Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Berakhirnya Sesi Pengajian Semester 2

Alhamdulillah, tepat 12 tengahari 20 Jun 2012, tamat sudah peperiksaan akhir semester 2. Pada masa yang sama ia adalah laungan untuk tamatnya sesi pengajian untuk semester. Tak ada lagi kelas, kuliah, kuiz, ujian, peperiksaan untuk tempoh 2 bulan. Cuti semester sekarang 2 bulan je ok. Lainlah dulu sampai 3 bulan. Sistem baru sekarang ni cuti semester makin pendek.




Umpama laungan MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Rasa bebas sangat masa ni. Kawan-kawan ramai ada lagi exam tak habis lagi. Kebosanan duduk dalam bilik. Sampai tak tau nak buat apa lagi.

Rasa macam nak balas dendam tak cukup tidur seminggu pun ada juga. Memang gila la kan. Ye la, setiap malam exam je mesti jadi burung hantu. Pagi-pagi mata bengkak je.... Hitam-hitam semua..... Mata panda!!! Untuk paper Makroekonomi semalam pun hampir berjaga malam. Hehehehehe. Terlena sebenarnya. Penat sangat. Bayangkan dalam satu malam nak fahamkan 10 bab yang ambil masa 4 bulan pengajian.




Tabah juga la keluar dari dewan exam semalam. Kalau paper Makroekonomi semester lepas, frust terus 3 jam taknak cakap dengan kawan. Kawan tegur pun, angguk-angguk. Mungkin teman dah belajar untuk menerima walau pahit mana pun. Tak boleh jawab? Soalan susah atau kita yang tak belajar sebenarnya? Dah belajar tahap dewa tapi masih tak boleh jawab? Redha je la......................

Alhamdulillah syukur sangat-sangat semua ni dah berakhir. Tak fikir pasal pelajaran untuk 2 bulan. InsyaAllah Ogos nanti keluar lah result. Harap-harap boleh skor 3.00 ke atas macam semester lepas. Teman tak nak mintak tinggi-tinggi. Teman tau, teman tak mampu untuk dapat result timggi macam kawan-kawan lain. Kita akan dapat sepertimana yang kita dah usahakan.




Mak pun pernah cakap.Siap ulang berkali-kali. Mak tak mintak pointer tinggi. Asalkan jangan bawah 3.00. Kiranya jangan mula dengan 2.XX dalam slip keputusan tu. Memang akan frust gila-gila kalau dapat 3.00. Rasa macam teruk sangat. Apa boleh buat, kita terima je la.... Moga teman dapat result yang cantik nanti. Amin.

Tuesday, June 19, 2012

Study Last Minute Untuk Makroekonomi | Laaaassssttt Papeeeeerrr ! ! ! ! !



Petang tadi baru sahaja habis kertas Marketing Information System. Rasa macam nak mati je jawab exam tadi. 10 minit ngadap kertas soalan, boleh pulak tiba-tiba mata ni makin berat. Aduhai waktu ni la setan nak tutup mata aku. Setelah setengah jam, akhirnya mata aku tertutup juga, Damn it!!!!! What the hell?????

BERSAMBUNG

Eh kenapa nak sambung plak? Sambung dalam entri lain la plak. Hohohoho. Entri ni nak cerita benda lain sebenarnya. Ni ha, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaast papeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Esok Rabu 20 Jun 2012 kertas peperiksaan terakhir teman. Makroekonomi atau nama Inggerisnya Macroecomics. Kertas killer. Memang patut pun jad last paper. Paper yang paling teman risau. Kalau teman dapat bawah dari C untuk Makroekonomi ni, mesti jatuh gila-gila pointer teman nanti. Taknak D! Taknak E! Taknak F!!!!!!!!!!!!!!!

Rasanya malam ni nak stay up. Teringat pulak macam semester lepas. MISI 12 JAM TANPA TIDUR dan MISI 12 JAM TANPA TIDUR SIRI 2. Memang gila-gila lah semester lepas. Tapi semester ni macam cool je. Tak ada pun nak stay up sampai malam buta.

Gila! Gila! Gila! Ok ada 12 jam lagi sebelum exam. Exam mula jam 9 pagi sehinggan 12 tengahari bertempat di Kolej Tun Dr. Ismail. Dewan tu sangat sejuk dengan aircond ataupun penghawa dingin. Kena pakai jaket la gamaknya.

Ok masa untuk study ya kawan-kawan. Doakan kejayaan teman ya. amin.


