Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Nama teman Ahmad Haziq Azlan. Sekarang Tahun 1, Bachelor of Management (Marketinng) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Universiti tempatan idaman sebenarnya adalah Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Sebelum ini bercadang untuk menyambung dalam Bachelor of Accounting, tetapi malangnya tiada rezeki. Insya-Allah teman akan cuba untuk tukar kursus Perakaunan pada semester depan andai diluluskan dekan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM.
Universiti luar negara? Sebelum ini hampir ditawarkan ke University of Sydney. Hampir je okay. Tak dapat pun. Terlalu banyak proses. Nak kena bayar lah, macam-macam lah, jadi terpaksa melupakan impian untuk menyambung pelajaran ke luar negara pada masa ini.
Cita-cita? Pastinya ingin menjadi seorang Akauntan. Itupun andai berjaya mendapatkan Perakaunan sebagai kursus utama. Tapi bila dah masuk UTM ni, terasa macam macam nak terus sambung PhD, jadi pensyarah pun ada juga. Insya-Allah, kita tunggu sahaja rezeki dan takdir yang telah Allah tetapkan.
Perancangan selepas graduasi? Mungkin akan menyambung Master in Business Administration(MBA) di mana-mana universiti. Universiti tempatan seperti UUM dan UM juga menawarkan kursus ini. Tapi teringin sangat nak sambung ke luar negara. Selain tu rasa macam nak sambung Certified Accounting Technician(CAT) di UiTM pun ada juga. Entah la...... Sekarang ni baru 1st year. Ada 4 tahun lagi baru nak habiskan belajar di UTM ni...... Perancangan jangka panjang semua tu......
Boleh baca entri INI, INI, INI, INI untuk mengetahui perjalanan hidup teman dalam pelajaran. Semoga entri ini dapat membantu mereka yang berminat dalam Perakaunan juga.
Wassalam
11 people drop their comments!:
hehe. trima kaseh bgi tau. sye mmg target 11A utk spm sye. doakn lha.
http://armalchentaputera.blogspot.com/2011/12/ben-ashaari-tanya-aku-nak-ke-ipt-mana.html
xpew, panjang lagi masa depan tu
merancang xsalah..
brapa umo haziq skrang?
hai saya terjah dari blog Ben ni, follow sini. Semoga dapat masuk IPT pilihan..
jom tengok candy buffet comel tu macamana?
http://azzaazman.blogspot.com/2011/12/candy-buffet.html
TERBANG darii segmen sama
http://maznishahibul.blogspot.com/2011/12/segmen-budak-sekolah-aku-nak-masuk-ipt.html
patut la asyik sebut UTM rupanya belajar situ huhu smga berjaya :D
All the best awak :) semoga cita-cita tercapai. Yang penting, semangat tu kena kuat dan jangan sekali-sekali putus asa. ^_^
baru 19 tahun
terima kasih azza
selamat datang mazni
terima kasih alis
eza pon sama ok....
Post a Comment