Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Saturday, September 15, 2012

Majlis Resepsi Robby Harmy & Suria Shafida

Dalam entri INI teman dah ceritakan mengenai hari pernikahan abang teman dengan isterinya. Dalam entri ini pula teman akan kongsikan pula majlis resepsi di rumah pengantin perempuan pula. Majlis ini telah diadakahan pada hari Ahad 9 September lalu. Walau bagaimanapun, teman tidak berada di tempat kejadian. Dari malam Sabtu (Jumaat malam) lagi teman dah balik ke Johor.

Dari teman cuma dapat tengok gambar dari FB abang teman sahaja. Itupun dia upload sedikit sahaja. Tak tahulah siapa yang telah merakamkan gambar-gambar tersebut. Takkan pengantin nak rakam gambar sendiri kot. Barangkali sepupu kami kot. Tak apa, majlis di rumah kami Ahad nanti teman pula yang akan jalankan tugas tersebut. Buat kenang-kenangan hingga anak cucu.


Robby & Haji Tambeh. Nampaknya temanya adalah kuning diraja.


Itu dia pengapit pengapit sebenar. Murad, sepupu kami.
Nasi ayam RM2.50.
Mungkinkah itu adalah hidangan utama untuk pengiring pengantin lelaki?

Pengantin perempuan menyambut suami di pekarangan rumah. Yang pegang bunga manggar tu adalah adik bongsu kepada Suria. Teman pula adalah adik bongsu kepada Robby.

Makcik-makcik (ibu saudara) yang menjadi pengiring. Lokasi dipercayai di Masjid At Taqwa, Bukit Kapar. Ye lah, teman bukannya ada sekalipunmasa tu.

Dari kiri Cik Adok, Bik Nur, Cik Ita, Cik Tini, Lin. Kita mention yang tua-tua je. Bik Nur dengan Cik Ita ni adik ipar mak. Lin pula anak Cik Adok. Ada anak dah pun. semakin besarlah keluarga kami.

Dari kiri Rasul (anak Cik Ita), Paman Nanang (suami Bik Nur) & Man (anak Cik Adok). Man pun tak lama lagi nak kahwin. Yang badan separuh tu entah tak tahu siapa.

Tu dia............... Tak tau berapa puluh kereta yang datang pun tak tau la..... Alhamdulillah, ada juga yang sudi jadi pengiring. Waktu giliran teman nanti harap-harap lebih meriah la gamaknya.

Bergerak masuk ke rumah pengantin perempuan.


Ini? Hurm........ Tak susun gambar elok-elok la. Gambar ni sepatutnya kat atas kan....

Tengok, ramai betul ahli keluarga kami yang datang. Yang pakai baju hijau nak bersalam tu Bang teman, Jamil namanya. Tudung pink tu pula kakak sulong kami. Yang lain-lain adalah pakcik, makcik dan sepupu kami.

Gambar-gambar ni teman ambil terus dari FB abang teman. Tu yang ada yang teratur. Ada juga beberapa gambar yang tak sesuai untuk dikongsikan. Jadi terpaksa klik Remove. Hehehehe. 

InsyaAllah, hari Ahad ini giliran majlis persandingan di rumah kami pula. Teman masih tersangkut di Johor ni. Alhamdulillah tadi dah beli tiket. Pagi nanti jam 10 teman akan menaiki bas untuk pulang ke Perak.

Nantikan sambungan entri seterusnya mengenai majlis persandingan di kampung kami pula nanti.

Thursday, September 13, 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM


Sebenarnya sudah beberapa hari teman tahu mengenai segmen (jemputan) ini. Hari ini baru berkesempatan untuk menulis entri ini. HH menjemput 200 blog untuk dimasukkan kedalam bloglist blog beliau. Siapa cepat dia dapat. Cuma 200 tempat sahaja yang disediakan. Itupun sudah terlalu banyak. Rugi bagi siapa terlepas.

