Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Saturday, May 28, 2011

Fakta-fakta menarik mengenai lelaki

50 Fakta2 Mengenai Lelaki....

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Friday, May 27, 2011

Kongsi (2011) SDTVRip-RMVB

Citer kongsi dah keluar....Jom download...


INFO:
Genre: Action
Runtime: 90 min
User Rating: N/A
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1932660/

SINOPSIS:
Filem aksi komedi dengan tagline ‘Lu Langsi Lu Mati’ mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.


SCREENSHOT RMVB:
SCREENSHOT MKV:

DOWNLOAD LINKS:


Credit to dePalma.
trimaz Afif~

~Selamat Hari Jadi Arep Malek~


Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia. Kali ni aku nak buat entri khas untuk Arep Malek. Siapa Arep Malek? Klik SINI kalau nak tau. Hari ini bertarikh 27 Mei 2011.

--->Selamat Hari Jadi Arep Malek<---


Sama macam yang orang selalu buat, aku nak doakan supaya kau panjang umur, dimurahkan rezeki, dan semoga sejahtera berpanjangan. UPU pun baru tutup. Semoga kau dapat program dan universiti yang kau nak sangat tu. Mana la tau kita sama² dapat satu U nanti. Amin.....

Bagi yang masih belum mengenali siapa mamat hensem ni, bawah ni ada gambar dia. 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
kacak bergaya kan...

ketua tutor yang baik

telah mewakili Kuliah A4 KMP dalam pertandingan Puisidra pada tahun 2010

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Okey, semua orang dah kenal kan... Hhhmmmmm..... Hari ni dia dah cukup umur 19 tahun. Weeeeeee~~~~ Tahun ni la last ada nombor 1 kat pangkal umur Arep Malek. Tahun depan takde dah kan...



Tengok ni, aku siap buatkan kek untuk kau lagi... Apa? Pos? Lambat la... Hah? Pos laju? Mana sempat sampai... Dah la sedap... Entah² posmen dah makan kat Pejabat Pos. Takpe, biar aku makan untuk kau ye.... Hehehehehehehehe~~~

aku makan kek tak seteruk ni tau...



Birthday Wishes For My Friend


On your birthday,
I wish for you the fulfillment
of all your fondest dreams.
I hope that for every candle
on your cake
you get a wonderful surprise.
I wish for you that
whatever you want most in life,
it comes to you,
just the way you imagined it,
or better.
I hope you get as much pleasure
from our friendship as I do.
I wish we were sisters,
so I could have known you
from the beginning.
I look forward to
enjoying our friendship
for many more of your birthdays.
I'm so glad you were born,
because you brighten my life
and fill it with joy.


Happy Birthday!



By Joanna Fuchs




Selamat Hari Jadi Arep Malek


*******************************************************************************

Nota kaki: Arep, aku cilok pic ko dari FB tau... Hehehehehehe....


Thursday, May 26, 2011

PERMOHONAN BIASISWA JPA BAGI LEPASAN MATRIKULASI KPM 2011


PERMOHONAN BIASISWA JPA BAGI LEPASAN MATRIKULASI KPM 2011





Biasiswa JPA untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2011 boleh dipohon dengan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 dan ke atas. Untuk maklumat lanjut mengenai borang permohonan biasiswa JPA, bagi lepasan Matrikulasi KPM, sila klik pada pautan yang telah disediakan. 

*Borang permohononan cuma akan dikeluarkan oleh pihak JPA setelah keputusan tawaran ke IPTA diumumkan sekitar Jun dan Julai ini.























*********************************************************************************

Nota kaki: dah dapat panggilan ke UTM. korang pon sabar macam aku ye....tak lama lagi buka la tu.....

