Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Bila Kera & Monyet Minum Petang

Kebosanan melanda pada petang Isnin. Terasa nak update pula. Dalam entri ini teman kongsikan gambar-gambar kera di kolej teman ni minum dan makan petang. Huhu. Ingat orang je ke yang ada tea time pada waktu petang kera dengan monyet pun ada okay.










Jangan main-main ya. Semua ini kera yang mendapat pendidikan tinggi tau. Universiti lagi. Siap makan roti lagi. Tu belum lagi yang makan epal, makan roti arab, minum air kotak, dan sebagainya. Hehehehehe. Semua ni kera di kolej teman. Teman tak berani nak buka tingkap. Snap dari dalam bilik je. Nanti tak pasal-pasal kena terkam naya je. 

Friday, April 27, 2012

Debat PTPTN – Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi


Tarikh: 3 Mei 2012
Masa: 8.00PM
Tempat: Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka:
Laila : 019-3310211
Fazli: 019-2808492
Rini: 019-3371066

Dalam tempoh sebulan ini isu pemansuhan PTPTN sedang hangat diperkatakan dan dibincangkan hingga menjadi isu yang gempar dan panas. Diharapkan debat ini bakal merungkai rosulusi yang kita cari selama ini.

Sunday, April 22, 2012

Pendidikan Percuma Bukan Cuma-Cuma


1. Memanglah setiap percuma, lumayan dinikmati. Apatah lagi mengenai pendidikan di negara kita.

2. Untuk menjadi kelompok 'cerdikpandai' dalam masyarakat, mahasiswa perlu berhutang.

3. Melalui PTPTN, mahasiswa dapat belajar di universiti hingga lulus sebagai graduan yang bertanggungjawab membangunkan negara.

4. Lalu, universiti memperolehi wang daripada PTPTN bagi membesarkan karung perbendaharaan univerisiti dan tuan milik universiti, manakala mahasiswa mendapat angka hutang PTPTN.

5. Pendidikan percuma bukan bermakna mahasiswa belajar secara cuma-cuma.

6. Perlu ada keseimbangan dalam menuntut pendidikan percuma dengan tanggungjawab pemerintah menyediakan pendidikan percuma.

7. Jangan hendaknya tercipta golongan peminta-minta dalam masyarakat dan pemimpin berhati kapitalis.

sumber

Sunday, January 8, 2012

KERTAS SOALAN MATEMATIK PERNIAGAAN SHD 1703 JANUARI 2012

Klik SINI untuk cerita dan kisah peperiksaan Matematik Perniagaan semalam.


In this entry, I've uploaded recent Business Mathematics SHD 1703 Final Examination paper. For those who're interested, you may download them. I have no scanner to scan them all. This is the best I can do. Just take out my camera and capture them. Hopefully this would be helpful. :)


Untuk entri kali ni, teman dah muat naik set soalan Matematik Perniagaan SHD 1703. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah muat turun sahaja. Mungkin junior teman akan datang akan terbaca entri ni. Tak pun mungkin rakan-rakan dari IPT lain yang berminat untuk menjawab soalan ini. Maaf, teman tak ada scanner. Ini je yang termampu. Snap snap ambek je gambar guna camera. Moga-moga ia sangat membantu. :)


senarai tajuk yang masuk
*The System of Linear Equation
*Quadratic Function
*Matrices
*Differentiation
*Compound Interest and Annuity
*Markup and Markdown


muka depan


 Linear Equation boleh kata mudah


 jujur soalan 2 Quadratic Function memang susah. Tak tau boleh dapat berapa markah. Terus pangkah soalan Matrices. Memang tak suka dari dulu. Susah dah satu hal. Jalan kerja panjang satu hal lagi. Mudah careless pun satu hal lagi


 Matrices silibus Matrikulasi, tapi tetap tak nak jawab


 Differentiation. Nampak macam mudah. Walaubagaimanapun kehadiran surd telah membuat kacau-bilau. Teman dah jawab soalan ni. Memandangkan tak dapat selesaikan dan dapat markah penuh, teman cepat-cepat (ZASSSS) pangkah kemudian terus jawab soalan lain.


Compound Interest and Annuity.  Sepatutnya tajuk ini mudah bagi teman. Tapi soalan 5d memang susah. Teman lupa cara nak jawab soalan macam ni. Dulu sewaktu di matrikulasi pernah jawab soalan pattern macam ni. Aduhai boleh terbang 6 markah macam tu je.....


