Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, akhirnya teman berpeluang juga untuk menghasilkan tutorial ini setelah diminta sejak beberapa bulan lepas oleh beberapa rakan blogger lain seperti ijA, CUK, Ainol Akasyah, dan Saiful Hawiz di entri INI.
Mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana nak buat banner GIF ini. Jadi bagi yang belum tahu, boleh belajar sama-sama ya. Ada yang minta tutorial untuk buat animated GIF sebenarnya. Kiranya ini adalah tutorial 2-in-1 ataupun 2 dalam 1. Hehehe
Software yang teman gunakan adalah Photoscape. Bagi yang tiada, cepat-cepatlah muat turun sahaja dari internet. Cuba Google sahaja. Rasanya teman muat turun dari SINI sahaja.
Untuk totorial ini teman cuma tunjuk yang basic@asas sahaja. Mudah nak belajar. Lagi pun tak suka sangat benda-benda kompleks semua ni. Untuk tutorial ini juga, teman menggunakan khidmat mesra Paint. Teman ambil warna merah, hijau, biru, ungu dan kuning seperti di bawah ini.
Untuk banner seperti ruangan iklan banner di atas (bawah header), gunakan saiz 125x125. Andai gambar yang anda pilih terlalu besar, sila resize kepada saiz yang sesuai. Kemudahan untuk resize ada di mana-mana sahaja. Paint ada. Photoscape pun. Lain-lain pun ada juga.
"SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA". Cukup untuk setiap warna yang teman pilih. Tulisan tu datang dari mana? Komer boleh edit sendiri sama ada di Paint, Picasa, Photoscape mahupun software yang komer suka. Ikut suka dan kreativiti masing-masing ya. Jangan tiru bulat-bulat pula. Tutorial ini sekadar ini memberi tunjuk ajar sahaja.
Kalau semua gambar yang diperlukan sudah siap, mari kita buka Photoscape masing-masing. Klik pada "Animated GIF".
Klik pada ADD untuk memasukkan gambar, ataupun drag sahaja dari senarai pada bahagian kiri seperti yang ada dalam contoh teman ni. Susun betul-betul gambar anda. Anda pasti tidak mahu banner yang tunggang langgang kan....
Photoscape ini mudah. Acapkali komer masukkan gambar, ia akan bergerak-gerak secara automatik. Tidak perlu butang PLAY, PAUSE mahupun STOP. Default setting bagi setiap gambar adalah 0.25 saat. Jika masa ini terlalu laju, double-clik pada senarai gambar di atas untuk reset masa.
Ini adalah contoh banner teman yang paling simple dan mudah. Komer boleh ubah ikut kemahuan masing-masing, hanya perlu klik pada Change Time dan Change Effect sahaja. Mudah kan. Tak perlu nak serabut kepada otak. Efek yang disediakan Photoscape adalah No effect, Slide up, Slide down, Slide to the left, Slide to the right, Convert to background color, Convert to black dan Convert to white.
Contoh teman ini menggunakan efek Convert to black dan masa 0.60 sec untuk setiap frame.
Alhamdulillah, tamat juga tutorial ini. Harap kawan-kawan boleh mula belajar buat sendiri ya. Maaf andai ada banyak kekurangan dalam entri ini. Mungkin kurang gambar untuk penjelasan yang lebih baik. Semoga kalian bereksperimen dengan baik ya. OK, berjumpa lagi kita dalam entri yang lain.
Wassalam~~~
14 people drop their comments!:
wahh! cool ! :D
lawa...kita nak buatlah..baru nak download photoscape..
ps: onion ring lebih kurang seperti bawang goreng cuma diaalut tepung dan sedikit berminyak sebab digorengkan..english food sedapp..like western food..
eyfa lagi cool
ija: selamat berjaya
nk wat2...nk donlop nie..hehe..wahh..ade name kite la..hihi
bangga la tu ada nama dia...
hehehe
menarik2.. ;)
hee...simple je tutor ni..menarik2..:D
ieyza: cantik menarik tertarik da bomb
Ezad: simple je la,,, 1st time buat.....
photoscape ni aplikasi yg senang je nak digunakan kan :D
wahh cool.. thanks for the tuto.. ;p
aku pminat setia photoscape. majoriti gambar yg aku amik, aku edit guna photoscape sbb nak minimize kan editing =)
aku alter sikit je guna photoscape nih....
Post a Comment