Thursday, June 14, 2012

Study Last Minute Statistics 1

Time Series Forecasting Statistics


Kalau pagi TADI teman study last minute untuk Etika Profesional. Malam ini teman study last minute untuk Statistics pula. Esok pagi jam 9 pagi hingga 12 tengahari ada paper Statistics 1 bertempat di Dewan Kuliah 8 di blok N24.

Nanti akan ada 6 soalan. Cuma perlu jawab 4 sahaja. Target dah, tajuk Time Series Forecasting tak nak jawab. Kenapa? Sebab susah sangat. OK la , tak ada la susah mana, cuma menyusahkan je. Terlalu banyak data dan nombor yang perlu dikira dan dimasukkan. Kalau salah satu kat tengah-tengah, semua jawapan salah!!!!!!!!

Memang frust sangat kejadian macam tu terjadi. Tak perlu tunggu waktu exam, teman yang belajar 2 jam dalam kelas pun tiba-tiba je stres nak mati. Melampau menyusahkan. Cuma pelajar yang penyabar sahaja yang mampu habiskan soalan ini.

Ada baki 5 soalan, nanti pandai-pandailah teman pilih. Alhamdulillah, Etika Profesional TADI dapat jawab dengan jayannya. InsyaAllah boleh dapat A. Amin~~~~~ Sekarang tunggu Statistics ini pula. Harap-harap boleh dapat A juga. Harap-harap teman dapat capai pointer tinggi buat semester ini. Amin. 

notakaki: tak sabar tamat exam minggu ini

Studi Last Minute Etika Professional



Petang ada paper Etika Profesional jam 2.30 petang di Dewan Seri Iskandar. Sekarang ni tengah pulun study last minute. Eh studi ke? Sedap je layan internet.... Kejap² twitter, facebook, blog..... Semua teman buka.... Hehehe..... 

Adik-adik kat luar sana jangan tiru abang ya. HOHO. Janganlah study last minute. Tension wo. Apa yang kita baca ni bukannya 100% masuk otak. Belum tentu kita faham semua. Walawey~~~ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna!!!!!!!

ok cukup cukup. Jom study!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


notakaki:rasa macam nak tumbuk je muka mat saleh ni. dah la etika ni susah. dia boleh senyum plak

Wednesday, June 13, 2012

Dugaan Demam Di Hari Pertama Peperiksaan

Hari ini 13 Jun 2012. Hari pertama peperiksaan semester 2 buat diriku. Kertas Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Akademik. Eh betul ke ni? Hahahaha. English For Academic Communication. Jadual teman boleh lihat seperti di bawah.




Alhamdulillah dapat jawab soalan Bahasa Inggeris dengan jayanya walaupun hari ini tak sihat. Ya, tak sihat. Demam. Fever. Meriang. Komer faham ke? Hohohohohoho. Entah² ni semua jangkit dari Yusuf. Ye la semalam petang jalan-jalan dengan dia. Tak bagitau yang dia tu demam. Kemain energetic lagi. Tup tup dah kena demam. Walawey~~~~~ 





Sebelum jam 12 malam dah dua kali muntah. Masa tu risau dah. Ye lah, esok nak exam, hari ni demam plak kan. Telan je ubat, terus pejam. 2.30 pagi terjaga lagi. Uwek uwek lagi. Parah dah ni......... Nasib baik bilik single. Kalau ada room mate, mahu tak boleh tidur kawan tu. Hehehehehe..... Malunya~~~



Inilah dugaan demam di hari pertama peperiksaan yang terpaksa teman tempuhi. Sekarang tak sihat lagi. Pedih-pedih lagi perut ni. Nasib baik esok paper petang. Pagi sempat lagi nak study, Siang tadi tak study pun. Rehat je dalam bilik. Boleh plak Yusuf ajak jalan-jalan lagi. Kuat betul badan dia. Demam-demam pon boleh berjoging lagi. Kalau teman, tak la............ Boleh pengsan kat tengah-tengah jalan nanti.... Dah pengsan nanti siapa nak tolong angkat? Takkan makcik yang lepak tepi tasik tu kot?


Moga-moga demam teman ni takkan melarat lagi. Kawan-kawan harap dapat doakan kesihatan teman dan kejayaan teman dalam mengharungi ujian dunia dan akhirat ini. Amin.

