Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label universiti. Show all posts
Showing posts with label universiti. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Malam Terakhir Di Negeri Johor

Akhirnya, tiba juga saat ini. Saat teman meninggalkan Kolej Dato' Onn Jaafar. Cewah ayat syahdu je lebih. Padahal bukan sedih pun. Sebenarnya memang dah tak sabar pun teman nak tinggalkan universiti untuk balik kampung. 

Sepanjang semester 2 ini, teman tak dapat balik kampung pun. Minggu lepas pun teman cuma dapat balik rumah untuk 24jam je. Itu pun sebab nak hantar barang kat rumah. Kemudian terpaksa ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi.




Malam semalam malam terakhir teman berada di kolej. Esok nak balik kampung. Kat kolej ni dah lengang pun. Yang tinggal cuma foreigner, international students, dah pelajar short sem. Cuma tengok gambar di atas. Berapa kerat je bilik yang masih menyala lampu. Yang gelap tu confirm dah tak ada penghuni. 

Teman ni sebenarnya terlibat dengan kem seminggu di Pulau Pangkor. Terpaksa kembali ke UTM sebab masih ada barang yang tertinggal dan belum bawa balik ke rumah. Ikutkan hati nak balik rumah terus je, sebab memang rumah dah di Perak.

Inilah cabaran belajar di negeri orang. Johor je pun. Belum lagi negara orang lain macam Australia, Amerika dan lain-lain. Alhamdulillah, bulan Ramadhan jatuh pada cuti semester kali. Bolehlah berpuasa dengan keluarga. Ok sampai sini sahaja entri kali ini.

Tuesday, June 12, 2012

Makanan Wajib Ambil Sewaktu Peperiksaan

Nampaknya saat ini sedang hangat dengan kisah peperiksaan. Tak kisahlah sama ada UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, PSPM, dan sebagainya. Yang penting peperiksaan. Teman juga telah menaip entri mengenai peperiksaan SINI dan SINI. 

Sewaktu hendak menghadapi peperiksaan, pasti ramai dari kita yang mempunyai pantang seperti tidak mengambil makanan yang masam. Pasti ada juga yang mengamalkan makanan tertentu seperti kismis dan kacang cerdas. Perlukah semua itu?


Kini anda hanya perlu dapat Copying Toast dari kedai-kedai berdekatan sahaja tanpa perlu berpantang dan sebagainya. Dengan roti ini, anda pasti dapat menghafal semua isi kandungan buku yang anda baca. Dapatkan Copying Toast dengan harga RM5.90 sahaja. Turut dijual di Jusco, Giant, Tesco dan pasaraya besar yang lain.




Roti Kaya Penyet juga turut berfungsi seperti Copying Toast ini. Andai anda merasakan Copying Toast yang berharga RM5.90 ini mahal, anda boleh hasilkan Roti Kaya Penyet dengan kos yang lebih rendah.

Selamat mencuba dan selamat beramal.

Monday, June 11, 2012

Bila Kera & Monyet Minum Petang

Kebosanan melanda pada petang Isnin. Terasa nak update pula. Dalam entri ini teman kongsikan gambar-gambar kera di kolej teman ni minum dan makan petang. Huhu. Ingat orang je ke yang ada tea time pada waktu petang kera dengan monyet pun ada okay.










Jangan main-main ya. Semua ini kera yang mendapat pendidikan tinggi tau. Universiti lagi. Siap makan roti lagi. Tu belum lagi yang makan epal, makan roti arab, minum air kotak, dan sebagainya. Hehehehehe. Semua ni kera di kolej teman. Teman tak berani nak buka tingkap. Snap dari dalam bilik je. Nanti tak pasal-pasal kena terkam naya je. 

Monday, April 16, 2012

Tamat Tugas Di Putrajaya


Seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini, teman agak sibuk dengan tugasan dan tidak dapat ber-blogging dan blogwalking seperti biasa. Sebenarnya teman telah ditugaskan untuk berada di Putrajaya dari hari Rabu sehingga Ahad lepas. Dari hari Selasa lagi teman dan rakan-rakan telah bergerak ke Kuala Lumpur, menginap di Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, Kuala Lumpur. Jadi setiap pagi kami harus bergerak ke Putrajaya seawal jam 7 pagi.