Kejayaanku Diiktiraf UOF 3x

Asslamualaikum wbt dan salam 1Malaysia~~~ Entri kali ini cuma ingin berkongsi kisah gembira saya beberapa bulan yang lepas. Berita baiknya ialah saya telah mendapat pengiktirafan daripada UOF. Bukan UFO tau, UOF~~~ Siap dapat sijil lagi. Betul, tak tipu... Bawah ni ada buktinya.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Bachelor of Social Networking



Master of Social Networking



PhD of Social Networking


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mark Zuckerberg, wakil dari University of Facebook yang telah menyampaikan ketiga-tiga sijil ini. Terima kasih!!!!!!!!!



****************************************************************************

Nota kaki: Maaf, orang lain jangan jelez tau~~~






Wednesday, May 25, 2011

Biasiswa JPA Tak ada untuk Aku ke~~~


Di bawah ini adalah petikan akhbar tempatan yang bertarikh 25 Mei 2011.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


'Basiswa JPA hanya bagi bidang kritikal'
Oleh Lum Chee Hong
lumch@bharian.com.my
2011/05/25

Pelajar cemerlang SPM tidak semestinya automatik layak: Nazri 

KUALA LUMPUR: Pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak boleh mengambil kursus yang diminati dan menganggap berhak memperoleh biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau berkata, JPA akan menawarkan biasiswa mengikut bidang yang dikategorikan sebagai kritikal saja seperti yang ditetapkan oleh pihaknya.


“Penawaran hanya memberi fokus kepada bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan teknologi, termasuk sains sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam di negara ini. 

“Selain itu, sekiranya pelajar mengambil 13 mata pelajaran dan berjaya memperoleh 13A+ dalam SPM, jangan anggap berhak mendapat biasiswa ini kerana ia berdasarkan kepada keputusan 9A+ seperti diberitahu pada tahun lalu,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, semalam. 

Beliau selaku menteri bertanggungjawab terhadap JPA mendedahkan perkara berkenaan, selepas ramai pelajar cemerlang lepasan SPM tahun lalu yang memperoleh kesemua A+ gagal memperoleh biasiswa sehingga Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mengkritik wujudnya salah guna kuasa di agensi terbabit. 

Mengikut rekod tahun ini, JPA menerima 16,900 permohonan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan 8,857 daripada jumlah itu melepasi syarat serta gred minimum mengikut bidang pengajian. 
Nazri berkata, kerajaan memperuntukkan 1,500 biasiswa PILN dan 2,500 biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN), tetapi hanya 300 pelajar saja yang menerima biasiswa PILN berdasarkan kepada kriteria ditetapkan. 

“Kita melihat pencapaian akademik mereka, pembabitan dalam kokurikulum, sosioekonomi dan latar belakang keluarga serta prestasi ketika menghadiri temu duga, manakala mereka yang tidak memenuhi kriteria masih diberi tempat untuk belajar di universiti tempatan,” katanya. 

Beliau berkata, baki biasiswa pula diberi kepada mereka yang layak bagi PIDN mengikut populasi kaum iaitu 60 peratus (900 biasiswa), setiap lima peratus bagi Sabah dan Sarawak (150 biasiswa) serta 10 peratus bagi golongan kurang berada (150 biasiswa). 

Nazri turut menegur Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran kerana tidak bertemu beliau untuk mengetahui masalah sebenar, sebaliknya hanya membawa masalah berkenaan kepada pihak media. 

FAKTA: 



  • Jumlah keseluruhan permohonan yang diterima oleh JPA bagi PILN: 16,900 


  • Jumlah biasiswa PILN yang ditawarkan: 1,500 


  • Jumlah pelajar yang layak menerima biasiswa PILN: 300 


  • Jumlah biasiswa PIDN dan PILN: 4,000 biasiswa 


  • Kriteria yang digunakan bagi pemilihan dan penawaran biasiswa PILN: 
    - Pencapaian akademik 
    - Pembabitan dalam kokurikulum 
    - Sosioekonomi dan latar belakang keluarga 
    - Prestasi ketika temu duga. 