Tuesday, June 12, 2012

Makanan Wajib Ambil Sewaktu Peperiksaan

Nampaknya saat ini sedang hangat dengan kisah peperiksaan. Tak kisahlah sama ada UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, PSPM, dan sebagainya. Yang penting peperiksaan. Teman juga telah menaip entri mengenai peperiksaan SINI dan SINI

Sewaktu hendak menghadapi peperiksaan, pasti ramai dari kita yang mempunyai pantang seperti tidak mengambil makanan yang masam. Pasti ada juga yang mengamalkan makanan tertentu seperti kismis dan kacang cerdas. Perlukah semua itu?


Kini anda hanya perlu dapat Copying Toast dari kedai-kedai berdekatan sahaja tanpa perlu berpantang dan sebagainya. Dengan roti ini, anda pasti dapat menghafal semua isi kandungan buku yang anda baca. Dapatkan Copying Toast dengan harga RM5.90 sahaja. Turut dijual di Jusco, Giant, Tesco dan pasaraya besar yang lain.




Roti Kaya Penyet juga turut berfungsi seperti Copying Toast ini. Andai anda merasakan Copying Toast yang berharga RM5.90 ini mahal, anda boleh hasilkan Roti Kaya Penyet dengan kos yang lebih rendah.

Selamat mencuba dan selamat beramal.

Monday, June 11, 2012

Jadual Peperiksaan Akhir Semester 2

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Dalam entri kali ini teman nak kongsikan jadual peperiksaan akhir teman yang bakal bermula Rabu depan. Ini teman tulis dalam white board dalam bilik je. Senang tulis besar-besar.


Seperti mana yang teman dah kata dalam INI, sebenarnya peperiksaan dah pun bermula, cuma paper teman yang belum mula lagi.




Jadual cantik ni teman buat wallpaper je. Buka-buka komputer je terus nampak jadual exam. Teman pun letak jadual ni sebagai cover photo dalam grup kelas kat Facebook. Kongsikan kepada kawan-kawan. Senang kawan-kawan nak tahu paper apa yang terdekat. 


Harap kawan-kawan blogger dan reader semua dapat doakan kejayaan teman dalam peperiksaan kali ini. Amin.

Sunday, June 10, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2

Assalamualaikum wbt. Kini teman dalam mood study untuk Peperiksaan Akhir Semester 2. Kononnya sedang study week. Tetapi sebenarnya exam dah mula pun. Teman je yang belum mula lagi. Hari Rabu depan baru teman mula exam. 


Teman nak ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di semua institusi pengajian tinggi terutamanya dari Universiti Teknologi Malaysia, semoga berjaya dan selamat menghadapi peperiksaan. Dari apa yang teman dengar, kawan-kawan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK)dah lama habis. Dengar-dengar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pun dah nak habis. 




Bagi yang masih tertanya-tertanya, sebenarnya sekarang ini musim peperiksaan bagi program Sarjana Muda atau Ijazah atau Undergraduate. Postgraduate atau Pasca Siswazah terutamanya yang ambil Master atau Sarjana tu pun ada juga exam sekarang ni. Diploma rasanya baru je habis cuti semester dan bakal menyambung ke semester yang baru pula.

Friday, March 9, 2012

MENARIK: 4.00 STPM KELUAR UTUSAN MALAYSIA

Syazwan ni boleh dikatakan anak saudara teman, tapi saudara jauh la juga. Nenek dia sepupu mak teman. Hehehe. Anak kedua dari dari 4 beradik kalau tak silap. Kakak sulungnya kini sedang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Adiknya perempuannya pula berada di UiTM Arau, Perlis. Adik yang bawah lagi..........sekolah lagi la.............. Syazwan ni pula baru tamat STPM tahun lepas. Keputusan pun baru keluar kelmarin, September ini baru melangkah masuk ke universiti. Universiti mana, kita tak tahu lagi, Semua tu rezeki dari Allah. Kita cuma merancang, Kalau boleh teman nak dia sama-sama belajar dengan teman di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ni, Teman dah cucuk-cucuk kakak dia suruh dia apply UTM. Result gempak, mesti la kena masuk universiti bagus kan..........
 


Wednesday, January 11, 2012

MENCARI PENSEL WARNA DAN KEJAYAAN

Sebenarnya teman teramatlah tidak sihat hari ini. Tu pasal entri hari ini tak ada karangan. Semuanya gambar-gambar je. Teman ada dua kertas lagi. Esok petang ada Critical & Creative Thinking (CCT). Apa benda tu? Alah yang teman semangat buat video sebelum ni la.... Contohnya ada dalam entri INI. Lokasi di KTHO. 2.30 petang hingga 4.30 petang.




