Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Sunday, October 9, 2011

Perah Otak Tahap Gaban!

Perah otak tahap gaban? Ready, GO!



Assignment Accounting bertubi-tubi plak dapat. Mentang-mentang la lecturer kami tak ada 6 hari. Dia bagi assignment secara pukal. Kedebab kedebub je macam durian jatuh dari pokok. Hhhmmmmm...... bajet hari nak buat assignment je..... Tapi Hasrul ajak menjongket plak..... Katanya nak sewa kereta, pusing la sampai mana-mana..... Teringin la jugak nak merantau kat Johor ni..... Asyik-asyik Jusco Taman U je..... Boring beb...... Meleleh saliva aku tengok orang lain drive kereta boleh suka hati mak atok nenek dia nak pergi mana-mana. Aku kalau tak naik nas free ke Jusco, jalan kaki ke Pulai je la gamaknya.... Mana ada tempat lain nak tuju...... 


Semalam penat pusing Taman U cari tikar getah tak jumpa. Jumpa pun 1 meter RM8.50. Gilo babeng apek tua ni jual. Boleh dapat 2, 3 meter dah kalo kat tempat lain. Memang haram la aku nak beli..... Susah kalau berjalan dengan kawan ni.... Tunggu la minggu depan aku jalansorang-sorang senang aku cari..... Jumpa dah meja jepun yang aku nak kat Jusco tadi.... Tunggu masa je nak beli......  Itik Kuning ajak keluar outing ramai-ramai plak. Adoyai segan aku. Dah la aku junior dalam grup UTM Bloggers tu. Semua yang lain dah senior. Macam pelik je kan aku sorang budak tahun satu. Nak kawan pun takde geng. Nampak sangat aku tak pegi kan.......


nota kaki: kejor yop kejor!

2 people drop their comments!:

ked said...

account? aku alergic giler dengar perkataan tu..boleh demam kekure setahon!huhu

seb bek degree ni dah takde account..kalau ade jugak, kompem aku tukar kos!

Ahmad Haziq Azlan said...

akaun sangat best wo....

SPONSOR

Ad