Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Friday, April 29, 2011

GATHERING : Geng KITA batch 2005-2009



tak cantik la aku buat

Beberapa hari yang lepas, ada beberapa orang kawan aku cadang kat aku supaya buat gathering. Kira ala-ala mini reunion la. Kebetulan pulak waktu sekarang ramai yang dah cuti. Geng matrik baru habis. Geng diploma pun baru start cuti semester.


Gathering ni cuma khas untuk batch 2005-2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun, Perak. Kiranya cuma untuk geng PMR 2007 dengan geng SPM 2009 je la. Lain-lain, kalau tak malu masuk la. Hahahahahahahaha~~~ 


Cuti baru mula. Bila lagi nak jumpa kan... Yang STPM lepas ni mesti sibuk dengan belajar. Yang baru habis matrik dengan asasi mesti nak cari kerja pulak. Geng diploma pulak mesti nak bercuti sakan kan....
Takkan nak tunggu raya baru nak jumpa? Tu pun punya la susah nak kumpul ramai-ramai....


Kebetulan pulak 1 Mei kat sekolah memang ada buat reunion yang sebenar. Tapi majoriti mesti yang dah beranak-pinak kan. Kami yang muda-mudi ni segan la nak join. Tinggal sekolah pun baru dalam 2-3 tahun je. 


Cadangan lokasi? Aku tak tau lagi ni. Nak buat kat mana? Kata tak nak jauh-jauh.... Teluk Intan tu pun dah kira jauh... Ramai pulak yang tak dapat nak join kalau buat kat Teluk Intan. KFC Hutan Melintang? Macam tak best je.... Ye la, memang la baru bukak. Aku pun tak sempat jenguk lagi. Tapi dekat sangat la..... Kurang menarik la kalau dekat-dekat ni..... Teringin nak buat jauh-jauh sikit..... tak pun ada tak mak sape sape yang rajin masak? Buat je kat rumah orang tu. Kau masak, nanti kami bayar la duit penyertaan. Kira bayar duit makan la. Hohohohohohoho~~~


Amacam? Apa-apa pun semua ni hanya sekadar cadangan dan masih dalam perancangan. Klau last minute cancel, Wallahu'alam.....


Terima kasih.
:)





Thursday, April 28, 2011

Nasihat Buat Adik-adikKu Lepasan SPM 2010

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada petang yang hening ini, saya dapat menaip lagi untuk meng"post" entri baru buat tatapan kalian. Kali ini saya ingin memberi sedikit nasihat serta panduan terbaik buat adik-adik blogger ataupun pembaca di luar sana yakni lepasan SPM 2010.

Hari ini, 28 April 2011 telah diumumkan keputusan bagi permohonan ke Progam Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui beberapa laman sembang yang wujud di laman sosial terkenal Facebook, saya mendapati ramai adik-adik muda ini terkeliru serta dilanda dilema sama ada ingin meneruskan pengajian di peringkat matrikulasi, STPM, asasi, mahupun diploma.

Di sini saya sekadar mahu menyampaikan pandangan saya semata-mata. Sebagai pelajar lepasan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, saya dapat melihat pelbagai jenis genre kehidupan di kampus. Melalui ikatan persahabatan dengan pelbagai jenis kumpulan pelajar tanpa mengira sama ada mereka kumpulan pelajar STPM, matrikulasi, asasi mahupun diploma, saya berjaya mengutip banyak informasi yang dapat kongsikan kepada kalian.


elakkan stres. buatlah keputusan yang betul


Antara persoalan yang sering ditanya oleh oleh pelajar lepasan SPM adalah,"mana satu yang patut saya pilih?"
Jawapannya ada pada diri masing-masing. Di sini saya sekadar ingin berkongsi penerangan ringkas saya. 


Sila klik SINI untuk penerangan lebih lanjut mengenai Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada pendapat saya, jika seseorang pelajar itu ditawarkan matrikulasi dan asasi pada masa yang sama, pilihan yang terbaik yang paptut dipilih adalah asasi. Mengapa saya berkata begini? Hal ini demikian, pelajar asasi lebih didedahkan dengan sistem "Siswa-Siswi" yang sebenar. Soalan akan disediakan sendiri oleh para pensyarah masing-masing. Begitu juga dengan penanda kertas. Satu-satu pensyarah akan menanda kertas jawapan pelajarnya sendiri sahaja. Sebagai tambahan, silibus dan skop pembelajaran adalah lebih kecil berbanding pelajar matrikulasi yang lebih luas skop pembelajarannya. Perkara ini telah dinyatakan oleh sahabat saya Ahmad Sallehudin bin Mukhtarudin, lepasan Pusat Asasi Sains Universiti Malaysia. 

Sebagai seorang pelajar jurusan Perakaunan, saya tidak menghadkan persahabatan saya kepada pelajar Perakaunan sahaja. Sebaliknya, saya telah bersahabat baik dengan pelajar jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal juga (tiada pelajar aliran Teknikal di Kolej Matrikulasi Perlis). Melalui ikatan ini, saya telah mendapat informasi mengenai Program Satu Tahun (PST) jurusan Sains dan Perakaunan. Melalui tahun 2011, silibus baru telah digubal bagi semua jurusan tanpa mengira jurusan Sains, Perakaunan mahupun Teknikal.