Nama pun kreatif kan. Soalan-soalan esok mesti kreatif tahap dewa dewi punya. Kejap tadi baru teringat yang esok kena bawa pensel atau pen warna. Sah! Ni mesti ada kena buat mind mapping! Alamak tak ada colour pulak. Setakat highlighter memang colourful la.... HEHEHE Maka teman dengan segera capai telefon bimbit lalu menghantar SMS kepada insan-insan yang bajet ada. 


Tanya student perakaunan: Dah hilang kat stadium dulu.

Tanya student psikologi: Pen biru, hitam, merah ada la. Budak kelas aku tak ada punya


Try tanya budak pendidikan je la senang. Diorang bakal-bakal cikgu ni mesti tangan seni semua kan. Tup tup dapat la pinjam dari student pendidikan mekanikal. Bilik dia dah la tingkat 6. Teman ni Tingkat 1 je. Dengan badan yang tak berapa nak lalu, gagahkan diri juga la tekan punat lif tu naik atas. Member tu pun macam terkesima semacam je. Ye la, malam-malam pakai sweater sukan. Gilo gapo?




Mungkinkah teman perlu buat mind mapping seperti di atas. Walawey~~~ Janganlah kau.... Teman ni bukan tangan seni sangat pon..... Tak habis study lagi ni. Baru baca separuh. Mana nak ada calculation pakai calculator semua tu. Kami semuanya teori. Dah macam belajar psikologi pon ada. Memang ada kaitan pun. Semester depan student psikologi pula yang kena ambil subjek ni. 


Dulu tengok carry mark, tak berapa nak tinggi. Komer doakanlah teman ya.... Harap-harap dapatlah B dan ke atas.... Amin......






nota kaki: dah telan paracetamol 2 biji. Jom tidur!

Monday, January 9, 2012

MISI 12 JAM TANPA TIDUR

KLIK: LAPORAN POLIS TELAH DIHANTAR

*PERHATIAN: ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN MISSION IMPOSSIBLE MAHUPUN JEBON DAN CIK EMBON*





Esok pagi jam 9 ada paper Mikroekonomi ataupun lebih dikenali sebagai Microeconomics. Ada lebih kurang 12 jam lagi. Tapi apa pun tak study langsung. Harap je ada study week sampai 2 minggu, tapi...................... =.=" Apa boleh buat... Macam hari ni, hari exam pon kena hantar assignment. Nasib baik dah tak ada assignment lagi dah lepas ni. Menanti masa untuk paper terakhir Jumaat ni je....




Tak study langsung? What the fish? Engkau nak mampus?(!) Walawey~~~ Kalau dah confirm dapat A+ tak apa la jugak.... Genius la katakan. Tapi ini tidak........... Wah sedap la pulak tengok katil tu... Perut kenyang dah baru makan di Student Corner. Mata pun kuyu dah..... No! No! No! Celikkan mata! Aktifkan dirimu! Ya! Misi 12 jam tanpa tidur! Study sampai lebam! 


Tajuk-tajuk yang terlibat adalah: 
 Economics Core Issues
Demand and Supply
Elasticity of DD and SS
Consumer Choice & DD
Production & Cost
Perfect Comp
Market Efficiency
Monopoly
Monopolistic Comp
Oligopoly
DD & SS in Market
Externalities
Public Good



STUDY! STUDY! STUDY!




MISI 12 JAM TANPA TIDUR







BERMULA SEKARANG!!!!!!





Sunday, January 8, 2012

Transform: Template Baru!

PERHATIAN: ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN TRANSFORMER, OPTIMUS PRIME, BUMBLEBEE, BOBOIBOY, AMALINA DANGDUT MAHUPUN PARTI POLITIK YANG TIADA KAITAN SAMA SEKALI.


Malam semalam teman punya la semangat korek-korek Uncle Google punya usus, nak cari template yang cool lagi cantik. Jumpa dah 2, 3 kucing berlari. Aisehmen...... Sekali wordpress punya da..... Memang la blogger boleh guna je template dari wordpress, tapi masalahnya tak boleh nak edit bahagian layout, width, panjang, lebar dan lain-lain yang bersangkutan dengannya. Setelah fed up dengan situasi berkenaan, maka teman teman cuba untuk mengsetiakan diri dengan template biru yang dah berbulan teman guna ni.




