Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Saturday, October 29, 2011

Harga Cakera Keras(Hard Disk) Akan Naik Isnin Ini!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Apa kabo semua? Sihat? Alhamdulillah~~~~ 


Boleh kata lama la jugak teman tak update. Kelmarin tu pun setakat post video youtube dari dalam draft. Wifi kat kolej ni down dari hari Isnin lepas. Dekat seminggu wo~~~ Syukur, tengahari tadi wifi dah ok. Dapat lah online. Maka blog ni pun dapat la berupdate macam sebelum ni. Boleh la nak blogwalking komen kat entri blogger lain. Adoyai, blogger lain ada je yang singgah ke blog ni. Memandangkan takde entri baru, maka deme tinggalkan jejak kat chat box je la..... Bila dah takde entri baru, takde orang singgah, maka trafik pun faham² je la, semestinya jatuh merudum.....





Alhamdulillah, latop ni dah ok. Petang tadi baru je tukar HDD baru 320GB. Padahal HDD yang asal 500GB. Hard disk rosak la.... Terpaksa la tukar baru.... Kalau tak tukar asyik gang semacam je. Hantu betul.... Petang semalam baru beli RM175 dari Taman U Skudai. Nak cari 500GB punya takde plak. Macam semua kedai dah pakat je taknak jual 500GB punya. Takkan tiba-tiba semua kedai habis stok kot? Semua kata tak ada. 640GB paling murah pun RM229.





Semua kedai kata Isnin ni semua harga hard disk akan melambung naik. Kenapa? Mengapa? Why? Semua ni sebab Thailand sedang dilanda banjir sekarang. Eh, ada kaitan ke? Memang ada kaitan pun. Sebab Thailand adalah pengeluar hard disk semua ni. Tak kisah la internal ke, external ke, semuanya akan naik harga. 


Bila banjir melanda, maka kilang pun tak dapat nak beroperasi. Oleh itu, penawaran akan menurun, sedangkan permintaan sedang meningkat mendadak. Bila kuantiti lebih kecil daripada permintaan, maka harga akan meningkat!!!!! Amekaw~~~ Keluar terus fakta Ekonomi aku...


Jadi kepada komer semua yang teringin  nak beli hard disk tu, jangan terkejut pulak kalau tiba-tiba harga jadi mahal ye.... Mungkin kena tunggu ekonomi di Thailand tu pulih, baru harga barang pun stabil kot... Entah la, tak tau la nak kabo.... Wallahualam.....

9 people drop their comments!:

Ezad Skytech said...

kena la tahan diri dulu nak beli hardisk dalam masa terdekat ni..hee~

cik RQS said...

alamak..baru ingat nk tukar jgak..kena laa hold dulu..hadoi!..

Unknown said...

hohohoho
nampaknya semua nak mencari hard disk...
jangan beli lagi ye....

Nasz said...

teringin nak beli external hard disk sebenarnya. tapi bajet takde. hehe.

Unknown said...

external 500gb boleh dapat bawah 200

NadiRah said...

mahal lah hard disc..
tunggu harga turun cm enset..heeeeeee

Unknown said...

pendrive je yg murah....

Rean said...

beli brg keperluan dlu yg penting :)

Unknown said...

wah bagusnya bobo...
mesti bobo utamakan barang dapur dulu kan...

SPONSOR

Ad