Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, April 30, 2012

MENARIK: GAMBAR KELAKAR OBAMA TERSEBAR

Apabila Universiti Colorado pelajar Madalyn Starkey dikemukakan untuk gambar dengan Presiden Barack Obama, dia tidak mempunyai idea imej kelakar akan pergi virus.

Semasa dalam perjalanan melalui Colorado pada hari Selasa, Obama berhenti di sebuah pub tempatan yang dikenali sebagai Sink. Dalam gambar tersebut, Obama kernyih dengan tangannya sekitar Starkey manakala sendiri yang diperihalkan "Pelajar Pro" menunjuk jarinya pada presiden tidak percaya seolah-olah.

[Berkaitan: Check Out Ini Penglibatan Surprise In The Sky]

Starkey telah bersenang-senang dengan semua perhatian pada makanan Twitter beliau, menulis, "Woooo, tidak tahu tweet boleh meletupkan seperti itu. Rapi!"

Dan kemudian bergurau dengan pengguna Twitter yang lain, "bertaruh anda mahu anda telah mengambil saya untuk prom sekarang, kan?"

Gambar telah diambil kira di laman media sosial seperti Instagram dan Twitter. Dan ia bukan foto Obama hanya untuk terbakar di seluruh Web minggu ini. Dalam gambar yang lain dari hari Selasa, Obama muncul untuk menjadi tinggi fiving seorang kanak-kanak kecil selepas tiba di Buckley Pangkalan Tentera Udara di Colorado.



Setelah semua perhatian, ia akan kelihatan presiden memberi Guy yang tak masuk akal Fotogenik jangka untuk wang.

SUMBER

notakaki: Google Translate

Kalut Siapkan Esaimen


Inilah sedang berlaku kepada teman sekarang. Baru buat satu set soalan Bahasa Inggeris. Ada 30 set lagi tak buat. Alahai~~~ Orang lain dah siap, engkau baru nak mula buat. Memang hampeh la kan....

Jam dah 12 malam, baru teringat esaimen Management tak buat lagi!!!!!!!!!! walawey~~~ Dah esok tengahari dah nak kena submit!!!!!!!!! Hambek kau main main lagi..... Tak produktif langsung minggu ni......
Ok caw nak siapkan esaimen dulu~~~~

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 : Sisi Pandang Seorang Manusia Biasa - Abu Hafiy




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ramai sahabat bertanya kepada saya bagaimana perhimpunan tadi. Banyak kisah gembira dan mendukacitakan dihebahkan melalui media dan laman FB. Saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman saya di lokasi Masjid Jamek dari jam 11 pagi ke 5 petang. InsyaAllah saya akan cuba untuk memberikan padangan dari semua segi agar adil buat semua pembaca nota ini.


Ini adalah pertama kali saya turun dalam demostrasi di Malaysia. Saya pernah ada pengalaman turun dalam beberapa siri demostrasi di Ireland termasuk BERSIH 2.0, demonstrasi menentang 'occupation of Gaza' dan penindasan rakyat Syria. Kali ini saya turun sebagai sukarelawan pegawai perubatan yang mempunyai misi membantu mana-mana insan yang memerlukan bantuan tak kira bangsa, agama, umur mahupun peserta ataupun polis sendiri. Kami berpakaian biasa dengan ves berwarna hijau dengan tulisan Medical Team yang cukup mudah dikenali awam.


Saya dan isteri tiba dalam pukul 11 pagi di Stesen Putra Masjid Jamek. Ramai polis kelihatan mengawasi stesen berkenaan. Polis tidak menghalang atau melakukan sebarang tindakan provokasi terhadap orang awam yang turun walaupun ramai yang jelas memakai baju BERSIH. Apabila kami keluar dari stesen berkenaan, kami disapa oleh seorang mak cik lingkungan 40-an yang mengatakan bahawa nampaknya perhimpunan kali jauh lebih aman berbanding BERSIH 2.0 dengan kerjasama yang sangat baik dari pihak polis.


Kami menuju ke Masjid India di mana kumpulan kami diminta berkumpul untuk sesi 'briefing'. Masa menunggu kawan-kawan yang lain digunakan mengambil gambar, beramah mesra dengan kawan-kawan yang hadir, membeli air di gerai yang tak putus-putus dengan pembeli. Kumpulan yang berada di persekitaran Masjid India saya boleh katakan semudahnya mencecah 2000 orang minimum dalam keadaan kawasan berkenaan tidaklah begitu besar. Kelihatan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik lingkungan umur 60 - 70 yang turut sama hadir. Kagum! Ada juga anak-anak kecil yang dibawa oleh ibu dan bapa. Suasana meriah seperti ada sambutan besar sedang berlangsung.


Setelah solat zuhur di Masjid India, kelihatan Dr Dzulkilfi Ahmad, AJK PAS Pusat telah tiba dan bermulalah sesi ucapan ringkas daripada beliau diikuti oleh laungan BERSIH, takbir dan sebagainya. Ketika kumpulan kami diminta bergerak ke kawasan berhadapan Stesen Putra Masjid Jamek di mana ketua kumpulan kami sedang menunggu.


Subhanallah!


Kumpulan yang agak kecil pada awal tadi telah bertambah bilangannya. Saya tidak dapat mengagak bilangan yang hadir memandangkan tidak berada pada tempat yang tinggi untuk melihat. Tapi sejujurnya, minimum 20,000 orang berada di kawasan berkenaan. Kami mengambil masa yang sangat lama untuk tiba di tempat berkenaan kerana perlu menempuhi lautan manusia.