Abaikan buku Business Accounting PEARSON Cetakan 2011 tersebut. Sila zoom ke dalam dekstop tersebut. Ya, itulah template dan theme yang teman guna selama ini. Akhirnya teman terpaksa juga say hai hai bye bye kepadanya. Setelah penat bereksperimentasi sepanjang petang tadi, akhirnya teman berjaya menjumpai template yang masuk dengan jiwa teman.


Bukan susah mana pon nak cari. Macam sebelum ini, teman guna je template blogger yang sedia ada untuk dipilih. Kan mudah.......... Tak payah nak pening-pening muntah sana sini macam perempuan mengandung. Eh tak ada kaitan pun? 


Sebenarnya selama teman memang nak tukar template yang cool putih macam ni. Background je la yang putih. Belakang tu ada lagi gambar. Blur blur warna biru, masuk lagi dengan header teman kan. InsyaAllah habis exam ini, teman nak mintak tolong member buatkan header baru yang masuk lagi secocok dengan template baru ni. Nak kasi mesra alam sikit. tu pun kalau kawan tu nak tolong kan..... Jeles juga tengok kawan blogger lain yang guna template & theme biasa je, tapi hasilnya very cool bebeh. Nampaknya hasrat tersebut masih belum tercapai. InsyaAllah nanti jumpa la tu.....




Blog punya pasal, habis tak study. Adoyai~~~ Eh bukan tak study langsung ya. Siang tadi ada kena siapkan assignment group untuk Principle of Marketing. Individual report pon tak siap lagi. Alahai~~~ Dah la esok nak kena hantar. Satu lagi naya, paper esok petang tapi tak habis study lagi. Paper semalam dah loser gila-gila, tak nak lah berulang ke hari esok pula.....



"Ahmad awak boleh buat!"

"Good luck bro Haziq!"

"InsyaAllah, kamu dapat jawab dengan baik. Kami mendoakan kejayaanmu Azlan"



Amin..............................

KERTAS SOALAN MATEMATIK PERNIAGAAN SHD 1703 JANUARI 2012

Klik SINI untuk cerita dan kisah peperiksaan Matematik Perniagaan semalam.


In this entry, I've uploaded recent Business Mathematics SHD 1703 Final Examination paper. For those who're interested, you may download them. I have no scanner to scan them all. This is the best I can do. Just take out my camera and capture them. Hopefully this would be helpful. :)


Untuk entri kali ni, teman dah muat naik set soalan Matematik Perniagaan SHD 1703. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah muat turun sahaja. Mungkin junior teman akan datang akan terbaca entri ni. Tak pun mungkin rakan-rakan dari IPT lain yang berminat untuk menjawab soalan ini. Maaf, teman tak ada scanner. Ini je yang termampu. Snap snap ambek je gambar guna camera. Moga-moga ia sangat membantu. :)


senarai tajuk yang masuk
*The System of Linear Equation
*Quadratic Function
*Matrices
*Differentiation
*Compound Interest and Annuity
*Markup and Markdown


muka depan


 Linear Equation boleh kata mudah


 jujur soalan 2 Quadratic Function memang susah. Tak tau boleh dapat berapa markah. Terus pangkah soalan Matrices. Memang tak suka dari dulu. Susah dah satu hal. Jalan kerja panjang satu hal lagi. Mudah careless pun satu hal lagi


 Matrices silibus Matrikulasi, tapi tetap tak nak jawab


 Differentiation. Nampak macam mudah. Walaubagaimanapun kehadiran surd telah membuat kacau-bilau. Teman dah jawab soalan ni. Memandangkan tak dapat selesaikan dan dapat markah penuh, teman cepat-cepat (ZASSSS) pangkah kemudian terus jawab soalan lain.


Compound Interest and Annuity.  Sepatutnya tajuk ini mudah bagi teman. Tapi soalan 5d memang susah. Teman lupa cara nak jawab soalan macam ni. Dulu sewaktu di matrikulasi pernah jawab soalan pattern macam ni. Aduhai boleh terbang 6 markah macam tu je.....


 Markup and Markdown soalan terakhir. Soalan 6c telah dibatalkan oleh pensyarah kami. Setelah dibincang bersama rakan-rakan, rupa-rupanya soalan tidak akan dapat jawapan. Eh 'sedap' je teman jawab soalan ni. Betul ke ada yang salah?