Teman mula mengikuti blog HH ini sejak beberapa bulan yang lalu. Bukan nak puji, tapi blog HH ternyata amat bagus. Terutama dari segi penyampaiannya yang 'skema'. Blog HH bukanlah blog peribadi seperti mana kebanyakan jutaan blog yang wujud di laman maya ini. Melampirkan tips berguna, tutorial dan lain-lain sebagi pengisian utama, rugi jika tiada mana-mana blogger tidak mengikutinya.

Terima kasih buat HH yang banyak memberi nasihat tanpa sedar buat teman selama ini dalam menjadikan dunia blogging lebih baik. Terima kasih juga kerana memberi kami peluang menyertai bloglist anda. Bagi yang ingin menyertainya juga, anda boleh klik SINI.

Wednesday, September 12, 2012

Sahur Gaya Orang Bujang

Hari ni nak puasa 6. Ada lagi 4 hari. Tu la dah hujung Syawal baru nak puasa. Entah sempat habis ke tak pun tak tau. Al maklumlah, orang bujang harus berbelanja dengan penuh kesederhanaan. Lebih-lebih lagi pelajar macam teman ni. Duit PTPTN pun cukup cukup makan je. Makan tengahari, makan malam ala kadar je. Kadang-kadang je nak merasa makan mewah. Bayangkan kami nak sahur macam mana? Bukannya ada dapur dalam bilik nak masak. Makan je apa apauntuk buat alas perut. Puasa 2 hari lepas pun teman tak sahur. Bangun-bangun je dah subuh. Hari ni je gigih bangun awal konon nak bersenam sikit sebelum sahur.



Roti je. bajet orang bujang. Bilik pun tak ada heater ke, cerek ke.... Maka tak ada la air panas. Sedih je kan.......


Sapu je jem coklat. Makan kering. Boleh tercekik wo. Tak ada air panas, kopi panas, milo panas nak buat cicah. Bancuh sikit susu skim, capur satu sudu whey perisa coklat, minum. Nak pastikan badan cukup tenaga sepanjang hari dari pagi hingga ke petang.


Sebagai penutup sebelum subuh, teguk je air mineral buat cuci tekak. Melekit lekit je tekak ni kalau tak minum air kosong. Tambahan pula air kosong kan berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Puasa hari ketiga. Aigo~~~ Ada lagi 3 hari.... Nak puasa sampai hari Sabtu. Hari Ahad dah habis Syawal kan? Teman pun tak tau sebenarnya, tak ada kalendar dalam bilik. Ada lagi stok kacang panggang tin dalam almari tu. Nak buat sahur esok je la kot. Hohohoho~~~

Selamat berpuasa dan selamat hari raya! Lepas solat subuh nak sambung tidur. Tak cukup tidur nih. Kelas pun jam 11. Lama lagi.

Tuesday, September 11, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!


Memang tipulah kalau ada blogger yang tidak mahu trafik tinggi untuk blog mereka. Oleh itu teman ingin menyertai segmen yang dianjurkan oleh Jamu  Bicara Mak Dara ini. Kalau nak join juga, boleh klik SINI. Penyertaan diterima sehingga jam 6 petang sahaja ok.

Bagi yang belum tahu, nama blog ini adalah Azlan The Type Writer. Walau bagaimanapun, blog ini tidak ada pertalian darah dengan penyanyi Azlan & The Typewriter yang terkenal tu. Dia pun tak kenal siapa teman. Type Writer dengan Typewriter tak sama tau. Tengok, nama pon tak sama kan. Tapi ada sahaja yang menyangka blog ini adalah miliknya. Maaf, ni teman yang punya. Hehehehehe. Usia blog ni pon baru setahun jagung.

Sampai sini sahaja. Terima kasih.




"Curi-Curi Suka" Giveaway!