Apa yang berlaku di Putrajaya? Sebenarnya telah dilangsungkan MASUM 2012 di sana bagi acara kayak dan rowing, dan teman telah bertugas sebagai salah seorang sukarelawan atau sekteriat di sana. Bagi yang tidak tahu, MASUM adalah Majlis Sukan Universiti Malaysia yang bergerak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. MASUM 2012 telah dijalankan sepanjang cuti pertengah semester (minggu lepas), bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Cuma acara kayak dan rowing sahaja diasingkan dan berada di Tasik Purajaya. 


Minggu lepas ternyata minggu yang sangat sibuk. Awal pagi dah keluar, malam baru kembali ke kolej. Penat! Penat! Penat! Apa-apa pun semua itu telah berakhir kerana MASUM 2012 telah berakhir semalam, dan teman juga sudah kembali ke Johor semula. Ia memang satu pengalaman yang manis, mengajar teman bagaimana untuk menguruskan satu-satu pertandingan sukan. 

Bagi yang telah singgah ke bloh teman ini, maaf teman tak dapat balas kunjungan kalian. Insya-Allah teman akan cuba kembali blogwalking dalam masa terdekat ini.

Friday, March 9, 2012

MENARIK: 4.00 STPM KELUAR UTUSAN MALAYSIA

Syazwan ni boleh dikatakan anak saudara teman, tapi saudara jauh la juga. Nenek dia sepupu mak teman. Hehehe. Anak kedua dari dari 4 beradik kalau tak silap. Kakak sulungnya kini sedang belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Adiknya perempuannya pula berada di UiTM Arau, Perlis. Adik yang bawah lagi..........sekolah lagi la.............. Syazwan ni pula baru tamat STPM tahun lepas. Keputusan pun baru keluar kelmarin, September ini baru melangkah masuk ke universiti. Universiti mana, kita tak tahu lagi, Semua tu rezeki dari Allah. Kita cuma merancang, Kalau boleh teman nak dia sama-sama belajar dengan teman di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ni, Teman dah cucuk-cucuk kakak dia suruh dia apply UTM. Result gempak, mesti la kena masuk universiti bagus kan..........
 


Sunday, December 25, 2011

ADAM ADLI BUAT LAPORAN POLIS SETELAH TERIMA UGUT JAHAT



KUALA LUMPUR 23 Dis. - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengutuk tindakan beberapa pihak yang mengecam dan membuat pelbagai ugutan jahat terhadap Adam Adli. Tindakan tersebut mencerminkan langkah tidak bertamadun dan menyanggah amalan demokrasi di Negara ini.




Walaupun menghormati pendirian dan kritikan membina, akan tetapi ianya dilihat semakin tidak terkawal setelah ada Adam mendakwa telah menerima pelbagai ugutan malah menuduh dengan pelbagai serangan moral mengaibkan beliau.








SMM dalam pada itu tetap bertegas dengan pendirian sebelum ini tidak akan membuat sebarang permohonan maaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.




Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan Pro Mahasiswa itu turut mendesak pihak polis mengambil langkah tegas terhadap pihak yang mengancam keselamatan Adam Adli.




Kenyataan ini dibuat setelah pihak SMM menghantar memorandum di Ibu Pejabat Dang Wangi di sini hari ini.




Isu Adam Adli menjadi perhatian setelah beliau didakwa merupakan mahasiswa yang Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak di hadapan PWTC  baru-baru ini.




Insiden tersebut berlaku ketika berlangsung perarakan bantahan AUKU yang melibatkan 300 Kumpulan Pro Mahasiswa menuju yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) .


sumber


*****************************************************************************

Komen teman, memang agak wajar Adam Adli membuat laporan polis demi keselamatan dirinya. Seperti mana yang telah diketahui ramai, Abang Ludah telah menyatakan ingin menampar individu yang menurunkan bendera PM kita. Menurut Qushairi, Abang Ludah kita ini  sebenarnya telah melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan, yang mana, menurut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, abang boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun beserta denda. Betul ke? Teman ni bukan tahu sangat undang-undang, seksyen-seksyen semua tu. Tapi rasanya memang betul la kan. Sebarang bentuk ugutan untuk mencedera adalah satu kesalahan kerana ianya berbentuk ancaman. Alah kiranya macam "Aku akan bunuh kau!". Walaupun belum membunuh, terbunuh dan dibunuh, ianya adalah satu ancaman dan keliahatan seperti gambaran perkara yang bakal berlaku. Barangkali laporan polis yang dibuat bukan dituju kepada Abang Ludah, kerana bukan dia seorang yang membuat ugutan tersebut.


