Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

MENARIK: GADIS 23 TAHUN SOKONG BRAZIL DALAM PIALA EURO

Selama ini teman cuma mendengar khabar dari kawan-kawan sahaja mengenai kes ini. Gadis sokong Brazil dalam Piala Euro 2012. Sejak bila Brazil duduk dalam Eropah? Brazil tak pernah pun masuk Piala Euro ni. Hehehehe. Petikan dipetik dari Majalah REMAJA.




Baru-baru ini REMAJA telah mengeluarkan kenyataan ralat melalui laman sosial Facebook.


RALAT:
Terdapat kesilapan fakta dalam kenyataan Nurul Hidayah, 23 tahun pada artikel Komen Peminat di halaman 185 Majalah REMAJA keluaran 1 Jun 2012. Artikel tersebut sepatutnya berbunyi; 
"Spain ialah pasukan pilihan saya kerana Spain mempunyai pemain yang handal dan ternama. Pasukan ini juga pernah memenangi Euro."
 Segala kesulitan amat dikesali-Editor


Perkara ini ternyata amat mengaibkan. Editor sepatutnya menyemak setiap teks yang bakal dicetak dalam majalah ini. Editor tak buat kerja? Adakah ini sesuatu yang disengajakan untuk menarik publisiti? Wallahualam. Harap isu ini akan tamat setelah Euro tamat juga. kasihan Nurul Hidayah. Mangsa jadi bahan. Hehehehehe.


sumber

Saturday, June 9, 2012

AWAS JANGAN PERCAYA LELAKI BERDARAH KETUK TINGKAP KERETA ANDA




Untuk maklumat anda. (Sangat Penting!) -


Jika anda melihat seorang lelaki (terutamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta.



Ingat!!!!!!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda! Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.

Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).

Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.

Entri ini bukanlah dibuat untuk menunjukkan sifat rasis, sebaliknya ingin memberi peringatan kepada semua orang. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Minta perlindungan dari Allah daripada manusia atau perbuatan manusia yang bertujuan jahat atau merugikan.

Sunday, March 11, 2012

Definisi Sebenar Perangai Buruk



Teman percaya ramai dikalangan pembaca Kosmo! diluar sana telah membaca kedua-dua keratan akhbar ini. Persoalannya di sini, apakah definisi sebenar kepada perangai buruk? Imam yang terkejut, salah faham lalu membaling selipar kepada hakim dianggap berperangai buruk? Adakah Melayu dan Muslimah yang berpakaian menjolok mata di tempat awam dianggap dewi dan tidak bersalah? Anda ada jawapannya? Renung-renungkan, dan selamat beramal~~~

Wednesday, February 29, 2012

Tersedak Dengar Berita Letupan

Kelas hari ni tamat jam 1 tengahari. Setelah selesaikan beberapa perkara, jalan jalan di Pesta Buku UTM, teman dan rakan-rakan bergerak ke Arked Meranti melalui Fakulti Alam Bina.


Kebetulan jam telah melepasi 1.30 petang. Jadi sambil kunyah nasi, lauk pauk, mata pun tak lepas dari tonton berita 1.30 TV3. Wow!!!!! Gas meletup!!!!! Kebabom sana sini. Api sampai cecah langit. Oh kilang gas memasak meletup rupanya............


Tapi teman sorang je yang tengok... kawan-kawan yang lain buat tak tau je..... Bila teman mention kat diorang, baru la diorang macam nak tau sikit......

Uish bahaya betul kilang gas ni.... Senang nak meletup sana sini. Laporan mengatakan tiada kemalangan jiwa. Punca dikatakan dari gas yang bocor. Tak cukup kuat kimpalan barangkali. Yang kelakar mengapa penjaga stor harus melarikan diri? Segan nak masuk TV? Ataupun wujud khianat di sini? Apa apa pun semoga kejadian seperti tidak berulang lagi.....



nota kaki: tak tersedak pun. cuma terkejut

Tuesday, January 10, 2012

MANGSA SAMUN AWANG HITAM

Arrrgggghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adoyai~~~~~~~~~~~ Tak pasal-pasal kena samun dengan Awang Hitam. Faham? Tak faham? Alah, negro la.... Diorang la Awang Hitam. Kalau komer tak tau, nampak sangat komer tak baca berita. HEHEHE Gurau-gurau je jangan terasa ya.... 


