Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Wednesday, October 5, 2011

SEPAHTU sedia ganti SEPAH

semput~~~~~


" Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.

Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.

“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.

“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.

Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.

“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.

“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.

Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.

“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.

“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.

Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya. " - MSTAR

4 people drop their comments!:

IMANSHAH said...

baguslah..sayang kalau bubar..gua minat giler kat Jep

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

mamat xde pon bagus ga.. mase raja lawak dulu pon mamat ne bukan nye best sangat pon..

Ezad Skytech said...

ok la tu..daripada berpecah terus..:D

Unknown said...

lagi suka kat sepah....
tanjat boboi~~~~

SPONSOR

Ad