 *formula*


*formula*


Sebelum ni teman jangka boleh dapat A 4.00 untuk Business Mathematics. Malangnya soalan kali ini lebih susah berbanding past years. Aduhai~~~ Nak nampak B pun macam dah kabur je... Sekarang ni teman cuma mampu untuk berdoa je. Kawan-kawan pun doakan teman juga ya. Baru selesai satu paper. Ada 4 lagi. Esok ada Principle of Marketing. Studi! Studi! Studi! Klik SINI untuk jadual exam teman.



nota kaki: tak mintak lebih, dapat 3.00 pun cukup untuk semester ini. Amin.........................

Saturday, January 7, 2012

CELAKA PAK ARAB PENIRU!

*MAAF, TAJUK ENTRI YANG PENUH KE-EMO-AN*

Pagi tadi teman ada paper Business Mathematics di Kolej Tun Hussein Onn. Untung ada Iwan tolong hantarkan naik kereta dia. Huzaifah naik. Salleh & Syakir tak nak naik sama. OK tak kisah. Asalkan sampai dewan peperiksaan, itu yang penting dan utama.




Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Hari yang panas terik jangan disangka takkan hujan di tengahari. Eh cuaca hari cantik je. Panas terik lagi. Siap kena sun burn lagi tau. Teman cuma nak bagitau yang soalan hari ini jauh lebih susah daripada yang dijangka. Aduhai~~~ Tak sangka, soalan-soalan past year lebih mudah dari soalan kami tahun ini. 


Eh ada kaitan ke dengan Pak Arab mangkuk peniru? Huh amekaw! Geram ni............... OK lah, takde pun geram mana, tapi ada lah juga geram... Apa jenis ayat ni? Al-kisahnya begini, sewaktu exam tadi, ada seorang pak arab (kenapa mesti letak pak?) dari Section 01 duduk depan teman. Salleh pula duduk di sebelah kiri. Ah itu bukan masalahnya. Tak kisah pun siapa yang duduk depan belakang kanan kiri. Isunya di sini sekarng adalah KEJUJURAN! Bukan kejujuran perasaan cinta, tetapi jujur dalam peperiksaan!


Habis sahaja exam, petang tadi Salleh baru cerita bahawa pak arab tu meniru! Zaman sekarang ni kan teknologi di hujung jari. Keluarkan je handphone mahal touch screen, yang tak touch screen pon tak apa, asalkan canggih ala² Android pun cukup. Tup tap tup tap keluar je nota atas skrin telefon bimbit tu. 

"Ehem ehem. WTF is that?"

Walaupun setelah ditegur dengan Hajah (Cik) Norliza, pak arab tu buat cool je buka balik handphone dia setelah hajah beredar. OK ayat kat atas tu hiperbola. Dialog sebenar lebih cantik ayatnya. Celanat kau pak arab! Sedap je kan kau meniru! Aku ni dah la serabut kepala otak 3 jam tak dapat jawab semua, kau sedap je usha nota, dapat jawab semua soalan terus keluar awal. 


Ini bukan kali pertama dia meniru. Sebelum ni sewaktu Test 2, dia dengan seorang lagi pak arab & negro seorang bersekongkol, siap tukar-tukar kertas jawapan lagi. Terbaik punya trio!!!!!!! Teman yang kebetulan selang satu meja dari belakang mereka, terbakar je hati ni, siap sumpah seranah lagi. Astaghfirullah..... Dugaan betul.... Meja dewan kuliah tingginya ikut level. Susun paling tinggi dari belakang. Tu pasal boleh nampak modus operandi mereka. Dengan jawapan-jawapan mereka sekali teman nampak! HAHAHAHAHA tapi tak tiru OK... Buat apa nak tiru kalau jawapan mereka pun salah. Soalan tu senang je pun. Soalan future value. Engkau jawab guna formula Annuity pula. Memang sah sah la kau salah!


ni iklan je. Masa Test 2 hari tu, ada kucing baru beranak dalam surau. Snap sikit la anak beranak ni tengah menyusu.



Kembali semula kepada exam hari ini, keluar je dari dewan, pak arab ni tegur dengan negro sorang ni. 

"How are you?" 
"I'm fine!"