Dari semalam teman ada terjumpa beberapa buah blog yang turut sama menyertai GA ini. Teman pun tak nak ketinggalan untuk menyertainya. Kali terakhir teman menyertai GA pun mungkin 3 bulan lepas. Sewaktu cuti semester kan teman jarang-jarang online. Blog pun tiada entri baru.

Baiklah. "Curi-Curi Suka" Giveaway!  ini sebenarnya adalah anjuran Eqbal Zack kita. Baru-baru ini beliau baru sahaja bertunang. Tahniah teman ucapkan. Kembali kepada GA ini, nampaknya majoriti blogger Hawa yang menyertainya. Rasanya tak salah kan teman masuk. Kalau menang, syukur rezeki. Kalau taknak baca pun boleh hadiahkan pada orang lain.

MAKLUMAT HADIAH:
HADIAH x 2:   
Pemenang akan menerima novel "Curi-Curi Suka" karya Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)
PRIZE x 10:  
Pemenang akan menerima EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWciAGGWzIiucAYGfePwjFPD0qlRw7nyeUOaEQUePWvPeaBpYAGAP3QMS13TenYw2EPPkj1iIoJKdRq6YUgGahv34vBgafWNzkbegUVmuJ7LVXfZuMLHZJ8fnlZ2enCjd8euqZBV5sJ6Q/s1600/IMG_0360.JPG
Tajuk: Curi-Curi Suka
Penulis: Liyana Zahim
Genre: Love

Penyertaan dibuka sehingga hari Ahad 16 Sepetember 2012 jam 12.59 malam. Jika anda juga ingin menyertai GA ini, klik SINI.

Ucapan selamat maju jaya untuk diri sendiri!









Monday, September 10, 2012

Sanggup Puasa Demi Roti Nan

Puasa 6. Puasa yang dilakukan selama 6 hari di bulan Syawal. Membawa barakah yang sangat besar. Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)

Tolong jangan salah faham dengan tajuk entri ini. Hahahahaha~~~ Kebetulan hari ini teman puasa 6. Dahu hujung Syawal baru nak puasa. Rasanya macam takkan dapat habiskan je 6 hari ni. Tak sangka teman berjaya bertahan hari ni. Hampir-hampir kena goda dengan Salleh tengahari tadi. Sama-sama puasa dengan Huzaifah. Malangnya, tadi sekitar 6 petang hampir-hampir batal puasa. Ke dah batal? Hayo........ Tadi tengah lepak-lepak dalam bilik, kawan hulur plak biskut raya. Almond london!!!!! Mesti korang boleh agak apa yang berlaku kan? Hehehehe..... Dah telan baru teringat. Aku puasa la woi!!!!!!!!!!!!!!! Cepat-cepat kumur. Lupa takpe kan. Bukannya sengaja........



Cheese nan dengan ayam tandoori RM8. Campur dengan Milo Ais RM1.50. Jumlah semua RM9.50. Itulah set yang teman selalu makan jika datang ke kedai mamak depan Balai Bomba Taman Universiti, JB ini. RM10 ni kalau ikutkan sebenarnya bajet teman sehari. Tapi dah jadi harga untuk sekali makan je. Hantu betul.... huuhuhuhuhu......

Malam ni ajar senior student master makan kat sini. Dia tak pernah makan kat sini rupanya. Lama juga dekat 3 bulan tak makan kat sini. Maklumlah baru mula semester baru.

Hurm............ nak sambung puasa lagi tak ye esok? Takkan nak puasa sehari je kot? Ciput betul..... InsyaAllah..... Nak cuba cukupkan 6 hari walaupun dah di hujung Syawal. Amin.


Sekitar Pernikahan Robby Harmy & Suria Shafida

7 September merupakan tarikh keramat buat pasangan Robby Harmy & Suria Shafida. Mereka telah disatukan dalam majlis akad nikah yang diadakan di Majid At-Taqwa, Bukit Kapar, Selangor. Ya, Robby adalah abangku. Berusia 26 tahun pada tarikh ini. Dengan berbekalkan Nikon D5100 dan kit lens 18-55mm teman telah merakamkan majlis tersebut dari awal hingga ke akhirnya. Lensa ini mungkin tidak sesuai digunakan majlis sebegini. Apa boleh buat, belum ada bajet untuk membeli lensa yang lebih baik.