Tiba kami di tempat Medical Unit, saya berkenalan dengan doktor-doktor dan pengamal perubatan yang ada. Kata mereka perhimpunan kali nampaknya jauh lebih baik. Kami menunggu di sana hingga jam 3 petang tanpa ada apa-apa masalah. Suasana cukup baik, selang seli dengan sorakan dari demonstran yang hadir. Kelihatan beberapa figur berada di atas pentas, antaranya Ambiga dan DSAI.


Tiba-tiba, kami melihat kumpulan besar itu mula bergerak menjauhi arah Dataran Merdeka. Bau gas mula terasa, kemudian disusuli rasa pedih di muka. Face mask dipakai dan garam dikunyah. Seorang doktor kelihatan menyembur muka-muka demonstran dengan air bercampur antasid untuk mengurangkan rasa sakit. Ada yang berdarah di bahagian muka terkena canister daripada semuburan gas. Seorang demostran menghampiri saya, katanya Unit Amal baru sahaja menghebahkan agar demonstradi bersurai atas arahan pimpinan. Belum sempat beredar, polis telahpun mula menyembur kumpulan demonstran dengan air asid dan gas pemedih mata tanpa memberikan sebarang amaran.Kami mula berjalan perlahan-lahan menjauhi kawasan yang disembur.


Tatkala ramai yang sudah bergerak, kami ternampak seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 70 tahun sedang duduk kepenatan. Saya dan kawan-kawan memimpin dia perlahan-lahan menjauhi kawasan semburan. Ada lagi beberapa insiden di mana ada di kalangan peserta yang hadir pengsan, sesak nafas, cederan bahagian kaki dan sebagainya. Setiap daripada mereka dirawat sebaiknya dengan alatan perubatan yang ada.


Kami berjalan agak jauh daripada kawasan Masjid Jamek menjauhi asap yang pedih itu. Kami sentiasa disapa dengan baik dengan senyuman daripada peserta. Bajunya mungkin terlalu menawan =). Sampai di satu tempat berdekatan dengan Menara Maybank, kami duduk berehat. Kelihatan para peserta sudah berjalan menuju pelbagai arah, menandakan perhimpunan hampir tamat.


Jam 430 petang, kami bergerak semula ke arah Stesen Putra Masjid Jamek dengan tujuan mengambil tren pulang ke rumah. Tiba-tiba kedengaran teriakan manusia dan kepulan asap. Oh, masih belum tamat rupanya. Saya dimaklumkan provokasi berlaku antara polis dan beberapa demonstran. Sesiapa yang memulakannya, saya tidak pasti. Tapi saya tidak menolak kemungkinan bahawa ada demonstran yang memulakan provokasi di samping tindakan polis yang tidak henti-henti menyembur gas dan air asid.


Kami berjalan ke arah bahagian hadapan kumpulan peserta itu melalui jalan-jalan tepi sehingga masuk ke dalam Stesen Putra. Alhamdulillah tiada apa-apa masalah. Kami menuju ke arah Masjid India untuk bertemu dengan ahli keluarga yang lain, tiba-tiba disapa oleh seorang peserta yang terkena canister pada badannya. Iodin disapu pada kawasan yang luka dan diletakkan plaster. Tiada kecederaan serius insyaAllah.


Disebabkan ahli keluarga telahpun bergerak pulang setelah lama menunggu kami tiba, kami pun mengambil keputusan untuk terus mengambil tren pulang ke rumah. Pegawai polis ramai berkeliaran dalam stesen berkenaan. Mereka kelihatan bekerjasama dengan baik dengan peserta yang ada. Tiada provokasi berlaku. Alhamdulillah. Kami akhirnya tiba di rumah hampir jam 6. Penat memang penat tapi saya tidak menafikan saya puas kerana dapat hadir bersama ratusan ribu manusia membanjiri Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.


Saya agak kecewa kerana tidak dapat memberikan rawatan kepada pihak polis dan FRU jika ada yang cedera. Walaupun pandangan sisi politik kita berbeza, insyaAllah disiplin profesionalime seorang doktor saya akan jaga sepenuhnya. Teringin untuk bersama peserta melaung slogan-slogan tapi atas dasar profesionalisme, Alhamdulillah saya dapat mengekalkan 'non-partisan' saya dalam himpunan hari ini.


Pandang sisi saya :


1. Saya cukup kecewa kerana demonstrasi ini tidak dibenarkan untuk masuk ke Dataran Merdeka. Bagi saya, jika ia dihalalkan oleh pihak berkuasa, banyak perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.


2. Sewajarnya pihak berkuasa memberikan sahaja permit berkumpul dan bagi saya wajar diletakkan syarat-syarat berdasarkan perbincangan dengan pihak penganjur. Sebagaimana di luar negara, di samping anggota polis yang cukup membantu, tanpa provokasi langsung, syarat-syarat seperti masa yang dibenarkan untuk demonstrasi, tanggungjawab penganjur terhadap apa-apa kesalahan peserta termasuk mengotorkan tempat dan sebagainya.


3. Keadaan aman di lokasi-lokasi tadi menyebabkan saya hairan akan keamanan perhimpunan hari ini sehinggalah polis mula menyembur gas dan air asid. Bagi saya, walaupun perhimpunan kali masih dikategorikan sebagai haram oleh pihak berkuasa, kalaulah polis meminta dengan baik daripada pimpinan perhimpunan untuk bersurai, saya meyakini ia tidak akan berakhir sedemikian rupa.


