Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Sunday, October 2, 2011

Hobi baru aku - Tenis


Petang tadi beli raket tenis dengan kawan kat Jusco. Nasib baik ada diskaun 40%. jadi tak ada la mahal sangat. Beli ni pun bukan saje-saje. Kebetulan kami masuk koko tenis. Terpaksa la beli raket, bola sendiri. Pihak U bukan nak sediakan untuk siswa. Tapi takpe, aku tak kisah. Sebab aku baru merasa nak main tenis. Dulu sekali je seumur hidup main kat matrik. Tu pun main bodoh-bodoh je.

Aku, Hasrul, Ijam turun main tadi. Kebutulan ada 2 orang foreigner nak main sama. Nicholas sama je lembab macam kami yang baru merangkak nak main. Banjou pulak dah expert. Dia la yang ajar kami cara-cara main dengan betul. Untuk pengetahuan komer, mereka berdua berkulit hitam, jadi assume je yang diorang ni dari Somalia dan Afrika. Aku control nak ketawa tadi bila Banjou samakan nama dia dengan Benjou (burger telur) kat Malaysia.


Pertama kali main dengan serius, dah rasa macam Federer main je. Mesti Sharapova nak mintak autograf aku lepas ni kan. Hahahahahaha~~~~ Tengok ni, dia sempat send kat aku pic ala-ala manja kat aku. Serius, korang jangan jelez ok. Hohohohoho~~~~


Kat sini aku tinggalkan video cara-cara memegang raket tenis dengan betul. Sesiapa yang tak pernah main tu, boleh la mulakan langkah pertama dengan belajar dari pakar okey. Tatatata~~~~


nota kaki: malam ni tak dapat join Syakir dan Abang Firdaus tonton teater di JB.

10 people drop their comments!:

Famili Ceria said...

wow..bestnyer dapat main tenis..

Jom terjah sini:
1)Gambar Nabil Raja Lawak Dan Zira Berkahwin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Bagaimana Nak Bagi Gigi Kuning Jadi Putih?
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

Syazwan Che Deraman said...

best main tenis,
aku tak.
sekali pukul.
hilang bola.
sepuluh kali pukul.
10 bola hilang.

IMANSHAH said...

saya men tenis gak..jom2

Ezad Skytech said...

aq tak pernah main tenis ni..pegang raket tenis pernah la..haa...sape boleh ajar..? hee..

NasZ said...

salam kenal..dah follow awak.

jemput ke blog saya ye?

MOHD NASER.com

Ahmad Haziq Azlan said...

Famili Ceria: jom main dengan aku

Ahmad Haziq Azlan said...

Syazwa: hebat la abang pilot kita ni...

Ahmad Haziq Azlan said...

Imanshah: jurulatih hoki boleh main tenis ke??? hahahahaha

Ahmad Haziq Azlan said...

Ezad: belajar dari youtube je la senang

Ahmad Haziq Azlan said...

NasZ: follow anda juga

SPONSOR

Ad