Kalau pagi TADI teman study last minute untuk Etika Profesional. Malam ini teman study last minute untuk Statistics pula. Esok pagi jam 9 pagi hingga 12 tengahari ada paper Statistics 1 bertempat di Dewan Kuliah 8 di blok N24.
Nanti akan ada 6 soalan. Cuma perlu jawab 4 sahaja. Target dah, tajuk Time Series Forecasting tak nak jawab. Kenapa? Sebab susah sangat. OK la , tak ada la susah mana, cuma menyusahkan je. Terlalu banyak data dan nombor yang perlu dikira dan dimasukkan. Kalau salah satu kat tengah-tengah, semua jawapan salah!!!!!!!!
Memang frust sangat kejadian macam tu terjadi. Tak perlu tunggu waktu exam, teman yang belajar 2 jam dalam kelas pun tiba-tiba je stres nak mati. Melampau menyusahkan. Cuma pelajar yang penyabar sahaja yang mampu habiskan soalan ini.
Ada baki 5 soalan, nanti pandai-pandailah teman pilih. Alhamdulillah, Etika Profesional TADI dapat jawab dengan jayannya. InsyaAllah boleh dapat A. Amin~~~~~ Sekarang tunggu Statistics ini pula. Harap-harap boleh dapat A juga. Harap-harap teman dapat capai pointer tinggi buat semester ini. Amin.
notakaki: tak sabar tamat exam minggu ini