Kalau tadi Afiqah dilema mengenai kisah cintanya dengan si A, tetapi aku yakin dan pasti(CONFIRM!) jodoh aku sememangnya adalah A! Oh A, aku cintan sama mu. Tidak kan ku tolak takdir ini. Saya sayang awak. Awak sayang saya tak? Tak? Ah engkau nak kena debik dengan aku ke?
Apa aku mencarut ni? Ah sila muntah hijau macam Palapes selalu kena kemudian gelak ketawa guling-guling sampai pecah perut. Huh tak ada maknanya aku nak miang serai kat sini. A stand for Ahmad, not Afiqah! Ah nanti tak pasal-pasal keluar gosip panas aku cintan-cinton dengan dia. Hahahahaha~~~~
Ya, A untuk Ahmad! Kau ingat aku gay(gembira) ke? Ahmad tu nama aku la! Tau la ada lagu Ahmad yang entah apa-apa tu. Tapi aku layan je. Ah ah ah ah ah Ahmad~~~~~
Terima kasih kepada kakak aku yang telah bagi nama ni kat aku 19 tahun yang lepas. Mungkin masa tu mak bapak aku tak ada idea kot nak bagi nama kat aku. Alhamdulillah, dengan nama Ahmad(yang terpuji) ini, nama aku sentiasa berada di hadapan. Senang nak beratur dalam semua kes.
UPSR tahun 2004 nombor giliran aku adalah 002. Orang kedua wo. Depan aku Ahmad Fais no. 1. Hahaha masuk-masuk je dewan peperiksaan terus duduk. Senang hati. Tak perlu nak pusing satu dewan cari tempat duduk.
PMR tahun 2007 nombor giliran aku adalah 001! Kebetulan 3 KAA adalah kelas yang pertama, dan nama aku yang pertama! Walawey~~~ Sampaikan pegawai peperiksaan tu pon boleh kenal aku(sedara jauh).
Matrikulasi sesi 2010/2011 no matrik disusun melalui nama. Fuh nampaknya aku bukan orang yang pertama lagi. Walaupun waktu exam masih dapat baris yang pertama, tapi kat depan aku ada lagi ramai A A A A A A A. But still, nama aku no.2 dalam kelas. Ahmad Hafiz no.1. Nombor matrik dia pon atas aku. Maka secara automatiknya dia duduk depan aku sewaktu exam UPS dan PSPM.
Sekarang apa cer? Walawey~~~~ Nampaknya fenomena awal dan pertama tak akn pernah lekang dari Ahmad. Nombor matrik 0001. Orang pertama dalam fakulti! Shoot! Kena duduk depan lagi.
Ah tak kisah la orang pertama atau terakhir. Semua ini takdir yang Allah tetapkan. kan aku dah kabo tadi, memang soheh jodoh aku dengan si A kan. Hehehehe~~
nota kaki: bersyukur dengan semua yang ada
0 people drop their comments!:
Post a Comment