Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Beramal Ibadah Di Bulan Ramadhan


Assalamulaikum wbt. Apa khabar semua? Lapar? Puasa tak? Rasanya belum terlambat untuk teman ucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramdhan Al Mubarak. Jangan ponteng puasa ya. Berdosa~~~ Tuhan marah, masuk api neraka~~~ Ayat klise masa kecik² dulu. Tapi betul wo. Haram dan berdosa sekiranya meninggalkan puasa Ramdhan tanpa sebab yang kukuh.

Kawan-kawan, ambillah peluang dan ruang yang telah Allah berikan ini untuk beramal ibadah. Jangan lepaskan peluang ini. Ramadhan bulan mulia, cuma datang setahun sekali sahaja. Tetapi jangan pula buat baik waktu puasa sahaja. Habis puasa, perangai jadi hantu semula. Jangan jadi macam itu ya. Ambillah peluang ini untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Alhamdulillah, rezeki bulan Ramdhan ini bertambah. Minggu lepas teman menag GA lagi. Dapat topap prepaid lagi. Syukur. Usaha tangga kejayaan. Segala rezeki itu Allah yang beri. Jangan lupa daratan pula ya.

Puasa pun baru seminggu je. Lama lagi kan. Rajin-rajinlah ke surau mahupun masjid untuk solat terawih. Kumpul pahala banyak-banyak. Kurangkan dan buang dosa yang bertimbun. Lagipun kan tak rugi pergi ke masjid. Boleh makan moreh, buka puasa percuma pun ada juga. Kira macam menyelam sambil minum air la. Eh mana boleh minum air! Nanti batal puasa! Hehehehe~~~

Jelas bukan, rezeki melimpah ruah Allah beri waktu bulan Ramadhan ni. Jadi jangan lepaskan peluang. Semoga kita akan menjadi muslim dan muslimah yang baik selapas ini. Amin.

Thursday, June 7, 2012

BATAS AURAT LELAKI DALAM ISLAM



AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya”.

2. Sementara Imam Maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya”.


BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”. Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).




MENARIK: APA YANG ANDA TIDAK TAHU MENGENAI SEORANG AYAH



Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita, bertanyakan khabar kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian. Andai pada waktu malam, kita tertidur di hadapan televisyen, ayah jugalah yang mendukung kita sehingga ke kamar tidur.


Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sebanarnya berasa sangat risau?  Tidak ingin dia melihat kita dalam kesakitan.


Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.


Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah, kolej dan universiti untuk belajar. Di saat kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.



Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan, ayah pun tersenyum bahagia.


Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?


Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakanlah putera dan puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.



Bagi yang masih mempunya ayah dan ibu, sedarkah anda bahawa kita banyak menghabiskan masa dengan ibu kita. Kita juga lebih banyak berkomunukasi dengan ibu, berbanding dengan bapa. Itu adalah sesuatu yang normal. Ibu yang selalu menelefon kita, bertanyakan khabar. Sedarkah anda bahawa ayah sebenarnya sedang menunggu di belakang, menanti khabar dari kita. Kiriman salam dan doa sudah cukup untuk membuat hatinya berbunga. Hargailah ayah kita. Tidak kiralah andai memanggilnya dengan nama yang berbeza-ayah,bapak,papa,abi,walid,daddy-ia tetap membawa erti yang sama. Tanpa ayah, tidak kita berada di muka bumi ini. Darah daging cuma ada satu. Janganlah hampakan mereka. Sayangilah mereka. Buatlah mereka bangga dengan kita. Kasih seorang anak dan bapa tiada penghujung. Terima kasih Allah, untuk bapaku yang tercinta.

Tuesday, May 22, 2012

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran

Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.

 



Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

notakaki: kuasa Allah di mana-mana

Sunday, May 20, 2012

MENARIK: SOLAT SUNAT RAWATIB UMPAMA TOP-UP


Apakah solat sunat Rawatib? Solat sunat rawatib adalah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu, lebih dikenali sebagai solat sunat qobliah dan ba'diah. Ianya adalah penting, kerana ia bertindak sebagai 'Top-Up' atau tambah nilai kepada solat fardhu kita yang tidak sempurna seperti tidak khusyuk.

Solat Sunat Rawatib

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.


Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

NIAT SOLAT RAWATIB

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala.




عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).


Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.    