Ah nampak sangat komer meniru! Ah lantak kau la........ Engkau nak sangat A kan, ambiklah kau labu........ Jadi kalkulusnya di sini, jangan ingat international student yang datang ke Malaysia ni panda-pandai belaka. OK mereka memang bijak. Bijak membodek, bijak meniru, bijak bela toyol, bijak menipu dan lain-lain lagi. Tu lah pasal kita selalu baca dalam Metro mahupun berita tergempak jam 8 yang negro negro ni tertangkap dek kerana jenayah. 



nota kaki: Maaf, teman bukan mahu bersifat perkauman, racist mahupun kebangsaan(?????) sebaiknya sekadar ingin berkongsi buah fikiran dan pendapat sahaja. Juga tidak ketinggalan,meluahkan perasaan. HEHE




KLIK: KERTAS SOALAN MATEMATIK PERNIAGAAN SHD 1703

Friday, January 6, 2012

Mood Studi Sampai Lebam! Esok Exam Final!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.




Komer nampak kan dalam jadual tu ada apa. Dalam entri INI pon teman dah bagitau. Esok pagi ada exam Business Mathematics. Adoyai satu-satunya harapan untuk mendapatkan A. Subjek lain jangan harap la kau nak dapat A. Huh B? Dalam mimpi boleh la.........


Ya! Semangat studi! Semangat la sangat kan...... Buka buku Principle of Marketing je mesti menguap... Last-last tertidur.... Alahai..... 100% fakta! Gila kentang! Sama je macam belajar Sejarah.... Memang bosan la kan..... Setan pon laju je tiup mata ni kasi tidur cepat......




Semangat studi tahap gaban! Tengok meja pon berselerak je... OK Tipu! ni gambar minggu lepas sebenarnya. Tengah kalut-kalut siapkan assignment Accounting. Lepas jam 12 malam je, mesti semangat nak belajar tu hilang. Tangan pun gatal on lappy, klik kat Photoscape. Inilah hasilnya! HAHA Macam la cantik sangat kan gambar.... Serius weh, teman rasa macam cool je gambar ni. Huhuhuhu Kembang sebentar~~~


Internet di kolej memang sangat menghampakan minggu ini. Slow! Lambat macam siput! Semalam pulak wifi putus terus sampai hari ni. Tu pasal baru dapat peluang nak update. OK tipu lagi. Sebenarnya dari pagi tadi pergi studi di perpustakaan. Dalam 6.30 petang tadi baru je balik. Tapi yang bab wifi putus tu memang betul ya. Pagi tadi sebelum ke perpustakaan memang tak ada internet pun.


Rasanya cukup sampai sini je. Malam ni nak studi Maths habis-habisan. Insya-Allah, esok petang teman update lagi. Tata semua. Doakan kejayaan teman ya.....


Wassalam~~~~~

Wednesday, December 28, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER




Kat atas ni adalah draf atau conteng conteng teman salin jadual exam dari laman web Fakulti Pengurisan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM) di SINI. Ini adalah jadual exam yang teman kena lalui sebagai pelajar Tahun 1 Bachelor of Management (Marketing). Komer faham ke apa yang tulis kat white board tu? Meh teman kongsikan......


7/1/2011 (Sabtu) SDH1703 Business Mathematics - Kolej Tun Hussein Onn
9/1/2011 (Isnin) SHF1113 Principle of Marketing - Kolej Tun Dr. Ismail
10/1/2011 (Selasa) SHD1113 Microeconomics - Kolej Tun Dr. Ismail
12/1/2011 (Khamis) SHY1043 Creative and Critical Thinking - Kolej Tun Hussein Onn
13/1/2011 (Jumaat) SHC1123 Foundations of Accounting - Dewan Sri Iskandar 


Komer jangan pelik pulak kami ambik periksa kat kolej. Sebenarnya kolej-kolej banyak yang ada dewan besar. Tu pasal jadi dewan exam terus. Kalau nak harap dewan besar, mana cukup nak tampung 20 ribu student dalam satu satu masa. 


Moga-moga teman dapat jawab exam dengan baik. Risau ni. Study week sekarang ni...........

Saturday, July 23, 2011

Fenomena Musim Peperiksaan


1.  Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku.

2.  Membaca dengan kadar yang cepat. Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat  je. Hahadoii..

3.  Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.

4.  Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

5.  Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!

6.  Mula bukak buku yang tebal-tebal. Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…

7.  Asyik-asyik tengok jam. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?

8.  Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam. Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)

9.  Meja belajar bersepah. Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.

11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift. Kadang kala sehingga dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang.

12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan. Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!

13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip. Hehehe..

14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota. Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)

15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang. Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.

