Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, April 16, 2012

Tamat Tugas Di Putrajaya


Seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini, teman agak sibuk dengan tugasan dan tidak dapat ber-blogging dan blogwalking seperti biasa. Sebenarnya teman telah ditugaskan untuk berada di Putrajaya dari hari Rabu sehingga Ahad lepas. Dari hari Selasa lagi teman dan rakan-rakan telah bergerak ke Kuala Lumpur, menginap di Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, Kuala Lumpur. Jadi setiap pagi kami harus bergerak ke Putrajaya seawal jam 7 pagi.

Apa yang berlaku di Putrajaya? Sebenarnya telah dilangsungkan MASUM 2012 di sana bagi acara kayak dan rowing, dan teman telah bertugas sebagai salah seorang sukarelawan atau sekteriat di sana. Bagi yang tidak tahu, MASUM adalah Majlis Sukan Universiti Malaysia yang bergerak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. MASUM 2012 telah dijalankan sepanjang cuti pertengah semester (minggu lepas), bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Cuma acara kayak dan rowing sahaja diasingkan dan berada di Tasik Purajaya. 


Minggu lepas ternyata minggu yang sangat sibuk. Awal pagi dah keluar, malam baru kembali ke kolej. Penat! Penat! Penat! Apa-apa pun semua itu telah berakhir kerana MASUM 2012 telah berakhir semalam, dan teman juga sudah kembali ke Johor semula. Ia memang satu pengalaman yang manis, mengajar teman bagaimana untuk menguruskan satu-satu pertandingan sukan. 

Bagi yang telah singgah ke bloh teman ini, maaf teman tak dapat balas kunjungan kalian. Insya-Allah teman akan cuba kembali blogwalking dalam masa terdekat ini.

2 people drop their comments!:

SPONSOR

Ad