Saturday, May 19, 2012

MENARIK: BANI JAWI ADALAH MUSUH YAHUDI SEBENAR




Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’



sumber

Friday, May 4, 2012

MENARIK: ALKOHOL TERKANDUNG DALAM COKE

Selepas 125 tahun, akhirnya rahsia formula Coke telah terbongkar.


Anda lihat, anda nilai sendiri. 8 oz alkohol terkandung dalam sebotol air Coke tersebut. Jadi........ bagaimana? Apa pendapat anda? Selain isu asid sitrik yang tinggi, kali ini isu kandungan alkohol pula terbongkar!!! Mana yang anda mahu percaya? Apa status minuman Coke ini? Halal atau haram? Tepuk dada, tanya iman.

Sunday, April 8, 2012

Doodle Dakwah : Pakaian Seorang Wanita Beriman (Muslimah) Menurut al-Qur’an & as-Sunnah


Syarat-Syarat asas pakaian seorang wanita,
1 – Menutup Seluruh Tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup).
2 – Bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa.
3 – Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya.
4 – Tidak ketat (longgar) dan menggambarkan bentuk tubuh.
5 – Tidak diberi wangian (perfume).
6 – Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7 – Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8 – Bukan pakaian untuk bermegah-megah.

Perintah Menutup Aurat
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
h1.JPG 
Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

h2.JPG

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)
Maksud Hijab:
Hijbab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.

Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.

Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.

Maksud Khimar:
Lafaz al-Khumru/khumur (?????) yang termaktub di dalam ayat 31 surah an-Nuur di atas adalah bentuk jama’ dari lafaz khimar (????) yang membawa maksud sesuatu yang dapat menutupi. Maksudnya di sini, adalah merujuk kepada menutupi kepala (tidak termasuk dada). Atau, ia juga disebut dengan al-Miqna’ (sigular) atau al-Maqaani’ (jamak/plural) yang membawa maksud tudung (penutup kepala). Secara lengkapnya (istilah) ia adalah pakaian yang menutup bahagian kepala iaitu mencakupi rambut, telinga, dan leher.

Berdasarkan penelitian Syaikh al-Albani, beliau menyatakan bahawa khimar adalah penutup kepala, tidak ada yang nampak darinya, melainkan lingkaran wajahnya. (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 14)

Manakala sebahagian pendapat yang lain (dari ulama) menyatakan menutup termasuk bahagian wajah/muka.

Maksud Jilbab:
Bentuk jama’ dari kata Jilbab adalah jalaabib (????????). Jilbab ialah pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Fungsi jilbab lebih luas/umum dari khimar, kerana jilbab merujuk kepada menutup tubuh wanita dari kepalanya sehingga ke bahagian bawah tubuhnya (termasuk kaki). (Melainkan apa yang dibenarkan untuk tidak ditutup/dibolehkan terbuka)
Al-Jauhari berkata: “Jilbab adalah kain/pakaian yang menutupi seluruh tubuh.” (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 372)


sumber

Sunday, March 11, 2012

Definisi Sebenar Perangai Buruk



Teman percaya ramai dikalangan pembaca Kosmo! diluar sana telah membaca kedua-dua keratan akhbar ini. Persoalannya di sini, apakah definisi sebenar kepada perangai buruk? Imam yang terkejut, salah faham lalu membaling selipar kepada hakim dianggap berperangai buruk? Adakah Melayu dan Muslimah yang berpakaian menjolok mata di tempat awam dianggap dewi dan tidak bersalah? Anda ada jawapannya? Renung-renungkan, dan selamat beramal~~~

Monday, February 20, 2012

PANAS: BERTUDUNG TAPI SEKSI

Bertudung tapi seksi. Apa kata anda?



Rasa macam lewah pun ada juga video ni. Bukan main lagi dia nak zoooooooooooooooooooooom!




Saya akui, saya berkawan dengan insan-insan yang bertudung tetapi seksi. Kepala bertutup litup, tetapi berpakaian ketat. Paling kurang pun, berlengan pendek.Mereka itu bukanlah kurang mendapat pendidikan agama, sebaliknya mereka menyedari akan kelemahan mereka sendiri! Jawapan klise yang diberikan, belum mendapat hidayah. Bagi saya itu adalah karut! Bukankah dia telah bertudung? Itu bererti dia menyedari kepentingan dan kewajipan bertudung itu. Cuma hati yang nak tak nak sahaja. Mahu tak mahu? Diri sudah besar panjang, sudah boleh berkahwin, takkan masih perlu diajar?

