Baru-baru ini Malaysia gempar dengan penyebaran video kekejaman seorang ibu yang mendera bayinya kerana tekanan hidup. Kali ini kisah si bapa yang kejam pula.Kelakuan aksi kekejaman bapa ini telah dirakam dan disebarkan di laman sesawang Youtube.
Kasihan bayi kecil ini diperlaku sebegitu rupa. Mari tonton video di bawah ini.
Dalam tempoh seminggu ini kisah staf KFC menyerang pelanggan agak hangat diperkatakan. bagi yang masih kabur-kabur, ambilah peluang ini untuk mengetahui mengenainya.
Video pertama ini menunjukkan apa yang telah berlaku sebelum pergaduhan itu berlanjutan.
Kalian mungkin menjumpai video berbeza, di mana ia menunjukkan pelanggan itu di serang sahaja tanpa menegtahui apa yang telah berlaku sebenarnya.
Basically this is what happened: Feb 6 2012, ICT Shah Alam (Malaysia) KFC outlet. So many people, little chicken left, queue gets longer. Hungry customers start to get restless.
A customer starts complaining, and staff start to yell back. Then a few racial slurs begin to fly around from the customer. The staff get angry.. and the fight starts.
Sebelum staf tersebut meluru keluar dari kaunter dan menyerang tersebut, kedengaran pelanggan tersebut berteriak sesuatu yang tidak saya fahami. Mungkin perkara itu telah membuat pekerja tersebut berang lalu menyerangnya.
Bagaimanapun, hal ini telah dinafikan oleh mereka sewaktu sesi sidang media yang telah dijalankan.
Andai kes ini dilanjutkan ke makhamah, pihak mana yang akan menang agaknya ya? Sang penyerang yang berang? Ataupun pelanggan yang buat muka tak bersalah?
Kemudian muncul pula video teaser ini. OK memang kelakar. Kesimpulannya, kita sama-sama rakyat Malaysia. Andai tiada pihak yang bersikap negatif, pasti hal ini tidak akan terjadi. Negara kita juga akan kekal aman sentosa tanpa sebarang perkelahian antara kaum mahupun agama. Semoga semua pihak ambil iktibar mengenai hal ini.
Mungkin ianya dua program yang berbeza, satu hiburan tidak berunsur keagamaan dan satu lagi pula program keagamaan. Kebiasaannya, program keagamaan jarang mendapat sambutan yang hangat melebihi program hiburan yang melalaikan.
Namun, ‘bahang’ kehangatan program keagamaan oleh Ustaz Azhar Idrus sering mendapat sambutan yang terlampau mengalakkan berbanding program yang lain. Mungkin itulah kelebihan yang dikurniakan kepada beliau yang mampu menarik minat orang ramai untuk hadir. Target besar untuk malam ini adalah sebanyak 50 000 pendengar.
TARIKH: 29 Januari 2012 (Ahad) TEMPAT: Masjid Negeri Selangor (Masjid Shah Alam) MASA: Selepas Maghrib
Seperti yang kita sedia maklum, program kuliah UAI ini hari bakal bertembung dengan sebuah lagi program hiburan yang setiap hari dipromosikan di media penyiaran, TV3. Anugerah Juara Lagu ke 26 merupakan sebuah anugerah yang berlangsung untuk kali ke 26 dan sering mendapat perhatian ramai.
Tempat dikerumuni MALAIKAT atau tempat dikerumuni SYAITAN? HIBURAN melalaikan atau MAJLIS ILMU yang mentarbiah diri? Ke arah SYURGA atau ke arah NERAKA? Mahu pulang dapat DOSA atau mahu pulang dapat PAHALA? Dunia yang SEMENTARA atau akhirat yang KEKAL SELAMANYA?
When people especially teenagers got too addicted with K-Pop, without realising that it would turn to harem when K-pop caused of negligence and waste. Thumbs up for these boys who were trying to help them to step up from keep addict with this genre of musics.
