Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label Matrikulasi. Show all posts
Showing posts with label Matrikulasi. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Makanan Wajib Ambil Sewaktu Peperiksaan

Nampaknya saat ini sedang hangat dengan kisah peperiksaan. Tak kisahlah sama ada UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, PSPM, dan sebagainya. Yang penting peperiksaan. Teman juga telah menaip entri mengenai peperiksaan SINI dan SINI

Sewaktu hendak menghadapi peperiksaan, pasti ramai dari kita yang mempunyai pantang seperti tidak mengambil makanan yang masam. Pasti ada juga yang mengamalkan makanan tertentu seperti kismis dan kacang cerdas. Perlukah semua itu?


Kini anda hanya perlu dapat Copying Toast dari kedai-kedai berdekatan sahaja tanpa perlu berpantang dan sebagainya. Dengan roti ini, anda pasti dapat menghafal semua isi kandungan buku yang anda baca. Dapatkan Copying Toast dengan harga RM5.90 sahaja. Turut dijual di Jusco, Giant, Tesco dan pasaraya besar yang lain.




Roti Kaya Penyet juga turut berfungsi seperti Copying Toast ini. Andai anda merasakan Copying Toast yang berharga RM5.90 ini mahal, anda boleh hasilkan Roti Kaya Penyet dengan kos yang lebih rendah.

Selamat mencuba dan selamat beramal.

Saturday, September 24, 2011

Sah: Jodoh Aku Dengan Si A

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Kalau tadi Afiqah dilema mengenai kisah cintanya dengan si A, tetapi aku yakin dan pasti(CONFIRM!) jodoh aku sememangnya adalah A! Oh A, aku cintan sama mu. Tidak kan ku tolak takdir ini. Saya sayang awak. Awak sayang saya tak? Tak? Ah engkau nak kena debik dengan aku ke?

Apa aku mencarut ni? Ah sila muntah hijau macam Palapes selalu kena kemudian gelak ketawa guling-guling sampai pecah perut. Huh tak ada maknanya aku nak miang serai kat sini. A stand for Ahmad, not Afiqah! Ah nanti tak pasal-pasal keluar gosip panas aku cintan-cinton dengan dia. Hahahahaha~~~~





Ya, A untuk Ahmad! Kau ingat aku gay(gembira) ke? Ahmad tu nama aku la! Tau la ada lagu Ahmad yang entah apa-apa tu. Tapi aku layan je. Ah ah ah ah ah Ahmad~~~~~

Terima kasih kepada kakak aku yang telah bagi nama ni kat aku 19 tahun yang lepas. Mungkin masa tu mak bapak aku tak ada idea kot nak bagi nama kat aku. Alhamdulillah, dengan nama Ahmad(yang terpuji) ini, nama aku sentiasa berada di hadapan. Senang nak beratur dalam semua kes.

UPSR tahun 2004 nombor giliran aku adalah 002. Orang kedua wo. Depan aku Ahmad Fais no. 1. Hahaha masuk-masuk je dewan peperiksaan terus duduk. Senang hati. Tak perlu nak pusing satu dewan cari tempat duduk.

PMR tahun 2007 nombor giliran aku adalah 001! Kebetulan 3 KAA adalah kelas yang pertama, dan nama aku yang pertama! Walawey~~~ Sampaikan pegawai peperiksaan tu pon boleh kenal aku(sedara jauh).

SPM tahun 2009, again 5 Forensics adalah kelas yang pertama dan nama aku yang pertama, maka secara automatiknya nombor giliran aku adalah 0001!!!!!! Tak pasal-pasal aku kalut jawab exam. Orang lain sedap jawab exam, aku terpaksa siap awal. "Baik orang pertama dari setiap kelas sila berdiri dan kutip kertas jawapan kelas masing-masing". Nampak tak aku la yang menjadi mangsa. Dah la otak tak berapa cerdik, jawab exam pun tak habis lagi, dah kena kutip kertas. Orang lain yang bijaksana kat belakang sana sempat lagi bertukar jawapan. Dammmmmit!!!!! Ah aku dah tak ambil kisah semua tu cerita lama.

Matrikulasi sesi 2010/2011 no matrik disusun melalui nama. Fuh nampaknya aku bukan orang yang pertama lagi. Walaupun waktu exam masih dapat baris yang pertama, tapi kat depan aku ada lagi ramai A A A A A A A. But still, nama aku no.2 dalam kelas. Ahmad Hafiz no.1. Nombor matrik dia pon atas aku. Maka secara automatiknya dia duduk depan aku sewaktu exam UPS dan PSPM.

Sekarang apa cer? Walawey~~~~ Nampaknya fenomena awal dan pertama tak akn pernah lekang dari Ahmad. Nombor matrik 0001. Orang pertama dalam fakulti! Shoot! Kena duduk depan lagi. 


Ah tak kisah la orang pertama atau terakhir. Semua ini takdir yang Allah tetapkan. kan aku dah kabo tadi, memang soheh jodoh aku dengan si A kan. Hehehehe~~

nota kaki: bersyukur dengan semua yang ada

Thursday, July 14, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU LEPASAN STPM/SETARAF BAGI SESI 2011/2012



Atas Talian (Online)
Zon Tengah, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak:
Zon Selatan
Zon Utara
Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Taip UPU RESULT [NO KP] dan hantar ke 15888
Telefon
Hotline (10 Talian)
03-88835858
Helpline
03-88835848 
Talian Am
03-88835801/5802



SPONSOR

Ad