Laporan polis telah dibuat. Awang hitam juga telah berjaya diberkas pihak polis. Awang Hitam yang cuba melarikan diri dengan motorsikal Yamaha 135 LC nombor pendaftran AHN 1290 berjaya dirempuh kereta polis sewaktu menyertai menyertai lumba haram di Kangkar Pulai 2 jam yang lepas. 





Wajah penyamun tak sedar diri. Rasa macam nak bagi pang je..... Karate kang.... Datang negara orang, menyusahkan orang pula... Nak buat masalah, balik negeri sendiri la.


OK teman tipu je. Sengaja nak berseloroh dengan komer. Saja nak bagi gempak sikit, sebab cerita sebenar ada kat bawah ni. Al-kisahnya begini. OK, hari ni kan ada exam. Memang frust gila-gila la ni. Jadi semua benda yang leceh-leceh pon tak sedar dah. Rasanya waktu balik bilik tengahari tadi ada lagi. Tapi asar tadi dah tak ada pulak. Alahai~~~ Eh, apa yang hilang? Sandal. Ya, sandal! SANDAL! S.A.N.D.A.L. Komer tau tak sandal tu macam mana? Alah yang macam kasut Naruto tu la.....




Amacam? Vogue tak sandal teman? Patut pun ada negro nak curi jual kat bundle. Ok, tipu lagi. Google sandal, keluar pula gambar Spicy Sandal ni. Memang vogue gila-gila la kan kalau teman pergi kelas pakai sandal macam ni.




Sandal teman pattern dia macam ni je. kan betul teman kata tadi, sama kan macam kasut Naruto. Sandal tu setahun dah teman pakai dari Arau lagi teman guna sampailah ke Skudai ni. Siap berjahit dengan benang lagi, sebab plastik pengikat tali-tali dia dah patah. Tapak pun dah haus. Asyik buat shuffle atas jalan tar je. Parkour atas bumbung kerta orang. Breakdance di pasar malam. Busking di Jalan TAR lagi. Sandal tu hari-hari teman letak pintu bilik dengan selipar buruk teman. Tup tup hari ni dah lesap. Walawey~~~ Tu pun nak kebas ke?


Sebenarnya teman tak tau pun siapa yang kebas sandal teman. Takkan student Malaysia kot? Orang Malaysia sekarang demand tinggi, tak main la sandal cap ayam macam tu.... Alahai~~~ Persoalannya sekarang, kenapa mesti sandal? Tak sangat ke? Tak pun. Kalau nak kira susut nilai, provision dah tak ada nilai pun sandal tu. Minggu lepas baru sembang dengan achi & auntie cleaner. Mereka kata, hujung-hujung macam ni orang sibuk dengan peperiksaaan, terutama sewaktu cuti semester, kes kecurian akan menjadi-jadi. Tak sangka, teman salah seorang dari mangsa kejadian.


Nampaknya esok lusa tulat and so on terpaksalah pakai kasut je sana sini. Jalan-jalan pergi kedai je pakai selipar. Huh menyusahkan orang je! Beli baru? Mahal la barang kat Johor ni. Tak jumpa pun kedai murah macam kat kampung teman tu. Sandai macam tu bawah RM15 dah dapat. Tapi kat sini, kalau tak ada RM50, jangan mimpi la..... Takpe, tunggu hujung bulan ni balik kampung beli baru. Moga-moga toyol tersebut sedar sandal tersebut tidak bernilai lalu dikembalikan ke depan pintu bilik teman.



nota kaki: AHN 1290= Awang Hitam Negro 1, 2 Go!

MENARIK: BUDAK GUNA TEKNIK PERMAINAN VIDEO UNTUK SELAMATKAN ADIK | KID USES WoW SKILLS TO SAVE SISTER

Monday, January 9, 2012

PANAS: ANWAR IBRAHIM BEBAS, SAIFUL BUKHARI SEORANG LAKNATULLAH?

