Ad

Nuffnang Ads

My Friends

Showing posts with label perakaunan. Show all posts
Showing posts with label perakaunan. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Pulang Ke Kampung Halaman


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Malam ini jam 10 malam teman akan bertolak balik dari Sri Putri ke Teluk Intan. Harga tiket RM48 dengan bas MAJU. Perjalanan sekitar 6 jam. Maka sekitar 4 pagi teman akan sampai di Terminal Bas Bandar Baru Teluk Intan, Perak.

Teman taknak naik bas LPMS RM55 turun Hutan Melintang lagi dah. Macam minggu lepas, teman nyaris kena kejar dengan anjing 3 kali. bayangkan jam 4 pagi, jalan pun lengang tak ada orang, tiba-tiba ada anjing menyalak nak kejar kita. Seriau weh~~~~ Rasa macam nak menangis je masa tu.




Satu beg kain baju, satu lagi beg hiking dah siap untuk diangkut. Tapi ada lagi beg kecik sumbat kamera & netbook dan satu beg plastik berisi kasut. Beg besar-besar ni teman letak kat bawah je. Beg kecil bolehlah naik atas. Seat 4A ni rasanya single seat. Jadi tak risau la kalau nak tengok movie, tengok cerita, dengar lagu mahupun makan dalam bas nanti. Netbook ni kena la cas kasi penuh bateri. Tak ada la kebosanan dalam bas nanti. Tapi rasanya dalam bas nanti confirm tidur je. Tak sampai setengah jam, dah berhenti di Yong Peng. tak sempat nak tidur pun.

Mungkin nanti bas akan berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Puduraya. Itupun kalau ada orang nak turun di situ atau naik balik ke teluk Intan. Masuk je di Perak, nanti berhenti pula di Slim River. Biarlah lambat, banyak berhenti, asalkan selamat perjalanan. takut-takut pemandu bas yang kepenatan pula nanti. taknak la kan terlibat dengan kemalangan. Moga selamat perjalanan nanti. amin.

Rasanya ini entri terakhir buat masa ini. Memang susah teman nak online cuti ni sebab kat rumah tak ada internet. Jadi blog ini kemungkinan besar akan di tinggalkan untuk 2 bulan. Memang baki cuti 2 bulan pun. Sepetember nanti baru kembali ke Johor semula. Baru dapat akses penuh internet. baru boleh online. hehehehe.

Doakan teman selamat perjalanan ya. Amin amin ya robbal alamain.

Selamat tinggal. Wassalam.


Saturday, July 9, 2011

Kalau aku bukan Student, aku adalah seorang Accountant Assistant


Ya! Kalau aku bukan seorang pelajar @ student, aku adalah seorang pembantu akauntan @ accountant assistant! Kenapa? Why?

Ok, ceritanya begini, Jun 2010(tahun lepas) aku telah ditawarkan program Certified Accounting Technician(CAT) di Institut profesional Baitulmal(IPB). Boleh klik SINI kalau tak tau lebih lanjut. CAT ni adalah sijil profesional. Setelah diiktiraf ahli CAT, aku boleh letak CAT ni kat hujung nama aku. Tak boleh bayang? alah macam profesor letak PhD kat hujung nama diorang tu la..... Hah dah nampak kan..... Hahahaha..... Lagi satu CAT ni melayakkan aku untuk menjadi seorang pembantu akauntan.... Bukan akauntan la.... Kalau nak jadi akauntan kena lulus ACCA(boleh Google kalau tak faham) la..... Sebelum tu kena ada degree dalam Accounting..... Kiranya kalau aku dapat ACCA ni, cita-cita aku nak jadi akauntan hampir tercapai la.... Sebab lepas dapat CAT, alu boleh terus sambung ACCA Tahap 2..... 

Tapi semua tu tak terjadi.....Kenapa? Boleh baca kat SINI. Tapi takpe aku taip jugak. hahahahaha.... Sebabnya aku adalah seorang anak yang baik, yang dengar kata mak..... Mak aku suruh stay kat matrik je.... Sekarang dah habis matrik pun..... Tengah tunggu nak sambung degree.....15 Julai depan keputusan UPU keluar..... Nanti aku tau la nak dapat sambung universiti mana..... Dapat program apa..... Sabar..... Sabar...... Seminggu je lagi.......

Kalau nak join contest ni, boleh klik SINI.

SPONSOR

Ad