Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Friday, April 6, 2012

Sedih Tak Dapat Balik Kampung

Hari ini merupakan hari pengajian terakhir bagi pertengahan semester yang pertama untuk semester kali ini. Kebetulan hari ini memang tiada kuliah. Jadi agak bersenang-lenang. Sebenarnya mulai esok atau boleh dikatakan mulai hari ini, cuti pertengahan semester bermula! Tak lama pun 7 hari je. Tak panjang mana pun, seminggu je. Walaupun cuma seminggu, bagi yang tinggal jauh diperantauan seperti teman ni, tempoh seminggu sangatlah berharga.


Kawan-kawan semua ramai yang dah balik. Teman seorang yang tertinggal di sini bertemankan kera-kera yang bermaharajalela kat sebelah bilik ni. Lepas tak ada orang di kolej, lagi la mereka happy boleh berjimba sana-sini.

Bila SMS kawan, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila call kawan je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila online chat dengan kawan di Facebook je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Bila berbalas komen di status Facebook je, mesti tanya "bila kau nak balik?". yang pasti jawapannya "tunggu la cuti semester bulan 7 nanti...". Alasannya tetap sama dan tidak berubah. Teman ada program sepanjang cuti. Orang lain di rumah masing-masing, teman tak balik rumah, pergi tempat lain. Bukan berjalan-jalan tau. Tapi memang ada program bersama universiti.


Mak pun pernah cakap, "Tak payah balik, kalau cuti kejap-kejap je". Seminggu wo. Bukannya kejap. Tujuh hari wo. Memang agak terkilan sebab tak dapat balik kampung, tapi tak apa la.... Bila lama tak balik kampung, baru la feel nak nyanyi lagu 'Balik Kampung' kan. Hehehehehehe~~~


Kepada sahabat-sahabat semua yang nak balik ke rumah masing-masiang sama ada menaiki kereta, bas, lori mahupun menunggang motorsikal ataupun mengayuh basikal, berhati-hatilah dalam perjalanan. Ingatlah orang yang tersayang. Akhir kata, selamat bercuti!



nota kaki: Forever Alone

8 people drop their comments!:

Datocath affandi said...

aku pown x balik.. relax la =)

Unknown said...

@Datocath affandi
pasal apa ko tak balik plak

! Arjunakirana ! said...

alahai kesian dia tak dapat balik kampung...

same laaa setahun 2 kali je balik huahuauah :D

Datocath affandi said...

berkhidmat untuk negara

Unknown said...

@! Arjunakirana !
ok lagi dua kali setahun.... nama pon kerja kan....

Unknown said...

@Datocath affandi
hahahaha
aku tau ko palapes kuih lapes
hohohohohohohoho

Ezad Skytech said...

seminggu cuti pun da bersyukur da...kalau aq mmg aq balik je...hee..nak tunggu cuti lama2..lambat kot...hee~

Unknown said...

@Ezad Skytech
memang tak boleh balik.......huhuhuhu

SPONSOR

Ad