4. Apabila polis mula menyembur air asid dan gas pemedih mata, bermula bibit-bibit provokasi dan keganasan. Saya tidak menolak bahawa ada kemungkinan demonstran yang terlibat dalam aksi keganasan ini mungkin diupah untuk berbuat demikian untuk memburukkan keadaan namun saya juga tidak menolak kemungkinan yang lebih besar iaitu ia memang aksi demonstran pro BERSIH. Saya difahamkan ada dikalangan mereka yang tidak mahu menuruti arahan pimpinan agar tidak terlibat dalam perihal berkenaan. Siapa mereka? Wallahua'lam. Apa-apapun jika benar demonstran berkenaan memulakan provokasi, pimpinan BERSIH wajar bertanggungjawab.


5. Saya tidak boleh memberikan sebarang komen berkenaan beberapa insiden yang berlaku di lokasi lain seperti insiden kereta polis merempuh demonstran disusuli demonstran menterbalikkan kereta berkenaan. Komen dalam poin ke-4 saya rasa boleh merumuskan pandangan saya. Yang bersalah adalah bersalah, tidak kiralah dari kelompok mana. Dan janganlah dituding kesalahan kepada ratusan ribuan yang lain yang datang dengan cukup aman.



6. Saya tidak boleh menyimpan rasa kecewa melihat kekotoran yang berlaku dalam perjalanan pulang saya ke rumah, banyak botol-botol kosong yang berlemparan. Saya tidak tahu samada mungkin selepas saya pulang akan ada kumpulan khas di bawah BERSIH atau dari Unit Amal yang terkenal dengan disiplin yang baik, yang akan melakukan pembersihan. Jika tiada, ia sesuatu yang perlu diambil kira dalam mana-mana demonstrasi pada masa akan datang dan untuk kali ini BERSIH wajar bertanggungjawab sepenuhnya.


7. Bagi yang tidak bersetuju dengam BERSIH in the first place, saya boleh katakan begini. Ramai antara mereka adalah golongan pro Parti Kerajaan yang fanatik. Mereka sudah selesa dengan kehidupan di bawah pemerintahan parti berkenaan. Mereka 'beriman' bahawa rezeki itu datang dari UMNO BN dan rakyat perlu bersyukur dengan apa yang ada. Mereka kelihatan tidak ambil peduli dengan kes-kes penindasan ke atas rakyat yang tidak bersama parti pemerintah, mereka diugut, dipenjara, dipindahkan kerja serta merta malah ada yang dibunuh seperti kes Memali. Tidak termasuk lagi dengan corak pemerintahan yang tidak Islamik dengan kenyataan-kenyataan menghina hukum Islam dan Ulama'. Bagi golongan ini, saya hanya mampu berdo'a. Semoga Allah membuka hati mereka seluas-luas melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku.


8.  Suka saya ingatkan para pembaca bahawa masalah-masalah yang berlaku dalam sistem pilihanraya kita cukup membimbangkan termasuk dakwaan memberikan kerakyatan sewenang-wenangnya, perpindahan tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi, pengundi yang mustahil seperti orang yang sangat tua, bilangan pengundi yg mustahil dalam satu-satu kediaman dan banyak lagi. Baru-baru ini kita dikejutkan bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO. Tempangnya sistem pilihanraya kita!


9. Ada di kalangan yang tidak bersetuju itu merasakan BERSIH 3.0 itu bukan penyelesaian terbaik buat ketika ini. Pandangan ini mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang saya perhatikan, golongan ini banyaknya datang dari kumpulan yang tidak langsung terlibat dalam menyelesaikan masalah yang ada. Mereka ada di tebingan, memberikan pandangan dan kritikan. Melihat kepada usaha yang telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan dalam menyelesaikan masalah ini dengan baik, saya berpandangan bahawa parti pemerintah kelihatan tidak serius dalam menanganinya. Jelas, tempangnya sistem pilihanraya akan memberikan kelebihan yang cukup tinggi kepada mereka untuk terus berkuasa. Golongan 'amal' lebih tahu selok belok bekerja daripada golongan 'pengkritik', begitulah dapat saya simpulkan. Walau bagaimanapun, kritikan dari pihak luar bagi saya perlu dialu-alukan untuk mematangkan segala bentuk keputusan.


10.  Ada di kalangan mereka yang tidak langsung ambil peduli. Mereka mungkin pening dengan mainan politik yang sedang berlaku. Mereka hidup untuk diri mereka dan keluarga mereka sahaja, makan, tidur, makan, kerja, berhibur. Kitaran hidup tidak menggambarkan diri mereka mahu melakukan sebarang perubahan pada masyarakat dan negara. Golongan ini bagi saya, memang sungguh menguntungkan kerajaan yang memerintah. Jikalau mereka mendaftar diri sebagai pengundi sekalipun, undi buat parti pemerintah hampir pasti berlaku.


11. Tuntutan BERSIH adalah wajar dan mustahak! Rakyat yang turun hari ini adalah sebagai usaha kecil dalam mengembalikan negara kepada keadaan yang lebih baik. Pemerintah mesti disedarkan bahawa rakyat marah dengan kerosakan-kerosakan yang telah mereka lakukan. Jika dalam keadaan perhimpunan ini sudah dari awal diharamkan, dan begini sokongan yang datang, saya tidak boleh mengagak bagaimana jika ia dibenarkan. Kita perlu ingat, masih ramai lagi di luar sana yang ingin hadir tapi tidak berkesempatan, dan masih ramai yang menyokong tapi tidak cukup kuat untuk turun bersama. Sesungguhnya, saya percaya jika pilihanraya kali ini benar-benar bersih, parti pemerintah pasti akan tumbang!