 Markup and Markdown soalan terakhir. Soalan 6c telah dibatalkan oleh pensyarah kami. Setelah dibincang bersama rakan-rakan, rupa-rupanya soalan tidak akan dapat jawapan. Eh 'sedap' je teman jawab soalan ni. Betul ke ada yang salah?


 *formula*


*formula*


Sebelum ni teman jangka boleh dapat A 4.00 untuk Business Mathematics. Malangnya soalan kali ini lebih susah berbanding past years. Aduhai~~~ Nak nampak B pun macam dah kabur je... Sekarang ni teman cuma mampu untuk berdoa je. Kawan-kawan pun doakan teman juga ya. Baru selesai satu paper. Ada 4 lagi. Esok ada Principle of Marketing. Studi! Studi! Studi! Klik SINI untuk jadual exam teman.



nota kaki: tak mintak lebih, dapat 3.00 pun cukup untuk semester ini. Amin.........................

Thursday, November 3, 2011

Pelajar Mengugut Gurunya Untuk Mendapatkan 3 Markah

Seperti mana yang semua sedia maklum, hampir setiap hari kita akan mendengar pelbagai jenis jenayah yang dilakukan dari kalangan pelajar tanpa mengira usia. Terbaru, seorang pelajar bernama Samson telah mengugut guru Matematiknya supaya memberikannya 3 markah. Jika tidak, dia akan mencederakan rakannya dengan menggunakan kapak milik bapanya. 




Bagaimanapun, si guru bertindak berani dengan mengingkari arahan dan ugutan Samson. Pastinya Samson tidak berjaya untuk mendapatkan 3 markah yang dimahukannya. Status Samson dan guru Matematik tersebut masih lagi misteri sehingga kini.

Monday, October 31, 2011

Akibat Terjemahan Istilah Komputer dalam Bahasa Melayu

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.



Istilah
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan



Contoh:
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."



Translated:
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Thursday, July 14, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU LEPASAN STPM/SETARAF BAGI SESI 2011/2012



Atas Talian (Online)
Zon Tengah, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak:
Zon Selatan
Zon Utara
Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Taip UPU RESULT [NO KP] dan hantar ke 15888
Telefon
Hotline (10 Talian)
03-88835858
Helpline
03-88835848 
Talian Am
03-88835801/5802



Saturday, July 9, 2011

Kalau aku bukan Student, aku adalah seorang Accountant Assistant


Ya! Kalau aku bukan seorang pelajar @ student, aku adalah seorang pembantu akauntan @ accountant assistant! Kenapa? Why?

Ok, ceritanya begini, Jun 2010(tahun lepas) aku telah ditawarkan program Certified Accounting Technician(CAT) di Institut profesional Baitulmal(IPB). Boleh klik SINI kalau tak tau lebih lanjut. CAT ni adalah sijil profesional. Setelah diiktiraf ahli CAT, aku boleh letak CAT ni kat hujung nama aku. Tak boleh bayang? alah macam profesor letak PhD kat hujung nama diorang tu la..... Hah dah nampak kan..... Hahahaha..... Lagi satu CAT ni melayakkan aku untuk menjadi seorang pembantu akauntan.... Bukan akauntan la.... Kalau nak jadi akauntan kena lulus ACCA(boleh Google kalau tak faham) la..... Sebelum tu kena ada degree dalam Accounting..... Kiranya kalau aku dapat ACCA ni, cita-cita aku nak jadi akauntan hampir tercapai la.... Sebab lepas dapat CAT, alu boleh terus sambung ACCA Tahap 2..... 

Tapi semua tu tak terjadi.....Kenapa? Boleh baca kat SINI. Tapi takpe aku taip jugak. hahahahaha.... Sebabnya aku adalah seorang anak yang baik, yang dengar kata mak..... Mak aku suruh stay kat matrik je.... Sekarang dah habis matrik pun..... Tengah tunggu nak sambung degree.....15 Julai depan keputusan UPU keluar..... Nanti aku tau la nak dapat sambung universiti mana..... Dapat program apa..... Sabar..... Sabar...... Seminggu je lagi.......

Kalau nak join contest ni, boleh klik SINI.

SPONSOR

Ad