Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, October 17, 2011

Cukup sebulan bergelar Mahasiswa.....

4 Sepetember lepas aku dah bergelar siswa. hari ni pon dah 17 oktober. Dah lebih sebulan la kan aku dapat title siswa. Bangga ke hape kau ni Lan? Ayat penuh kepoyoan je kan. bajet diri tu dewasa sangat la kan... Padahal baru 19. Hahahahaha..... Sesiapa yang dah masuk universiti atau mana-mana IPT mesti terasa dah cukup dewasa dah. Ye la, kalau SPM pun tak lepas lagi, orang mesti kata tak cukup umur lagi. Budak sekolah nak keje pun tak boleh lagi. Hohohohohohoho~~~~ 


Ada cerita best ke dalam sebulan aku kat dalam sebulan ni? Awal-awal MTM dulu lagi dah join Unit Kebudayaan. Team puisi telah hasilkan puisi yang bertajuk "Tanya Sama Alam". Huhu kemunculan sulung aku kat sini. Persembahan tak berapa nak baik malam tu. Jadi tak ada apa yang nak dibanggakan. Buat malu ada la. 




Team kami ada 9 orang dari kalangan student 1st year yang baru daftar masuk. Yang baju oren tu abang Firdaus. Student PhD dalam Artificial Intelligent. Felo KTGB kalau tak silap. Dia la yang bantu  kami untuk persembahan tu. Dua kepala lelaki kat belakang tu entah kepala sapa aku pun tak tau. Tau nak mencapap je deme ni..... Nak glamor la tu...... Nak masuk internet punya pasal.....


Bila dah masuk U ni la jugak aku kembali berblogging. Awal-awal susah jugak sebab tak boleh nak guna wifi lagi. Terpaksa la buat draft dalam word sebelum tumpang guna latop kawan yang ada broadband. Masa awal-awal kat sini juga aku kena biasakan diri dengan jiran-jiran kami yang liar. Tapi sekarang biasa dah siap diorang datang ketuk tingkap tanya khabar lagi. 



Berbudi bahasa betul jiran-jiran aku ni. Ketuk tingkap siap bagi salam lagi sebelum masuk bilik. Kalau aku masuk bilik orang aci redah je.


Kat sini juga telah berlangsung Pesta Konvo bertempat di Padang Kawad. Kat Pesta konvo ni la jugak aku merasa berjumpa dengan Itik Kuning, Khairul Fahmi Che Mat, The Red Warriors dan Dato' Lat. Tak merasa plak nak jumpa Heliza Helmi sebab dia datang waktu malam. Susah la nak pergi sana. Kami student 1st year mana ada kenderaan lagi. 


Kayak paling penting. Aku tengah berusaha untuk menjadi ahli Kelab Kayak kat sini. Penat memang penat. Tapi kalau dah suka, go on je la kan.... 28 September lepas aku collapse plak kat depan Meranti. Malu? Malu ke? Takde sape nampak pun masa. Setakat amoi 2 orang apa celup....... Disebabkan insiden tu jugak la aku tak traning lebih 10 hari. Gaya bunyi macam serius je kan... Hehehehhehehe..... Injury ringan-ringan je.... Tapi memang sakit la......


Jumaat kelmarin ada persembahan untuk perasmian Majlis Perujian Tilawah Al-Quran MAKUM 2011. Terasa macam artis plak bila kata nak buat persembahan. Maaf, saya bukan  retis ok. Hahahaha~~~ Apa-apa pun persembahan Abang Firdaus tetap terbaik. Rasanya kalah Imam Muda dua orang tu. 










Walaupun tak dapat nak bersalam & bergambar dengan diorang, yang penting aku dapat bersalam dengan Ustaz Muhyidin. Ala ustaz yang selalu masuk Forum Perdana RTM tu la... Siapa lagi..... Berbunga hati hati aku dapat jumpa orang besar seperti beliau. Huh bunga? Bertukar jambu aku sebentar. Walaupun tak dapat nak tonton teater, tak kisah la. Tak rugi mana pun.....


Rasanya sampai ni je kot. Dalam 3, 4 hari ni pun semua entri aku pendek² kan. Hari ni kasi panjang sikit. Hohohoho~~~~ Wokeh sambung siapkan assignment plak la.....




5 people drop their comments!:

Ezad Skytech said...

haha...baiknya jiran ko tu kan..hee~

semua tu pengalaman kan bro..yang ko tak boleh nak dapat kat mana2...

Just Mini Love said...

la umur baru 19 ke.. sbaya la ek.. haha..
baru tau.. oo budak lepasan matrik rupenye ek..

tahniah la ek,, belajo rajin2...
:)

hyhhh said...

ingat kot sapa la jiran tu...rupa2nya kera..

anamizu said...

hensem gila jiran ko tu =P





luv,
cik ana

anumuchan said...

kayak mmg best..join jgn x join.heee

SPONSOR

Ad