12. Saya mengimpikan sebuah negara yang mampu mewujudkan suasana yang lebih baik pada masa akan datang, khasnya untuk generasi muda. Dan saya pasti melihatkan prestasi kepimpinan negara, mereka gagal melaksanakan dengan baik malah dalam perkara-perkara tertentu menjahanamkan kehidupan rakyat. Semoga nukilan ini memberikan manfaat buat teman-teman yang membaca.


Selamat malam buat teman di Malaysia.


-Abu Hafiy-
28 April 2012






sumber

Laporan Media Singapura Mengenai BERSIH 3.0 | Singapore's Media Reports On BERSIH 3.0





KUALA LUMPUR: Malaysian police fired teargas and water cannons on Saturday as thousands of protesters took to the streets of the capital to demand sweeping electoral reforms ahead of widely expected polls.

Tens of thousands had massed for a march to Merdeka Square (Independence Square) in central Kuala Lumpur despite a lockdown on the area and a court order banning public assemblies there.

But the otherwise peaceful rally was disrupted when hundreds of protesters angry at being denied access to the square trampled razor wire and pushed aside barricades to pour in, where they were met with teargas and chemical-laced water.

The fracas marked the second straight year that police clashed with a pro-democracy rally organised by the election reform pressure group Bersih. A protest march last year was crushed by police and 1,600 people arrested.

Bersih and the political opposition are demanding far-reaching reforms by Prime Minister Najib Razak to end what they say has been decades of manipulation by the ruling coalition aimed at keeping itself in power.

"The message we are sending to Najib is that we must have clean elections!" opposition leader Anwar Ibrahim shouted to a crowd just before the clashes began.

Bersih demands a thorough vetting of the voter roll following revelations of widespread phantom or duplicate voter registrations, a complete overhaul of the national Election Commission, which it accuses of bias, and other reforms.

Last year's harsh response to the rally stung Najib, who moved shortly after to implement a series of political reform steps to shore up voter support.

But he faces fresh criticism after the government imposed the rally restrictions and was accused of alleged harassment of activists in recent days.

"Despite all the talk of 'reform' over the past year, we're seeing a repeat of repressive actions by a government that does not hesitate to use force when it feels its prerogatives are challenged," Human Rights Watch said in response to the clashes at the square.

Police estimated about 20,000 people participated in the rally, while independent Malaysian media put the number at about 80,000.

As white teargas smoke filled the air and drifted down nearby streets, riot police quickly forced back the protesters who had entered the square and regained control.

Dozens of people rounded up by police were seen being held inside a police truck.

Nearby, protesters retaliated by throwing empty water bottles at police.

An AFP reporter saw a police car that had been turned on its side and its windshield smashed, with streaks of blood visible on the pavement.

"We want peace, we want justice for our country. We don't want to make any trouble," said housewife Carmen Yap, 42, her eyes watering and bloodshot due to the teargas.

National police spokesman Ramli Yoosuf confirmed that there were arrests but gave no figures. He defended the police response.

"We fired teargas and water cannons just to contain a specific area after protesters barged into the square. The police had to react," he said.

It was not immediately known how many people may have been injured.

From early Saturday, large crowds, many dressed in the yellow of the Bersih clean-election movement -- Bersih means "clean" in Malay -- gathered at various points around Kuala Lumpur.

They marched towards the square but were thwarted by the heavy police presence.

After last year's rally was crushed, a resulting backlash prompted Najib to set up a panel to explore electoral reforms.

He also launched the repeal of several repressive laws in a bid to create what he has called "the greatest democracy".

But Bersih and the opposition say the elections panel's eventual recommendations fell far short of what was needed, and Najib's overall reform push has met with scepticism.

Speculation is rife that Najib could call polls as early as June, but Bersih is demanding full implementation of reforms first.

The government gave the go-ahead for Saturday's rally, unlike last year when it was banned entirely.

But it ruled out use of Merdeka Square, instead offering several stadium venues. Bersih declined, saying demonstrating at the square was a basic right.

Subject: Clashes as Malaysians rally for clean elections
www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapacific/view/1198025/1/.html

Saturday, April 28, 2012

MENARIK: THE AVENGERS VERSI MALAYSIA

Filem The Avengers baru sahaja 2 hari ditayangkan di seluruh Malaysia. Dunia juga barangkali? Bagi peminat kartun dan filem Marvel, kalian pasti tidak akan ketinggalan untuk menonton filem ini bukan?



Malaysia boleh!!!!!!!!!! Malaysia juga kini mempunyai kumpulan The Avengers sendiri. Mari selamatkan dunia!!!!!!!!

Friday, April 27, 2012

Debat PTPTN – Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi


Tarikh: 3 Mei 2012
Masa: 8.00PM
Tempat: Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka:
Laila : 019-3310211
Fazli: 019-2808492
Rini: 019-3371066

Dalam tempoh sebulan ini isu pemansuhan PTPTN sedang hangat diperkatakan dan dibincangkan hingga menjadi isu yang gempar dan panas. Diharapkan debat ini bakal merungkai rosulusi yang kita cari selama ini.