  • v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v


    Jadi, siapa yang kata tiada biasiswa untuk aku. Perakaunan, Perniagaan dan Ekonomi termasuk dalam kategori Sains Sosial ya. Risau benar kawan aku Hanis Ezzatul Farahah yang takut tidak akan ditaja oleh JPA kerana di pelajar jurusan Undang-undang. Undang-undang juga termasuk dalam kategori Sains Sosial.





    ________________________________________________________________________________


    Nota kaki: teringin sangat nak biasiswa kerjaan. Senang hati, terus dapat kerja dengan kerajaan.



    UPU...dot...dot...dot...apa cer??????

    UPU apa de cer????? Apa? Ingat senang ke nak isi? Okey, memang la mudah, fill inte blank je kan..... Tapi sekarang ni bukan masalah isi tempat kosong, tapi isi UNIVERSITI DAN PROGRAM pilihan hati. Senang? 

    NO! NO! NO! NO! NO! 

    Small pieces????? TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!





    Dah serabut kepala otak aku nak isi UPU Fasa 2 ni.... Ada 2 hari je lagi tinggal.... UPU Fasa 2 ni dah bukak sejak 20 Mei sehingga 20 Mei ini. Sebelum 20 Mei jugak lah kepala aku dah serabut memikirkan nak pilih mane..... Alahai~~~ Serius Serabut!!!!!!!!!!!


    Nak mintak orang lain pun langsung tak membantu...Apa tak nye.... Yang aku tu semua pelajar Sains...Bakal doktor ada....Bakal jurutera ada....Diorang bukan belajar perakaunan, perniagaan & ekonomi pun dalam silibus diorang.... Famili sendiri????? Nasihat yang tak membina.... Abang aku student engineering. 
    "Kalau perakaunan, boleh jadi akauntan. Perniagaan pula luas. Perakaunan banyak kira². Perniagaan pulak banyak teori".
    Macam la aku tak tau semua tu....Aku yang belajar semua ni selama ni....Dia takkan mampu bayangkan apa yang tengah bermain dalam kepala aku ni.....Makpulak kata apa????? 
    "Ikut suka kau la. Asalkan kau boleh bawak".
    Nampak sangat tak membantu kan....Last² kena buat keputusan sendiri jugak.....





    Ok, yang korang boleh tengok kat atas ni adalah pilihan yang aku dah buat sewaktu Fasa 1 beberapa bulan yang lepas.... Nak kekal gitu??? Oh tidak sama sekali.... Aku ada cita² yang lebih besar.... Dengan PNGK/CGPA matrikulasi yang tak cukup cemerlang, aku kena rancang Fasa 2 ni betul².... Tak nak buat silap.... Nanti menyesal pulak.... Teringin sangat nak sambung Perakaunan... Tapi result tak cukup bagus nak sambung Perakaunan kat Universiti yang tiptop macam UM.... Pada masa yang sama nak jugak masuk UM...Tapi layak kat Pentadbiran Perniagaan.... Ape cer ni???? Nak pilih mane????? Alahai~~~~~


    Bersambung ke entri seterusnya......

    ***********************************************************************


    Nota kaki: kalau nak jadi akauntan kena belajar Perakaunan, kemudian lulus peperiksaan di ACCA pula.

    Monday, May 23, 2011

    Kisah Teladan : Dengar Cakap Mak Bapak!!!!!



    Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
    Untuk entri kali ni aku nak bercerita satu kisah (sejarah diri sendiri) yang boleh dijadikan teladan buat adik² junior mahupun sesiapapun yang masih lagi pening mana nak sambung belajar.
    Hhhhmmmmmm..... Pening² lagi kan~~~

    Aku cuma nak highlight kat sini, 

    DENGAR CAKAP MAK BAPAK!!!!!

    Kenapa? Sebab mereka lebih mengetahui berbanding kita....
    Dalam kes aku ni, mak aku la yang cakap banyak.
    Bapak aku senyap je...



