Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu!!!!!!!!!!!!!!!!



~Selamat Hari Guru~



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah 
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.




logo

LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.





OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA



  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.



IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.



Lagu Kami Guru Malaysia


***************************************************************


Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2011 buat semua guru, pensyarah dan warga pendidik Tabika Kemas Sungai Sumun, SK Sungai Sumun, SMK Khir Johari, MRSM Transkrian dan Kolej Matrikulasi Perlis yang telah bersusah payah menjadikan saya seorang manusia seperti hari ini.





TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!!!!!!!!!




Tabika Kemas Sungai Sumun, Sungai Sumun, Perak





SK Sungai Sumun, Sungai Sumun, Perak




SMK Khir Johari, Sungai Sumun, Perak



MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang




Kolej Matrikulasi Perlis, Arau, Perlis









3 people drop their comments!:

Unknown said...

saya sayang cikgu² saya~~~~~~~

Azri Fathurrahman said...

nak gak lah letak lencana sekolah akuuu ~~~~ haha .. :D

Unknown said...

sila lah~~~~

SPONSOR

Ad