BEN ASHAARI DAN BLOG AKU





RINGKAS

klik SINI kalau nak join sekali

MENARIK: SURAT MEMOHON KEMAAFAN

Ternganga sebentar ketika membaca surat ini



Korang nak bagi gred apa untuk surat ni? A? B? C? ataupun..................... FAILED!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, April 26, 2012

MENARIK: Rakaman MHI TV3 UTMost Imagination 2012

MHI TV3 UTMost Imagination 2012



Wawancara Bersama YAB Prof Dato IR Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM 27/03/2012 Rakaman TV dari TV3

MENARIK: LETAK SELIPAR @ KASUT LEBIH = DENDA


Mungkin anda akan merasakan ini adalah sesuatu yang lucu, letak kasut atau selipar lebih dari dua pasang di depan bilik akan didenda. Memang agal lucu, tetapi ini adalah sesuatu yang serius!

Arahan ini tidak berlaku di kolej teman. Kolej lain la. Kolej teman selamat. Mungkinkah peraturan ini memang wujud, tetapi tidak dijalankan di kolej teman. harap-harap pengetua kami tidak menguatkuasakan arahan seperti ini. Agak tidak relevan dan tidak logik arahan dan peraturan seperti ini dikeluarkan. Apa motif disebalik arahan ini?

Bayar kolej mahal-maha tapi takkan Letak selipar lebih dua pasang pun kena denda? Lepas ni kalau mandi lebih sekali sehari pun kena denda ke nanti? Alahai~~~

Wednesday, April 25, 2012

Proton Preve': What's So Great About It?



specification: click to enlarge


This is my first Proton Preve I've seen. Okay, it looked nice to me. But there're still people who condemned  it. They said Proton Preve just another plagiarism made by Proton from other model and brands. 



Yeah, I can say this, too much car on this bloody Earth! There're millions of car model and brands! When there're too much car, let say every year at least 10 different model will be launched, how they could gain and create the idea for the new design? Huh easy way, just plagiat, copy and paste from other cool models.

Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Lekiu, Proton Kasturi already launched. What's next? Maybe Proton Kilau and Proton Lela also going to be launched soon .


source source

Tuesday, April 24, 2012

MENARIK: NOKIA 3310 MASIH RELEVAN?

Kini sudah tahun 2012. Kini orang lebih memilih telefon pintar seperti Android, Blackberry, iPhone dan lain lain.


General 2G Network GSM 900 / 1800
Announced 2000
Status Discontinued
Body Dimensions 113 x 48 x 22 mm, 97 cc
Weight 133 g (Standard battery)
Display Type Monochrome graphic
Size 5 lines
- Dynamic font size
- Softkey
- Screensavers
- Welcome message
Sound Alert types Vibration; Downloadable monophonic ringtones
Loudspeaker No
3.5mm jack No
- 6 Ringing tone levels
- 10 Volume levels
Memory Card slot No
Phonebook SIM only
Call records 8 dialed, 8 received, 8 missed calls
- Message templates
Data GPRS No
EDGE No
Speed No
WLAN No
Bluetooth No
USB
Camera No
Features Messaging SMS
Browser
Radio No
Clock Yes
Alarm Yes
Games 4 ( Snake II, Pairs II, Space Impact, Bantumi )
Languages 17 for menu, 11 for T9
GPS No
Java No
Colors User exchangeable front and back covers
- Predictive text input
- Smart messaging
- Calculator
- Voice Dial
- Mobile Chat mode for SMS
- Profiles
- Currency converter
Battery Standard, NiMH 900 mAh (BMC-3)
Stand-by 55 h to 260 h
Talk time 2 h 30 min to 4 h 30
Internal, 1000 mAh Li-Ion (BLC-2)
Stand-by 55 h to 245 h
Talk time 2 h 30 min to 4 h 30


Tak sangka, seorang mahasiswa dari Generasi Y masih lagi menggunakan Nokia 3310! Adakah penggunaan Nokia 3310 ini masih relevan?


Ada sesiapa tahu di mana Nokia 3310 ini masih dijual? Teman percaya agak sukar untuk kita menemui model ini masih dijual di mana-mana kedai telefon bimbit. Nokia 3310 yang turut dikenali sebagai "Nokia tiga tiga sekupang" ini dianggap telah wujud sejak berkurun lamanya dan sangat ketinggalan zaman. Tahukah anda bahawa Nokia 3310 sangat lasak? Tidak percaya? Klik SINI untuk lihat bukti.

Selain itu, permainan seperti Space Impact dan Snake juga sudah cukup bagi menghibur hati sang pengguna. Disamping nada dering mono (mono tone) yang bunyinya seperti trett trett trett trett sudah cukup memuaskan hati pelanggan. Walaupun ia tidak dilengkapi dengan kemudahan MMS, mesej bergambar yang bernilai RM0.30 tiap satu (pada waktu zaman kegemilangannya) cukup menghibur hati terutama sekali pada waktu sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru.

Klik LIKE dan SHARE andai anda pernah menggunakan Nokia 3310.


sumber

Yahoo! Messenger Tidak Boleh Dipercayai

Anda tahu apakah Yahoo! Messenger? Ya, YM. YM sangat terkenal satu ketika dahulu. Waktu itu Facebook dan Skype masih belum meletup seperti sekarang ini. Zaman sekolah dulu teman rajin je bukan YM untuk chat dengan kawan. Bila tu? Alah zaman Friendster dengan Myspace dulu la. Kan Facebook belum terkenal lagi masa tu. Ym siap boleh main game lagi dengan kawan yang kita chat tu.