Anwar Ibrahim telah didapati tidak bersalah oleh makhamah. Jadi apa yang berlaku kepada Saiful Bukhari sekarang? Adakah dia telah dilaknat Allah?











nota kaki: entri ini tiada sebarang pertalian darah dengan mana-mana parti politik

Colorado Student Banned from Yearbook Over Racy Photo




A Colorado teenager whose yearbook picture was rejected for being too revealing is vowing to fight the ban with her high school’s administration, but the editors of the yearbook insist it was their decision alone on the photo.
The five student editors of the Durango High School yearbook in Durango, Col., told the Durango Herald they were the ones who made the call not to publish a picture of senior Sydney Spies posing in a short yellow skirt midriff and shoulder-exposing black shawl as her senior portrait.
“We are an award-winning yearbook. We don’t want to diminish the quality with something that can be seen as unprofessional,” student Brian Jaramillo told the paper on Thursday.
Spies was joined by her mother, Miki Spies, and a handful of fellow Durango High students and alumni in a protest outside the school Wednesday after, she said, administrators informed her thephoto would not be permitted because it violated dress code.
“I feel like they aren’t allowing me to have my freedom of expression,” Spies told the Herald.  ”I think the administration is wrong in this situation, and I don’t want this to happen to other people.”
The five editors, who said their decision was unanimous, said Spies’ blame was misplaced, in both targeting the administration, and believing that it was a dress code issue.
They also offered her an opportunity to include the photo in the yearbook, just not as her senior photo.
“If she (Spies) chooses to, the picture will run as her senior ad, not her senior portrait,” Trujillo said.
Despite the clarification from her peers into how and why the decision was made, a meeting Spies initiated between herself, her mother, and the school’s principal, Diane Lashinsky, was held today as planned.
“The editors all turned their backs on me and changed their minds,” she told the Herald. “I really do feel like they were intimidated by the principal.”
Neither Spies nor the school responded to ABCNews.com‘s requests for comments today on the meeting’s outcome.
The Durango School District, which oversees the high school, issued the following statement to ABCNews.com
“The editors of Durango High School’s yearbook informed a senior student in December that her photo in question would not be included as a senior portrait in the yearbook and asked her to submit a replacement.   Durango School District 9-R’s administration supports this decision.”
Prior to today’s meeting, the Spies family told local media they planned to meet with a civil lawyer in Denver to review their daughter’s case.


PANAS: TEKNIK BARU BUANG ORANG TUA



KUALA LUMPUR: Bawa ibu atau bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan ketika pegawai perubatan sibuk membuat pemeriksaan, tanpa mendaftar dan merekodkan butir peribadi waris, si anak perlahan-lahan ‘angkat kaki’.


Taktik ‘Tanggang’ itu dikesan dilakukan segelintir anak yang sengaja mahu menyisihkan ibu bapa yang sudah uzur daripada hidup mereka, sekali gus meletakkan beban penjagaan 100 peratus ke bahu orang lain.


Cara itu juga dilakukan kerana berpendapat kemungkinan jika dihantar ke mana-mana pusat jagaan warga emas sama ada dikendalikan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO), mereka akan dikenakan bayaran terutama apabila ibu bapa terlantar disebabkan penyakit kronik.



Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang iaitu sebuah pusat penjagaan warga emas yang terlantar, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, beliau bimbang perbuatan itu menjadi trend anak zaman sekarang untuk membuang ibu bapa yang uzur kerana menganggap mereka sebagai beban.



“Pusat Jagaan Siti Nor Aini ditubuhkan sejak 2009 dan dalam tempoh itu saya menerima 130 penghuni. Daripada jumlah itu, 70 adalah warga emas dihantar hospital kerana gagal mengesan waris dan 22 sudah meninggal dunia, saya terpaksa menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

sumber

Wednesday, January 4, 2012

Afdlin Shauki Sertai UMNO



KUALA LUMPUR – Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau menyertai UMNO bersama rakan lawaknya dari kumpulan Boboi, Harun Salim Bachik.

Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun berkata, keputusan untuk mereka menyertai UMNO adalah disebabkan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang sebuah kerajaan yang diketuai oleh parti itu yang telah banyak berjasa kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Saya sebenarnya sudah menyokong UMNO sejak umur saya sudah boleh mengundi, namun sekarang saya rasa saya tak perlu sembunyikan lagi sokongan saya.

“Saya menyertai UMNO untuk menunjukkan sokongan saya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, yang bersungguh-sungguh di dalam program transformasinya membetulkan apa yang perlu diperbetulkan.

“Kami penyokong tegar UMNO,” kata Afdlin Shauki, menjelaskan tujuan sebenar mereka menyertai UMNO pada sidang akhbar khas tersebut.

Afdlin  berharap agar tindakannya menyertai UMNO akan menjalin kerjasama erat antara kerajaan Barisan Nasional dengan para artis.

“Saya percaya dengan perjuangan dan usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita terutama sekali untuk industri seni tanah air kita dan memerlukan suara politik yang kuat untuk melihat masalah dalam industri seni,” katanya lagi.