Kepada bapa-bapa diluar sana, PAKSAlah anakmu menutup aurat. Selagi mereka belum berkahwin, ia masih dibawah tanggungjawabmu. Kepada para suami diluar sana, PAKSAlah isterimu menutup aurat. Ramai isteri masuk ke neraka kerana suami. Andai isteri masuk neraka, si suami takkan terlepas dan pasti akan disoal juga.

Wallahualam~~~

Sunday, February 19, 2012

Liberal Gurlz VS Ustaz: Penerangan Mengenai Kelebihan Bertudung



Liberal Gurlz : 
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz : 
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz : 
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz : 
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz : 
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz : 
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz : 
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz : 
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz : 
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz : 
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz : 
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz : 
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz : 
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz : 
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz : 
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz : 
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz : 
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz : 
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz : 
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Tuesday, January 3, 2012

Teringin Nak Culture Shock Macam Amalina Che Bakri


Teman teringin bebenor nak fly abroad, bukan sebab nak jejalan tapi belajar la ya... Kalau setakat nak berjalan-jalan, teman boleh je berjalan ke Singapore tak pun ke Siam je. Eh eh tak ada pasport pula. Ah takpe, cuti ni buat la.....


Waktu sekarang ni bukan main kecoh lagi kecoh kat FB (deactivated) dan Twitter mengenai kes Amalina Che Bakri yang kononnya culture shock tu. FB dia katanya dah deactive. FB teman pun dah deactive. Konon nak tumpu stadi la konon.... Eh eh mana aku tau? Apa boleh buat, blog sekarang pon tengah hot! Amekaw! Blonde terus! What? Picture? Sorry I taknak la tempek gambar dia kat blog I... Tak best plak.... Lantak pi kat dia la kan.....


Serius dol, teman teringin sangat nak ke oversea. Nak tunggu master buat Master in Business Administration(MBA) tak pun PhD nanti. Ah gedik sungguk engkau. Setakat MBA tu kat UUM & Um pon ada la bai.... Tapi kalau nama pun PhD mesti la nak buat kat oversea punya... Walaupun berlambak je pak arab & negro datang buat postgraduate di Malaysia tak kira lah IPTA mahupun IPTS.


Kembali kepada kisah Amalina yang gua tak kisah tu................. Entah la tak tau la nak komen. Dia pun dah cukup umur nak mengundi. Pandai-pandailah dia fikir mana yang baik mana yang buruk. Eh ada kaitan ke? Takde ek? Ah abaikan je.... Kalau komer teringin nak usha gambar Amalina yang cool tu, boleh usha blog Eyfa dengan Gamepoint ni. Eh cool ke? Tak cool mana pun.... Buruk gila kalau aku blonde macam tu. Serius, mesti gua kena cop K-Pop kalau buat blonde bing bling macam tu.


Apa apa pun semua tu tak penting, sebab tak ada kaitan dengan teman. Teman cuma nak kabo yang teman teringin nak sambung belajor kat eversea je... Komer pon saling tolong doakan teman ya.... 4 tahun je lagi..... Amin~~~~~~

Saturday, December 24, 2011

MUSLIM JANGAN UCAP SELAMAT HARI KRISMAS



Harap disebarkan dengan segera. Masih ramai yang tidak tahu mengenai hal ini. Rupa-rupaya kita tidak boleh mengucapkan Selamat Hari Natal kerana seolah-olah kita mengakui kebenaran mengenai tarikh 25 Disember dan boleh timbul syirik.

Selain itu, ucapan merry christmas tak patut diucapkan kerana christ bermaksud jesus dan mass adalah ritual. It means the Mass (the holy ritual) of Christ. There might be a high mass for Easter which is also for Christ, but the holiday is for the first one.


Boleh klik SINI untuk penerangan yang lebih lanjut.

Wednesday, December 21, 2011

ILMU: SEMBILAN JENIS SIHIR




1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.



sumber

Tuesday, December 13, 2011

COCA-COLA DAN RIBENA HARAM DIMINUM



Mesti komer ada yang malas nak tengok video ni sampai habiskan. Takpe, biar teman jelaskan. Alah kira konklusi dari apa yang Ustaz Idrus katakan dari video ni la. sila fahamkan ya.




Tauke atau tauan punya kilang Ribena sendiri telah mengakui minuman Ribena mengandungi alkohol. Rasanya semua sedia maklum bahawa alkohol mampu merosakkan otak manusia. Jadi ianya adalah logik dan boleh diterima jika Ribena ini difatwakan haram. Ribena sendiri pasarannya bukan ditujukan kepada orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak! Bayangkan anak-anak kita yang masih kecil meminum Ribena. Ianya umpama melihat mereka meminum arak! Mahukah anda perkara seperti ini terjadi kepada masyarakat kita?




