Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Friday, May 25, 2012

MENARIK: KANAK-KANAK KOREA UTARA BERMAIN GITAR

Gila cool!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Teman pun tak pandai main macam mereka ini. Sebenarnya memang tak pernah main gitar pun.....




Agak-agak diorang ni kecik-kecik dah masuk sekolah muzik ke?
HOHO~~~

Thursday, May 24, 2012

MENARIK: BAGAIMANA MUSLIM MENCARI BAKAL ISTERI TERBAIK

Mencari pasangan harus melalui cara yang betul. mari tonton video ini.



"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". Janganlah terlalu gelojoh, bukankah sabar itu sebahagian dari iman. Pilihlah bakal isteri yang terbaik buat anda. Kalau cantik sahaja tiada guna andai tidak beriman. Yang nampak sopan juga tiada guna andai tidak pandai memasak dan melayan orang lain. Oleh itu, isteri yang sempurna harus dicari dengan berhati-hati, jangan ikutkan hati.

Wednesday, May 23, 2012

MASKULIN: 6 SENAMAN BAGI MENDAPAT 6 PACK



Lelaki pasti kelihatan macho jika mempunyai tubuh badan yang sihat dan tegap.  Salah satu dari bentuk badan yang diidamkan pastinya mempunyai “six pack” iaitu perut yang berotot. Bagaimana ingin memperolehi six pack dan senaman apa yang perlu dilakukan?
Apa kata jika anda lakukan senaman seperti di bawah (English dikekalkan bagi mengekalkan maksudnya secara tepat) :

Lie flat with knees bent, then using your abs, not your neck, lift your torso off the ground. When it is about 45 degrees relative to the ground, hold for two seconds then return to starting position. Repeat 8-10 times.

Lie flat with arms and legs straight, keeping palms flat on floor. Keeping your legs together, slowly raise them till they are 90 degrees relative to the ground. Then slowly lower them. Repeat 10-15 times.

Lying face down with legs straight behind you, rest your upper body on your forearms. Then get into a push-up. Repeat 10-12 times

Lying face down with legs straight behind you, rest your upper body on your forearms. Tensing your abs, lift your left leg and hook it over your right ankle and hold the pose for 45 secs. Repeat for the other leg.

Lie flat with knees raised and arms straight by your side. Slowly pull your knees to your chest, raising your hips off the floor.  For the more experienced, you may want to try this with ankle-weights.

Lie flat with knees raised holding a light dumb-bell. Raise your arms behind your head then slowly lift your torso off the floor. Return to the starting position.


InsyaAllah, six pack boleh dibentuk jika diamalkan. Selamat mencuba~~~

sumber

MENARIK: BAGAIMANA E-MEL BEROPERASI | HOW E-MAIL WORKS



Pada masa kini e-mel seolah-olah merupakan satu keperluan kepada semua orang. Tanpa e-mel, anda pasti tidak dapat menghasilkan akaun Facebook, Myspace, blog dan sebagainya. Pernahkah anda terfikir bagaimana e-mel diperoses? Mari kita lihat video di bawah ini.

At present e-mail seems to be a necessity to everyone. Without e-mail, you will not be able to produce accounts for Facebook, Myspace, blogs and so on. Have you ever wondered how diperoses e-mail? Let us look at the video below.


Menarik bukan? Kini anda sudah tahu bagaimana e-mel beroperasi. Internet bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya sesuatu yang sangat kompleks. Dengan internet, dunia ini tanpa sempadan.

Interesting is not it? Now you already know how to operate e-mel. Internet is not something easy, otherwisesomething very complex. With the internet, the world is no limit.

Tuesday, May 22, 2012

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran

Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.

 



Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

notakaki: kuasa Allah di mana-mana

Lagu Anak Kampung Versi Melayu Kelantan





Sekarang ini sudah muncul pelbagai macam jenis versi lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat. Kali ini muncul pula versi Melayu Kelantan. Layan~~~~~~~~



Amacam? Menarik? Like it!

Monday, May 21, 2012

ELECOLDXHOT CHAMPIONS TOUR PERTH 2012





Congratulation and syabas to Elecoldxhot for being being champion of Tour Perth 2012. Good job guys.  Keep it up.


Nice and cool choreography isn't? Never lame you know. Thumbs up! 

Sunday, May 20, 2012

VIDEO: KLIP RITA RUDAINI SUARAKAN HAKNYA DI LUAR MAKHAMAH SYARIAH



Rita Rudaini bertudung litup menutup aurat. hak seorang isteri telah disuarakan. Mari kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. 





Harap anak mereka tidak menjadi mangsa yang tersepit di tengah-tengah pertelingkahan ini.

nota kaki: semoga teman dijauhkan dari masalah rumah tangga

MENARIK: SOLAT SUNAT RAWATIB UMPAMA TOP-UP


Apakah solat sunat Rawatib? Solat sunat rawatib adalah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu, lebih dikenali sebagai solat sunat qobliah dan ba'diah. Ianya adalah penting, kerana ia bertindak sebagai 'Top-Up' atau tambah nilai kepada solat fardhu kita yang tidak sempurna seperti tidak khusyuk.

Solat Sunat Rawatib

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.


Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

NIAT SOLAT RAWATIB

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala.




عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).


Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.    







Saturday, May 19, 2012

MENARIK: BANI JAWI ADALAH MUSUH YAHUDI SEBENAR




Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU
Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’



sumber

Wednesday, May 16, 2012

CATATAN KASIH BUAT MUDARRIS

Catatan Kasih Buat Mudarris. Puisi khas sempena Hari Guru kali ini. Buat setiap insan yang bergelar pendidik, tanpa mengira sama ada ia adalah guru, ustaz, ustazah, cikgu, tutor mahupun penyarah. Tanpa insan yang bergelar pendidik yang membimbing kita, pasti kita tidak akan berjaya.