Menurut beliau, mereka berdua akan cuba memperjuangkan dan memberi sokongan terhadap parti ini serta bersama-sama mendidik remaja hari ini melalui cabang seni agar dapat memberikan impak kepada parti UMNO sendiri dan masyarakat.

Apabila ditanya tentang tanggapan peminat setia terhadap pembabitan politik mereka, dari awal lagi sudah difikirkan semasak-semasaknya dan mereka harus berani untuk menerima apa sahaja kemungkinan terjadi.

“Kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan perkara itu (tanggapan peminat)…mereka punya hak sendiri untuk befikir dan janganlah kami dipolitikkan,” tegas Afdlin.

Penyertaan kedua karyawan seni tanahair itu disambut baik Datuk Abd. Raof Yusof yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang dan beliau mengalu-alukan agar ramai lagi penggiat seni untuk sama-sama menyertai parti politik Melayu terbesar itu.

Dalam pada itu, Harun yang juga merupakan Presiden Seniman berkata, beliau sememangnya menyokong UMNO dari dulu dan bangga untuk membantu memberikan sokongan kepada kepimpinan kerajaan sedia ada melalui bidang seni hiburan.

“Kehadiran kami sebagai tanda sokongan usaha-usaha kerajaan khususnya UMNO dalam membentuk satu kerajaan yang adil dan saya tidak langsung teragak-agak untuk menyerahkan borang penyertaan ini,” katanya.

Sebelum ini pelakon Bob Lokman juga memilih platform politik tetapi di dalam parti Pas.

Ironinya, kedua-dua mereka iaitu Bob dan Afdlin pernah berkerjasama dan menjadi juri dalam pertandingan Raja Lawak yang pernah disiarkan oleh Astro.

Pada 14 Oktober lalu seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Media sebelum ini juga pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.- Oleh NAIMAH SHAARI/Foto YUMNI HARUN

Sunday, December 25, 2011

ADAM ADLI BUAT LAPORAN POLIS SETELAH TERIMA UGUT JAHAT



KUALA LUMPUR 23 Dis. - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengutuk tindakan beberapa pihak yang mengecam dan membuat pelbagai ugutan jahat terhadap Adam Adli. Tindakan tersebut mencerminkan langkah tidak bertamadun dan menyanggah amalan demokrasi di Negara ini.




Walaupun menghormati pendirian dan kritikan membina, akan tetapi ianya dilihat semakin tidak terkawal setelah ada Adam mendakwa telah menerima pelbagai ugutan malah menuduh dengan pelbagai serangan moral mengaibkan beliau.








SMM dalam pada itu tetap bertegas dengan pendirian sebelum ini tidak akan membuat sebarang permohonan maaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.




Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan Pro Mahasiswa itu turut mendesak pihak polis mengambil langkah tegas terhadap pihak yang mengancam keselamatan Adam Adli.




Kenyataan ini dibuat setelah pihak SMM menghantar memorandum di Ibu Pejabat Dang Wangi di sini hari ini.




Isu Adam Adli menjadi perhatian setelah beliau didakwa merupakan mahasiswa yang Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak di hadapan PWTC  baru-baru ini.




Insiden tersebut berlaku ketika berlangsung perarakan bantahan AUKU yang melibatkan 300 Kumpulan Pro Mahasiswa menuju yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) .


sumber


*****************************************************************************

Komen teman, memang agak wajar Adam Adli membuat laporan polis demi keselamatan dirinya. Seperti mana yang telah diketahui ramai, Abang Ludah telah menyatakan ingin menampar individu yang menurunkan bendera PM kita. Menurut Qushairi, Abang Ludah kita ini  sebenarnya telah melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan, yang mana, menurut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, abang boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun beserta denda. Betul ke? Teman ni bukan tahu sangat undang-undang, seksyen-seksyen semua tu. Tapi rasanya memang betul la kan. Sebarang bentuk ugutan untuk mencedera adalah satu kesalahan kerana ianya berbentuk ancaman. Alah kiranya macam "Aku akan bunuh kau!". Walaupun belum membunuh, terbunuh dan dibunuh, ianya adalah satu ancaman dan keliahatan seperti gambaran perkara yang bakal berlaku. Barangkali laporan polis yang dibuat bukan dituju kepada Abang Ludah, kerana bukan dia seorang yang membuat ugutan tersebut.