Ini dia YM request terbaru yang teman terima. Mentang-mentang la ID Yahoo emel teman ni macam orang putih, sedap je diorang ni add request teman. Bukan kenal. Tak boleh percaya betul diorang ni. Adoyai~~~ Nanti tak pasal-pasal kena spam, virus bagai. Mencegah lebih baik daripada merawat. Andai komer ada juga dapat request macam ni jangan accept pula ya.


notakaki: dah setahun lebih tak buka YM

Monday, April 23, 2012

MENARIK: MOTORSIKAL HONDA EX5 MURAH UNTUK DIJUAL

Dapatkan segera motorsikal ini dengan harga runtuh! Jangan lepaskan peluang emas ini! Anda tidak akan dapat jumpa harga seperti ini diluar sana. Hubungi segera nombor telefon yang terpampang.



notakaki: prank of the day I guess

sumber

Sunday, April 22, 2012

Pendidikan Percuma Bukan Cuma-Cuma


1. Memanglah setiap percuma, lumayan dinikmati. Apatah lagi mengenai pendidikan di negara kita.

2. Untuk menjadi kelompok 'cerdikpandai' dalam masyarakat, mahasiswa perlu berhutang.

3. Melalui PTPTN, mahasiswa dapat belajar di universiti hingga lulus sebagai graduan yang bertanggungjawab membangunkan negara.

4. Lalu, universiti memperolehi wang daripada PTPTN bagi membesarkan karung perbendaharaan univerisiti dan tuan milik universiti, manakala mahasiswa mendapat angka hutang PTPTN.

5. Pendidikan percuma bukan bermakna mahasiswa belajar secara cuma-cuma.

6. Perlu ada keseimbangan dalam menuntut pendidikan percuma dengan tanggungjawab pemerintah menyediakan pendidikan percuma.

7. Jangan hendaknya tercipta golongan peminta-minta dalam masyarakat dan pemimpin berhati kapitalis.

sumber

MENARIK: DISKRIMINASI JANTINA LELAKI

Mengapa keadaan seperti ini berlaku? Apa yang istimewa sangat perempuan? Mengapa lelaki selalu dipersalahkan? Bukankah hak lelaki sekarang sudah sama dengan perempuan? Oleh itu diskriminasi jantina sepatutnya tidak berlaku. Entah mengapa ia cuma berlaku dalam perkara remeh-temeh seperti di bawah ini sahaja. Jom layan 

Saturday, April 21, 2012

Doodle Untuk Cik Icha Mnz

Seperti yang telah dijanjikan dalam segmen INI, teman akan hasilkan doodle untuk sesiapa yang join segmen teman itu.


Ini dia doodle untuk An-Nisa' Najihah. Minat warna ungu katanya.

notakaki: sedang berusaha menyiapkan doodle yang lain

MENARIK: BUAH LUCAH

Buah lucah ini kelihatan seperti buah jambu. Agak musykil. Buah apa agaknya ya ni. Tak pernah jumpa pun. Mutasi barangkali.



notakaki: teringin nak rasa sedap atau tidak

Friday, April 20, 2012

Doodle Untuk Cik Adieb

Seperti yang telah dijanjikan dalam segmen INI, teman akan hasilkan doodle untuk sesiapa yang join segmen teman itu.


Ini doodle untuk Cik Adieb. Teman nampak ada headphone pada header blog Cik Adieb. Oleh teman letak juga headphone pada doodle ini. Katanya suka warna biru.

Teman sedang menyiapkan doodle satu per satu. Yang lain harap bersabar ya

Doodle Untuk Yayah Nasake

Seperti yang telah dijanjikan dalam segmen INI, teman akan hasilkan doodle untuk sesiapa yang join segmen teman itu.


Ini dia doodle untuk Yayah Nasake. Katanya warna kegemarannya adalah warna kuning. Harap awak suka.

Kamera Aku Tak Dicuri Orang Rupanya.........

Seperti yang teman katakan dalam entri INI, kamera Samsung ES75 teman telah hilang tanpa berjaya dikesan. Ye la, kamera bukan macam handphone, boleh calling² kan..... Teman cuba pelbagai alternatif untuk menjejaki semula kamera teman tu. 

Hari Rabu tu juga teman contact Luqaz yang merupakan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Nasib baik ada kawan kat fakulti lain. Inilah pentingnya kita kenal ramai orang. Kalau ada masalah, boleh minta tolong. Teman minta dia tolong tengok di bilik kuliah yang teman kali terakhir guna kamera tu, kot² teman betul-betul tercicir di situ.

Alhamdulillah, sambil SMS dalam kelas tu, Luqaz beritahu yang dia dah jumpa kamera teman. Happy sangat!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa teman boleh careless sangat, sampai tercicir tertinggal di bilik kuliah. Fakulti orang lain plak tu. Bukannya fakulti sendiri.

Teman belek² kembali kamera tu. View photo. Eh eh siapa ni? Tak kenal pun?





4 gambar ini telah dirakam pada 18 April yakni hari Rabu pada jam 10.51 pagi. Misteri betul. Siapa entah mereka ni. Salleh kata mereka ni pelajar kejuruteraan elektrik. Entah la. Teman bukan kenal pun student fakulti lain. Kolej pun lain-lain. 

Nampaknya masih ada simpati dan sifat peri kemanusiaan di hati mereka, kerana tidak mengambil kamera teman. Kamera teman ditinggalkan di atas kerusi tempat di mana teman tercicir. Alhamdulillah, Allah melindungi harta benda teman.

