Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label Universiti Teknologi Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Universiti Teknologi Malaysia. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Malam Terakhir Di Negeri Johor

Akhirnya, tiba juga saat ini. Saat teman meninggalkan Kolej Dato' Onn Jaafar. Cewah ayat syahdu je lebih. Padahal bukan sedih pun. Sebenarnya memang dah tak sabar pun teman nak tinggalkan universiti untuk balik kampung. 

Sepanjang semester 2 ini, teman tak dapat balik kampung pun. Minggu lepas pun teman cuma dapat balik rumah untuk 24jam je. Itu pun sebab nak hantar barang kat rumah. Kemudian terpaksa ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi.




Malam semalam malam terakhir teman berada di kolej. Esok nak balik kampung. Kat kolej ni dah lengang pun. Yang tinggal cuma foreigner, international students, dah pelajar short sem. Cuma tengok gambar di atas. Berapa kerat je bilik yang masih menyala lampu. Yang gelap tu confirm dah tak ada penghuni. 

Teman ni sebenarnya terlibat dengan kem seminggu di Pulau Pangkor. Terpaksa kembali ke UTM sebab masih ada barang yang tertinggal dan belum bawa balik ke rumah. Ikutkan hati nak balik rumah terus je, sebab memang rumah dah di Perak.

Inilah cabaran belajar di negeri orang. Johor je pun. Belum lagi negara orang lain macam Australia, Amerika dan lain-lain. Alhamdulillah, bulan Ramadhan jatuh pada cuti semester kali. Bolehlah berpuasa dengan keluarga. Ok sampai sini sahaja entri kali ini.

Saturday, June 23, 2012

Berakhirnya Sesi Pengajian Semester 2

Alhamdulillah, tepat 12 tengahari 20 Jun 2012, tamat sudah peperiksaan akhir semester 2. Pada masa yang sama ia adalah laungan untuk tamatnya sesi pengajian untuk semester. Tak ada lagi kelas, kuliah, kuiz, ujian, peperiksaan untuk tempoh 2 bulan. Cuti semester sekarang 2 bulan je ok. Lainlah dulu sampai 3 bulan. Sistem baru sekarang ni cuti semester makin pendek.




Umpama laungan MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Rasa bebas sangat masa ni. Kawan-kawan ramai ada lagi exam tak habis lagi. Kebosanan duduk dalam bilik. Sampai tak tau nak buat apa lagi.

Rasa macam nak balas dendam tak cukup tidur seminggu pun ada juga. Memang gila la kan. Ye la, setiap malam exam je mesti jadi burung hantu. Pagi-pagi mata bengkak je.... Hitam-hitam semua..... Mata panda!!! Untuk paper Makroekonomi semalam pun hampir berjaga malam. Hehehehehe. Terlena sebenarnya. Penat sangat. Bayangkan dalam satu malam nak fahamkan 10 bab yang ambil masa 4 bulan pengajian.




Tabah juga la keluar dari dewan exam semalam. Kalau paper Makroekonomi semester lepas, frust terus 3 jam taknak cakap dengan kawan. Kawan tegur pun, angguk-angguk. Mungkin teman dah belajar untuk menerima walau pahit mana pun. Tak boleh jawab? Soalan susah atau kita yang tak belajar sebenarnya? Dah belajar tahap dewa tapi masih tak boleh jawab? Redha je la......................

Alhamdulillah syukur sangat-sangat semua ni dah berakhir. Tak fikir pasal pelajaran untuk 2 bulan. InsyaAllah Ogos nanti keluar lah result. Harap-harap boleh skor 3.00 ke atas macam semester lepas. Teman tak nak mintak tinggi-tinggi. Teman tau, teman tak mampu untuk dapat result timggi macam kawan-kawan lain. Kita akan dapat sepertimana yang kita dah usahakan.




Mak pun pernah cakap.Siap ulang berkali-kali. Mak tak mintak pointer tinggi. Asalkan jangan bawah 3.00. Kiranya jangan mula dengan 2.XX dalam slip keputusan tu. Memang akan frust gila-gila kalau dapat 3.00. Rasa macam teruk sangat. Apa boleh buat, kita terima je la.... Moga teman dapat result yang cantik nanti. Amin.

