Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label Universiti Teknikal Melaka. Show all posts
Showing posts with label Universiti Teknikal Melaka. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Kamera Aku Tak Dicuri Orang Rupanya.........

Seperti yang teman katakan dalam entri INI, kamera Samsung ES75 teman telah hilang tanpa berjaya dikesan. Ye la, kamera bukan macam handphone, boleh calling² kan..... Teman cuba pelbagai alternatif untuk menjejaki semula kamera teman tu. 

Hari Rabu tu juga teman contact Luqaz yang merupakan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Nasib baik ada kawan kat fakulti lain. Inilah pentingnya kita kenal ramai orang. Kalau ada masalah, boleh minta tolong. Teman minta dia tolong tengok di bilik kuliah yang teman kali terakhir guna kamera tu, kot² teman betul-betul tercicir di situ.

Alhamdulillah, sambil SMS dalam kelas tu, Luqaz beritahu yang dia dah jumpa kamera teman. Happy sangat!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa teman boleh careless sangat, sampai tercicir tertinggal di bilik kuliah. Fakulti orang lain plak tu. Bukannya fakulti sendiri.

Teman belek² kembali kamera tu. View photo. Eh eh siapa ni? Tak kenal pun?





4 gambar ini telah dirakam pada 18 April yakni hari Rabu pada jam 10.51 pagi. Misteri betul. Siapa entah mereka ni. Salleh kata mereka ni pelajar kejuruteraan elektrik. Entah la. Teman bukan kenal pun student fakulti lain. Kolej pun lain-lain. 

Nampaknya masih ada simpati dan sifat peri kemanusiaan di hati mereka, kerana tidak mengambil kamera teman. Kamera teman ditinggalkan di atas kerusi tempat di mana teman tercicir. Alhamdulillah, Allah melindungi harta benda teman.

Bagaimana nak elak kejadian seperti ini dari berlaku? Ok, mestilah jaga barang elok² kan..... Hehehehe..... Andai hilang barang lagi, buku, beg, handphone, kamera dan sebagainya letaklah nama dan nombor telefon kita pada barang tersebut. Andai ada orang jumpa, bolehlah orang tu call kata jumpa barang kita. Mudah bukan?


notakaki: tak serik-serik hilang barang

Monday, October 17, 2011

Cukup sebulan bergelar Mahasiswa.....

4 Sepetember lepas aku dah bergelar siswa. hari ni pon dah 17 oktober. Dah lebih sebulan la kan aku dapat title siswa. Bangga ke hape kau ni Lan? Ayat penuh kepoyoan je kan. bajet diri tu dewasa sangat la kan... Padahal baru 19. Hahahahaha..... Sesiapa yang dah masuk universiti atau mana-mana IPT mesti terasa dah cukup dewasa dah. Ye la, kalau SPM pun tak lepas lagi, orang mesti kata tak cukup umur lagi. Budak sekolah nak keje pun tak boleh lagi. Hohohohohohoho~~~~ 


Ada cerita best ke dalam sebulan aku kat dalam sebulan ni? Awal-awal MTM dulu lagi dah join Unit Kebudayaan. Team puisi telah hasilkan puisi yang bertajuk "Tanya Sama Alam". Huhu kemunculan sulung aku kat sini. Persembahan tak berapa nak baik malam tu. Jadi tak ada apa yang nak dibanggakan. Buat malu ada la. 




Team kami ada 9 orang dari kalangan student 1st year yang baru daftar masuk. Yang baju oren tu abang Firdaus. Student PhD dalam Artificial Intelligent. Felo KTGB kalau tak silap. Dia la yang bantu  kami untuk persembahan tu. Dua kepala lelaki kat belakang tu entah kepala sapa aku pun tak tau. Tau nak mencapap je deme ni..... Nak glamor la tu...... Nak masuk internet punya pasal.....


