Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Sunday, December 25, 2011

ADAM ADLI BUAT LAPORAN POLIS SETELAH TERIMA UGUT JAHAT



KUALA LUMPUR 23 Dis. - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengutuk tindakan beberapa pihak yang mengecam dan membuat pelbagai ugutan jahat terhadap Adam Adli. Tindakan tersebut mencerminkan langkah tidak bertamadun dan menyanggah amalan demokrasi di Negara ini.




Walaupun menghormati pendirian dan kritikan membina, akan tetapi ianya dilihat semakin tidak terkawal setelah ada Adam mendakwa telah menerima pelbagai ugutan malah menuduh dengan pelbagai serangan moral mengaibkan beliau.








SMM dalam pada itu tetap bertegas dengan pendirian sebelum ini tidak akan membuat sebarang permohonan maaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.




Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan Pro Mahasiswa itu turut mendesak pihak polis mengambil langkah tegas terhadap pihak yang mengancam keselamatan Adam Adli.




Kenyataan ini dibuat setelah pihak SMM menghantar memorandum di Ibu Pejabat Dang Wangi di sini hari ini.




Isu Adam Adli menjadi perhatian setelah beliau didakwa merupakan mahasiswa yang Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak di hadapan PWTC  baru-baru ini.




Insiden tersebut berlaku ketika berlangsung perarakan bantahan AUKU yang melibatkan 300 Kumpulan Pro Mahasiswa menuju yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) .


sumber


*****************************************************************************

Komen teman, memang agak wajar Adam Adli membuat laporan polis demi keselamatan dirinya. Seperti mana yang telah diketahui ramai, Abang Ludah telah menyatakan ingin menampar individu yang menurunkan bendera PM kita. Menurut Qushairi, Abang Ludah kita ini  sebenarnya telah melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan, yang mana, menurut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, abang boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun beserta denda. Betul ke? Teman ni bukan tahu sangat undang-undang, seksyen-seksyen semua tu. Tapi rasanya memang betul la kan. Sebarang bentuk ugutan untuk mencedera adalah satu kesalahan kerana ianya berbentuk ancaman. Alah kiranya macam "Aku akan bunuh kau!". Walaupun belum membunuh, terbunuh dan dibunuh, ianya adalah satu ancaman dan keliahatan seperti gambaran perkara yang bakal berlaku. Barangkali laporan polis yang dibuat bukan dituju kepada Abang Ludah, kerana bukan dia seorang yang membuat ugutan tersebut.


Zaman sekarang ini ramai yang gila politik dan sanggup melakukan apa sahaja demi parti politik kesayangan mereka. Ramai juga yang membidas Adam Adli sebenarnya. Barangkali mereka itu semua sudah bekerjaya sedangkan Adam Adli masih menuntut di sebuah IPT. Jadi mereka menyatakan bahawa Adam Adli tidak perlu 'beria-ia' menegakkan hak mahasiswa dan aktif berpolitik sedangkan dia masih belajar dan ditanggung ibu bapanya.


Diharapkan isu ini akan reda segera dan mari kita sama-sama doakan keselamatan Adam Adli.




nota kaki: Ini adalah entri neutral. Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik

5 people drop their comments!:

hawiz said...

bagus..tindakan yg betol..

Unknown said...

demi keselamatan diri

ema said...

right action :)

Joe_Hans said...

Nie lar Malaysia... xhabis2.. Letih dah...hahahaha

Unknown said...

malaysia negaraku
haha

SPONSOR

Ad