Bagaimana nak elak kejadian seperti ini dari berlaku? Ok, mestilah jaga barang elok² kan..... Hehehehe..... Andai hilang barang lagi, buku, beg, handphone, kamera dan sebagainya letaklah nama dan nombor telefon kita pada barang tersebut. Andai ada orang jumpa, bolehlah orang tu call kata jumpa barang kita. Mudah bukan?


notakaki: tak serik-serik hilang barang

Wednesday, April 18, 2012

Kamera Aku Dicuri Orang Atau...............

Teman baru beberapa bulan beli kamera Samsung ES75. Kamera ni la yang teman guna untuk siapkan esaimen, tulis report, ambil gambar untuk pertandingan dan sebagainya. Kamera ini ternyata banyak jasa.


Kali terakhir digunakan adalah semalam sewaktu kelas Etika Profesional di blok P19 Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Teman yakin, teman dah simpan elok-elok kamera tu dalam beg lepas guna. 

Takkan tercicir kot? Adoyai~~~~ Kena curi? Macam mustahil je orang curi. Sebab lepas waktu kelas Management teman tinggal je dalam kelas masa nak ke surau. Ramai kawan-kawan dalam kelas masa tu. Lepas Habis kelas Statistik, teman solat asar di masjid. Uish takkan kat masjid pun ada ada orang nak curi kot?

Tuesday, April 17, 2012

Hadiah Doodle Untuk Hari Jadi Calon Blogger Of The Year

Siapakah calon tersebut? Beliah adalah Mohd Saiful Hawis!!! Rasanya ramai kan yang kenal siapa beliau. Hehehehehe. Calon Blogger Of The Year kan kan kan.... Ulang tahun kelahiran beliau telah jatuh pada 16 April. Usia dirahsiakan okey.


Walaupun nampak ganas, ini bukanlah H.a.W.i.Z yang sebenar kerana beliau penuh dengan taman di hatinya. Tak percaya? Cubalah jadi friend dengan beliau di Facebook. Nanti komer akan kenal macam mana beliau sebenarnya.


notakaki: bagi yang telah join segmen doodle teman minggu lepas, harap bersabar ya.....

Monday, April 16, 2012

Tamat Tugas Di Putrajaya


Seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini, teman agak sibuk dengan tugasan dan tidak dapat ber-blogging dan blogwalking seperti biasa. Sebenarnya teman telah ditugaskan untuk berada di Putrajaya dari hari Rabu sehingga Ahad lepas. Dari hari Selasa lagi teman dan rakan-rakan telah bergerak ke Kuala Lumpur, menginap di Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, Kuala Lumpur. Jadi setiap pagi kami harus bergerak ke Putrajaya seawal jam 7 pagi.

Apa yang berlaku di Putrajaya? Sebenarnya telah dilangsungkan MASUM 2012 di sana bagi acara kayak dan rowing, dan teman telah bertugas sebagai salah seorang sukarelawan atau sekteriat di sana. Bagi yang tidak tahu, MASUM adalah Majlis Sukan Universiti Malaysia yang bergerak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. MASUM 2012 telah dijalankan sepanjang cuti pertengah semester (minggu lepas), bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Cuma acara kayak dan rowing sahaja diasingkan dan berada di Tasik Purajaya. 


Minggu lepas ternyata minggu yang sangat sibuk. Awal pagi dah keluar, malam baru kembali ke kolej. Penat! Penat! Penat! Apa-apa pun semua itu telah berakhir kerana MASUM 2012 telah berakhir semalam, dan teman juga sudah kembali ke Johor semula. Ia memang satu pengalaman yang manis, mengajar teman bagaimana untuk menguruskan satu-satu pertandingan sukan. 

Bagi yang telah singgah ke bloh teman ini, maaf teman tak dapat balas kunjungan kalian. Insya-Allah teman akan cuba kembali blogwalking dalam masa terdekat ini.

Monday, April 9, 2012

SEGMEN AZLAN: SAYA MAHU DOODLE DARI AZLAN


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, jumlah follower saya kini telah mencapai angka 500. Sempena ini juga, saya ingin berkongsi buah tangan kepada rakan-rakan semua. Saya akan lukiskan sebuah doodle bagi sesiapa yang join segmen ini. Saya masih belajar dan masih baru dalam bidang ini. Jadi hasilnya barangkali tidak secantik orang lain punya.



Apa yang anda perlu buat?
  1. Buat satu entri dengan tajuk SEGMEN AZLAN: SAYA MAHU DOODLE DARI AZLAN.
  2. Copy dan paste header kecil saya di atas ke dalam entri tersebut.
  3. Jangan lupa link-kan ke entri ini.
  4. Beritahu saya warna kegemaran anda.
  5. Setelah siap, tinggalkan URL entri tersebut di bahagian komen entri ini.
Anda boleh follow blog saya kalau suka. Doodle yang telah siap akan dimuat naik dari masa ke semasa. Tarikh tutup segmen ini adalah hari Ahad 15 April 2012. Mengapa begitu lewat? Hal ini kerana saya agak sibuk dengan program universiti, maka tidak berkesempatan untuk melayari Internet. Tempoh yang lama juga barangkali menarik lebih ramai untuk menyertai segmen ini juga.

Bagi yang baru pertama kali singgah ke blog saya, selamat datang saya ucapkan. Sekian, terima kasih.

Sunday, April 8, 2012

Doodle Dakwah : Pakaian Seorang Wanita Beriman (Muslimah) Menurut al-Qur’an & as-Sunnah


Syarat-Syarat asas pakaian seorang wanita,
1 – Menutup Seluruh Tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup).
2 – Bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa.
3 – Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya.
4 – Tidak ketat (longgar) dan menggambarkan bentuk tubuh.
5 – Tidak diberi wangian (perfume).
6 – Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7 – Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8 – Bukan pakaian untuk bermegah-megah.