K-pop (Korean: 가요, Gayo) (an abbreviation of Korean pop or Korean popular music) is a musical genre consisting of Pop, dance, electropop, hip hop, rock, R&B and electronic music originating in South Korea. In addition to music, K-pop has grown into a popular subculture among teenagers and young adults around the world, resulting in widespread interest in the fashion and style of Korean idol groups and singers.
Through the presence of Facebook fan pages, availability on iTunes, Twitter profiles, and music videos on YouTube, the ability of K-pop to reach a previously inaccessible audience via the Internet is driving a paradigm shift in the exposure and popularity of the genre South Korean popular culture is today serving as a major driver of youth culture all across the Pacific Rim, with special reference to China, Hong Kong, Japan, Taiwan, Philippines, Indonesia, Malaysia, and Vietnam. The genre is currently moving towards a position in the region, similar to that of American music in Europe during the 1980s and 1990s.
Nasyid (Arabic: أناشيد) is singing the religious character of Islam and often contain words of advice, stories of the prophets, praise God, and the seumpamanya.Nasheed (Arabic: word roots / single نشيد, أناشيد plurals; also called Nasyid in Malaysia and Indonesia, while in Bosnia and Herzegovina: Ilahija) song of Islamic culture. Traditionally, Nasyid sung by a Capella, the singing in this way is accompanied by the daff. Normal behavior is used by many Muslim scholars because they interpret the teachings of Islam that is prohibiting the use of instruments musical instruments except for some tools Basic Music (Percussion). Many people will admire the purity and simplicity in music.
The latest generation in the music arena, "Nasheed" that is among the artists used an assortment of musical instruments in their art. This has raised some controversy among the Muslim community because most of the Islamic scholars think this option is an existence (heresy) on Music in Islam. Modern Nasheed also be seen beyond the mainstream groups like the group Outlandish Nasheed music, Aman, and solo artists like Dawud Wharnsby Nasheed Ali, Sami Yusuf, Slave of Allah and Idris Phillips, who is said to attract the hearts and eyes as well as many Muslim societies, it can be pemimpn to show artists in the Islamic Cultural Festival, Conferences, Concerts and Shows (like ISNA, Celebrate Eid, Young Muslims). Artists and other organizations such as Noor Media is 100% do not use musical instruments Nasheednya rebels in album production. The increase in sales of entertainment products based on Nasheed is seen more driven by professional publishers can produce Nasheed entertainment media in the form of video clips and soundtrack. For example Madinah Tun-Prophet by Aashiq al-messenger Al Mu'allim, Meditation, Hasbi Rabbi (all by Sami Yusuf), Du'a by Seven 8 Six, Mercy like the Rain by Shaam & Our World by Zain Bhikha.
Bring the nasyid initially eccentric desert pattern, but now the nasyid group during rhythm pattern has led to many new listeners. These reforms make nasyid songs more interesting and be more competitive in the field of art.
Usually nasyid didendangkan prefer a musical instrument without strings, but according to some scholars of fiqh matters singing nasyid tunes played with stringed musical instruments like guitar and piano are allowed.
Imej ini dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan (Daerah Hilir Perak) melalui telefon bimbitnya. Walaubagaimanapun imej ini cuma disedari setelah dia melihatnya kembali pada paparan telefon bimbitnya.
Imej ini dirakamkan secara tidak sengaja sewaktu sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.
Wajah gadis berpakaian serba putih ini telah mula tersebar melalui telefon bimbit. Barangkali melalui MMS mahupun bluetooth sahaja. Imej kabur ini memaparkan seorang gadis yang berpakaian serba putih sedang merenung ke satu arah.
Susah untuk dipercayai? Barangkali ini adalah imej hantu cina yang sedang kesedihan tidak dapat menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya, lalu keluar enjoy, uptown ke Teluk Intan. Sudah lama teman tidak ke Teluk Intan. Kali terakhir adalah sewaktu cuti Hari Raya Aidiladha yang lalu.