Berita baik buat bakal pelajar Perakaunan, silibus baru yang akan dimulakan pada tahun ini adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelajar Perakaunan pastinya boleh tersenyum lebar setelah mendengar berita ini. Berbeza pula dengan pelajar jurusan Sains. Sistem yang baru ini seolah-olah menyerupai sistem asasi universiti tempatan. Sebelum ini, pelajar Sains Hayat cuma perlu mempelajari Matematik, Kimia dan Biologi sebagai subjek teras. Manakala pelajar Sains Fizikal pula cuma perlu mempelajari Matematik, Kimia dan Fizik sebagai subjek teras. Bagaimanapun, sistem yang baru ini telah mengubah sistem yang sedia ada. Tiga modul kini ditawar. Bagi Modul I, pelajar akan mempelajari subjek Matematik, Kimia, Biologi dan Fizik. Bagi Modul II pula, pelajar akan mengambil subjek Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer. Manakala bagi Modul III pula, Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer akan menjadi subjek teras. Sila klik SINI untuk maklumat lanjut. Pada pandangan saya, kumpulan pelajar Sains Hayat dan Sains Fizikal sudah tidak wujud lagi. Oleh itu, para pelajar harus membuat keputusan yang betul dalam memilih jurusan di peringkat matrikulasi. Maaf, saya tidak mempunyai sebarang informasi dan maklumat mengenai jurusan Teknikal. Bagaimanapun, menurut laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia, aliran Teknikal tiada perubahan besar sama seperti aliran Perakaunan.

Bagi diploma pula, sudah terang lagi bersuluh, pengajian di peringkat diploma adalah lebih panjang berbanding peringkat yang lain. Diploma mungkin adalah langkah yang selamat kerana para pelajar dapat memilih kursus yang diminati bagi menjamin masa depan masing-masing. Bagaimanapun, saya telah mendengar rungutan daripada sahabat-sahabat saya yang meneruskan pelajaran di peringkat diploma yang mengatakan pelajaran di peringkat ini adalah susah. Benar atau tidak, saya tidak mengetahui kebenarannya.

Bagi peringkat STPM pula, silibus pembelajaran sebenarnya adalah lebih berat berbanding peringkat matrikulasi. Perkara ini mungkin kerana sesi pengajian STPM adalah lebih panjang daripada matrikulasi. Oleh itu silibus yang berat itu adalah adil dengan sesi pengajian yang lebih panjang. Percaya atau tidak, saya serta rakan-rakan saya di matrikulasi tidak berjaya menjawab soalan peringkat STPM dengan sempurna terutamanya dalam subjek Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan. Hal ini telah membuktikan bahawa silibus STPM adalah lebih jauh ke hadapan berbanding matrikulasi.

Diharapkan adik-adik dapat membuat keputusan yang terbaik. tunaikanlah solat Istikharah bagi mendapatkan panduan dan bimbingan dari Allah Maha Besar yang Maha Adil serta Maha Penyayang.


Traffic pagi tadi : WOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Trafik pagi tadi memang wow!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku bukan nak kata pasal trafik blog aku mahupun blog orang lain....
Aku nak cerita trafik kat Ipoh ni memang 
jem strawberry la katakan pagi tadi~~~
walawey~~~
dah la aku ni bawak motor je....
Zup sana! Zup sini!
Ewah~~~
Risau la jugak.....
takut takut ter"clash" dengan kenderaan lain...


Macam Sardin wa cakap lu....
Memang teruk....
Memang teruk......
Pagi tadi tadi aku keluar rumah sekitar jam 7.45 pagi nak hantar Puan Y nak pegi padang dekat2 hospital tu.........
Masuk2 je jalan Bercham, pergh~~~~~
macam semut Api berjalan wo....
semua rapat rapat....
takde ruang nak ngelat sana sini....


Lalu je simpang Tesco Extra lagi la pack....
Straight ke jalan Stadium Indra Mulia.
alahai.....
bulatan kat stadium dengan hospital pon dah macam 
Ferris Wheel je.....
weeee~~~
Penuh! Penuh! Penuh!


Kisah Penculikan-Ku : Bahagian Terakhir

Terlebih dahulu, aku nak mintak korang vote aku dulu dalam DIGI CONTEST.
Ada 2 kategori. Picture of the Year dengan Blogger of the Year.
Senang je kalo nak undi.
Korang klik je 2 ikon yang ada kat blah kiri ni.




<-------------------------------------------------------------------------------------





<--------------------------------------------------------------------------------------

ok, berbalik kepada tajuk entri di atas.

Entri ni bersambung dari entri sebelum ni.
Klik SINI untuk ke entri sebelumnya.

ini bukan MyVi sama yang kami naik

Disambung cerita, aku pun bukak la pintu belakang....
Cak! Ba~~~~~~ Azmi tersengih macam kerang busuk je bila nampak aku. Alah Azmi.... Sebelum sempat dia cakap banyak, aku terus cakap, "Mi ko jangan nak cakap Perak!"
Apa tak nye, tunggang langgang dia cakap.... Salah tatabahasa la.... Salah guna perkataan la..... Ini lah masalahnya kalau budak Pahang nak cakap Perak....


Azmi jadi drebo. Sebelah dia ada kakak senior UTP tahun kedua, sape ntah nama dia. Tak tanya pun.... Aku dengan Zulfikri duduk belakang je. Kereta pon vroom vroom memecut ke arah Simpang Pulai....