Tuesday, June 19, 2012

Study Last Minute Untuk Makroekonomi | Laaaassssttt Papeeeeerrr ! ! ! ! !



Petang tadi baru sahaja habis kertas Marketing Information System. Rasa macam nak mati je jawab exam tadi. 10 minit ngadap kertas soalan, boleh pulak tiba-tiba mata ni makin berat. Aduhai waktu ni la setan nak tutup mata aku. Setelah setengah jam, akhirnya mata aku tertutup juga, Damn it!!!!! What the hell?????

BERSAMBUNG

Eh kenapa nak sambung plak? Sambung dalam entri lain la plak. Hohohoho. Entri ni nak cerita benda lain sebenarnya. Ni ha, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaast papeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Esok Rabu 20 Jun 2012 kertas peperiksaan terakhir teman. Makroekonomi atau nama Inggerisnya Macroecomics. Kertas killer. Memang patut pun jad last paper. Paper yang paling teman risau. Kalau teman dapat bawah dari C untuk Makroekonomi ni, mesti jatuh gila-gila pointer teman nanti. Taknak D! Taknak E! Taknak F!!!!!!!!!!!!!!!

Rasanya malam ni nak stay up. Teringat pulak macam semester lepas. MISI 12 JAM TANPA TIDUR dan MISI 12 JAM TANPA TIDUR SIRI 2. Memang gila-gila lah semester lepas. Tapi semester ni macam cool je. Tak ada pun nak stay up sampai malam buta.

Gila! Gila! Gila! Ok ada 12 jam lagi sebelum exam. Exam mula jam 9 pagi sehinggan 12 tengahari bertempat di Kolej Tun Dr. Ismail. Dewan tu sangat sejuk dengan aircond ataupun penghawa dingin. Kena pakai jaket la gamaknya.

Ok masa untuk study ya kawan-kawan. Doakan kejayaan teman ya. amin.


Sunday, June 17, 2012

Bila Kera & Monyet Sarapan

Hari tu teman dah post entri Bila Kera & Monyet Minum Petang di SINI. Kali ini teman kongsikan pula gambar-gambar kera dan monyet bersarapan pula. Gambar-gambar masih lagi segar dan fresh. Ada beza ke? Baru tadi teman snap dari celah-celah tingkap bilik teman.

























Hambik kau. Banyak pula gambar yang teman snap. Mungkin korang takkan nampak dengan jelas gambar-gambar di atas. Teman habis zum dah tu. Kalau yang tak jelas tu, maknanya teman snap je dari dalam bilik. Tak berani nak buka tingkap. Nanti sia-sia je kena ceroboh bilik.

Kelas kau jah diorang sarapan. Roti Gardenia tu 2, 3 bungkus la jugak. Tak lupa juga, roti kentang pun. Tak tau roti kentang? Cuba la Google potato bread. Ha yang paling kelas. BUAH ANGGUR. Hambek kau. Ternganga sekejap teman tadi. Pak arab mana la yang baik hati sangat bagi buah anggur tu? Yang tak keluar plastik lagi pun ada. Di siat-siat je plastik pembungkus tu deme gigit. Kokak habis.






Datang pula sepasang anak berank ni. Mak dan anak. Comel je kan anak kera ni kan. Kera, monyet sama dengan manusia. Masa bayi, kecil comel je. Dah besar jadi apa? Tak comel langsung!!!!!!!! Kelakar juga tadi bila anak kera ni sambil dalam dakapan,pergi sambut kapas korek telinga kemudian gigit-gigit, hisap masuk mulut. Kemudian mak dia suruh buang. Agak-agak rasa apa ya? Hehehehehehe.

Sampai sini sahaja entri kali ini. Akan menyusul lagi entri mengenai monyet selepas ini. Peace

Thursday, June 14, 2012

Study Last Minute Statistics 1

Time Series Forecasting Statistics


Kalau pagi TADI teman study last minute untuk Etika Profesional. Malam ini teman study last minute untuk Statistics pula. Esok pagi jam 9 pagi hingga 12 tengahari ada paper Statistics 1 bertempat di Dewan Kuliah 8 di blok N24.

