Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, January 9, 2012

LAPORAN POLIS TELAH DIHANTAR

*PERHATIAN: ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN ANWAR IBRAHIM, SAIFUL BUKHARI, ADAM ADLI, ANUAR ZAIN, AMALINA CHE BAKRI MAHUPUN PAK POLISI*


Setelah bertungkus lumus sepanjang hari, semalam teman telah berjaya menyiapkan group marketing report. Tahniah juga buat Salleh yang telah menjadi team mate aka abang printer. Celik-celik je dari pagi semalam, teman terus turn on notebook Asus lalu meng-auta report senior dari tahun lepas. Subjek utama untuk laporan kami ini adalah Student Corner, sebuah kedai makan yang terkenal di Taman Sri Pulai, cuma sekitar 500 meter dari kolej.




Teman buat sampai tengahari je. Penat weh nak meniru je.... Eh bukan tiru bulat-bulat tau.... Senior buat Lo Hong Ka Sdn Bhd, kami pula buat Student Corner. Kemudian teman serah kepada Salleh pula, biar dia sambung. Dia la yang buat banyak. Teman buat sikit je. Sesi petang, kembali kepada teman untuk menambah ayat bunga-bunga, space space, enter enter nak kasi nampak banyak page.




Satu lagi team mate kami Li Hui aka Johny, international student dari China, tak membantu pun. Dia cuma join kami sewaktu interview je. OK, faham lah situasi sekarang ni sibuk nak stadi untuk final. Memang susah nak jumpa dia pon. Blok pun lain-lain. 




Aduhai hujan turun pula dari tengahari sehingga lewat petang. Rasanya hujan sehingga ke malam kot. Mata ni pun mulalah kuyu, mengantuk semacam je. Stadi pun tak langsung. Livita satu botol, Nescafe satu mug pun tak membantu. Adoi penangan air kencing setan kat mata ni gamaknya...... 




Malam? Stadi ke? Oh nonononononononono~~~~~ Jangan haraplah kau nak study! Individual report tak siap lagi!!!!!!!!!!!!!! Sampai jam 2 pagi teman siapkan laporan mengenai MAA Takaful ni. Dah rasa macam agen takaful pun ada juga. Mungkin komer nampak slide ni macam sikit je, tapi ambil masa berjam-jam juga untuk draf, cari maklumat, dan taip. Total 22 pages. Rasa menyesal pula pilih MAA Takaful ni. Ia adalah satu bentuk perkhidmatan takaful, oleh itu tak banyak maklumat mengenai produk dan harga. Lainlah kalau macam Sony atau Panasonic yang ada bermacam-macam jenis product line. Eh komer faham ke apa yang teman sembang ni?


Dah panjang berjela teman taip, satu pun tak ada kaitan dengan polis. Memang tak ada kaitan pun. Komer anggaplah penyarah teman tu sebagai polis ya. HEHEHE. Kesemua laporan kumpulan dan individu telah dihantar kepada PM Dr. R (nama rahsia) setelah selesai paper Principle of Marketing jam 4 petang tadi.


Exam final apa cer? Ah nanti teman cerita dalam entri lain ya.... Sekarang nak kena studi untuk Microeconomics pula. HEHE



"Doakan agar saya dimudahkan menjawab peperiksaan esok pagi ya"


Terima kasih


nota kaki: esok awal pagi dah kena kelam kabut kejar bas untuk ke kolej lain

7 people drop their comments!:

NA.M said...

tuh dy..
minggu exam pn pulun siapkn assignment kan..
hee..
okay.. all the best to u..

Unknown said...

takpe..... assignment terakhir dah ni.....

Just Mini Love said...

gudluck.... ;)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

goodluck untuk exam!

Unknown said...

thanks!

Ezad Skytech said...

semoga berjaya...all the best untuk exam nanti...:D

Unknown said...

amin.............

SPONSOR

Ad