----->dalam kereta<-----
*pot pet*pot pet*pot pet*pot pet*pot pet*



Mengimbas kembali perkenalan aku dengan deme ni
(mula dah ayat Peghak) asenye masing-masing idak keney pun.... Jumpa deme pun kat kenduri kawen kakaknyer si Haneff 1 Mei 2010 lepeh...
Dari situ, sampe le sekarang deme pun berkawan le dengan teman...
Kakak tu ade juge nanyer ke teman macam mane boleh keney deme ni. Heran beno kan.... Budak Perak yang belajo kat KMP boleh keney deme yang belajo kat UTP
Gitu macam kat ateh ni le jawapannyer.....
Kami berkongsi kawan yang same.....
.
.
.
.
.
.
.
skip kisah penculikan secara rela aku.
berat.berat.berat
tak sanggup nak tulis.
Skip!
.
.
.
.
.


Jam dah menunjukkan 11 lebih. Tak pakai jam pon.... Tengok kat Bukan Blackberry aku je.....Mereka sorang demi sorang berceramah kat aku....aku respon la je dengan jawapan paling logik yang aku boleh bagi.....



Sampai je kat Tesco pun boleh separa sesat lagi....Azmi boleh main pusing-pusing pulak cari parking motor aku tak jumpa.....
Ewah~~~ Zup sana! Zup sini! Hah kan dah jumpa~~~~~



Aku balik rumah kakak dengan perasaan sebel lagi otak serabut!
Macam baru kena Culik dengan ALIEN je~~~
Ntah2 diorang ni memang alien kot~~~
Kalo kita baca balik kisah orang yang kata kena culik dengan alien kan diorang kata pening-pening, otak pun serabut semacam je. Lebih kurang macam tu la kot apa yang aku rasa~~~


Sampai rumah lebih kurang 11.15 malam. Tanpa buang masa aku terus on TV. Kemudian terus ke dapur mencari nasik. Nyam nyam!

P/S: Perut lapar. Tak dapat makanan free la kat sana. Inilah yang akan terjadi apabila diculik alien comel.



Kisah Penculikan-Ku : Bahagian Pertama

Terlebih dahulu, aku nak mintak korang vote aku dulu dalam DIGI CONTEST.
Ada 2 kategori. Picture of the Year dengan Blogger of the Year.
Senang je kalo nak undi.
Korang klik je 2 ikon yang ada kat blah kiri ni.




<-------------------------------------------------------------------------------------





<--------------------------------------------------------------------------------------

ok, berbalik kepada tajuk entri di atas.

Entri ni bersambung dari entri sebelum ni.
Klik SINI untuk ke entri sebelumnya.






Sekitar jam 8.30 pm aku start motor, ready nak ke Tesco Extra. 
Wadudududuh~~~
Vibrate, bergetar-getar pulak kocek ni.... 
"MAK Calling" 
Nak jawab tak? Nak naik motor dah ni.... 
Ah, jawab je la.... 
Kalau tak jawab dapat title anak derhaka pulak~~~
Aku pun sambil cakap dengan talipon sambil bawak motor~~~
Ewah~~~ 
Bahaya tue..... 
PLEASE DON'T TRY YHIS AT HOME!
Tapi takde pun bawak laju....
Lebih kurang 30 km/j je......
Kira selamat la kan.....


Honda Wave yang aku bawak tadi lebih kurang la macam ni.


Harap je bawak helmet besar, tapi letak dalam bakul je.... 
Pusing kanan, pusing kiri, jalan terus, tak sampai 5 minit sampai la.... Taman rumah kakak aku ni pun bukan jauh sangat..... 
Belakang je......
aku pun capai Bukan Blackberry aku lalu text beliau. 
"Dah sampai"
"Jap, dkat lagi" 
Oh, on the way lagi.....
sempat la aku jalan-jalan dalam tu seminit dua....


My phone vibrating.....
"Mane?"
"Kat Pintu masuk"
"Ok, aku cari kau"


Cis!
Tesco ni dah la ada 3 entrance. 
Aku punya la semangat pusing sekeling...
Last2, tak jumpa jugak....
Aku pun jalan2 lagi....
Bukan jalan2 cari makan, tapi jalan2 cari orang!
Dengan mata nampak tak nampak ni (spec ntah hilang mana) nampak la jugak dari jauh sorang mamat melambai-lambai tepi MyVi putih....


Ini pintu masuk ke?
Ni parking kat hujung pagar utama!!!!
Ah, tak kisah la....
Asalkan dapat jumpa~~~~




Bersambung.................

Wednesday, April 27, 2011

Mane ko nak bawak Aku ha???????

Terlebih dahulu, aku nak mintak korang vote aku dulu dalam DIGI CONTEST.
Ada 2 kategori. Picture of the Year dengan Blogger of the Year.
Senang je kalo nak undi.
Korang klik je 2ikon yang ada kat blah kiri ni.




<-------------------------------------------------------------------------------------






<--------------------------------------------------------------------------------------

ok, berbalik kepada tajuk entri di atas.



Sekitar jam 5.45pm tadi aku menerima satu panggilan dari satu nombor misteri....
jeng jeng jeng~~~
bermula dengan baik, dia bagi salam dulu. Aku pon jawab dengan penuh sopan santun.


