Sebenarnya sudah beberapa hari teman tahu mengenai segmen (jemputan) ini. Hari ini baru berkesempatan untuk menulis entri ini. HH menjemput 200 blog untuk dimasukkan kedalam bloglist blog beliau. Siapa cepat dia dapat. Cuma 200 tempat sahaja yang disediakan. Itupun sudah terlalu banyak. Rugi bagi siapa terlepas.
Teman mula mengikuti blog HH ini sejak beberapa bulan yang lalu. Bukan nak puji, tapi blog HH ternyata amat bagus. Terutama dari segi penyampaiannya yang 'skema'. Blog HH bukanlah blog peribadi seperti mana kebanyakan jutaan blog yang wujud di laman maya ini. Melampirkan tips berguna, tutorial dan lain-lain sebagi pengisian utama, rugi jika tiada mana-mana blogger tidak mengikutinya.
Terima kasih buat HH yang banyak memberi nasihat tanpa sedar buat teman selama ini dalam menjadikan dunia blogging lebih baik. Terima kasih juga kerana memberi kami peluang menyertai bloglist anda. Bagi yang ingin menyertainya juga, anda boleh klik SINI.



















