Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Bila Kera & Monyet Sarapan

Hari tu teman dah post entri Bila Kera & Monyet Minum Petang di SINI. Kali ini teman kongsikan pula gambar-gambar kera dan monyet bersarapan pula. Gambar-gambar masih lagi segar dan fresh. Ada beza ke? Baru tadi teman snap dari celah-celah tingkap bilik teman.

























Hambik kau. Banyak pula gambar yang teman snap. Mungkin korang takkan nampak dengan jelas gambar-gambar di atas. Teman habis zum dah tu. Kalau yang tak jelas tu, maknanya teman snap je dari dalam bilik. Tak berani nak buka tingkap. Nanti sia-sia je kena ceroboh bilik.

Kelas kau jah diorang sarapan. Roti Gardenia tu 2, 3 bungkus la jugak. Tak lupa juga, roti kentang pun. Tak tau roti kentang? Cuba la Google potato bread. Ha yang paling kelas. BUAH ANGGUR. Hambek kau. Ternganga sekejap teman tadi. Pak arab mana la yang baik hati sangat bagi buah anggur tu? Yang tak keluar plastik lagi pun ada. Di siat-siat je plastik pembungkus tu deme gigit. Kokak habis.






Datang pula sepasang anak berank ni. Mak dan anak. Comel je kan anak kera ni kan. Kera, monyet sama dengan manusia. Masa bayi, kecil comel je. Dah besar jadi apa? Tak comel langsung!!!!!!!! Kelakar juga tadi bila anak kera ni sambil dalam dakapan,pergi sambut kapas korek telinga kemudian gigit-gigit, hisap masuk mulut. Kemudian mak dia suruh buang. Agak-agak rasa apa ya? Hehehehehehe.

Sampai sini sahaja entri kali ini. Akan menyusul lagi entri mengenai monyet selepas ini. Peace

Tuesday, June 12, 2012

Makanan Wajib Ambil Sewaktu Peperiksaan

Nampaknya saat ini sedang hangat dengan kisah peperiksaan. Tak kisahlah sama ada UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, PSPM, dan sebagainya. Yang penting peperiksaan. Teman juga telah menaip entri mengenai peperiksaan SINI dan SINI

Sewaktu hendak menghadapi peperiksaan, pasti ramai dari kita yang mempunyai pantang seperti tidak mengambil makanan yang masam. Pasti ada juga yang mengamalkan makanan tertentu seperti kismis dan kacang cerdas. Perlukah semua itu?


Kini anda hanya perlu dapat Copying Toast dari kedai-kedai berdekatan sahaja tanpa perlu berpantang dan sebagainya. Dengan roti ini, anda pasti dapat menghafal semua isi kandungan buku yang anda baca. Dapatkan Copying Toast dengan harga RM5.90 sahaja. Turut dijual di Jusco, Giant, Tesco dan pasaraya besar yang lain.




Roti Kaya Penyet juga turut berfungsi seperti Copying Toast ini. Andai anda merasakan Copying Toast yang berharga RM5.90 ini mahal, anda boleh hasilkan Roti Kaya Penyet dengan kos yang lebih rendah.

Selamat mencuba dan selamat beramal.

Saturday, June 9, 2012

RESEPI: ROTI KAYA PENYET

Petang ini teman ingin  kongsikan resepi orang bujang, yakni Roti Kaya Penyet

Bahan-bahan yang diperlukan adalah roti Gardenia Bonanza Big Value yang bernilai RM2.65 sebungkus, kaya Gardenia Auntie Rosie's yang bernilai RM2.50, satu peket Milo 3-dalam-1 dan satu sudu teh gula. 








Peralatan yang diperlukan adalah sebuah beg komputer riba, sudu, pinggan, dan mag (mug).






Cara Penyediaan:

  • Kita sediakan Milo terlebih dahulu. Isikan 8/10 air panas ke dalam mag. Tuangkan sebungkus Milo dan satu sudu teh gula. Kacau.
  • Mari kita sediakan roti pula. Masukkan roti ke dalam sebuah beg. Kalau boleh gunakan beg komputer jenama HP berwarna merah ( seperti dalam gambar) supaya rasanya lebih sedap.
  • Letakkan beg tersebut pada kerusi, dan sandar padanya. Biarkan selama 2 hari.
  • Ambil roti yang telah penyek itu. Letakkan pada pinggan. Kita cuma perlukan 4 keping untuk satu hidangan (sekali makan).  

  • Sapukan kaya pada setiap keping roti.
  • Lipat roti kepada dua.
  • Susun dan hiaskan di atas pinggan.
  • Sedia untuk di makan bersama Milo panas.






Resepi ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan masyarakat, bangsa, mahupun umur. Walaupun ini adalah resepi orang bujang, suri rumah yang sudah kehabisan idea untuk memasak di rumah juga boleh mencuba resepi ini. Kalian pasti tidak akan menyesal dan puas hati!


Sunday, December 4, 2011

IKLAN COCA COLA YANG MENGHINA ISLAM

Yahudi memang tak akan pernah berhenti untuk menjatuhkan Islam. Kali ini mereka cuba menghina agama Islam melalui iklan produk terkenal yakni Coca Cola. Iklan ini tidak wujud di Malaysia. Kalau muncul di Malaysia, mesti kena banned 10 tahun punya. Hohohoho~~~~




Cuba perhati gambar di atas betul-betul. Kita lihat si Imam jelas berkopiah berjenama kopiah. Jubahnya juga dililit dengan jenama Coca Cola. Kita perhatikan si jemaah pula. Dari jauh mungkin kita lihar seperti sejumlah botol Coca Cola yang disusun rapi. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ianya adalah 8 orang jemaah yang telah diedit sama seperti si Imam, berkopiah dan berjubah jenama Coca Cola. Biadap sungguh mereka ini. 