Mulalah masuk part yang tak best. Kenal tak ni sape???
Aku cuba berteka-teki dengan kepala otak aku sendiri.
Kebetulan tengahari tadi 2 orang kawan aku text guna nombor lain.
Aku pon tak sempat nak save. Aku pon teka la~~~
Emi? Salah!!!!!!! Zul??? Ha'ah~~~
Betul jugak aku teka~~~
Ye la, dah orang tak pernah Call, tetibe je nak call....
Tersuprised la jugak teman nie~~~


Dia ajak aku turun Simpang Pulai malam ni. Jam 9 malam.
What the fish????
Beria-ia betol kawan tu ngajak aku pegi...
Barang baik katanya....
Jangan fikir bukan-bukan ya~~~
Ada macam preview bisnes katanya~~~
Dia kata malam ni datang tengok je...
Aku dengan berat hati, terima je la ajakn tersebut....
Bukan apa, aku dah la memang jenis taksuka keluar malam.
Tambah lagi, spec aku ntah hilang mana....
Dibuatnya aku tak nampak orang la malam nanti...


Tunggu kat mana? Tesco Extra tau tak?
Aku duduk Ipoh ni time cuti panjang je...
2 tahun kat Penang. Tambah setahun kat Perlis.
Mana ada masa nak jalan-jalan tempat orang.
STUDY je la yang ada dalam otak aku~~~


Nasib baik Zukfikri (nama kawan tu la) tu aku boleh percaya.
Student UTP pulak~~~ sape lah aku....sekadar student Matrik je.....
Walaupun baru sekali jumpa kat kenduri rumah Haneff, dia aku baca muka, dapat label 
BOLEH PERCAYA dari aku. hohohohohohoho~~~ 
Kiranya dia takkan aniaya aku lah....


Mane ko nak bawak aku ha????
ah tak kesah la~~~ 
Ikut je la~~~ 
Asalkan ada orang drive....
Boleh menuntut ilmu sikit....





P/S: agak-agak ada makanan free tak? Kalo ada, kena kosongkan perut dulu sebelum pegi.

MUMMYLOVERS MENCARI BLOG UTK DIREVIEW

Kali ni aku nak join segmen MRS WEIYDA yang diberi tajuk 
"MUMMYLOVERS MENCARI BLOG UTK DIREVIEW".
Dia bagi 6 arahan. Kena la ikut satu per satu dengan betul.

1
banner dah letak. saiz large lagi.

2
Tajuk entry: BERES
Backlink: BERES

3
Hari-hari pun check. Tak lepas-lepas jugak 100 orang follower.
Bila nak lepas 100 ntah~~~

4
Gambar ni habis cun kot. Background pun cantik.
Lokasi gambar ni kat Arau, Perlis.
Aku guna gambar ni untuk join DiGi contest dalam kategori
Picture of the Year.
Klik SINI untuk mengundi aku.
Undi tau!!!!
hohohohohohoho~~~~

5
Komen blog mommy?
comel!
Cute!
sama ja la kan...
Adorable!
Colourful!
Entry pon menarik hati.
Memang menarik hati aku untuk meng'follow' beliau.

6
Link: BERES

P/S: Kalau kawan-kawan yang lain nak join sama, klik je SINI.
       Jom ramai-ramai join segmen ni.
       :)

Segmen AKU mengenali blogger/kawan...:)

Kali ni aku nak join segmen AKU mengenali blogger/kawan...:) anjuran Cik Afifah Adnan pulak~~~
macam best je segmen ni...hehehehehe...kena jawab 10 soalan pulak......takpe, takde hal punya.....

1
nama penuh Ahmad Haziq Azlan.....bin tak payah kot.....
umur 19 tahun.
pendidikan tertinggi, Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 
Program Satu Tahun, 
Jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulasi Perlis.
nama blog...Azlan The Type Writer.......sebelum ni nama lain....
hohohohoho~~~

2
aku start blogging ni sejak Form 4 (2008) lagi.....
tapi memandangkan aku tinggal kat asrama, internet pun susah nak dapat,
emel dengan password semua dah lupa....
tahun 2009 aku start blog baru....
kononnya untuk blog kelas....
last2 aku sorang je yang manage.....
lama2 aku pun dah tak update....
ya akhirnya pada Januari 2011 aku kembali berblogging....
nama asal blog ni ialah Student King....student-king.blogspot.com URL yang asal.....
aku guna sebagai salah satu bahan presentation untuk projek kelas Bahasa Inggeris....
Apabila tamat pengajian(baru seminggu), aku buat keputusan untuk ambik blog ni jadi blog aku sendiri...

3
Pengisian?
sebelum ni memang aku letak informasi yng berkaiatan dengan pendidikan je...
ye la....nama pun Student King.....
kena la post yang berkaitan dengan sistem pendidikan negara....
tapi sekarang tak lagi.....
kebanyakannya berkisar tentang kehidupan seharian....

4
fan page? yang untuk Student King ada la.... 
sudi2 la LIKE ye.....tak sempat nak edit baru la.....
Group blogger?
ada la 2,3.....itu pun kawan aku yang addkan...
contohnya macam Sahabat Blogger, Kaki Blogger, Blog, Blogger Senja, & Blogwalking Widget.
Semua ni boleh jumpa kat dalam Facebook.

5
perkara yang tidak wajar dilakukan dalam blog?
aku memang tak suka dengan autoplay song...
dah la ada yang letak lagu yang ntah pape...
kalo nak letak lagu pon, letak la MP3@MP4@player yang boleh pause,stop.
takde la nak menyakitkan telinga ni nak dengar....
kalau lagu sedap, anda imaafkan.
hahahahaha....

6
Aku nak blog aku lebih ramai orang follow...
yang komen pun ramai....
takde la "crick crick" je lepas post entry. 
Taip punya panjang, tapi takde yang baca....
komen lagi la takde....

