Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

PANAS: AL-KISAH STAF KFC MENYERANG PELANGGAN

Dalam tempoh seminggu ini kisah staf KFC menyerang pelanggan agak hangat diperkatakan. bagi yang masih kabur-kabur, ambilah peluang ini untuk mengetahui mengenainya.

Video pertama ini menunjukkan apa yang telah berlaku sebelum pergaduhan itu berlanjutan.




Kalian mungkin menjumpai video berbeza, di mana ia menunjukkan pelanggan itu di serang sahaja tanpa menegtahui apa yang telah berlaku sebenarnya.

Basically this is what happened: Feb 6 2012, ICT Shah Alam (Malaysia) KFC outlet. So many people, little chicken left, queue gets longer. Hungry customers start to get restless. 
A customer starts complaining, and staff start to yell back. Then a few racial slurs begin to fly around from the customer. The staff get angry.. and the fight starts.




Sebelum staf tersebut meluru keluar dari kaunter dan menyerang tersebut, kedengaran pelanggan tersebut berteriak sesuatu yang tidak saya fahami. Mungkin perkara itu telah membuat pekerja tersebut berang lalu menyerangnya.

Bagaimanapun, hal ini telah dinafikan oleh mereka sewaktu sesi sidang media yang telah dijalankan. 





Andai kes ini dilanjutkan ke makhamah, pihak mana yang akan menang agaknya ya? Sang penyerang yang berang? Ataupun pelanggan yang buat muka tak bersalah?



Kemudian muncul pula video teaser ini. OK memang kelakar. Kesimpulannya, kita sama-sama rakyat Malaysia. Andai tiada pihak yang bersikap negatif, pasti hal ini tidak akan terjadi. Negara kita juga akan kekal aman sentosa tanpa sebarang perkelahian antara kaum mahupun agama. Semoga semua pihak ambil iktibar mengenai hal ini.

Saturday, December 17, 2011

GEMPAR: Hitler Marah Kupon Double Zinger Burger KFC Habis

Sambungan dari entri INI. Mari layan video ini pula.




Tengok, sampai Hitler pun mengamuk! Sampai nak terkencing-kencing staf dia. Hahahahahahahaha Adoyai~~~~ lawak je kan..... Harap semua restoran fast food di luar sana ambil iktibar dan tidak akan membuat kesilapan seperti ini lagi. 

Friday, December 16, 2011

GEMPAR: RAKYAT MALAYSIA MARAH KEPADA KFC!



Semalam fanpage FB KFC telah menawarkan baucer percuma untuk Double Zinger Burger Combo seperti di atas ini. Walaubagaimanapun, tidak sampai 5 jam tawaran itu dibuka, ia telah dibatalkan dengan alasan outlet telah kehabisan stok. hal ini telah menimbulkan kemarahan dan kehampaan kepada peminat KFC di luar sana yang telah "beria-ia" pegi ke restoran KFC untuk menebus Double Zinger Burger Combo seperti yang telah ditawarkan.




Amekaw! Dengan segala jenis komen keluar. Ini semua pastinya adalah peminat fanatik KFC kan. Mereka yang telah menurunkan komen pastinya adalah insan-insan yang teramat hampa. Beberapa jam selepas post di atas, muncul pula post baru. Malangnya KFC tidak mengeluarkan kenyataan mohon maaf lalu menyebabkan peminat-peminat fanatik KFC mengamuk! Tapi tak ada la pula masuk Metro KFC diserbu dengan parang dan pedang samurai. 





Tengok, kan betul rakyat Malaysia marah kepada KFC. Apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur. Teman ni pun kempunan juga tak dapat nak merasa burger tu. Maklumlah, susahlah nak jejak kaki kat fast food restaurant ni. Baik duduk kedai mamak pekena teh tarik lagi puas hati. Confirm takkan berlaku rusuhan di kedai mamak kan......

SPONSOR

Ad