Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Monday, September 26, 2011

Ponteng Kayak, Ponteng Puisi



Petang tadi habis kelas Business Mathematics sekitar jam 4. Kelas hari ini sekadar belajar Qd, Qs, equilibrium of demand and supply, additional taxes by government, quadratic function. Maths masih lagi cool. Boleh kata senang lagi. Semua ni macam nak refresh Matematik dan ekonomi waktu kat matrik dulu je. Yahoo!!!!!!!! Test 1 Rabu ni batal dan akan ditunda ke minggu yang akan datang. Hari ini ada 3 orang pelajar baru dalam kelas Maths. Semua perempuan. Tak cun pon. Seorang dari Saudi Arabia. Dua orang lagi mungkin local yang second intake, tak pun senior yang terpaksa repeat paper Business Mathematics. Sadis je bunyi kena repeat tu kan. Mudah-mudahan aku dapat buat yang terbaik dalam paper ni. Amin~~~~

Naik bas KDSE, turun depan Meranti. Kekeliruan gender sebentar. KDSE tu kolej perempuan. Nasib baik dalam bas tu ada sorang pak arab. Tak ada la segan sangat. Syakir punya idea la ni, malas sangat nak berjalan dari FPPSM ke Arked Meranti. Sampai Meranti, kena tunggu bas KDOJ pula. Salleh sempat lagi tapaw makanan. Hidup membujang la katakan. Kalau tak tapaw, makan kat kedai je la....



What? Malam ni ada Malam Puisi Riong di Festival Konvokesyen UTM. Sebagai salah seorang ahli pasukan puisi yang baru ditubuhkan, takkan aku tak pergi kot. Kesian la kat kawan-kawanyang dah buat persiapan selama ni. Sebenarnya aku sendiri tak dapat informasi. Handphone hilang waktu MTM dulu. Notebook pulak tak boleh buka Facebook. Dah macam duduk dala gua. Tak dapat nak berhubung dengan kawan-kawan. Kalau setakat nak berhubung satu dunia ni boleh lagi, sebab BLOG tak kena block pon. tu yang bahagia boleh update setiap hari.

Nak pergi ke tak ni? Kalau pegi Pesta Konvo, latihan kayak tak dapat nak pergi. Kalau turun training kayak, tak dapat buat persembahan pulak. Adoyai~~~ Last², semua aku tak pergi! Duduk dalam bilik, blogwalking, layan Yu Gi Oh kat Youtube je. Bahagia aku.tapi sampai sekarang aku masih bersalah. Kayak boleh lagi turun esok petang, tapi Malam Puisi Riong ni dah melepas.Takkan nak tunggu tahun depan kot? 



Dah la wartawan Berita Harian datang. Best la Syakir muka dia masuk paper esok lusa. Bila agaknya muka aku nak masuk paper ya..... Kepada orang Johor, apa kata komer tune sikit radio, ada siaran langsung tak silap. Tak pasti dalam radio apa. Kalau ada, ada la. Kalau tak ada, tak ada la.

nota kaki: dah berjaya muat turun filem Johny English Reborn. Sekarang tengah download game Yu Gi Oh Marik the Darkness. Minat giler aku kat anime ni. Nak layan movie dulu sebelum tidur.

15 people drop their comments!:

Ezad Skytech said...

Math best kot...aq mmg suka math..:D

Ezad Skytech said...

haa..macam mana ko boleh sesat naik bas tu...? hee~ nasib baik ada geng..kalau sorang2..haha~

Ezad Skytech said...

hee..da hidup bujang ni..mmg keje tapaw je la..nak masak..mmg tak berasap la dapur tu..:D

Ezad Skytech said...

la..last2 semua ko tak pergi...patutnya pergi la salah satu..kan da melepas..

Unknown said...

kitorang memang sengaja naik bas tu....senang awal sampai meranti....nak tunggu bas kolej kami lambat lagi....lagipon KDSE dengan KDOJ satu jalan je.....

Unknown said...

senang hati tak pegi dua2.....tak ada la mana2 pihak yang makan hati....biar balance.....hahahahahahaha

Syazwan Che Deraman said...

hahaha.
direct to the point.
tak lawa pon.
heeh.
minah arab tu..takkan tak berkenan?.

goodluck wey.

Umie Nadhirah said...

tak lama lagi muka kau la kat harian metro..

kalau..


lu mahu merompak ngan gua,haha..

Unknown said...

erk.....dah bagi warning awal2.....
mana berani nak rompak dah....

Unknown said...

syazwan kau terlalu jujur
kejam! kejam! kejam!

IMANSHAH said...

suka aku baca dan dengar puisi

ciK LyndaWawa said...

pegi tak?letak gambar di next entry...=]

Unknown said...

hahahahaha
tak pegi pun.....

eddy syrol said...

math best tp susah... kayak sgt syok oo..puisi buat aku rasa cam mengimbau kenangan lama (tetibe)...

Unknown said...

hahahaha
takde kaitan langsung....

SPONSOR

Ad