Zaman sekarang ini ramai yang gila politik dan sanggup melakukan apa sahaja demi parti politik kesayangan mereka. Ramai juga yang membidas Adam Adli sebenarnya. Barangkali mereka itu semua sudah bekerjaya sedangkan Adam Adli masih menuntut di sebuah IPT. Jadi mereka menyatakan bahawa Adam Adli tidak perlu 'beria-ia' menegakkan hak mahasiswa dan aktif berpolitik sedangkan dia masih belajar dan ditanggung ibu bapanya.


Diharapkan isu ini akan reda segera dan mari kita sama-sama doakan keselamatan Adam Adli.




nota kaki: Ini adalah entri neutral. Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik

Monday, July 25, 2011

UTM No.1 di Malaysia



4ICU World University Rankings has positioned Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) at 1st in Malaysia

 


We are delighted to announce that the 2011 4ICU World University Rankings (based on websites’ popularity and usage) has positioned Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  at 280th in the world, 47 in Asia (see http://www.4icu.org/topAsia/ ) and for the first time 1st in Malaysia (see http://www.4icu.org/my/ )
This positions us amongst an elite group of Asia world class universities.
Methodology: According to 4ICU (Located in Australia), “The ranking is based upon an algorithm including three unbiased and independent web metrics: Google Page Rank, total number of inbound links and Alexa Traffic Rank.” The ranking ranked 10,200 Universities and Colleges in 200 countries.
Top Malaysia (ranked 1st to 29th)Top Asia (ranked between 24th to 50th)


Saturday, July 23, 2011

Fenomena Musim Peperiksaan


1.  Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku.

2.  Membaca dengan kadar yang cepat. Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat  je. Hahadoii..

3.  Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.

4.  Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

5.  Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!

6.  Mula bukak buku yang tebal-tebal. Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…

7.  Asyik-asyik tengok jam. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?

8.  Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam. Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)

9.  Meja belajar bersepah. Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.

11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift. Kadang kala sehingga dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang.

12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan. Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!

13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip. Hehehe..

14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota. Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)

15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang. Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.

16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu. Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk. HAHAHA..

p/s : Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Hormon mereka tengah berkeliaran masa ni. Cepat je naik kaki. Hmm.. anda nombor berapa? Keh keh keh.

Tuesday, July 19, 2011

Senarai Universiti Tempatan Terbaik 2011

World RankNameCountry Rank
629Universiti Sains Malaysia1
694Universiti Teknologi Malaysia2
731Universiti Kebangsaan Malaysia3
771Universiti Putra Malaysia4
788University of Malaya5
995Universiti Malaysia Perlis6
1126Multimedia University7
1133Universiti Teknologi Mara8
1344Universiti Malaysia Pahang9
1491International Islamic University of Malaysia10
1572Universiti Utara Malaysia11
1838Universiti Tun Hussein Onn Malaysia12
1838Universiti Tenaga Nasional13
1862Universiti Malaysia Sabah14
2106Open University Malaysia15
2127University of Nottingham Malaysia16
2154Universiti Teknologi Petronas17
2274Universiti Sains Islam Malaysia18
2993Universiti Pendidikan Sultan Idris19
3333Taylor’s University College20
3450Universiti Teknikal Malaysia Melaka21
3847Universiti Tunku Abdul Rahman22
3859Universiti Malaysia Terengganu23
4571Universiti Malaysia Sarawak24
5011Universiti Tun Abdul Razak25
5068Monash University Malaysia26
5266Universiti Industri Selangor27
5375Wawasan Open University28
5528UCSI University29
5554Curtin University of Technology Sarawak Campus30
6117Asia Pacific Institute of Information Technology31
6628International Medical University32
6716Help University College33
6795Tunku Abdul Rahman College34
6809Al Madinah International University35
6867Universiti Kuala Lumpur36
6995National Defence University of Malaysia37
7003Segi College38
7027Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul ..39
7209Universiti Malaysia Kelantan40
7608Limkokwing University of Creative Technology41
7826KDU College42
7991Selangor International Islamic University College43
8326Sunway University College44
8529Malaysia Theological Seminary45
8705Malaysia University of Science & Technology46
8772Olympia College Malaysia47
8864Swinburne University of Technology Sarawak Campus48
9345Malaysian Institute of Management49
9479University of Malaya Medical Center & Faculty of M..50
9541INSANIAH University College51
9879Taman Pertanian University52
9897Kuala Lumpur Infrastructure University College53
9911International Centre for Education in Islamic Fina..54
10114Majlis Peperiksaan Malaysia55
10143Cyberjaya University College of Medical Sciences56
10169Disted-Stamford College57
10169Berjaya University College of Hospitality58
10281Asia e University59
10425KBU International College60
10831New INTI College61
11254TATI University College62
11571Nilai International College63
11889Asia Pacific University College of Technology & In..64
11975AIMST University65