Zaman sekarang ini ramai yang gila politik dan sanggup melakukan apa sahaja demi parti politik kesayangan mereka. Ramai juga yang membidas Adam Adli sebenarnya. Barangkali mereka itu semua sudah bekerjaya sedangkan Adam Adli masih menuntut di sebuah IPT. Jadi mereka menyatakan bahawa Adam Adli tidak perlu 'beria-ia' menegakkan hak mahasiswa dan aktif berpolitik sedangkan dia masih belajar dan ditanggung ibu bapanya.


Diharapkan isu ini akan reda segera dan mari kita sama-sama doakan keselamatan Adam Adli.




nota kaki: Ini adalah entri neutral. Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik

Wednesday, December 21, 2011

MENARIK: MALAYSIA APA PUN BOLEH!

1. Negara mana yang enjin pesawat pejuangnya hilang tanpa berperang?
2.Negara mana yang habiskan $10juta membina 50 klinik tapi tiada doktor?
3.Stadium negara mana yang roboh sendiri walaupun gempa bumi tak berlaku?



Saturday, December 17, 2011

GEMPAR: Hitler Marah Kupon Double Zinger Burger KFC Habis

Sambungan dari entri INI. Mari layan video ini pula.




Tengok, sampai Hitler pun mengamuk! Sampai nak terkencing-kencing staf dia. Hahahahahahahaha Adoyai~~~~ lawak je kan..... Harap semua restoran fast food di luar sana ambil iktibar dan tidak akan membuat kesilapan seperti ini lagi. 

Friday, December 16, 2011

GEMPAR: RAKYAT MALAYSIA MARAH KEPADA KFC!



Semalam fanpage FB KFC telah menawarkan baucer percuma untuk Double Zinger Burger Combo seperti di atas ini. Walaubagaimanapun, tidak sampai 5 jam tawaran itu dibuka, ia telah dibatalkan dengan alasan outlet telah kehabisan stok. hal ini telah menimbulkan kemarahan dan kehampaan kepada peminat KFC di luar sana yang telah "beria-ia" pegi ke restoran KFC untuk menebus Double Zinger Burger Combo seperti yang telah ditawarkan.




Amekaw! Dengan segala jenis komen keluar. Ini semua pastinya adalah peminat fanatik KFC kan. Mereka yang telah menurunkan komen pastinya adalah insan-insan yang teramat hampa. Beberapa jam selepas post di atas, muncul pula post baru. Malangnya KFC tidak mengeluarkan kenyataan mohon maaf lalu menyebabkan peminat-peminat fanatik KFC mengamuk! Tapi tak ada la pula masuk Metro KFC diserbu dengan parang dan pedang samurai. 





Tengok, kan betul rakyat Malaysia marah kepada KFC. Apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur. Teman ni pun kempunan juga tak dapat nak merasa burger tu. Maklumlah, susahlah nak jejak kaki kat fast food restaurant ni. Baik duduk kedai mamak pekena teh tarik lagi puas hati. Confirm takkan berlaku rusuhan di kedai mamak kan......

Thursday, December 15, 2011

BERITA: KANAK-KANAK CEDERA DISERANG SIAMANG DI ZOO MELAKA




MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.

“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.


diserang

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.

Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.

Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.


Afieq

“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.

“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.


“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.

“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.

“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.

“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.

Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.

“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.

“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.

“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya.

Tuesday, December 6, 2011

TACING BETUL OGY DENGAN JOHAN

Rasanya semua orang pun tahu kan pasal kes Fauziah Ahmad Daud (Ogy) nak saman Johan (Raja Lawak) gara-gara lawak melampau sewaktu mengacara bersama dalam Festival Filem Malaysia yang lalu baru-baru ini. Ya, memang saya sendiri akui mungkin akan "over" lawak si Johan tu, tapi kalau kita tak mabil pusing pasal tu, memang takkan jadi apa-apa pun. paling busuk pun keluar la komen dalam surat khabar mahupun majalah hiburan. 






Tup tup meletup cerita Ogy nak saman Johan. Memang terus jadi Naib johan la kan. Hohohoho~~~ Ai takkan tacing kot....... Nama pun melawak kan..... Tegur belakang sudah..... Tak perlu la nak sampai saman menyaman..... Last-last semua dapat malu....... Saya memang tak malu...... Kontroversi tak sudah...... Bawak-bawak la mengucap ye.......