Perintah Menutup Aurat
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
h1.JPG 
Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

h2.JPG

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)
Maksud Hijab:
Hijbab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.

Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.

Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.

Maksud Khimar:
Lafaz al-Khumru/khumur (?????) yang termaktub di dalam ayat 31 surah an-Nuur di atas adalah bentuk jama’ dari lafaz khimar (????) yang membawa maksud sesuatu yang dapat menutupi. Maksudnya di sini, adalah merujuk kepada menutupi kepala (tidak termasuk dada). Atau, ia juga disebut dengan al-Miqna’ (sigular) atau al-Maqaani’ (jamak/plural) yang membawa maksud tudung (penutup kepala). Secara lengkapnya (istilah) ia adalah pakaian yang menutup bahagian kepala iaitu mencakupi rambut, telinga, dan leher.

Berdasarkan penelitian Syaikh al-Albani, beliau menyatakan bahawa khimar adalah penutup kepala, tidak ada yang nampak darinya, melainkan lingkaran wajahnya. (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 14)

Manakala sebahagian pendapat yang lain (dari ulama) menyatakan menutup termasuk bahagian wajah/muka.

Maksud Jilbab:
Bentuk jama’ dari kata Jilbab adalah jalaabib (????????). Jilbab ialah pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Fungsi jilbab lebih luas/umum dari khimar, kerana jilbab merujuk kepada menutup tubuh wanita dari kepalanya sehingga ke bahagian bawah tubuhnya (termasuk kaki). (Melainkan apa yang dibenarkan untuk tidak ditutup/dibolehkan terbuka)
Al-Jauhari berkata: “Jilbab adalah kain/pakaian yang menutupi seluruh tubuh.” (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 372)


sumber

Saturday, April 7, 2012

SEGMEN NASZ : PROMOSI BLOG


Nampaknya teman join segmen Nasz tiga kali berturut-turut. Kali ini segmen SEGMEN NASZ : PROMOSI BLOG pula. Saya pun cepat-cepatlah join, memandangkan memang tak ada idea nak update entri. OK, tipu la kata tak ada kan. Cuma malas nak buat entri panjang je.... Hehehehehehehe......

Kepada yang bakal singgah, follow, dan promosi blog teman nanti, terima kasih teman ucapkan. InsyaAllah, teman akan buat perkara yang sama kepada kalian juga. Jangan marah andai saya gagal berbuat demikian dalam tempoh terdekat, kerana saya agak sibuk dengan program di universiti minggu ini. InsyaAllah saya akan kembali aktif berblogging selepas 15 April nanti.

Sudi-sudilah juga klik Like pada fan page FB blog saya ini, sebagai tanda sokongan walaupun ianya tidak seaktif orang lain punya. 

Terima kasih sekali lagi.



Klik SINI nak join juga.

UTMost Imagination: Race For Bosses | Reka Basikal Untuk Dekan #2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dalam entri ini teman ingin kongsikan proses bagaimana kami mereka basikal untuk dekan kami sempena peratndingan Race For Bosses untuk UTMost Imagination yang telah dijalankan 29 Mac 2012 lepas. 

Klik SINI untuk bahagian pertama, di mana kami keluar untuk mencari barang.


Perjumpaan kedua bersama penasihat Dr. Norhayati dan Dekan FPPSM Prof. Amran. Dekan sangan sempoi. Gambar ini telah dirakan oleh beliau sendiri menggunakan Blackberry miliknya.

Hasil rekaan oleh Huzaifah Fezari. Jangan main-main. Ingat senang ke nak buat hand sketching.

Ini pula rekaan yang teman hasilkan menggunakan Paint Tool SAI. Teman cuma buat lakaran outline supaya dapat digunakan sewaktu perincangan bersama dekan dan lain-lain.

Ini adalah basikal yang telah diberikan oleh dekan sendiri. Ya, memang 2 buah basikal.
Tetapi cuma sebuah sahaja yang masih berfungsi dengan baik.

Basikal Raleigh ini kami pilih untuk di-dimofy.



Langkah pertama yang kami lalukan adalah membogelkan seluruh basikal tersebut. Tayar depan dan belakang telah ditanggalkan. Kami pastikan rangka basikal tersebut mudah untuk dicat semula.

Basikal dimandikan untuk menghilangkan kotoran degil. Dah lama tak basuh basikal.
Basikal di rumah pun dah sampai rosak.


Rangka basikal dan tayar yang telah dibersihkan dibiarkan kering di bawah cahaya matahari yang terik. Waktu ketika ini adalah sekitar jam 11 pagi.

 Teman handle tayar je


Salleh dan Huzaifah menerukan aktiviti mengecat rangka dan rim dengan warna merah dan emas.


Rangka dan rim yang telah siap dicat dengan warna merah dan emas. Mengapa kami pilih 2 warna ini? Hal ini demikian kami telah memilih watak Iron Man untuk diserapkan kedalam basikal kami ini.


Huzaifah dan Salleh meneruskan perjuangan memasang kembali tayar basikal. Di mana teman? Usah ditanya la. Mestilah teman yang jadi cameraman kan....


Setelah bertungkus lumus dari pagi ke petang, inilah hasilnya.
Sebuah basikal Raleigh bergear dengan tema merah dan emas Iron Man.


Ini baru sahaja bahagian kedua. Klik SINI untuk bahagian pertama. Akan bersambung ke bahagian ketiga. Tunggu entri yang akan datang.

SPONSOR

Ad