Nanti akan ada 6 soalan. Cuma perlu jawab 4 sahaja. Target dah, tajuk Time Series Forecasting tak nak jawab. Kenapa? Sebab susah sangat. OK la , tak ada la susah mana, cuma menyusahkan je. Terlalu banyak data dan nombor yang perlu dikira dan dimasukkan. Kalau salah satu kat tengah-tengah, semua jawapan salah!!!!!!!!

Memang frust sangat kejadian macam tu terjadi. Tak perlu tunggu waktu exam, teman yang belajar 2 jam dalam kelas pun tiba-tiba je stres nak mati. Melampau menyusahkan. Cuma pelajar yang penyabar sahaja yang mampu habiskan soalan ini.

Ada baki 5 soalan, nanti pandai-pandailah teman pilih. Alhamdulillah, Etika Profesional TADI dapat jawab dengan jayannya. InsyaAllah boleh dapat A. Amin~~~~~ Sekarang tunggu Statistics ini pula. Harap-harap boleh dapat A juga. Harap-harap teman dapat capai pointer tinggi buat semester ini. Amin. 

notakaki: tak sabar tamat exam minggu ini

Studi Last Minute Etika Professional



Petang ada paper Etika Profesional jam 2.30 petang di Dewan Seri Iskandar. Sekarang ni tengah pulun study last minute. Eh studi ke? Sedap je layan internet.... Kejap² twitter, facebook, blog..... Semua teman buka.... Hehehe..... 

Adik-adik kat luar sana jangan tiru abang ya. HOHO. Janganlah study last minute. Tension wo. Apa yang kita baca ni bukannya 100% masuk otak. Belum tentu kita faham semua. Walawey~~~ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna!!!!!!!

ok cukup cukup. Jom study!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


notakaki:rasa macam nak tumbuk je muka mat saleh ni. dah la etika ni susah. dia boleh senyum plak

Monday, June 11, 2012

Bila Kera & Monyet Minum Petang

Kebosanan melanda pada petang Isnin. Terasa nak update pula. Dalam entri ini teman kongsikan gambar-gambar kera di kolej teman ni minum dan makan petang. Huhu. Ingat orang je ke yang ada tea time pada waktu petang kera dengan monyet pun ada okay.










Jangan main-main ya. Semua ini kera yang mendapat pendidikan tinggi tau. Universiti lagi. Siap makan roti lagi. Tu belum lagi yang makan epal, makan roti arab, minum air kotak, dan sebagainya. Hehehehehe. Semua ni kera di kolej teman. Teman tak berani nak buka tingkap. Snap dari dalam bilik je. Nanti tak pasal-pasal kena terkam naya je. 

Jadual Peperiksaan Akhir Semester 2

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Dalam entri kali ini teman nak kongsikan jadual peperiksaan akhir teman yang bakal bermula Rabu depan. Ini teman tulis dalam white board dalam bilik je. Senang tulis besar-besar.


Seperti mana yang teman dah kata dalam INI, sebenarnya peperiksaan dah pun bermula, cuma paper teman yang belum mula lagi.




Jadual cantik ni teman buat wallpaper je. Buka-buka komputer je terus nampak jadual exam. Teman pun letak jadual ni sebagai cover photo dalam grup kelas kat Facebook. Kongsikan kepada kawan-kawan. Senang kawan-kawan nak tahu paper apa yang terdekat. 


Harap kawan-kawan blogger dan reader semua dapat doakan kejayaan teman dalam peperiksaan kali ini. Amin.

Sunday, June 10, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2

Assalamualaikum wbt. Kini teman dalam mood study untuk Peperiksaan Akhir Semester 2. Kononnya sedang study week. Tetapi sebenarnya exam dah mula pun. Teman je yang belum mula lagi. Hari Rabu depan baru teman mula exam. 


Teman nak ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di semua institusi pengajian tinggi terutamanya dari Universiti Teknologi Malaysia, semoga berjaya dan selamat menghadapi peperiksaan. Dari apa yang teman dengar, kawan-kawan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK)dah lama habis. Dengar-dengar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pun dah nak habis. 




Bagi yang masih tertanya-tertanya, sebenarnya sekarang ini musim peperiksaan bagi program Sarjana Muda atau Ijazah atau Undergraduate. Postgraduate atau Pasca Siswazah terutamanya yang ambil Master atau Sarjana tu pun ada juga exam sekarang ni. Diploma rasanya baru je habis cuti semester dan bakal menyambung ke semester yang baru pula.