Majlis persandingan di sebelah perempuan telah diadakan pada hari semalam 9 September. Malangnya, teman dah balik Johor hari Sabtu.Maka tak dapat la nak jadi pengiring, makan beradab dengan pengantin. Tak dapat la tangkap gambar diorang sewaktu bersanding. Tapi tak apa. Kenduri di sebelah lelaki akan di adakan pada 16 September. Jatuh hari Malaysia hari Ahad. Isnin mesti cuti kan. Jadi dapat la teman balik 3 hari. Hari Selasa baru sambung kuliah.

Di bwah ini adalah antara foto yang berajaya dirakamkan.


Pengantin lelaki. Masa ni tengah tunggu pengantin perempuan datang.

Makcik. Bik Tam. Kat dalam dulang tu wang hantaran dan mas kahwin.

Pengantin perempuan pun tiba. Orang perempuan dari kedua-dua pihak saling bersalam-salaman.

Tak perlu buang masa. Masing-masing terus ambil tempat. Tapi masa ni tok kadi pon tak sampai lagi.

Panjang umur. Tok kadi atau naib (kami panggil naib) baru sampai. Cantik jubah beliau kan.

Alah lambat lagi. Kita lepak-lepak dulu kat luar. Dari belakang, sepupu, atok sedara, bapak, dan pakcik.

Yang lelaki pula mengambil tempat di dalam masjid.

Ini belum mula. Kononnya tok kadi tengah bagi taklimat. Dah macam kursus je.

Pengantin perempuan. Entah apa yang mak dengan makcik sembang kat belakang sana.

Semak dokumen. Dah macam temuduga kerja pun ada. Giliran teman nanti entah macam mana la ye....

Cop cop. Pengesahan.

Bukan tengah ada doa pun. Entah apa la yang adik ni tadahkan.

Sabar menanti dengan senyuman. Nak kahwin wo. Mestilah exited kan.

Tekun dengar apa yang dibacakan tok kadi. Bapak tengok dari belakang je.


Di bawah ini adalah rakaman lafaz nikah dan janji yang berjaya dirakamkan. Kalau rakam video lebih bermakna dari gambar kosong. Boleh dengar suara sekali kan..... Dup dap dup dap......

Doa
 
 Tanda tangan
Belum selesai lagi
Sah berhelar seorang isteri
tengok sini...... snap snap
Salam pertama mereka sebagai suami isteri yang sah
 
Pakaikan rantai tangan. Bukan rantai kunci ya
 
tunjuk sikit gelang rantai tu
 
Bergambar dengan mas kahwin RM300 dan wang hantaran (cek entah berapa ribu tak tau)
 
 
Ni je la rombongan kecil kami. Nama pun Jumaat. Hari bekerja. Maka ramai yang tak dapat hadir sama.
 
Sesi bergambar dengan keluarga sebelah lelaki
Sesi bergambar dengan keluarga sebelah perempuan
awchak awchak
Rombongan pengantin lelaki memang tidak ramai. Situ memang kawasan pengantin perempuan. Maka ramailah pengiringnya. Kebanyakan gambar tak cantik kan. Tak dapat angle yang semua. Punca? Pengiring perempuan la ramai sangat nak ambek gambar. Dengan telefon pintar, Ipad, tablet bagai. Aduhai~~~ Gambar yang canti jadi betul berapa kerat je. Baik ada, daripada tak ada langsung kan.......
Alhahamdulillah.. Semua dah selesai di sebelah pihak perempuan... Moga-moga majlis persandingan rumah kami nanti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. InsyaAllah.... Amin.....


SPONSOR

Ad