Terima kasih Cikgu

Tuesday, May 15, 2012

Semakin Sibuk Di Hujung Semester

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ni teman gagahkan diri juga taip satu entri. Walaupun baru  seminggu tak update entri baru, rasanya seperti sudah sebulan tak update. Apatah lagi blogwalking. Sememangnya tidak dapat teman lakukan. Bukannya tidak online, cuma hilang kuasa sahaja. 




Ibarat Ultraman yang hilang kuasa, teman cuma mampu untuk buka dashboard, tengok kalau-kalau ada komen, lihat statistik page view, kemudian tutup semula. Itulah yang teman lakukan selama tidak update entri baru.

Sekarang semakin sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh para penyarah. Lagi-lagi peperiksaan akhir akan bermula kurang 4 minggu lagi. Teramat risau di hati ini. Tambah lagi sibuk dengan program sampingan di kolej. Sabtu lepas teman baru pulang dari UPSI. Minggu depan InsyaAllah akan ke Putrajaya pula. hasih dah macam VVVVVVVVVVVIP pula asyik berjalan keluar dari kampus sahaja.




Di sini teman juga ingin meminta tolong dari kawan semua untuk LIKE gambar di atas di SINI. Terima kasih. 

InsyaAllah teman akan kembali aktif berblogging setelah kurang sibuk. Kesibukan ini juga memaksa teman tidak dapat menyiapkan doodle yang teman ingin siapkan sejak dulu. Maaf ya bagi sesiapa yang masih belum dapat doodle yang dijanjikan.

Wassalam

Thursday, May 10, 2012

Mari LIKE Gambar Budak Gigi Rongak Ini

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pa khabar kawan-kawan? Sihat? Alhamdulillah~~~ Pertanyaan ini memang klise, tapi sangat bermakna kan? Nampaknya teman sangat-sangat sibuk 2 minggu ini. Tak rajin dah nak update entri baru. Nak blogwalking pun mesti la tak dapat kan. Alahai~~~~

Teman baru je masuk pertandingan fotografi anjuran senior di fakulti. Ia barangkali kerja kursus mereka, untuk mengadakan sebarang pertandingan atau program. 




Hadiah yang mereka tawarkan adalah baucer 50% Ratu Spa Studio. Nampaknya penyertaan cuma terbuka untuk pelajar UTM sahaja. Klik SINI untuk lebih info.


Terima kasih.

Sunday, May 6, 2012

MENARIK: JANGAN BANDINGKAN DEKSTOP DENGAN BILIK


Benar atau tidak?


Tetapi pada zaman kini, kita tidak boleh menganggap bilik lelaki kelam kabut seperti dilanda ribut lagi seperti dahulu. Lelaki sekarang bagus. Pengemas. Pembersih. Malah ada pula perempuan yang lebih teruk berbanding lelaki. 

Mengenang kembali kisah rakan saya, seorang pelajar maktab perguruan di sebuah negeri. Dia seorang perempuan. Pasti rakan sebiliknya juga seorang perempuan. Kawan saya tu sampai naik stress gara-gara rakannya itu. Tunggang-langgang mengalahkan lelaki katanya. Kain baju campak je dalam almari tanpa lipat. Bila ada orang datang bilik, baru dia pandai nak tutup pintu almari, konon nak cover diri tu pengotor. 

Jadi apabila wujud andaian yang mengatakan bilik adalah kotor, ia adalah salah sama sekali!!!!!!!!

Friday, May 4, 2012

MENARIK: ALKOHOL TERKANDUNG DALAM COKE

Selepas 125 tahun, akhirnya rahsia formula Coke telah terbongkar.


Anda lihat, anda nilai sendiri. 8 oz alkohol terkandung dalam sebotol air Coke tersebut. Jadi........ bagaimana? Apa pendapat anda? Selain isu asid sitrik yang tinggi, kali ini isu kandungan alkohol pula terbongkar!!! Mana yang anda mahu percaya? Apa status minuman Coke ini? Halal atau haram? Tepuk dada, tanya iman.

Iklan Terlampau Masyarakat Melayu


Barangkali bahagian pemasaran syarikat ini terlepas pandang. Saya selaku pelajar pemasaran ingin sekali memberi komen mengenai iklan ini. Secara positif, mesej yang cuba disampaikan kepada penonton, pembaca, pelanggan dapat diterima terus, kerana rata-rata dewasa kini memahaminya. 

Kelemahan iklan ini adalah terlalu terbuka. Isu yang berunsur seksual seperti ini tidak patut dipaparkan kepada masyarakat secara terbuka seperti ini. Iklan ini bukan sahaja dibaca masyarakat dewasa, kanak-kanak tidak terkecuali. Unsur-unsur seperti ini boleh meracun minda kanak-kanak dengan perkara yang negatif. Tidak perlu dinyatakan kerana semua orang dewasa pasti memahaminya. Cukuplah di sini sahaja.

Bukan dalam masyarakat Melayu juga telah dididik untuk menjaga batas-batas dalam berkomunikasi. Dalam Islam juga telah diterapkan batas-batas pergaulan sesama manusia. Hal-hal yang berkaitan dengan isu seksualiti ini sepatutnya ditapis terlebih dahulu sebelum dipaparkan ke media cetak.


kredit

SPONSOR

Ad