Sekarang kita perhatikan perkataan Coca Cola itu sendiri. Trademark Coca Cola tu, cuba diterbalikkan. Dengan penuh hati-hati, cuba kita baca kembali ejaan Coca Cola itu kembali. Jelas! Coca Cola telah berubah menjadi "La' Muhammad La' Maakah" yang bermaksud "TIADA MUHAMMAD TIADA MEKAH". Satu lagi penghinaan Yahudi terhadap Islam! 


Sedarlah wahai Muslimin dan Muslimat di luar sana. Andai kita mengucapkan kata-kata di atas, secara tidak langsung akidah kita terbatal kerana cuba menolak agama Allah yakni Islam. Oleh itu, berhati-hatilah. jangan kita mudah terpedaya dengan anasir luar seperti mereka ini. 


Sebarkanlah pesanan ini kepada raka-rakan anda. Ambillah peluang ini untuk menyelamatkan agama Islam kita kerana Yahudi tak akan pernah berhenti menjatuhkan kita, kerana mereka tahu mereka tak akan menang melalui peperangan, sebaliknya melalui suntikan nurani dari dalam diri yang lemah ini.

Sunday, October 30, 2011

Pak Arab hampa tak dapat Nasi Goreng

Jam 9 lebih tadi baru balik dari makan di Student Corner, Sri Pulai, Johor. Bunyi macam jauh je kan. Takde la jauh mana. Sekitar 500M dari kolej je. Tu pun jalan kaki je. Nak naik motorsikal, tak ada plak.... Maka bertambah-tambah la jasa tulang kaki 2 kerat ni.....


Selepas Maghrib dalam jam 7.30 tadi dah gerak berjalan. Sorang je...... Member semua takde.... Bukan takde kawan, tapi yang ada yang tak pergi la, dah makan la, ada event luar, mintak bungkis la..... Macam-macam la.... ah lantak kau! Aku lapar! Aku nak makan! Baik aku jalan sendiri. tak payah nak tunggu sape sape. habis makan, terus je balik.




Aiseh tak sangka malam ni ramai orang plak. Malangnya ramai dengan pakcik² negro dan kulit hitam. Ada beza ke? Ah yang pasti mereka memang student post graduate foreigner ntah dari mana mana. barangkali dari dari Somalia dan Afrika pun ada sama. Kalau dah ramai tu paham paham je la ye. Nak tunggu order sampai tu memang berjanggut la.......................................


Kawan mintak bungkuskan nasi putih dengan telur bungkus. Nak bagi senang, awak pun order la menu yang sama. Air Milo Ais. Memang berbulu la aku tunggu order. Sempat layan berita TV3. Dekat² 830 baru sampai. air milo tu pun tinggal suku. ikutkan nak je abeskan terus sebagai tanda protes!!!!! Lambat benor nunggu weyh~~~~ 




Dalam 8.45 datang 2 orang pak arab. aku tembak je pak arab. entah² diorang tu datang dari tehran ke, yaman ke, iraq ke..... Bukan aku tau pun..... Yang stok muka ala² arab tu la aku pak arab. kat mata aku ni diorang ni semuanya sama je takde bezanya..... Barangkali deme nampak Student Corner ni penuh ramai dengan pelanggan, deme pon cabut lari. Kenapa awak kabo yang deme ni kempunan nak makan nasi goreng? Sebab menu utama kat sini adalah nasi goreng selain nasi putih. Sapa² yang datang sini memang akan mintak nasik punya la..... Jarang nak mintak benda lain..... Tak pernah nampak pun......


Jadi kepada sesiapa nak makan nasi kat Student Corner, sila rancang perjalanan anda. Menu akan siap minimum setengah jam tu pun kalau ramai. Kalau sikit mungkin lagi cepat. Apa yang best sangat kat sini? Murah? Sedap? Ah biasa² je...... Tapi yang penting KUANTITI!!!!! ya, memang kuantiti yang banyak. Kalau nasik tu memang nasik bukit la. Balik pun kenyang je..... Komer mesti dah biasa makan luar kan. Selalu komer dapat nasi sikit je kan. padahak dah bayar punya mahal. Tapi kat sini, harga sama je macam kedai lain, tapi kuantiti tu banyak. memang berbaloi-baloi~~~~

Friday, October 14, 2011

NASI KERABU FPPSM UTM

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Pada pagi ini saya ingin berkongsi cara-cara memakan Nasi Kerabu Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia(FPPSM) UTM. Bagi sesiapa yang masih belum mencuba, silalah ikuti langkah-langkah ini.






1. Beli nasi kerabu dengan harga RM3 daripada makcik yang ada di kiosk tersebut

2. Bawa balik ke bilik atau tempat-tempat yang sesuai

3. Letak dalam piring atau pinggan bagi keselamatan
andai anda seorang yang cemerkap dan gelojoh

4. Boleh guna sudu kalau taknak kotorkan tangan

5. Buka perlahan kertas pembungkus

6. Renung tajam-tajam nasi tersebut dengan air liur penuh dalam mulut

7. Makan dengan gelojoh sambil pukul lalat yang terbang sana-sini

8. Pastikan gigi anda telah diasah sebelum gigit ayam

9. Habis makan, pastikan tiada nasi yang tertinggal. Takut membazir

10. Ikat cantik-cantik kertas pembungkus tersebut. Boleh buat bentuk bunga kalau suka

11. Masukkan semula ke dalam plastik pembungkus

12. Buang sampah ke dalam bakul atau tong sampah berdekatan.
Jangan buang sampah merata-rata.
Kalau taknak, campak je ikut tingkap nanti makcik cleaner sapu la




nota kaki: sedap wo.....tapi sikit sangat....tak kenyang la.....

SPONSOR

Ad