Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

MENARIK: GADIS 23 TAHUN SOKONG BRAZIL DALAM PIALA EURO

Selama ini teman cuma mendengar khabar dari kawan-kawan sahaja mengenai kes ini. Gadis sokong Brazil dalam Piala Euro 2012. Sejak bila Brazil duduk dalam Eropah? Brazil tak pernah pun masuk Piala Euro ni. Hehehehe. Petikan dipetik dari Majalah REMAJA.




Baru-baru ini REMAJA telah mengeluarkan kenyataan ralat melalui laman sosial Facebook.


RALAT:
Terdapat kesilapan fakta dalam kenyataan Nurul Hidayah, 23 tahun pada artikel Komen Peminat di halaman 185 Majalah REMAJA keluaran 1 Jun 2012. Artikel tersebut sepatutnya berbunyi; 
"Spain ialah pasukan pilihan saya kerana Spain mempunyai pemain yang handal dan ternama. Pasukan ini juga pernah memenangi Euro."
 Segala kesulitan amat dikesali-Editor


Perkara ini ternyata amat mengaibkan. Editor sepatutnya menyemak setiap teks yang bakal dicetak dalam majalah ini. Editor tak buat kerja? Adakah ini sesuatu yang disengajakan untuk menarik publisiti? Wallahualam. Harap isu ini akan tamat setelah Euro tamat juga. kasihan Nurul Hidayah. Mangsa jadi bahan. Hehehehehe.


sumber

Saturday, June 9, 2012

RESEPI: ROTI KAYA PENYET

Petang ini teman ingin  kongsikan resepi orang bujang, yakni Roti Kaya Penyet

Bahan-bahan yang diperlukan adalah roti Gardenia Bonanza Big Value yang bernilai RM2.65 sebungkus, kaya Gardenia Auntie Rosie's yang bernilai RM2.50, satu peket Milo 3-dalam-1 dan satu sudu teh gula. 








Peralatan yang diperlukan adalah sebuah beg komputer riba, sudu, pinggan, dan mag (mug).






Cara Penyediaan:

  • Kita sediakan Milo terlebih dahulu. Isikan 8/10 air panas ke dalam mag. Tuangkan sebungkus Milo dan satu sudu teh gula. Kacau.
  • Mari kita sediakan roti pula. Masukkan roti ke dalam sebuah beg. Kalau boleh gunakan beg komputer jenama HP berwarna merah ( seperti dalam gambar) supaya rasanya lebih sedap.
  • Letakkan beg tersebut pada kerusi, dan sandar padanya. Biarkan selama 2 hari.
  • Ambil roti yang telah penyek itu. Letakkan pada pinggan. Kita cuma perlukan 4 keping untuk satu hidangan (sekali makan).  

  • Sapukan kaya pada setiap keping roti.
  • Lipat roti kepada dua.
  • Susun dan hiaskan di atas pinggan.
  • Sedia untuk di makan bersama Milo panas.






Resepi ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan masyarakat, bangsa, mahupun umur. Walaupun ini adalah resepi orang bujang, suri rumah yang sudah kehabisan idea untuk memasak di rumah juga boleh mencuba resepi ini. Kalian pasti tidak akan menyesal dan puas hati!


SPONSOR

Ad