Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Friday, September 23, 2011

My First Kayak Ride #1

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.


Malam ni nak share pengalaman aku yang pertama berkayak petang tadi. Kalau Firdaus boleh tidur petang tadi, aku mencelikkan mata je sepanjang petang tadi. First weh aku berkayak. Kalau setakat pegang pendayung tu pernah la jugak dulu. Merasa pegang je. Tak pernah merasa naik lagi. 


Sekitar jam 5.30pm aku join senior² warming up,pastu joging sepangjang Lingkaran Ilmu yang boleh dianggarkan lebih 1km. Penat weh. Waktu Minggu Transformasi Mahasiswa(orientasi) dulu takde la penat macam ni. Mencurah-curah ke ladang gandum wo.... Serius penat!!!!!!!!


bertawaf 1 UTM


Sebelum mula masuk tasik, Norliza(senior) ajar la cara pegang dan mendayung dengan betul. Buat malu je. Asyik-asyik aku je yang tak betul. Penat lari tadi pon tak habis lagi. Tak pasal-pasal bahu kanan sakit tak sudah. Macam tak ada kaitan je. Kaki yang berlari, tapi bahu yang sakit pulak.

Partner aku Abe Naim(25,Ganu). Dibaginya aku sit depan. Mau tak bergerak kayak tu.. Hahahahaha..... Asyik hilang arah je..... Last² tukar tempat. Hampeh! Sekejap ke kanan..... Sekejap ke kiri...... Susah betul nak straight..... Bahagia je Razak dengan Tajudin dayung macam nak sprint. Ah aku akan pastikan salah sorang dari komer jadi partner aku plak minggu. Abe Naim punya la cool.... Slow² ok..... Adik first time ni..... (kenapa bunyi macam lucah je). Kanak kiri, kanan kiri, kanan kiri...... Kiri kiri kiri..... Stop! Stop! Stop! Kanan kiri, kanan kiri, kanan kiri, kanan kanan kanan..... Cop! Cop! Cop! Fedap! Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan hambaMu ini jalan yang benar. Amin............


lebih kurang macam ni la yang kami guna tadi


Amekaw~~~ Datang tadi punya la cantik, semua kering. Dah habis? Apa jadi? Hancus~~~ Semua pun lenjun..... Ah dalam ke, luar ke, semua pun basah la... Takdenye yang kering...... Basah ni pon sebab air dayung tu menyimbah-nyimbah. Ni belum lagi jatuh bergolek,berskating dalam tasik tu tadi..... kalo betul, bahagia la awak balik kolej dengan pungkoq basah camni......

klik SINI untuk sambungan #2

7 people drop their comments!:

anamizu said...

perhhh kayak!
tak rela aku..
penat gla kot..










cik ana.

Firdaus Life said...

aku pernah berkayak. syok gila wess main air sambil berkayak. haha aku dah dapat bintang 1 dan sijil :P

Unknown said...

aku 1st time la.....siyes memang giler babeng la....

IMANSHAH said...

wah, gigih sungguh

datang jenguk org ipoh

Unknown said...

wel~~~~
hahahahaha
gigih berusaha la ni

Areyoudys said...

as salam..
oh..baru belajar berkayak.senang je. tak mudah. dan ada teknik untuk tak membuatkan kita letih mengayuh.

yang baru2 berjinak ni, kena dok belakang. ni membuli namanya kalau bagi dok depan. tak berpusing, kayak terbalik pun boleh jadi. huhu..

ada pelbagai teknik untuk bergerak laju. cuma kena dapatkan 'sokongan' orang kat depan dan belakang serentak. orang depan, memainkan peranan paling penting. belakang ni, lebih kepada 'brek emergency'.

berlatih elok2. dah pro nanti, boleh cuba berkayak kat sungai yang lebih deras dan dalam serta berbatu2. ni lebih seronok. boleh laga2 dengan batu, berguling2 dalam air. hehe..

tapi memang best. mencabar =)

Unknown said...

no pain no gain. untuk pandai berkyak, terpaksa berbasah dan berpenat

SPONSOR

Ad