7
Komuniti blogger sepatutnya berkembang dengan lebih luas.
Melalui blog ni la jugak semua orang boleh meluahkan rasa hati masing-masing
(jangan over sangat sampai menyentuh peribadi seseorang.Nanti dapat label fitnah. Sia-sia je kena masuk makhamah nanti)

8
Majulah blog untuk negara!
Takde tips la...aku pun newbie lagi....

9
aku nak.....entry yang menarik hati aku.seronok nak baca.

10
Blog Afifah Addnan ternyata amat colourful dan menarik hati aku untuk follow.
ha aku dah follow, pls follow me back wokeh. hehehehehe....




sekarang aku nak tag 2 orang blogger yang lain.

P/S: Jangan lupa undi aku tau. Sila klik kedua-dua ikon yang ada kat blah kiri atas tu. 
       Ada 2 kategori berlainan. Undi jangan tak undi :)

Sengalnya blogger Otai ni~~~


malas nak taip panjang-panjang.
geram je dalam hati ni.
ada ke patut ada sorang blogger otai ni remove dari follower aku.
terus unfollow....
.
.
.
benci kat aku ke apa?
balas dendam ek?
dah kurang sorang follower aku...
dah la follower sekarang pon cipot lagi...
.
.
.
mentang-mentang la aku tak suka mencapap kat kotak komen entri dia...
tak sampai hati pulak aku nak unfollow dia..
nanti follower dia pulak yang kurang sorang...
takpe....takpe....
tak penting semua tu....
.
.
.
oh ya, aku ada join contest yang DIGI buat.
jangan lupa undi aku tau.
aku masuk 2 kategori berlainan.
untuk mengundi dalam kategori Picture of the Year, klik SINI.
tak cantik mana pun gambar ni.
untuk mengundi dalam kategori Blogger of the Year pulak, klik SINI.
aku ni newbie lagi...
sekadar mencuba nasib...
.
.
.


Tuesday, April 26, 2011

PILIHANRAYA:::: UNDILAH AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum wbt~~~


Dipendekkan cerita, saya di sini ingin mengatakan "UNDILAH SAYA!!!!!!!!!!"


Undi apa?


Ini ha.....


Digi ada buat award.....


kena mengundi secara online....


Saya join Kategori Blogger Of The Year~~~


walaupun teman n baru je beberapa bulan berblogging, pengikut pun tak ramai, kisah apa........


masuk je la.....


bukan salah pon.....


tak ada sape pon nak marah......


tak masuk penjara pon.....


kan....kan.....kan.....kan......kan.....kan.....kan.....


macam mana nak undi????


----->KLIK je SINI<-----


Kemudian, ikutlah arahan mudah lagi simple yang ditulis kat bawah tu....


Semoga kawan-kawan, serta para pembaca terus menyokong saya dengan MENGUNDI!!!!


OK, sampai sini je entri kali ni.....


Undi tau, jangan tak undi~~~~


kejor Yop Kejor!!!!!!!!!!




Klik ikon di bawah untuk mengundi saya

Mari Belajor Bahase Peghak dengan Teman!!!!!!




kat bawah ni ada 332 perkataan bahasa Melayu yang telah di'translate' ke dialek Perak.
Moh le kiter blajor sesame wey~~~
:)

kalo komer penen nak nyari perkataan tu, tekan Ctrl+F.
karang keluor le word seeker.
bukan payah benor pon....
hohoho~~~


332) panglin - ingat ingat lupa pada sesuatu lokasi yang nak di tuju
331) gonjak - usik, sindir, gosip
330) sompek - sumbing, pecah sedikit dibahagian tepi
329) tobek - digigit/ dilubangkan/ dimakan sikit/ berlubang
328) keghopin - darah pada kesan luka yang baru kering
327) latam - lanyak
326) berbelak belak - permukaan yang bertompok tompok dengan warna hitam atau kelabu
325) tepek - kuih lempeng
324) galak - kerap
323) joghen - gatal / miang (biasanya dirujuk pada kaum wanita)
322) Ghalit - asyik
321) Libang libu - tak senang duduk akibat rasa badan yang tak selesa, suasana panas atau akibat perasaan yang tak tenteram
320) Celum celam - tak tentu hala susunan
319) Siut - disambar api/ kerja membakar sesuatu (biasanya bakar sampah)
318) Tegheban - campak / buang / baling / humban
316) Kelin - bahagian di sepanjang kain yang dijahit setelah dilipat kecil
316) Kendian - kemudian / nanti nanti je
315) Begonjen - berkelahi
314) Jelabak - merujuk kepada sesuatu yang koyak atau tembuk atau berlubang akibat telah terlalu usang. Biasanya jelabak dirujuk kepada kain yang koyak atau lantai papan yang dah pecah atau berlubang akibat reput.
313) Genyu - mengherotkan mulut (aksi ini biasanya dilakukan bagi tujuan mengejet atau perlu)
312) Bundut - bungkusan kain / barang barang yang dibungkus dalam kain
311) Mengeghuit - bergerak / berjalan
310) Pandu - cuba
309) Bekembut - asap yang berkepul kepul keluar
308) Hakap - tamak
307) Tak sebaloh - tak sebulu / tak ngam / takde chemistry
306) Mengempor - (jalan) mengengkang
305) Kateh / katah - ke atas
304) Ayor nyenak - air sungai / air laut yang sedang pasang naik atau melimpah, atau air banjir yang sedang naik
303) Jebik - muka yang masam / muram / sedih
302) Menyeghangkang - jatuh tergolek golek/ tersembam
301) Sejuk bedi - terlampau sejuk (untuk suhu badan / suhu sekeliling/ suhu air)