    Kisahnya bermula begini, aku ni lepasan SPM 2009. Dengan result yang ntah apa², aku nekad la nak sambung Diploma Perakaunan di UiTM. Sebab dulu time SPM cikgu Akaun aku dah cucuk² biar sambung diploma kalau nak selamat, katanya matrik susah. Aku pegang kata² cikgu tu.



    Satu hari, semak keputusan UPU. What the fish???!!!! Diploma Pengurusan Bank???? Mane Diploma Perakaunan???? Arrrggghhhhh!!!!!!!!!!!! Kenapa dapat kat Pilihan ke4 pulak ni???? Ah tak boleh jadi ni... Maka aku pun bersabar la~~~
    (mati² ingat dapat akaun)

                          


    Seminggu kemudian, 16 April selepas jam 12 malam, aku buat semakan matrikulasi melalui SMS. 12.16am. 

    [RM0.20 MOE:ANDA BERJAYA.Program Matrikulasi 1 Thn:Perakaunan.NoKP:xxxxxxxxxx.Daftar:10/05/2010.Tempat:KM Perlis.Surat Tawaran rujuk www.moe.gov.my]

                    


    Senang cerita, bye bye UiTM Merbok!!! Here I come KMP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                       


    8 Mei 2010, sehari sebelum bergerak ke Perlis, pada blah malamnya aku buat semakan ke Kolej Poly-Tech MARA pula. WoW!!!!! Dapat tawaran DIPLOMA IN ACCOUNTING AND FINANCE. Arrrrggggghhhhhhh!!!!!!!!!!!! Program yang aku nak pulak~~~ Ah, kau jangan nak menggedik pulak. Esok dah la nak gerak ke Perlis, jangan nak lari KL pulak ye.... Walawey~~~




    Sekitar bulan Mei-Jun tu aku isi borang online Institut Profesional Baitulmal (IPB).


    Apa? Ingat aku isi kosong ke? Dapat la~~~ Siap Call lagi....Dapat offer Certified Accounting Technician (CAT)

    CAT ni sebenarnya sijil dari badan profesional. Maksudnya, aku boleh letak letak CAT kat hujung nama aku. Sebagai tambahan, aku akan lebih dekat untuk mencapai-cita aku nak jadi seorang akauntan. Sape yang lulus CAT ni boleh terus sambung ACCA tahap kedua. Korang paham ke aku mencarut apa ni?? yang tak paham tu, pandai² la Google tak pon Yahoo! je ye....Hohohohohoho~~~


                     


    Tapi............................

    No! No! No! No! No!

    Mak bapak aku tak bagi aku pegi buat CAT...
    Alasannya sebab aku dah ada kat KMP...
    selaku anak yang soleh (soleh la sangat), aku pun menurut je la....
    Walaupun dalam hati memang tak puas hati...
    Selepas dua minggu baru aku tenang sepenuhnya...
    Korang ingat senang ke nak lepaskan kunci kejayaan kita???
    Tak senang kan~~~


    Hujung jari aku ni memang gatal bab² apply IPTS yang confirm aku tak pegi. Seterusnnya, apply UniKL pulak. Hahahahahahahaha~~~ Dapat pulak.....Kali ni bukan Accounting yang aku dapat, tapi Engineering!!!!!! Giler kau!!!!!!!!!!!! DIPLOMA IN CHEMICAL ENGINEERING TECHNOLOGY(FOOD). Takde keje ke???? Dah la aku benci giler² kat Kimia (kata² dari orang yang tak dapat A Kimia SPM). Dapat pulak Chemical Engineering pulak. Nak lari Melaka pulak??? Takde maknanya~~~





    Apa² hari ni aku bersyukur sangat!!!!!!!!!!! Sebab keptusan yang aku buat ni memang tak salah!!!!! Ya! Aku dah tamatkat pengajian di KMP. Dengan keputusan yang boleh tahan, aku sekarang menunggu panggilan ke Universiti untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula.

    Dipendekkan cerita, 

    DENGAR CAKAP MAK BAPAK!!!!!!!!!

    Berkat~~~~~~


    SPONSOR

    Ad