Bila dah masuk U ni la jugak aku kembali berblogging. Awal-awal susah jugak sebab tak boleh nak guna wifi lagi. Terpaksa la buat draft dalam word sebelum tumpang guna latop kawan yang ada broadband. Masa awal-awal kat sini juga aku kena biasakan diri dengan jiran-jiran kami yang liar. Tapi sekarang biasa dah siap diorang datang ketuk tingkap tanya khabar lagi. 



Berbudi bahasa betul jiran-jiran aku ni. Ketuk tingkap siap bagi salam lagi sebelum masuk bilik. Kalau aku masuk bilik orang aci redah je.


Kat sini juga telah berlangsung Pesta Konvo bertempat di Padang Kawad. Kat Pesta konvo ni la jugak aku merasa berjumpa dengan Itik Kuning, Khairul Fahmi Che Mat, The Red Warriors dan Dato' Lat. Tak merasa plak nak jumpa Heliza Helmi sebab dia datang waktu malam. Susah la nak pergi sana. Kami student 1st year mana ada kenderaan lagi. 


Kayak paling penting. Aku tengah berusaha untuk menjadi ahli Kelab Kayak kat sini. Penat memang penat. Tapi kalau dah suka, go on je la kan.... 28 September lepas aku collapse plak kat depan Meranti. Malu? Malu ke? Takde sape nampak pun masa. Setakat amoi 2 orang apa celup....... Disebabkan insiden tu jugak la aku tak traning lebih 10 hari. Gaya bunyi macam serius je kan... Hehehehhehehe..... Injury ringan-ringan je.... Tapi memang sakit la......


Jumaat kelmarin ada persembahan untuk perasmian Majlis Perujian Tilawah Al-Quran MAKUM 2011. Terasa macam artis plak bila kata nak buat persembahan. Maaf, saya bukan  retis ok. Hahahaha~~~ Apa-apa pun persembahan Abang Firdaus tetap terbaik. Rasanya kalah Imam Muda dua orang tu. 










Walaupun tak dapat nak bersalam & bergambar dengan diorang, yang penting aku dapat bersalam dengan Ustaz Muhyidin. Ala ustaz yang selalu masuk Forum Perdana RTM tu la... Siapa lagi..... Berbunga hati hati aku dapat jumpa orang besar seperti beliau. Huh bunga? Bertukar jambu aku sebentar. Walaupun tak dapat nak tonton teater, tak kisah la. Tak rugi mana pun.....


Rasanya sampai ni je kot. Dalam 3, 4 hari ni pun semua entri aku pendek² kan. Hari ni kasi panjang sikit. Hohohoho~~~~ Wokeh sambung siapkan assignment plak la.....




Sunday, October 2, 2011

SEGMEN AYU : HARI KONVO KU


Tadi jalan-jalan di dunia maya. Ceh ayat tak boleh blah. Tadi BW ke blog Cik Ayu kita ni. Cik Ayu ada buat segmen mengenai hari konvo. Korang nak join? Boleh klik SINI atau klik je mana-mana nama Cik Ayu dalam entri ini. Klik pada gambar di atas pun boleh juga.

Konvo? Konvokesyen? Alamak sebenarnya saya belum lagi nak berkonvo-konvo semua. Berkonvoi pergi beraya pernah la. Hehehehehe......

Ok la, sebenarnya saya pernah bergraduasi sewaktu di sekolah menengah dulu. Anggap je la macam konvo sebenar ya.



TARIKH: SEPTEMBER 2009
INSTITUSI: MRSM TRANSKRIAN
ALIRAN: SAINS TULEN


Dah rasa macam dah masuk U je bila dah merasa graduasi/konvo semua ni. Padahal masa tu belum habis SPM lagi. InsyaAllah, dalam tahun pada September/Oktober 2015 nanti saya akan bergelar graduan dalam Bachelor of Management(Marketing). Masa tu nanti nak merasa dapat hadiah bunga ros dan teddy bear yang besar punya.... Hohohohoho.....


nota kaki: abang akan grad hujung Oktober ini di UTeM

SPONSOR

Ad