Alhamdulillah, sebagaimana aku tulis dalam entri sebelum ini, aku telah ditawarkan ke UTM. Tadi jalan-jalan di blog Alif Ismail, terjumpa pula senarai ini. Jadi nak kongsi pula di sini. Aku pernah buat entri sebegini juga sebelum ini. Tapi punca datang dari dua sumber berbeza. Nak baca? Klik SINI. Senarai di atas adalah senarai yang terbaru. Alhamdulillah syukur, UTM adalah universiti kedua TERBAIK selepas USM. Okey, dah tak sabar nak beraya di JOHOR nanti.

Friday, July 15, 2011

Debaran Penantian 180 Minit Terakhir

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Ya, debaran penantian 180 minit terakhir! 3 jam lagi! Apa yang ada pada jam 12 nanti? UPU! UPU! UPU! Sekejap lagi keputusan UPU akan diumumkan. Debaran semakin terasa sejak awal minggu ni. Memang dah tak sabar nak tahu keputusan UPU ni. Apa yang best sangat kat UPU ni? Ye la, nak tau mengenai tawaran ijazah pertama IPTA kan.... Risau-risau juga kalau tak dapat program dan universiti yang kita minati. 

Kalau dah tunggu keputusan UPU tu, mesti la kena isi borang UPU kan.... Orang selalu tanya,"Kau apply apa Lan?"

Susah nak jawab.... Kenapa? Sebab ada 8 pilihan yang berbeza! Penat tau nak bagi tau satu per satu. Agak-agaknya kan, kalau student accounting nak apply apa ya......


Macam ni? Huh gila kau.... Ini fanatik Accounting namanya.... Lan tak ada la sampai fanatik macam ni. Walaupun memang minat Accounting, tapi ini kerja gila! Kenapa? Ye la, dah la pointer tak dapat 4 rata, jangan harap la nak apply accounting macam ni. Cuma genius je yang boleh apply macam ni. 4 rata? Kenapa tinggi sangat? Memang patut pun nak tinggi... Sebab dalam bidang ni, accounting ibarat raja atau kepala yang berada di atas sekali. Paling top la tu. Alah kira macam Perubatan la program paling bagus dalam bidang Sains. Boleh bayang tak?


What the fish? Tak mau! Tak mau! Tak mau! Ini kerja gila namanya! Fanatik ekonomi? Ayoyo~~~ Tak ada la minat sangat ekonomi sampai jadi macam ni..... Ingat senang ke ekonomi ni? Alah lagipun, kalau orang tak belajar ekonomi ni pun, mereka pasti rasa kursus ini sangat membosankan. Betul ke? Entah la......


Ini satu lagi kerja gila! Fanatik dengan bisnes ke apa? No! No! No! Gila kau nak apply rupa gini..... Semuanya perniagaan..... Tau tak kursus ni kena banyak menghafal? Memang TERBAIK la siapa yang apply macam ni.... Tapi jangan perlekehkan kursus ini ya.... Kerana peluang pekerjaan sangat luas untuk kursus ni. "lan, kau nak buka bisnes ke?" Rasa macam nak lempang laju-laju je siapa yang tanya soalan tu. Apa? Ingat siapa yang belajar bisnes ni mesti buka perniagaan ke? Merepek! Mana ada macam tu.... Malas nak layan....