Cuba komer baca keratan akhbar ini betul-betul. Tak faham? Sila Google Translate. Keratan akhbar ini menerangkan sedikit sebanyak mengapa minuman Coca-Cola itu diharamkan. Minuman ini mengandungi kuantiti karbonat yang melampau. Sebab itulah sewaktu kita minum, kita akan."Bbbbbrrrrrrrrrrrrrrr.........." tak pun "Aaahhhhhhhh...............". Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Idrus, pencuci tandas di Amerika Syarikat menggunakan Coca-Coca ini untuk mencuci jamban! Ok lah, mungkin mereka tidak menggunakan Coca-Cola yang sebenar. tapi di sini saya nak nyatakan bahawa Coca-Cola ini menghakis (corrosive). Nanti tak pasal-pasal perut dan usus kita bocor dek Coca-Cola.


Entri INI turut menjelaskan mengapa kita patut berhenti meminum Coca-Cola. Yahudi sedang menghina Islam! Wahai umat Islam di luar sana, ingatlah bahawa Yahudi sedang berusaha untuk menjatuhkan Islam secara perlahan-lahan. Mereka tahu bahawa mereka tidak akan menang melalui peperangan, oleh itu mereka memilih modus makan untuk menjatuhkan umat Islam yang lemah seperti kita. Bangkitlah wahai sahabatku. Sebarkanlah pesanan ini kepada rakan-rakan anda sebelum terlambat.

Sunday, December 11, 2011

KELEBIHAN NIKAH


saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nak kabo banyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit² mata dengan isteri~PAHALA!....


WOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Bestnya~~~ Sikit² je dah senang dapat pahala. Ambillah peluang ini. Senang je nak dapat pahala. Nak dapat dosa pun senang juga. Cuba kalau couple. Jangan harap la nak dapat pahala. Dapat dosa ada la. Mana komer nak? Dosa atau pahala? Ayat klise, mestilah nak pahala kan. Klise tak klise, pahala semestinya yang kita kejar, kerana pahala yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat nanti.


Jadi sekarang, cepat-cepat la habiskan degree dengan segera, pastu terus nikah. Kan senang.... Tak payah nak tunggu lama-lama.... Nanti diambil orang.... Ewah dah macam lagu pulak ni....


Tuesday, December 6, 2011

TACING BETUL OGY DENGAN JOHAN

Rasanya semua orang pun tahu kan pasal kes Fauziah Ahmad Daud (Ogy) nak saman Johan (Raja Lawak) gara-gara lawak melampau sewaktu mengacara bersama dalam Festival Filem Malaysia yang lalu baru-baru ini. Ya, memang saya sendiri akui mungkin akan "over" lawak si Johan tu, tapi kalau kita tak mabil pusing pasal tu, memang takkan jadi apa-apa pun. paling busuk pun keluar la komen dalam surat khabar mahupun majalah hiburan. 






Tup tup meletup cerita Ogy nak saman Johan. Memang terus jadi Naib johan la kan. Hohohoho~~~ Ai takkan tacing kot....... Nama pun melawak kan..... Tegur belakang sudah..... Tak perlu la nak sampai saman menyaman..... Last-last semua dapat malu....... Saya memang tak malu...... Kontroversi tak sudah...... Bawak-bawak la mengucap ye.......

Monday, December 5, 2011

JIN Menganggu Perbualan Telefon Rancangan TV!

Kita sebagai manusia di muka bumi ini harus ingat, bukan kita sahaja yang menghuni alam ini. Jin turut berada di sekeliling kita. Kita sahaja yang tidak mampu melihat mereka. Cuma insan terpilih sahaja yang dianugerahkan kebolehan untuk melihat mereka dan ianya bukan satu kerja yang mudah, malah ianya satu beban yang sangat berat. 




Melalui video ini kita dapat lihat bahawa jin bukanlah sahabat manusia, sebaliknya cuba untuk merosakkan kita terutamnya jin kafir. Tetapkanlah iman kita kepada Allah Maha Besar dan jangan pernah berpaling dari agama suci Islam.

Sunday, December 4, 2011

FADHILAT PUASA SUNAT ASYURA

Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.

Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut.

Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.


Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

SPONSOR

Ad