Saturday, June 9, 2012

RESEPI: ROTI KAYA PENYET

Petang ini teman ingin  kongsikan resepi orang bujang, yakni Roti Kaya Penyet. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah roti Gardenia Bonanza Big Value yang bernilai RM2.65 sebungkus, kaya Gardenia Auntie Rosie's yang bernilai RM2.50, satu peket Milo 3-dalam-1 dan satu sudu teh gula. 








Peralatan yang diperlukan adalah sebuah beg komputer riba, sudu, pinggan, dan mag (mug).






Cara Penyediaan:

  • Kita sediakan Milo terlebih dahulu. Isikan 8/10 air panas ke dalam mag. Tuangkan sebungkus Milo dan satu sudu teh gula. Kacau.
  • Mari kita sediakan roti pula. Masukkan roti ke dalam sebuah beg. Kalau boleh gunakan beg komputer jenama HP berwarna merah ( seperti dalam gambar) supaya rasanya lebih sedap.
  • Letakkan beg tersebut pada kerusi, dan sandar padanya. Biarkan selama 2 hari.
  • Ambil roti yang telah penyek itu. Letakkan pada pinggan. Kita cuma perlukan 4 keping untuk satu hidangan (sekali makan).  

  • Sapukan kaya pada setiap keping roti.
  • Lipat roti kepada dua.
  • Susun dan hiaskan di atas pinggan.
  • Sedia untuk di makan bersama Milo panas.






Resepi ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan masyarakat, bangsa, mahupun umur. Walaupun ini adalah resepi orang bujang, suri rumah yang sudah kehabisan idea untuk memasak di rumah juga boleh mencuba resepi ini. Kalian pasti tidak akan menyesal dan puas hati!


Monday, April 30, 2012

Kalut Siapkan Esaimen


Inilah sedang berlaku kepada teman sekarang. Baru buat satu set soalan Bahasa Inggeris. Ada 30 set lagi tak buat. Alahai~~~ Orang lain dah siap, engkau baru nak mula buat. Memang hampeh la kan....

Jam dah 12 malam, baru teringat esaimen Management tak buat lagi!!!!!!!!!! walawey~~~ Dah esok tengahari dah nak kena submit!!!!!!!!! Hambek kau main main lagi..... Tak produktif langsung minggu ni......
Ok caw nak siapkan esaimen dulu~~~~

Thursday, April 26, 2012

MENARIK: Rakaman MHI TV3 UTMost Imagination 2012

MHI TV3 UTMost Imagination 2012



Wawancara Bersama YAB Prof Dato IR Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM 27/03/2012 Rakaman TV dari TV3

Tuesday, April 24, 2012

MENARIK: NOKIA 3310 MASIH RELEVAN?

Kini sudah tahun 2012. Kini orang lebih memilih telefon pintar seperti Android, Blackberry, iPhone dan lain lain.


General 2G Network GSM 900 / 1800
Announced 2000
Status Discontinued
Body Dimensions 113 x 48 x 22 mm, 97 cc
Weight 133 g (Standard battery)
Display Type Monochrome graphic
Size 5 lines
- Dynamic font size
- Softkey
- Screensavers
- Welcome message
Sound Alert types Vibration; Downloadable monophonic ringtones
Loudspeaker No
3.5mm jack No
- 6 Ringing tone levels
- 10 Volume levels
Memory Card slot No
Phonebook SIM only
Call records 8 dialed, 8 received, 8 missed calls
- Message templates
Data GPRS No
EDGE No
Speed No
WLAN No
Bluetooth No
USB
Camera No
Features Messaging SMS
Browser
Radio No
Clock Yes
Alarm Yes
Games 4 ( Snake II, Pairs II, Space Impact, Bantumi )
Languages 17 for menu, 11 for T9
GPS No
Java No
Colors User exchangeable front and back covers
- Predictive text input
- Smart messaging
- Calculator
- Voice Dial
- Mobile Chat mode for SMS
- Profiles
- Currency converter
Battery Standard, NiMH 900 mAh (BMC-3)
Stand-by 55 h to 260 h
Talk time 2 h 30 min to 4 h 30
Internal, 1000 mAh Li-Ion (BLC-2)
Stand-by 55 h to 245 h
Talk time 2 h 30 min to 4 h 30


Tak sangka, seorang mahasiswa dari Generasi Y masih lagi menggunakan Nokia 3310! Adakah penggunaan Nokia 3310 ini masih relevan?


