Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Saturday, April 7, 2012

UTMost Imagination: Race For Bosses | Reka Basikal Untuk Dekan #2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dalam entri ini teman ingin kongsikan proses bagaimana kami mereka basikal untuk dekan kami sempena peratndingan Race For Bosses untuk UTMost Imagination yang telah dijalankan 29 Mac 2012 lepas. 

Klik SINI untuk bahagian pertama, di mana kami keluar untuk mencari barang.


Perjumpaan kedua bersama penasihat Dr. Norhayati dan Dekan FPPSM Prof. Amran. Dekan sangan sempoi. Gambar ini telah dirakan oleh beliau sendiri menggunakan Blackberry miliknya.

Hasil rekaan oleh Huzaifah Fezari. Jangan main-main. Ingat senang ke nak buat hand sketching.

Ini pula rekaan yang teman hasilkan menggunakan Paint Tool SAI. Teman cuma buat lakaran outline supaya dapat digunakan sewaktu perincangan bersama dekan dan lain-lain.

Ini adalah basikal yang telah diberikan oleh dekan sendiri. Ya, memang 2 buah basikal.
Tetapi cuma sebuah sahaja yang masih berfungsi dengan baik.

Basikal Raleigh ini kami pilih untuk di-dimofy.



Langkah pertama yang kami lalukan adalah membogelkan seluruh basikal tersebut. Tayar depan dan belakang telah ditanggalkan. Kami pastikan rangka basikal tersebut mudah untuk dicat semula.

Basikal dimandikan untuk menghilangkan kotoran degil. Dah lama tak basuh basikal.
Basikal di rumah pun dah sampai rosak.


Rangka basikal dan tayar yang telah dibersihkan dibiarkan kering di bawah cahaya matahari yang terik. Waktu ketika ini adalah sekitar jam 11 pagi.

 Teman handle tayar je


Salleh dan Huzaifah menerukan aktiviti mengecat rangka dan rim dengan warna merah dan emas.


Rangka dan rim yang telah siap dicat dengan warna merah dan emas. Mengapa kami pilih 2 warna ini? Hal ini demikian kami telah memilih watak Iron Man untuk diserapkan kedalam basikal kami ini.


Huzaifah dan Salleh meneruskan perjuangan memasang kembali tayar basikal. Di mana teman? Usah ditanya la. Mestilah teman yang jadi cameraman kan....


Setelah bertungkus lumus dari pagi ke petang, inilah hasilnya.
Sebuah basikal Raleigh bergear dengan tema merah dan emas Iron Man.


Ini baru sahaja bahagian kedua. Klik SINI untuk bahagian pertama. Akan bersambung ke bahagian ketiga. Tunggu entri yang akan datang.

3 people drop their comments!:

hawiz said...

wow..iron man tu!!..

Ahmad Haziq Azlan said...

@hawiz
cantikkan warna dia. merah dengan gold

Anonymous said...

Ϲonsidеr businesѕ tаκing оut a small gаіn over
the pгior demanԁ has donе fοr Solаno County droppеd to 9.


Alѕo visit my blоg post - how to make money internet marketing

SPONSOR

Ad