300) Lohlaih - slow dalam proses buat kerja atau bertangguh tangguh dalam menyiapkan kerja yang sedang berjalan.
299) Tuan tain - slow sangat nak start buat kerja
298) Laih ( la ih ) - kesihatan serta fizikal badan yang tak tidak sihat
297) Begumpe / begumpa - bergomoi / bermain atau bergaduh sambil berpeluk pelukan & berguling guling
296) Beghegek - dirujuk kepada seseorang yang pandai berhias diri
295) Belotoh - bermain yang terlalu aktif atau beria ria (bagi kanak kanak)
294) Peghosoh - paksa / desak
293) Tepleot (te ple ot) - terlipat / terseliuh / terbengkok / terkehel / terpatah (tapi tak putus)
292) Tebeghancang - terburai (untuk bungkusan)
291) Ngeleten - terlalu suka / exited
290) Lepok - dibubuh / dibiar / dibuang / diletak merata rata
289) Menjelejeh - meleleh leleh (air liur)
288) Ceghoyer - cari
287) sempudah - hasil kerja yang kasar ataupun kisaran yang takcukup lumat / tak cukup hancur
286) Kijak - pijak
285) Beler - baiki
284) Cakcibor - pepatung (dragonfly)
283) Goih ginaghi - ketika di masa ini / sekarang / waktu ni
282) Bejeghait - melekat lekat & melekit lekit
281) Molong - bentuk objek bulat cembong
280) Tak Selia - kerja tak sungguh sungguh / cincai
279) Betuin tuin - ternanti nanti / tertangguh tangguh
278) Bebelah belih - berbelah bagi
277) Negun - diam tak bergerak / diam tak bercakap cakap
276) Jelobo - boros
275) Tengkighap - terbalik / telangkup (upside down)
274) Samor - merah jambu (kaler pink)
273) Labang - pekak
272) Ghenyeh - leceh / remeh
271) Mengelebeh - melendut kebawah / kendur kebawah
270) Taghah - bersihkan kawasan / potong / kikis
269) Jogher - pelik / lain dari yang lain / tak padan
268) Baju pelasah - baju yang di pakai hari hari
267) Peghun - bakar sampah / bakar longgokan kayu
266) Kumbeh / Kumbah - balik
265) Betonin - teliti
264) Menahaner - merempat / hidup yang dah tak tentu arah / tak keruan
263) Tak jeghu - tak akan singgah / tak akan datang
262) Lohot - hancur, jahanam, rosak
261) Mengor - busuk yang teramat (pengor)
260) Betolo tolo - masing masing menolak & tidak mau ambil tanggung jawab
259) Berjujuih jujuih - berduyun duyun
258) Bebelah belih - berbelah bagi
257) Tak Ngasi - perangai kurang ajar / hampeh / tak guna
256) Lesak - tidur yang tak tetap kedudukan
255) Menjeghekat - melekit lekit
254) Beselepat - kotor yang lekat atau kotor yang menyaluti
253) Beghipa - kongsi kongsi
252) Ghabuih - ragut / bolot
251) Leghah (legheh) - cepat
250) Deghah (degheh) - cepat
249) Hincit - berambus
248) Jelui - tanggal / lucut
247) Leghui - terlerai
246) Tambun - timbus
245) Hogon hagan - rupa yang sangat serabut / serabai
244) Pengor) busuk yang teramat
243) Cachor - terganggu bacaan / tumpuan akibat di ganggu / tersilap
242) Megheben - tak terurus, terlalu teruk, terbiar
241) Sidang - berhenti. (hujan dan sidang)
240) Godek - usik / baiki / buat sesuati pada sesuatu
239) Semoghokin - kerja / orang yang tak kemas, cincai, pengotor (sama erti dengan Semeghokap)
238) Pesenih - alat alat serta suis suis pada peralatan elektrik
237) Begik - bodoh teramat
236) Soh - tidur nyenyak / senyap sunyi
235) Jeghober - terkam / menonong nonong/ serbu
234) Tegeber - geber - mata yang terkebil kebil
233) Mete - buat deek / buat tak tahu (a.k.a. Nyadin (224) ; Nohen (126) & Nehen (038)
232) Semeghokap - kerja / orang yang tak kemas, cincai, pengotor
231) Peghongap - makan dgn gelojoh / kasar (ngap... !)
230) Jahama - muqaddam
229) Menggeghepak - bunyi yang terhasil dari hentaman dua objek.
228) Biot - degil
227) Besit - dirotan / pukul dgn melibas, biasanya si pemukul menggunakan rotan, kayu, tali pinggang utk membesit
226) Plangkong - belasah / pukul
225) Gheber - mengada ngada
224) Nyadin - a.k.a nohen (126) & nehen (038) - buat tak paham/ buat deek / tak ambil peduli
223) Nyedan - duduk senang lenang ketika org lain sibuk buar kerja
222) Nyongket - berjalan jalan/ bersiar siar/ merayap
221) Plupoh - belasah / pukul
220) Mengeloyak - mengelupas (kulit)
219) Kadap - mara ke depan
218) Tak slia - tak ambil berat / tak kisah / pengotor
217) Mun - perkataan yang ditambah bagi menguatkan maksut ayat. boleh juga dimaksukan 'habis' (cth ayt: mun digigitnya telinga budak tu... )
216) Seghin telinga - pulas telinga
215) Koghak - sepahkan
214) Lenyak - melanyak
213) Cendawan sishor (si-shor) - cendawan sisir yg banyak dijumpai di batang batang kayu mati terutama batang getah
212) Eghap - iras iras / mirip
211) Gheti - erti / makna (*EJAAN & SEBUTAN YG SAMA DGN "gheti" pada perkataan bernombor (075) tetapi membawa maksud yg berbeza)
210) (Mangkok/ Pinggan) ayan - juga sejenis mangkuk / pinggan yg diperbuat dari aluminium
209) Sia - mangkok yg diperbuat dari aluminium. biasanya 'mangkok tingkat'
208) Sluin - lipat ke atas ; pulas
207) Pa apit - jerat tikus (jenis pengapit yg bingkas tu)
206) Seligi - sekeh kepala
205) Lutu - sekeh kepala
204) Kerup - alamat (address)
203) Tabuh - pukul
202) Kaleh - alih/ ubah/ tukar
201) Benyor - 'out of shape' (cth: bntuk bdn yg tk cantik lepas bersalin)