Walau apa pun kisah disebalik imej ini, semoga umat Islam tetap untuh dan mantap iman serta akidah masing-masing. Barangkali ini cuma gangguan kecil daripada syaitan yang telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Adam. Semoga kita dijauhkan daripada sebarang perkara yang jahil.
PERHATIAN: VIRUS FACEBOOK YANG BARU TELAH MENULAR DAN MENYERANG HAMPIR SEMUA AKAUN FACEBOOK YANG ADA. ANDAI ANDA TERNAMPAK POST YANG MERAGUKAN (berunsur 18SX, tidak kelihatan URL yang selamat) SILA ABAIKAN DAN JANGAN KLIK POST ATAU PAUTAN TERSEBUT. HAL INI AKAN MENYELAMATKAN ANDA DARI TERKENA VIRUS BARU INI. AKAUN FACEBOOK SAYA TELAH DIJANGKITI, DAN MULA MENYEBARKAN PAUTAN (LINK) YANG TIDAK SENONOH. SILA AMBIL PEDULI AMARAN DAN PERINGATAN INI. HARAP KALIAN TIDAK TERLEKA DAN SEWENANG-WENANGNYA MENG-KLIK LINK VIUS TERSEBUT TANPA MENYEDARINYA.
Apa yang berlaku kepada teman? Virus ini turun menjangkiti Google Chrome dan tab blogger.com sewaktu teman sedang melayari internet. Sewaktu teman sedang membuka blog, page itu secara tiba-tiba bertukar menjadi games atau permainan video di laman web Facebook. Hal ini bukan berlaku sekali, tetapi berkali-kali! Hal ini sangat mengganggu teman. Tak khusyuk nak blogwalking mahupun update entri. Sedap-sedap tengah baca blog orang lain, tiba-tiba terus bertukar menjadi Facebook. Alahai~~~~~
Buktinya seperti di bawah ini. Laman blog telah bertukar menjadi Facebook.
Link di bawah ini pernah digunakan untuk melawan Virus Hi How Are You suatu ketika dahulu. Kemungkinan besar ia mampu melawan virus baru ini juga.
Beberapa hari lepas, pada jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.
Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.
Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.
Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.
Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.
Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.
Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.
Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.
Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:
Sesuai dengan anugerah sebagai pelajar cemerlang, Nur Amalina juga bijak menangani isu yang menyelubunginya dan tak mudah melatah. Langkah pertama dilakukan ialah menghubungi ibunya, Sabariah Hasaan bagi mendapatkan nasihat.
Ini pula penjelasan Nur Amalina terhadap isu foto ‘legging’ dan bersama rakan lelaki yang tersebar luas di internet. Antaranya foto yang tersebar adalah koleksi peribadi dan diambil tanpa kebenarannya dengan niat tidak baik termasuk untuk mengaibkannya:
Menganggap dirinya sebagai seorang yang ekspresif dalam fesyen, ia tidak pula dianggap sebagai lesen untuk dia melampaui batas. Legging itu tampak seperti mendedahkan kulitnya, walhal ia dibeli oleh ibunya.
Nur Amalina turut dikecam kerana didakwa melucutkan tudung sebaik menjejakkan kaki di perantauan. Ramai menganggap Nur Amalina sengaja menanggalkan tudung bagi menyesuaikan diri dengan negara Barat. Seeloknya, kita dengar apa justifikasi Nur Amalina:
Menurut Nur Amalina, dia bersedia untuk menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan panduan serta bimbingan hidupnya namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Dia turut memohon agar semua foto milik peribadinya dibuang dari internet kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi mengaibkan apatah lagi jika yang melihatnya tidak menerima gambaran sebenar dan lebih jelas.
Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.
Disebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:
June – sekarang:
Medical Research Intern
Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh
Feb – May 2010
ERASMUS Research Intern
CHDR, The Netherlands
Aug – Sept 2009
District Medical Officer
Meru District Hospital, Tanzania
Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.
Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.
Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.
Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas “Reproductive: Obstetrics and Gynaecology” in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012
di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.
She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.
Sementara kita semua hanya hebat menulis di blog/twitter/facebook seperti aku, Nur Amalina juga dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik “The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)” di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.
Hakikatnya, disebalik sifat rendah diri yang ditonjolkan Nur Amalina sepanjang video chat itu, aku terasa kita seharusnya menyokong dan sentiasa mendoakan kejayaan dia kerana dia adalah harapan untuk generasi akan datang.
Dan pada Nur Amalina, aku sendiri berharap dan berdoa akan terus tintakan dalam hati dan ingatan – ajaran agama serta budaya kita dengan menjadikan kes-kes terdahulu sebagai teladan.
Dan pada yang terus mencemuh gadis ini, adakah anda semua tahu akan pencapaian gadis ini? Makan atau tidak gadis ini di perantauan? Siapa yang menjenguk dirinya bila sakit? Bukankah kita semua belajar itu semua sebagai sebahagian dari adab kita?
Nur Amalina, I know you are reading this – my doa for you and cekalkan hati serta ingat untuk terus menjaga nama baik keluarga dan agama kita. Thank you for the wonderful chat that we had yesterday !
Serius kelakar video ni. Parody buat video Abang Ludah. Walaupun tidak secara jelas mereka menyindir si Abang Ludah, tetapi semua orang terutama mahasiswa yang terkesan dengan video tersebut pasti sudah tahu kepada siapa video ini ditujukan. Jom layan~~~~~~~~~~~~~~
Agak kelakar apabila mereka membandingkan Mark Facebook dengan Tom Myspace. Ternyata apa yang mereka katakan adalah benar belaka. Myspace dan Friendster telah mendapat tempat di hati pengguna lebih awal daripada Facebook yang kian meletup sekarang ini.
Lokasi di percayai di Jalan Tampoi. Sekitar Engku Mohsin. Jalan menuju ke Angsana. Orang Johor pasti tahu lokasi ini di mana. Muda-mudi yang suka hangout, jalan-jalan di pusat beli belah berdekatan juga pasti tahu di manakah lokasi ini.
5 reasons this loan-shark or ah long is stupid because of:
Who the hell would read those number when driving fast on straight road? They would accident.
Threw rubbish on public area.
Walks like a trans.
He has a bad hair cut.
He too stupid to realize that hes been on camera.
So, you can do loan with him. He might miss calculated the interest. Jadi mesti ramai student IPT yang cari Ah Long yang tak berapa cerdik ni kan. Hahahahaha~~~~ Sanggup semua berhenti ambil PTPTN kan.
Terus-terang, teman ni bukan minat politik-politik ni semua. Jadi teman tak ada lah nak ambik pusing sangat mengenai hal ni. Tapi bab ludah-meludah ni, ewah ewah banyak cantik muka kau. Ingat air liur tu dah purified jadi air mineral ke apa?
Sebenarnya wujud tak perkataan "macai" tu dalam Kamus Dewan? Kalau ada sesiapa yang faham erti "macai" silalah kongsikan ya. Respons? Siapa dia nak persoalkan tindakan mahasiswa yang terlibat dengan politik. Tak kisahlah bendera apa pun, undang-undang telah membenarkan siswa terlibat dengan politik, maka secara automatik dia tak ada hak nak mempersoalkan tindakan siswa. Menurut buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 setiap orang terutama rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara selagi tidak melanggar batas undang-undang. Kena mention buku teks juga, zaman mereka dulu mana ada subjek ini di sekolah. Kita pun kena faham keadaan mereka. Hehehehehe~~~
Yang nak emo sangat kenapa? Period ke? tak pun baru lepas gaduh dengan bini di rumah? Tak kisah la, ambik lah kau labu...........
nota kaki: entri ini sekadar respons neutral dari orang seorang siswa. Tiada sebarang kaitan dengan mana-mana warna bendera politik.