Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label semester. Show all posts
Showing posts with label semester. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Malam Terakhir Di Negeri Johor

Akhirnya, tiba juga saat ini. Saat teman meninggalkan Kolej Dato' Onn Jaafar. Cewah ayat syahdu je lebih. Padahal bukan sedih pun. Sebenarnya memang dah tak sabar pun teman nak tinggalkan universiti untuk balik kampung. 

Sepanjang semester 2 ini, teman tak dapat balik kampung pun. Minggu lepas pun teman cuma dapat balik rumah untuk 24jam je. Itu pun sebab nak hantar barang kat rumah. Kemudian terpaksa ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi.




Malam semalam malam terakhir teman berada di kolej. Esok nak balik kampung. Kat kolej ni dah lengang pun. Yang tinggal cuma foreigner, international students, dah pelajar short sem. Cuma tengok gambar di atas. Berapa kerat je bilik yang masih menyala lampu. Yang gelap tu confirm dah tak ada penghuni. 

Teman ni sebenarnya terlibat dengan kem seminggu di Pulau Pangkor. Terpaksa kembali ke UTM sebab masih ada barang yang tertinggal dan belum bawa balik ke rumah. Ikutkan hati nak balik rumah terus je, sebab memang rumah dah di Perak.

Inilah cabaran belajar di negeri orang. Johor je pun. Belum lagi negara orang lain macam Australia, Amerika dan lain-lain. Alhamdulillah, bulan Ramadhan jatuh pada cuti semester kali. Bolehlah berpuasa dengan keluarga. Ok sampai sini sahaja entri kali ini.

Tuesday, June 19, 2012

Study Last Minute Untuk Makroekonomi | Laaaassssttt Papeeeeerrr ! ! ! ! !



Petang tadi baru sahaja habis kertas Marketing Information System. Rasa macam nak mati je jawab exam tadi. 10 minit ngadap kertas soalan, boleh pulak tiba-tiba mata ni makin berat. Aduhai waktu ni la setan nak tutup mata aku. Setelah setengah jam, akhirnya mata aku tertutup juga, Damn it!!!!! What the hell?????

BERSAMBUNG

Eh kenapa nak sambung plak? Sambung dalam entri lain la plak. Hohohoho. Entri ni nak cerita benda lain sebenarnya. Ni ha, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaast papeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Esok Rabu 20 Jun 2012 kertas peperiksaan terakhir teman. Makroekonomi atau nama Inggerisnya Macroecomics. Kertas killer. Memang patut pun jad last paper. Paper yang paling teman risau. Kalau teman dapat bawah dari C untuk Makroekonomi ni, mesti jatuh gila-gila pointer teman nanti. Taknak D! Taknak E! Taknak F!!!!!!!!!!!!!!!

Rasanya malam ni nak stay up. Teringat pulak macam semester lepas. MISI 12 JAM TANPA TIDUR dan MISI 12 JAM TANPA TIDUR SIRI 2. Memang gila-gila lah semester lepas. Tapi semester ni macam cool je. Tak ada pun nak stay up sampai malam buta.

Gila! Gila! Gila! Ok ada 12 jam lagi sebelum exam. Exam mula jam 9 pagi sehinggan 12 tengahari bertempat di Kolej Tun Dr. Ismail. Dewan tu sangat sejuk dengan aircond ataupun penghawa dingin. Kena pakai jaket la gamaknya.

Ok masa untuk study ya kawan-kawan. Doakan kejayaan teman ya. amin.


Monday, June 11, 2012

Jadual Peperiksaan Akhir Semester 2

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Dalam entri kali ini teman nak kongsikan jadual peperiksaan akhir teman yang bakal bermula Rabu depan. Ini teman tulis dalam white board dalam bilik je. Senang tulis besar-besar.


Seperti mana yang teman dah kata dalam INI, sebenarnya peperiksaan dah pun bermula, cuma paper teman yang belum mula lagi.




Jadual cantik ni teman buat wallpaper je. Buka-buka komputer je terus nampak jadual exam. Teman pun letak jadual ni sebagai cover photo dalam grup kelas kat Facebook. Kongsikan kepada kawan-kawan. Senang kawan-kawan nak tahu paper apa yang terdekat. 


Harap kawan-kawan blogger dan reader semua dapat doakan kejayaan teman dalam peperiksaan kali ini. Amin.

Sunday, June 10, 2012

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2

Assalamualaikum wbt. Kini teman dalam mood study untuk Peperiksaan Akhir Semester 2. Kononnya sedang study week. Tetapi sebenarnya exam dah mula pun. Teman je yang belum mula lagi. Hari Rabu depan baru teman mula exam. 


Teman nak ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di semua institusi pengajian tinggi terutamanya dari Universiti Teknologi Malaysia, semoga berjaya dan selamat menghadapi peperiksaan. Dari apa yang teman dengar, kawan-kawan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK)dah lama habis. Dengar-dengar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pun dah nak habis. 




Bagi yang masih tertanya-tertanya, sebenarnya sekarang ini musim peperiksaan bagi program Sarjana Muda atau Ijazah atau Undergraduate. Postgraduate atau Pasca Siswazah terutamanya yang ambil Master atau Sarjana tu pun ada juga exam sekarang ni. Diploma rasanya baru je habis cuti semester dan bakal menyambung ke semester yang baru pula.

Friday, April 6, 2012

Sedih Tak Dapat Balik Kampung

Hari ini merupakan hari pengajian terakhir bagi pertengahan semester yang pertama untuk semester kali ini. Kebetulan hari ini memang tiada kuliah. Jadi agak bersenang-lenang. Sebenarnya mulai esok atau boleh dikatakan mulai hari ini, cuti pertengahan semester bermula! Tak lama pun 7 hari je. Tak panjang mana pun, seminggu je. Walaupun cuma seminggu, bagi yang tinggal jauh diperantauan seperti teman ni, tempoh seminggu sangatlah berharga.


Kawan-kawan semua ramai yang dah balik. Teman seorang yang tertinggal di sini bertemankan kera-kera yang bermaharajalela kat sebelah bilik ni. Lepas tak ada orang di kolej, lagi la mereka happy boleh berjimba sana-sini.

Bila SMS kawan, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila call kawan je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila online chat dengan kawan di Facebook je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila berbalas komen di status Facebook je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Alasannya tetap sama dan tidak berubah. Teman ada program sepanjang cuti. Orang lain di rumah masing-masing, teman tak balik rumah, pergi tempat lain. Bukan berjalan-jalan tau. Tapi memang ada program bersama universiti.


Mak pun pernah cakap, "Tak payah balik, kalau cuti kejap-kejap je". Seminggu wo. Bukannya kejap. Tujuh hari wo. Memang agak terkilan sebab tak dapat balik kampung, tapi tak apa la.... Bila lama tak balik kampung, baru la feel nak nyanyi lagu 'Balik Kampung' kan. Hehehehehehe~~~


Kepada sahabat-sahabat semua yang nak balik ke rumah masing-masiang sama ada menaiki kereta, bas, lori mahupun menunggang motorsikal ataupun mengayuh basikal, berhati-hatilah dalam perjalanan. Ingatlah orang yang tersayang. Akhir kata, selamat bercuti!



nota kaki: Forever Alone

SPONSOR

Ad