Thursday, November 3, 2011

Pelajar Mengugut Gurunya Untuk Mendapatkan 3 Markah

Seperti mana yang semua sedia maklum, hampir setiap hari kita akan mendengar pelbagai jenis jenayah yang dilakukan dari kalangan pelajar tanpa mengira usia. Terbaru, seorang pelajar bernama Samson telah mengugut guru Matematiknya supaya memberikannya 3 markah. Jika tidak, dia akan mencederakan rakannya dengan menggunakan kapak milik bapanya. 




Bagaimanapun, si guru bertindak berani dengan mengingkari arahan dan ugutan Samson. Pastinya Samson tidak berjaya untuk mendapatkan 3 markah yang dimahukannya. Status Samson dan guru Matematik tersebut masih lagi misteri sehingga kini.

Justin Bierber Ada anak Luar Nikah Dengan wanita Berumur 20 tahun?



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita di negeri California mendakwa penyanyi remaja Justin Bieber (gambar) ialah bapa kepada bayinya.

Laman hiburan RadarOnline dan majalah Star Magazine melaporkan wanita berkenaan, Mariah Yeater, 20, memfailkan saman di sebuah mahkamah dengan menyatakan bintang pop berkenaan ialah bapa bayi lelakinya yang berusia tiga bulan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mahu Bieber, 17, menjalani ujian perubatan bagi mengesahkan secara saintifik bahawa bayi berkenaan ialah zuriatnya.

Seorang jurucakap Bieber, Matthew Hiltzik bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Walaupun kami belum melihat saman itu, adalah sedih untuk seseorang sengaja mereka-reka dakwaan palsu yang berunsur fitnah," katanya.





Menurut majalah Star, Yeater mendakwa dia berusia 19 tahun semasa berasmara dengan penyanyi kelahiran Kanada itu di belakang pentas di salah sebuah konsertnya di Los Angeles pada tahun lalu.



Dia meminta mahkamah memaksa Bieber menyediakan nafkah secukupnya untuk anaknya," lapor majalah berkenaan.

Bieber kini intim dengan aktres Selena Gomez iaitu seorang bintang remaja yang popular menerusi lakonannya dalam program televisyen terbitan Disney, Wizards of Waverly Place. - Agensi

Sumber

Jadah Apa Ini? Kempen Merdeka Hubungan Sejenis?


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Waktu awak jalan-jalan tadi. awak terbaca la mengenai Seksualiti Merdeka. Huh? Apakah ini? What the fish is this?


Astaghfirullah....... Nampaknya Malaysia makin berani untuk meniru segala modus yang berlaku di negara Barat contohnya seperti Amerika Syarikat. Bagaimana boleh muncul pasukan penyokong hubungan sejenis di Malaysia? Gay, Lesbian hindari semuanya! Ya memang di Malaysia ini ada kebebasan bersuara, kebebasan beragama, dan segala jenis bebas lagi sehingga ramai yang terbabas mati masuk gaung di lebuh raya.


Teman percaya. bukan agama Islam sahaja yang melarang hungan songsang ini. Agama-agama lain juga pasti menolak dan membangkang hubungan sesama jantina. Andai seseorang itu tidak beragama sekalipun, andai berbalik kepada hukum sains, hubungan sejenis tetap tidak normal kerana ia bertentangan dengan fiitrah alam!


Lelaki dijadikan untuk perempuan. Perempuan pula dijadikan untuk lelaki. Hasil hubungan yang positif ini pasti melahirkan generasi ilmiah, tambahan lagi dengan ikatan perkahwinan yang harmoni sepanjang hayat. Bayangkan lelaki dengan lelaki, gay sesama gay, perempuan sesama perempuan, lesbian sesama lesbian, homoseksual dengan si nafsu songsang. 


Silibus sains PMR Tingkatan 3 sendiri telah mengajar pelajar sekolah bagaimana bentuk hubungan seksual yang sebenar antara lelaki dan perempuan yang di mana mampu menghasilkan zuriat. Hubungan sejenis juga pastinya tidak akan mendapatkan zuriat. Mustahil! Andai mereka mampu mendapatkan zuriat hasil hubungan sejenis, memang ajaib la awak kabo.


Semoga komer tidak menyokong cinta hubungan sejenis lalu menyokong cinta kepada Allah Maha Besar. Andai komer tak faham apa yang teman sembang di atas, komer boleh klik SEKSUALITI MERDEKA.


Wassalam~~~

SPONSOR

Ad