Ya, inilah permohonan yang sebenar! Seimbang semuanya..... Sasaran utama adalah UM dan UPM. Kalau dapat bisnes pun jadi la.... Harap-harap tak dapat la no 4. Aduh! Menyesal pulak letak no 4 tu.... Kenapa? Sebab kursus ni berat! Berat! Berat! Kena belajar programming macam Computer Science(CS) gitu.... Payah wo.... Tak senang...... Ekonomi? Tak mengharap juga..... Sekarang ni target Business Administration je..... Accountancy kan susah nak dapat.....

Walau apa pun keputusan, hamba Allah ni redho..... Rakan-rakan, tolong doakan kejayaan saya ya.... Cuak sangat-sangat sekarang ni..... Moga-moga la dapat UPM(dah janji dengan kawan) tak pun UM(dah janji dengan kawan). Berapa banyak janji da.... BFF ramai kan.... Dah target nak masuk U yang sama..... tapi rezeki masing-masing..... Kita tak tahu rezeki kita kat mana lagi...... Ok! Tutup cerita! Tunggu keputusan UPU jam 12 nanti.....

Klik SINI untuk semak keputusan UPU anda.

Tuesday, July 12, 2011

Tak Sabar Tunggu Hari Jumaat


Lirik Pulanglah – Awi Rafael



Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada
Verse
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Chorus
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung
Ulang Chorus
Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama
Ulang Verse
Ulang Chorus 2X

Ulang Verse
Runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Ulang Chorus 2X


********************************************************************

Hohohohohohohohoho.... Lagu kat atas ni takde kaitan pon sebenarnya.... Cuma lirik lagu ni ada masuk sikit... Terima kasih buat Azri yang post lagu ni kat FB..... Dah lama cari lagu ni sebenarnya......

Apa yang tak sabar ni?????? Semalam Isnin. Hari ni Selasa. Esok Rabu. Lusa Khamis. Tulat dah Jumaat. Jumat!!!!!!!! Jumaat!!!!!!!!!!!! Jumaat!!!!!!!!!!!!!!!!! Hei apa yang tak kena dengan hari Jumaat ni??????

Hari Jumaat ni bersamaan 15 Julai selepas jam 12 tengahari, keputusan UPU akan diumumkan!!!!! Bagi yang tak tau UPU ni apa, boleh la Google untuk penerangan lanjut. Nak bagi mudah, UPU ni permohonan secara online untuk kemasukan ke universiti tempatan. IPTA sahaja ye. IPTS apply sendiri la......

Jumaat ni la juga aku akan tahu nak dapat universiti mana dan dapat program apa.... Ingat senang ke nak dapat? Ingat isi sekali terus dapat ke? Mana mau macam tu..... Lepasan matrik kat Malaysia ni ada berapa ribu.... Lepasan asasi lagi..... Lepasan STPM pun tak tertinggal..... Lepasan STAM pun jangan lupa..... Amek kaw..... Ada beratus ribu permohonan...... Bukan confirm dapat semua wo.......

Harapan? Teringin nak masuk Universiti Malaya. Ye la..... Sape taknak UM kan..... Universiti top negara.... Pensyarah aku kata UM ni ibarat Oxford versi Malaysia wo.... Jangan main-main..... Harapan nak ke Jepun dah tak berjaya.... Maka sekarang mengharap kat IPTA tempatan je la..... IPTS? Uniten kot..... Entah la....Rasanya tak kot..... IPTA je la senang...... Pengorbanan namanya........

Target sekarang nak dapat kursus Business Administration di UM. Tak dapat UM, Universiti Putra Malaysia(UPM) pun jadi la..... Tapi harapan untuk dapat Perakaunan UPM lebih tinggi la..... Nak sangat Perakaunan..... Kenapa? Sebab kursus ni adalah KEPALA bagi bidang kewangan/perniagaan ni.... Alah kira macam perubatan kepala dalam bidang biologi la.... Kan susah nak dapat.... Yang susah nak dapat tu la orang nak kan.....

Ok, ada baki beberapa hari lagi ni..... Harap-harap kawan-kawan turut dapat mendoakan kejayaan saya ye..... Amiinnn~~~~~~~~~~~~~

SPONSOR

Ad