Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Beramal Ibadah Di Bulan Ramadhan


Assalamulaikum wbt. Apa khabar semua? Lapar? Puasa tak? Rasanya belum terlambat untuk teman ucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramdhan Al Mubarak. Jangan ponteng puasa ya. Berdosa~~~ Tuhan marah, masuk api neraka~~~ Ayat klise masa kecik² dulu. Tapi betul wo. Haram dan berdosa sekiranya meninggalkan puasa Ramdhan tanpa sebab yang kukuh.

Kawan-kawan, ambillah peluang dan ruang yang telah Allah berikan ini untuk beramal ibadah. Jangan lepaskan peluang ini. Ramadhan bulan mulia, cuma datang setahun sekali sahaja. Tetapi jangan pula buat baik waktu puasa sahaja. Habis puasa, perangai jadi hantu semula. Jangan jadi macam itu ya. Ambillah peluang ini untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Alhamdulillah, rezeki bulan Ramdhan ini bertambah. Minggu lepas teman menag GA lagi. Dapat topap prepaid lagi. Syukur. Usaha tangga kejayaan. Segala rezeki itu Allah yang beri. Jangan lupa daratan pula ya.

Puasa pun baru seminggu je. Lama lagi kan. Rajin-rajinlah ke surau mahupun masjid untuk solat terawih. Kumpul pahala banyak-banyak. Kurangkan dan buang dosa yang bertimbun. Lagipun kan tak rugi pergi ke masjid. Boleh makan moreh, buka puasa percuma pun ada juga. Kira macam menyelam sambil minum air la. Eh mana boleh minum air! Nanti batal puasa! Hehehehe~~~

Jelas bukan, rezeki melimpah ruah Allah beri waktu bulan Ramadhan ni. Jadi jangan lepaskan peluang. Semoga kita akan menjadi muslim dan muslimah yang baik selapas ini. Amin.

Thursday, June 7, 2012

BATAS AURAT LELAKI DALAM ISLAM



AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya”.

2. Sementara Imam Maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya”.


BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”. Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).




MENARIK: APA YANG ANDA TIDAK TAHU MENGENAI SEORANG AYAH



Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita, bertanyakan khabar kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian. Andai pada waktu malam, kita tertidur di hadapan televisyen, ayah jugalah yang mendukung kita sehingga ke kamar tidur.


Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sebanarnya berasa sangat risau?  Tidak ingin dia melihat kita dalam kesakitan.


Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.


Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah, kolej dan universiti untuk belajar. Di saat kita memerlukan itu dan ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.



Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan, ayah pun tersenyum bahagia.


Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?


Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakanlah putera dan puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.



Bagi yang masih mempunya ayah dan ibu, sedarkah anda bahawa kita banyak menghabiskan masa dengan ibu kita. Kita juga lebih banyak berkomunukasi dengan ibu, berbanding dengan bapa. Itu adalah sesuatu yang normal. Ibu yang selalu menelefon kita, bertanyakan khabar. Sedarkah anda bahawa ayah sebenarnya sedang menunggu di belakang, menanti khabar dari kita. Kiriman salam dan doa sudah cukup untuk membuat hatinya berbunga. Hargailah ayah kita. Tidak kiralah andai memanggilnya dengan nama yang berbeza-ayah,bapak,papa,abi,walid,daddy-ia tetap membawa erti yang sama. Tanpa ayah, tidak kita berada di muka bumi ini. Darah daging cuma ada satu. Janganlah hampakan mereka. Sayangilah mereka. Buatlah mereka bangga dengan kita. Kasih seorang anak dan bapa tiada penghujung. Terima kasih Allah, untuk bapaku yang tercinta.

Tuesday, May 22, 2012

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran

Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.

 



Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

notakaki: kuasa Allah di mana-mana

Sunday, May 20, 2012

MENARIK: SOLAT SUNAT RAWATIB UMPAMA TOP-UP


Apakah solat sunat Rawatib? Solat sunat rawatib adalah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu, lebih dikenali sebagai solat sunat qobliah dan ba'diah. Ianya adalah penting, kerana ia bertindak sebagai 'Top-Up' atau tambah nilai kepada solat fardhu kita yang tidak sempurna seperti tidak khusyuk.

Solat Sunat Rawatib

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.


Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

NIAT SOLAT RAWATIB

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala.




عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).


Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.    







