Petang tadi habis kelas Business Mathematics sekitar jam 4. Kelas hari ini sekadar belajar Qd, Qs, equilibrium of demand and supply, additional taxes by government, quadratic function. Maths masih lagi cool. Boleh kata senang lagi. Semua ni macam nak refresh Matematik dan ekonomi waktu kat matrik dulu je. Yahoo!!!!!!!! Test 1 Rabu ni batal dan akan ditunda ke minggu yang akan datang. Hari ini ada 3 orang pelajar baru dalam kelas Maths. Semua perempuan. Tak cun pon. Seorang dari Saudi Arabia. Dua orang lagi mungkin local yang second intake, tak pun senior yang terpaksa repeat paper Business Mathematics. Sadis je bunyi kena repeat tu kan. Mudah-mudahan aku dapat buat yang terbaik dalam paper ni. Amin~~~~
Naik bas KDSE, turun depan Meranti. Kekeliruan gender sebentar. KDSE tu kolej perempuan. Nasib baik dalam bas tu ada sorang pak arab. Tak ada la segan sangat. Syakir punya idea la ni, malas sangat nak berjalan dari FPPSM ke Arked Meranti. Sampai Meranti, kena tunggu bas KDOJ pula. Salleh sempat lagi tapaw makanan. Hidup membujang la katakan. Kalau tak tapaw, makan kat kedai je la....

What? Malam ni ada Malam Puisi Riong di Festival Konvokesyen UTM. Sebagai salah seorang ahli pasukan puisi yang baru ditubuhkan, takkan aku tak pergi kot. Kesian la kat kawan-kawanyang dah buat persiapan selama ni. Sebenarnya aku sendiri tak dapat informasi. Handphone hilang waktu MTM dulu. Notebook pulak tak boleh buka Facebook. Dah macam duduk dala gua. Tak dapat nak berhubung dengan kawan-kawan. Kalau setakat nak berhubung satu dunia ni boleh lagi, sebab BLOG tak kena block pon. tu yang bahagia boleh update setiap hari.
Nak pergi ke tak ni? Kalau pegi Pesta Konvo, latihan kayak tak dapat nak pergi. Kalau turun training kayak, tak dapat buat persembahan pulak. Adoyai~~~ Last², semua aku tak pergi! Duduk dalam bilik, blogwalking, layan Yu Gi Oh kat Youtube je. Bahagia aku.tapi sampai sekarang aku masih bersalah. Kayak boleh lagi turun esok petang, tapi Malam Puisi Riong ni dah melepas.Takkan nak tunggu tahun depan kot?
Dah la wartawan Berita Harian datang. Best la Syakir muka dia masuk paper esok lusa. Bila agaknya muka aku nak masuk paper ya..... Kepada orang Johor, apa kata komer tune sikit radio, ada siaran langsung tak silap. Tak pasti dalam radio apa. Kalau ada, ada la. Kalau tak ada, tak ada la.
nota kaki: dah berjaya muat turun filem Johny English Reborn. Sekarang tengah download game Yu Gi Oh Marik the Darkness. Minat giler aku kat anime ni. Nak layan movie dulu sebelum tidur.