200) Tenang / nenang - tengok
199) Gobok - almari lauk
198) Melahu - duduk tanpa buat apa apa kerja yg berfaedah
197) Tuang - ponteng
196) Ghetu - hari itu
195) Begelemak - tidur/ baring/ duduk bergelimpangan
194) (kuih) Bengkang - kuih bingka
193) Cakup - (makanan) yg dicubit sedikit
192) Cekuh - pegang / usik
191) Semedang - terlalu kerap / selalu sangat
190) Pongkor - tulang punggung
189) Wailun - pekak
188) Begedup - (rumah yg) tertutup tingkapnya
187) Pekap - lekat / tampal
186) Nungkum - tunduk sambil menutup muka
185) Kokak - gigit
184) Kacak - pijak (jgn keliru dgn handsome)
183) Nyambe / nyamba - tumbuk sambal
182) Nyulor - pergerakkan bayi (kedepan) sambil meniarap / menyusur
181) Ngayor - merayau
180) Kemomoh - tiga suku
179) Menjijin - menitik2 (peluh)
178) Ngugun (ngu gun) - berkumpul / menyibuk
177) Tegaber-gaber - mati akal / rasa tak tentu hala / tak senang duduk
176) Tesedik - terlintas di hati / difikiran
175) Sugun - wrestling rambut (utk pompuan yg tgh gaduh)
174) Ghungut ghangat - merungut
173) Ngecek - tipu
172) Tejelepap - jatuh / jatuh teduduk
171) Ngempor - letih sesangat
170) Meghenin - Kembung / (kulit) tegang
169) Pasyior (a.k.a. semba - no.73) - pasir
168) Letior - leter
167) Lepior - leper
166) Masam Mencheghiin ( men cher ghiin) - terlalu masam
165) Keghopah - dikibas kibas
164) Keghomot - kedut (hanya digunakan utk baju, kain, cadar, kertas & seumpamanya)
163) Geghomo - cakar
162) Pekdah – faedah
161) Gheger (ghe ger) – harga
160) Hongkor hangkor - cincai/tak teliti/tak kemas
159) Tenggek - jerang/masak
158) Lagut – asyik
157) Tua Ngeghenta (nge ghen ta) - tua ganyut a.k.a. tua toben (lihat no. 111)156)
156) Nyor kukor - kelapa parut
155) Nyor – kelapa
154) Liun - lembut liat (macam dodol)
153) Ngugu - makan / minum tak benti benti.
152) Ghodok – tikam
151) Ghonjang (ghon - jang) – jolok
150) Pedor - rasa tawar campur kelat (biasa dirujuk pada buah spt limau tambun / limau bali)
149) Geghotok - dikibas2 & diketuk2
148) Geghotak - jambatan/titi
147) Kebuntat - perut yg dah terlalu kenyang
146) Hangat pingat - suhu badan yg tak selesa akibat cuaca yg panas.
145) Hangat pijor - suasana suhu sekitar yg panas
144) Treban (sebutan - te ghe ban) - buang / campak
143) Runas (sebutan - ghu naih) - petik / dipatah
142) Keghah jegang - a.k.a. begengkum
141) Keghah bedengkum - terlalu keras / keras macam batu
140) Panas gekge (gek-ge) - panas terik
139) Ngeligih - terketar2
138) Kebuang – keguguran
137) Cencering - demam tak demam (tak sihat)
136) Masam Menjentun - terlalu masam
135) Daba – purse
134) Jelebor - mulut yg celupar
133) Ngege (nge-ge) - ketawa terbahak2
132) Terjih – terajang
131) Keniri - (ke-ni-ghi) - sendiri / diri sendiri (cara sopan membahasakan diri sendiri)
130) Kebam - kulum / hisap
129) Pekup – tutup
128) Seghuwa (se-ghu-wa) - seluar dalam/seluar kecik
127) Selait - lampu suluh a.k.a. torchlight
126) Nohen (nehen) – selamba
125) Ghuih - nakal, buas
124) Grumet - pengasah pensel
123) Kebek / keghobek - belek, perhati
122) Jobin - capang cth ayat: mat mmpunyai sepasang telinga jobing
121) Tawo lesyio /Tawohebiyo- tawar berkaitan makanan/minuman
120) Genyi - geli pada benda2 yg kotor
119) Selo belo - berkaitan perangai spt lasak tk tentu hala
118) Kecepang kecepih – pokai
117) Ngek'ng-kap - (ngek - eng - kap) hidup segan mati tak mau
116) Tojen - kurus kering
115) Ngudik - benda yg kita nak / teringin tapi just boleh tengok je.
114) Meredang - merapu/merepek
113) Nengut - buat jahat @ degil dlm diam
112) Titik sampa lumat - belasah kaw2
111) Tua toben - tua ganyut
110) Gonjok – ejek
109) Egek - cantik/kemas/rapi
108) Kopam – hitam
107) Mengelewor - berjalan/tak dok rumah/merayap
106) Gayong - baldi kecil/kole/cebok - utk kaut air
105) Tebak - tarah
104) Ngelenyor - a.k.a meghenyam
103) Meghenyam (me ghe nyam) - gatal/miang/gedik (sifat manusia)
102) Lenjun - basah kuyup
101) Gebor - selimut

