Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

MENARIK: GADIS 23 TAHUN SOKONG BRAZIL DALAM PIALA EURO

Selama ini teman cuma mendengar khabar dari kawan-kawan sahaja mengenai kes ini. Gadis sokong Brazil dalam Piala Euro 2012. Sejak bila Brazil duduk dalam Eropah? Brazil tak pernah pun masuk Piala Euro ni. Hehehehe. Petikan dipetik dari Majalah REMAJA.




Baru-baru ini REMAJA telah mengeluarkan kenyataan ralat melalui laman sosial Facebook.


RALAT:
Terdapat kesilapan fakta dalam kenyataan Nurul Hidayah, 23 tahun pada artikel Komen Peminat di halaman 185 Majalah REMAJA keluaran 1 Jun 2012. Artikel tersebut sepatutnya berbunyi; 
"Spain ialah pasukan pilihan saya kerana Spain mempunyai pemain yang handal dan ternama. Pasukan ini juga pernah memenangi Euro."
 Segala kesulitan amat dikesali-Editor


Perkara ini ternyata amat mengaibkan. Editor sepatutnya menyemak setiap teks yang bakal dicetak dalam majalah ini. Editor tak buat kerja? Adakah ini sesuatu yang disengajakan untuk menarik publisiti? Wallahualam. Harap isu ini akan tamat setelah Euro tamat juga. kasihan Nurul Hidayah. Mangsa jadi bahan. Hehehehehe.


sumber

Monday, April 16, 2012

Tamat Tugas Di Putrajaya


Seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini, teman agak sibuk dengan tugasan dan tidak dapat ber-blogging dan blogwalking seperti biasa. Sebenarnya teman telah ditugaskan untuk berada di Putrajaya dari hari Rabu sehingga Ahad lepas. Dari hari Selasa lagi teman dan rakan-rakan telah bergerak ke Kuala Lumpur, menginap di Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, Kuala Lumpur. Jadi setiap pagi kami harus bergerak ke Putrajaya seawal jam 7 pagi.

Apa yang berlaku di Putrajaya? Sebenarnya telah dilangsungkan MASUM 2012 di sana bagi acara kayak dan rowing, dan teman telah bertugas sebagai salah seorang sukarelawan atau sekteriat di sana. Bagi yang tidak tahu, MASUM adalah Majlis Sukan Universiti Malaysia yang bergerak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. MASUM 2012 telah dijalankan sepanjang cuti pertengah semester (minggu lepas), bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Cuma acara kayak dan rowing sahaja diasingkan dan berada di Tasik Purajaya. 


Minggu lepas ternyata minggu yang sangat sibuk. Awal pagi dah keluar, malam baru kembali ke kolej. Penat! Penat! Penat! Apa-apa pun semua itu telah berakhir kerana MASUM 2012 telah berakhir semalam, dan teman juga sudah kembali ke Johor semula. Ia memang satu pengalaman yang manis, mengajar teman bagaimana untuk menguruskan satu-satu pertandingan sukan. 

Bagi yang telah singgah ke bloh teman ini, maaf teman tak dapat balas kunjungan kalian. Insya-Allah teman akan cuba kembali blogwalking dalam masa terdekat ini.

Sunday, March 11, 2012

Hari Ahad Yang Kelam

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Apa khabar semua. Rasanya hampir 2 minggu teman agak menyepi dan berhenti berkongsi cerita. Walaupun ada post² terkini, itu semua sekadar koleksi gambar kelakar yang teman simpan di dalam draf. Nak blogwalking pun dah rasa malas. Ok la, bukan malas mana pun, cuma sibuk dengan belajar. Ada yang singgah komen, maaf teman tak dapat nak singgah semula ke blog kalian.



Assignment semakain bertambah. Tugasan semakin bertimbun. Penat dengan latihan sukan lagi. Serius memang tak ada masa nak update blog sangat. Buka je dashboard, usha komen, usha statistik, tengok update dari rakan blogger lain, kalau ada tajuk yang menarik hati baru teman singgah kejap. Tak dapat nak terjah semua macam sebelum. Jangan sangka teman jadi sombong tau. Apa boleh buat.... Inilah kehidupan sebagai mahasiswa... Teman bukannya lelaki bekerjaya mahupun suri rumah yang ada masa mengadap internet 24 jam, update blog sejam sekali.




Lepas ni nak mengadap buku lagi. Banyak yang pensyarah ajar tak faham. Kena buat revision sendiri. susah nak tanya pensyarah kalau dalam kelas pon dah huhahuha je semua.... Hari ahad ni mendung dari pagi..... Cuaca memang kelam..... hah hujan pun baru je turun........ Walawey~~~~ Malam ni pon tak tau lagi.... Nak siapkan assignment grup, atau makan ramai ramai atau pun pegi stadium untuk perasmian UTM Games. Haiya~~~~ Sabar je la............................

Thursday, February 23, 2012

Harimau Ditikam Samurai | Malaysia Tumpas 0-4 Dengan Jepun

Apa sudah terjadi? Metro salah terbit berita?


Antara sedutan permainan yang berjaya dirakam melalui RTM1. Jepun berjaya menguasai permainan dengan menjaringkan 2 gol dalam 45 minit pertama. Manakala pasukan Malaysia melopong saat ketika itu.


 permainan sedang rancak berlangsung





 kepenatan

 antara penyokong Jepun yang hadir



 Harimau cedera



 berlaku pertukaran pemain Jepun



 ini warna ungu atau merah jambu

 satu insiden berlaku sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan

 pengadil berjaya meredakan keadaan

wajah-wajah bangga rakyat Jepun

pemain terbaik Jepun yang telah menjaringkan gol kedua buat mereka


Apa sudah jadi? Permainan tamat dengan keputusan Malaysia 0-4 Jepun. Rakyat Malaysia pasti berasa kecewa dengan apa yang telah terjadi. Walau bagaimanapun, kami takkan salahkan Khairul Fahmi membiarkan gawang gol Malaysia dibolosi kerana permainan antara kedua-dua pasukan sememannya sengit. Jauh lebih hebat andai hendak dibandingkan dengan permainan yang lepas-lepas.