16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu. Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk. HAHAHA..

p/s : Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Hormon mereka tengah berkeliaran masa ni. Cepat je naik kaki. Hmm.. anda nombor berapa? Keh keh keh.

Tuesday, July 12, 2011

Tak Sabar Tunggu Hari Jumaat


Lirik Pulanglah – Awi Rafael



Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada
Verse
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Chorus
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung
Ulang Chorus
Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama
Ulang Verse
Ulang Chorus 2X

Ulang Verse
Runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Ulang Chorus 2X


********************************************************************

Hohohohohohohohoho.... Lagu kat atas ni takde kaitan pon sebenarnya.... Cuma lirik lagu ni ada masuk sikit... Terima kasih buat Azri yang post lagu ni kat FB..... Dah lama cari lagu ni sebenarnya......

Apa yang tak sabar ni?????? Semalam Isnin. Hari ni Selasa. Esok Rabu. Lusa Khamis. Tulat dah Jumaat. Jumat!!!!!!!! Jumaat!!!!!!!!!!!! Jumaat!!!!!!!!!!!!!!!!! Hei apa yang tak kena dengan hari Jumaat ni??????

Hari Jumaat ni bersamaan 15 Julai selepas jam 12 tengahari, keputusan UPU akan diumumkan!!!!! Bagi yang tak tau UPU ni apa, boleh la Google untuk penerangan lanjut. Nak bagi mudah, UPU ni permohonan secara online untuk kemasukan ke universiti tempatan. IPTA sahaja ye. IPTS apply sendiri la......

Jumaat ni la juga aku akan tahu nak dapat universiti mana dan dapat program apa.... Ingat senang ke nak dapat? Ingat isi sekali terus dapat ke? Mana mau macam tu..... Lepasan matrik kat Malaysia ni ada berapa ribu.... Lepasan asasi lagi..... Lepasan STPM pun tak tertinggal..... Lepasan STAM pun jangan lupa..... Amek kaw..... Ada beratus ribu permohonan...... Bukan confirm dapat semua wo.......

Harapan? Teringin nak masuk Universiti Malaya. Ye la..... Sape taknak UM kan..... Universiti top negara.... Pensyarah aku kata UM ni ibarat Oxford versi Malaysia wo.... Jangan main-main..... Harapan nak ke Jepun dah tak berjaya.... Maka sekarang mengharap kat IPTA tempatan je la..... IPTS? Uniten kot..... Entah la....Rasanya tak kot..... IPTA je la senang...... Pengorbanan namanya........

Target sekarang nak dapat kursus Business Administration di UM. Tak dapat UM, Universiti Putra Malaysia(UPM) pun jadi la..... Tapi harapan untuk dapat Perakaunan UPM lebih tinggi la..... Nak sangat Perakaunan..... Kenapa? Sebab kursus ni adalah KEPALA bagi bidang kewangan/perniagaan ni.... Alah kira macam perubatan kepala dalam bidang biologi la.... Kan susah nak dapat.... Yang susah nak dapat tu la orang nak kan.....

Ok, ada baki beberapa hari lagi ni..... Harap-harap kawan-kawan turut dapat mendoakan kejayaan saya ye..... Amiinnn~~~~~~~~~~~~~

Friday, July 1, 2011

Formula Kejayaan (Persamaan Linear)


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Kali ini saya ingin kongsikan satu formula mudah untuk berjaya. Semua orang tahu kan nak berjaya, bukan mudah. Usaha kena lebih. Tak kisah la dalam pelajaran atau perniagaan. Jika mahu melangkah jauh, kita jarus ambil alternatif terbaik untuk berada lebih hadapan daripada orang lain. Bagi yang akan mengambil peperiksaan, jangan tunggu lama-lama. Jangan malas! Rebut segala peluang yang ada. Bagi yang berkecimpung dalam bidang yang lain, anda juga tidak patut berputus asa. Jangan pandang belakang. Terus maju melangkah ke hadapan. Tiada apa yang menanti kita pada masa lampau. Yang opasti sinar harapan sedang menerangi masa hadapan kita nanti.


Formula Kejayaan:

i. ∑Cekal + Rajin - √Malas ÷ Masa x Usaha(∞) = Kejayaan + Kepuasan – Kesedihan(Kegagalan)

ii. Kejayaan ≠ Kegagalan





 Manfaatkanlah formula ini demi masa hadapan yang cerah


SPONSOR

Ad