni sampai habiskan. Takpe, biar teman jelaskan. Alah kira konklusi dari apa yang Ustaz Idrus katakan dari video ni la. sila fahamkan ya.
Tauke atau tauan punya kilang Ribena sendiri telah mengakui minuman Ribena mengandungi alkohol. Rasanya semua sedia maklum bahawa alkohol mampu merosakkan otak manusia. Jadi ianya adalah logik dan boleh diterima jika Ribena ini difatwakan haram. Ribena sendiri pasarannya bukan ditujukan kepada orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak! Bayangkan anak-anak kita yang masih kecil meminum Ribena. Ianya umpama melihat mereka meminum arak! Mahukah anda perkara seperti ini terjadi kepada masyarakat kita?
Cuba komer baca keratan akhbar ini betul-betul. Tak faham? Sila Google Translate. Keratan akhbar ini menerangkan sedikit sebanyak mengapa minuman Coca-Cola itu diharamkan. Minuman ini mengandungi kuantiti karbonat yang melampau. Sebab itulah sewaktu kita minum, kita akan."Bbbbbrrrrrrrrrrrrrrr.........." tak pun "Aaahhhhhhhh...............". Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Idrus, pencuci tandas di Amerika Syarikat menggunakan Coca-Coca ini untuk mencuci jamban! Ok lah, mungkin mereka tidak menggunakan Coca-Cola yang sebenar. tapi di sini saya nak nyatakan bahawa Coca-Cola ini menghakis (corrosive). Nanti tak pasal-pasal perut dan usus kita bocor dek Coca-Cola.
Entri INI turut menjelaskan mengapa kita patut berhenti meminum Coca-Cola. Yahudi sedang menghina Islam! Wahai umat Islam di luar sana, ingatlah bahawa Yahudi sedang berusaha untuk menjatuhkan Islam secara perlahan-lahan. Mereka tahu bahawa mereka tidak akan menang melalui peperangan, oleh itu mereka memilih modus makan untuk menjatuhkan umat Islam yang lemah seperti kita. Bangkitlah wahai sahabatku. Sebarkanlah pesanan ini kepada rakan-rakan anda sebelum terlambat.
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nak kabo banyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit² mata dengan isteri~PAHALA!....
WOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bestnya~~~ Sikit² je dah senang dapat pahala. Ambillah peluang ini. Senang je nak dapat pahala. Nak dapat dosa pun senang juga. Cuba kalau couple. Jangan harap la nak dapat pahala. Dapat dosa ada la. Mana komer nak? Dosa atau pahala? Ayat klise, mestilah nak pahala kan. Klise tak klise, pahala semestinya yang kita kejar, kerana pahala yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat nanti.
Jadi sekarang, cepat-cepat la habiskan degree dengan segera, pastu terus nikah. Kan senang.... Tak payah nak tunggu lama-lama.... Nanti diambil orang.... Ewah dah macam lagu pulak ni....