100) Bedeah - tipu
099) Pengo - busuk
098) Cekodok - kuih cucur (pisang/tepung)
097) Menggeghesek (meng ge ghe sek) - keadaan (lantai) yg berpasir
096) Juah - manja
095) Ngobak - menangis
094) Dangor – pondok
093) Ulam geduak - ulam kerdas
092) Neghajang Tikor – pengsan
091) Tebeghojat - terlampau penat
090) Tepegholoih - teperosok/terjerlus/termasuk (dlm lubang)
089) 5 duit = 5 sen
088) Suku - 25 sen
087) Seperah - kain alas meja
086) Bekeghopah – pokai
085) Cupuih - hampir luput/habis/sedikit
084) Selok - ngam2
083) Beghochat - ikan haruan
082) Selimbor - selumbar
081) Tak koser - tak rajin/malas/tak mau
080) Tak Semiak - tak sihat badan
079) Tak Sior - tak mau/ tak nak
078) Dedor - tak sedap badan mcm nak demam
077) Chodek - Cerdik/Pandai
076) Ngutor - olah/ejas/explain
075) Gheti - tahu
074) Senayan - Hari Isnin
073) Semba - pasir
072) Ngeletek - juga bermaksud mengelupor (binatang)
071) Ngelejat - menggelupur akibat terlalu seronok atau sakit
070) Nyelonot _ menyelusup
069) Nyeghongin - senyum
068) Begedudup - bunyi yg menggerutup
067) Mengeledin - melentik2
066) Bekemin - cantik teratur/rapi
065) Tekholap - terseliuh
064) Telangah - terbiar tanpa ditutup
063) Telangkang - terbiar tanpa tutup
062) Tebungkang - tidur terlentang & terkangkang
061) Ghencah - kerja yg rumit/kerja remeh yg perlukan penelitian
060) Tegedang - terbuka/terbiar tanpa tutup
059) Langsuyor - langsuir (hantu)
058) Belemuih - kotor/comot
057) Cemuih - bosan/runsing
056) Te klita-klita - mundar-mandir
055) Tebedik-bedik - terkebil2
054) Labun - cakap/borak/kelentong
053) Bolen - bogel
052) Ngelekak - mengelupas
051) Tejeghombab - tersunggur
050) Tegetak - tercicir (a.k.a teghambor)
049) Ghengkut - tempang
048) Seghogoh - sergah
047) Tekujat - tergamam/tersentak/kelu
046) Tepeghongor - terbuka/terdedah/terlopong
045) Ghigap - cekap buat kerja
044) Pepak laghak - tunggang langgang
043) Pepak - selerak
042) Hantap - berat (bagi baby/budak)
041) Celuih - lolos
040) Sanga - Tudung saji
039) Sakniker - segala2nya
038) Nehen - buat deek
037) Nuga - perut yg sebu/kembung angin
036) Ghawer - kutip/sapu
035) Ghanggah - ambil/kait/bolot
034) Ngocoh - ganggu
033) Ghenik - kecil (utk objek)
032) Kayor - pergi toilet
031) Ghemerniyer - buah asam kundang
030) Meghebah - buang air besar
029) Lenyor - lembik yg lunyai
028) Ngaji - belajar di sekolah
027) Mengelotok - perut berbunyi2 akibat terlalu lapar
026) Meghedat - jadi teruk/sakit
025) Tak Mandang - tak ada
024) Pengkor - kaki yg cacat/pendek sebelah
023) Sepeghe - Frust nonggeng
022) Ngenden – bodek
021) Unte - buat sikit2
020) Mengelusa - rasa miang/gatal (kulit)
019) Lekluk - elok2
018) Getik – nyampah
017) Getak - gugur/cicir
016) Nungap - tercungap2
015) Tembok - jalan raya bertar
014) Nyapor - letih sampai tersandar/terlentang kepenatan
013) Tengin – bodoh
012) Megholoh – tidur
011) Bengken – garang
010) Jughuih - tarik, sentap
009) Tumpor - mati (bahasa kasar)
008) Menggeghedok - bunyi yg terhasil dari hentaman 2 objek
007) Menyeluok - loya, nak muntah
006) Maghu - akibat tak baik, musibah, hal2 yg tak elok
005) Ingker - terlalu suka
004) Teghambor - tercicir (barang)
003) Toghek - membebel/bising
002) Nyelap - naik "sheih"/lupa diri/emosional
001) Ingo - bising/riuh/kecoh



teman ngambik ni dari sini.

SPONSOR

Ad