Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Tuesday, September 27, 2011

Apa sudah jadi?

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Malam ni nak taip entri pendek je. Pageview hari ni agak sengal 60+++ je, mungkin kerana aku sendiri tak update entri yang boleh menarik hati korang untuk singgah. Hari ini sibuk danteramat lah busy ya amat. Tadi jam 3 petang habis je kelas Math, terus balik kolej. Jam 5 petang pula ada latihan kayak.

Mungkin gara-gara berkipas(ligat sampai nak tercabut dari syiling) terlalu lama, cuaca badan pun macam nak mendung(ayat orang sastera). Dalam keadaan separa sihat, turun juga latihan. Hari ni tak turun air pun. Buat latihan darat je. Padan muka kau, siapa suruh semalam tak turun. Geng pendidikan yang turun Jumaat lepas seorang pun tak ada. hari ni ada 2 orang baru dari Kolej Perdana(KP). Nampaknya mereka ni student CS software lagi. Mungkin diorang boleh bukak kedai repair komputer sendiri kot. Hahahahaha~~~

"balik ni main pinggang je. Kalau rajin, perut pun jadi cantik"
Ayat di atas mungkin korang boleh try kat rumah. Nak berkayak ni bukannya senang. Peranan pinggang amatlah penting. Macam nak main hulahup plak aku ni. Bas hari ni semuanya lambat macam siput sedut semuanya. Balik je terus rasa nak memengsankan diri. Sakit kepala. Headache. Serius tak tipu. Sejam la jugak berjaya lelap. Nasib baik sempat tempah nasi goreng cina kat kawan beli kat Student Corner. Habis makan baru online.

Lepas ni nak telan paracetamol 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9  bijik biar lega sakit kepala ni. Bahu ni macam nak tercabut je. Tadi mendayung tak sudah. Ternyata masalah utama aku adalah pinggang tak ikut rentak dengan hayunan tangan. Ok sampai sini je. 

Wassalamu~~~

nota kaki: kena study Maths sebelum tidur, Esok pagi jam 11 ada Quiz 1

4 people drop their comments!:

Rean said...

penat woo mendayung, stamina kena tinggi..

Unknown said...

memang penat wo.....lenguh dah bahu ni.....

Zahirah said...

berkayak. wuuuu.. nampak dah hari tu. haha. eh, untunglah lecturer bagitahu bila quiz. kitorang tak tahu pun. tup tup terus quiz. sendiri mau jawablah kan. haha

Unknown said...

hira: kami test dgn quiz dah bgtau siap.....

awak datang utm sabtu kan...saya tak training hari tu....

SPONSOR

Ad