Kami sebagai penyokong tegar Harimau Malaya tetap berbangga dengan mereka walaupun tumpas dengan Jepun. Hal ini jelas dengan sorakan bangga para penyokong di stadium setelah wisel permainan tamat dibunyikan. Diharapkan insiden-insiden negatif yang dipaparkan dalam permainan tersebut tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kami sayang Harimau!!!!!!!

Saturday, February 11, 2012

Ahli Bina Badan Gegar Nasi Lemak Kopi O

Belum sempat teman taip entri ini, sudah ada yang singgah ke blog teman ini dengan keyword sazali samad di nasi lemak kopi o tv9 11 februari 2012. Maka dengan tidak sengaja, pembaca tersebut telah ke ENTRI INI. Ok, ada kaitan la juga dengan bina badan walaupun tiada kaitan dengan rancangan ini.

Untuk slot Inspirasi Personaliti, jaguh bina badan negara yang juga tujuh kali Mr. Universe, Sazali Samad telah menjadi tetamu undangan. Dari semalam teman tak sabar nak tengok rancangan ini. Slot ini bermula sekitar jam 9.30 pagi. Mungkin ramai yang menanti sejak awal rancangan pada 8 pagi. 

Di bawah ini antara gambar yang berjaya teman rakamkan. Rakam atau tangkap guna kamera je sebab teman  tengok di TV. Kalau tengok online boleh la screenshot je....














tak tau apa kes dengan gambar ni. dah 3x upload tapi semuanya rosak.
Noki sedang menayang bisep beliau




 gila besar tangan dia. bila entah nak dapat tangan besar macam ni


 Sazali Samad kata ini antara pose wajib dalam pertandingan






 semua pun nak posing








Noki tu baru berusia 20 tahun. Dia panggil Uncle Sazali. Rasanya anak dia masih lagi kecil. Maka masih layak di pangil abang. Takde pun tua mana. Dah 40 ke? Belum? Entah la.... Dah Google pun tak jumpa tarikh lahir dia......


Video ini turut dipaparkan dalam slot tersebut. Hurm..... Ada sesiapa yang berminat dengan bidang bina badan ini? Bagimana pula dengan si wanita? Mahu teman lelaki mahupun suami seperti ini?

Wednesday, November 23, 2011

BUDAK UTM MELOMPAT, HARIMAU MUDA MENANG

Semua orang pon dah tau kan Harimau Muda kita menang bola Sukan Sea hari tu. Demam bola di UTM ni juga pastinya kian menjadi-jadi. Melompat-lompat mereka saat Malaysia menang. Tak percaya? Tengok la video ni.




Hari teman awak tak turun DSI pun. Tengok dalam bilik je. Tu pun live streaming hampeh sangkut². Game masa tinggal seminit baru la dapat tengok. Cis! Ah tak kisah, yang penting skuad Malaysia berjaya menggondol satu lagi pingat emas. Go Go Go Malaysia!!!!!!!

Monday, November 21, 2011

EMAS YANG MEMALUKAN | INDONESIA MAIN ACI KEJAR DENGAN THAILAND



Aku tak faham betul la dengan pesilat Indonesia ni. Nak lawan, lawan la betul-betul. Jangan la main aci kejar pulak. Boleh pulak menyorok belakang pengadil. Macam budak kecik je. what the hell is this? Walawey~~~ Buat malu je la weyh.... pastu boleh menang dapat pingat emas pulak..... What the fish? Adakah si pengadil itu sendiri telah disogok agar memberi kemenangan buat Indonesia? Wallhualam. Kita tak tahu. Mereka yang terlibat sahaja yang tahu mengenai kebenarannya.

Sunday, October 2, 2011

Hobi baru aku - Tenis


Petang tadi beli raket tenis dengan kawan kat Jusco. Nasib baik ada diskaun 40%. jadi tak ada la mahal sangat. Beli ni pun bukan saje-saje. Kebetulan kami masuk koko tenis. Terpaksa la beli raket, bola sendiri. Pihak U bukan nak sediakan untuk siswa. Tapi takpe, aku tak kisah. Sebab aku baru merasa nak main tenis. Dulu sekali je seumur hidup main kat matrik. Tu pun main bodoh-bodoh je.

Aku, Hasrul, Ijam turun main tadi. Kebutulan ada 2 orang foreigner nak main sama. Nicholas sama je lembab macam kami yang baru merangkak nak main. Banjou pulak dah expert. Dia la yang ajar kami cara-cara main dengan betul. Untuk pengetahuan komer, mereka berdua berkulit hitam, jadi assume je yang diorang ni dari Somalia dan Afrika. Aku control nak ketawa tadi bila Banjou samakan nama dia dengan Benjou (burger telur) kat Malaysia.


Pertama kali main dengan serius, dah rasa macam Federer main je. Mesti Sharapova nak mintak autograf aku lepas ni kan. Hahahahahaha~~~~ Tengok ni, dia sempat send kat aku pic ala-ala manja kat aku. Serius, korang jangan jelez ok. Hohohohoho~~~~


Kat sini aku tinggalkan video cara-cara memegang raket tenis dengan betul. Sesiapa yang tak pernah main tu, boleh la mulakan langkah pertama dengan belajar dari pakar okey. Tatatata~~~~


nota kaki: malam ni tak dapat join Syakir dan Abang Firdaus tonton teater di JB.

SPONSOR

Ad