Tuesday, December 13, 2011

COCA-COLA DAN RIBENA HARAM DIMINUM



Mesti komer ada yang malas nak tengok video ni sampai habiskan. Takpe, biar teman jelaskan. Alah kira konklusi dari apa yang Ustaz Idrus katakan dari video ni la. sila fahamkan ya.




Tauke atau tauan punya kilang Ribena sendiri telah mengakui minuman Ribena mengandungi alkohol. Rasanya semua sedia maklum bahawa alkohol mampu merosakkan otak manusia. Jadi ianya adalah logik dan boleh diterima jika Ribena ini difatwakan haram. Ribena sendiri pasarannya bukan ditujukan kepada orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak! Bayangkan anak-anak kita yang masih kecil meminum Ribena. Ianya umpama melihat mereka meminum arak! Mahukah anda perkara seperti ini terjadi kepada masyarakat kita?




Cuba komer baca keratan akhbar ini betul-betul. Tak faham? Sila Google Translate. Keratan akhbar ini menerangkan sedikit sebanyak mengapa minuman Coca-Cola itu diharamkan. Minuman ini mengandungi kuantiti karbonat yang melampau. Sebab itulah sewaktu kita minum, kita akan."Bbbbbrrrrrrrrrrrrrrr.........." tak pun "Aaahhhhhhhh...............". Seperti yang dikatakan oleh Ustaz Idrus, pencuci tandas di Amerika Syarikat menggunakan Coca-Coca ini untuk mencuci jamban! Ok lah, mungkin mereka tidak menggunakan Coca-Cola yang sebenar. tapi di sini saya nak nyatakan bahawa Coca-Cola ini menghakis (corrosive). Nanti tak pasal-pasal perut dan usus kita bocor dek Coca-Cola.


Entri INI turut menjelaskan mengapa kita patut berhenti meminum Coca-Cola. Yahudi sedang menghina Islam! Wahai umat Islam di luar sana, ingatlah bahawa Yahudi sedang berusaha untuk menjatuhkan Islam secara perlahan-lahan. Mereka tahu bahawa mereka tidak akan menang melalui peperangan, oleh itu mereka memilih modus makan untuk menjatuhkan umat Islam yang lemah seperti kita. Bangkitlah wahai sahabatku. Sebarkanlah pesanan ini kepada rakan-rakan anda sebelum terlambat.

Thursday, December 1, 2011

BADAN BERKETUL-KETUL TAPI MALAS SEMBAHYANG

Apa gunanya badan muscular, ketul sana, timbul otot, jelas di baju ketat, ketul sini, badan ketak-ketak, urat timbul, seksi di mata wanita, menggoda di mata janda tapi kalau bab sembahyang pun liat? Bebanan berpuluh kilo, yang sampai lebih 100kg pun lalu angkat, tapi kalau bab solat tak larat pulak. Terutamanya solat subuh. Memang liat betul kan kita nak bangun. Lainlah kalau diri tu memang dah kuat iman. Dengar je azan terus ambik wuduk. susah wo nak jumpa orang macam ni......





Jadi sama-samalah kita ambil iktibar. Sesungguhnya solat itu tiang agama.

Monday, October 31, 2011

TAZKIRAH NASI LEMAK


Tazkirah nasi lemak:

Hidup kita mcm nasi lemak.


Tak kesah la sambal nasik lemak tu sedap atau tak, nasik lemak tetap perlukan sambal, kalau tak ada sambal bukan nasik lemak la namanya.


tak kesah la ujian tu datang dlm bentuk kesenangan atau kesusahan, hidup kita tetap perlukan ujian, kalau takda ujian tak hidup la namanya.


Renung-renungkan.


Selamat beramal~~~~

***************************************************************************
kalau nak tempah sebarang gadjet atau tekno dari PC Fair boleh klik SINI
***************************************************************************


Boleh komen di SINI juga ya.

Sunday, July 10, 2011

Rugi Kalau anda Tak Berjanggut !


Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut.

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…
“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..
” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”.

***********

Jadi kepada semua lelaki di luar sana yang tidak mempunyai janggut walau sehelai, anda ternyata memang rugi besar. Biarkanlah tumbuh janggut walau sehelai. Bukankah menyimpan janggut juga adalah sunnah Rasulullah. Selain itu, individu yang mempunyai janggut juga dilihat sebagai matang. Adakah anda mahu kekal dilihat sebagai anak kecil? Anda pasti ingin dihormati sama seperti orang dewasa yang lain bukan? Renung-renungkanlah wahai sahabatku....

SPONSOR

Ad