Ada sesiapa tahu di mana Nokia 3310 ini masih dijual? Teman percaya agak sukar untuk kita menemui model ini masih dijual di mana-mana kedai telefon bimbit. Nokia 3310 yang turut dikenali sebagai "Nokia tiga tiga sekupang" ini dianggap telah wujud sejak berkurun lamanya dan sangat ketinggalan zaman. Tahukah anda bahawa Nokia 3310 sangat lasak? Tidak percaya? Klik SINI untuk lihat bukti.

Selain itu, permainan seperti Space Impact dan Snake juga sudah cukup bagi menghibur hati sang pengguna. Disamping nada dering mono (mono tone) yang bunyinya seperti trett trett trett trett sudah cukup memuaskan hati pelanggan. Walaupun ia tidak dilengkapi dengan kemudahan MMS, mesej bergambar yang bernilai RM0.30 tiap satu (pada waktu zaman kegemilangannya) cukup menghibur hati terutama sekali pada waktu sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru.

Klik LIKE dan SHARE andai anda pernah menggunakan Nokia 3310.


sumber

Saturday, April 7, 2012

UTMost Imagination: Race For Bosses | Reka Basikal Untuk Dekan #2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dalam entri ini teman ingin kongsikan proses bagaimana kami mereka basikal untuk dekan kami sempena peratndingan Race For Bosses untuk UTMost Imagination yang telah dijalankan 29 Mac 2012 lepas. 

Klik SINI untuk bahagian pertama, di mana kami keluar untuk mencari barang.


Perjumpaan kedua bersama penasihat Dr. Norhayati dan Dekan FPPSM Prof. Amran. Dekan sangan sempoi. Gambar ini telah dirakan oleh beliau sendiri menggunakan Blackberry miliknya.

Hasil rekaan oleh Huzaifah Fezari. Jangan main-main. Ingat senang ke nak buat hand sketching.

Ini pula rekaan yang teman hasilkan menggunakan Paint Tool SAI. Teman cuma buat lakaran outline supaya dapat digunakan sewaktu perincangan bersama dekan dan lain-lain.

Ini adalah basikal yang telah diberikan oleh dekan sendiri. Ya, memang 2 buah basikal.
Tetapi cuma sebuah sahaja yang masih berfungsi dengan baik.

Basikal Raleigh ini kami pilih untuk di-dimofy.



Langkah pertama yang kami lalukan adalah membogelkan seluruh basikal tersebut. Tayar depan dan belakang telah ditanggalkan. Kami pastikan rangka basikal tersebut mudah untuk dicat semula.

Basikal dimandikan untuk menghilangkan kotoran degil. Dah lama tak basuh basikal.
Basikal di rumah pun dah sampai rosak.


Rangka basikal dan tayar yang telah dibersihkan dibiarkan kering di bawah cahaya matahari yang terik. Waktu ketika ini adalah sekitar jam 11 pagi.

 Teman handle tayar je


Salleh dan Huzaifah menerukan aktiviti mengecat rangka dan rim dengan warna merah dan emas.


Rangka dan rim yang telah siap dicat dengan warna merah dan emas. Mengapa kami pilih 2 warna ini? Hal ini demikian kami telah memilih watak Iron Man untuk diserapkan kedalam basikal kami ini.


Huzaifah dan Salleh meneruskan perjuangan memasang kembali tayar basikal. Di mana teman? Usah ditanya la. Mestilah teman yang jadi cameraman kan....


Setelah bertungkus lumus dari pagi ke petang, inilah hasilnya.
Sebuah basikal Raleigh bergear dengan tema merah dan emas Iron Man.


Ini baru sahaja bahagian kedua. Klik SINI untuk bahagian pertama. Akan bersambung ke bahagian ketiga. Tunggu entri yang akan datang.

SPONSOR

Ad