PERHATIAN: ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN TRANSFORMER, OPTIMUS PRIME, BUMBLEBEE, BOBOIBOY, AMALINA DANGDUT MAHUPUN PARTI POLITIK YANG TIADA KAITAN SAMA SEKALI.
Malam semalam teman punya la semangat korek-korek Uncle Google punya usus, nak cari template yang cool lagi cantik. Jumpa dah 2, 3 kucing berlari. Aisehmen...... Sekali wordpress punya da..... Memang la blogger boleh guna je template dari wordpress, tapi masalahnya tak boleh nak edit bahagian layout, width, panjang, lebar dan lain-lain yang bersangkutan dengannya. Setelah fed up dengan situasi berkenaan, maka teman teman cuba untuk mengsetiakan diri dengan template biru yang dah berbulan teman guna ni.
Abaikan buku Business Accounting PEARSON Cetakan 2011 tersebut. Sila zoom ke dalam dekstop tersebut. Ya, itulah template dan theme yang teman guna selama ini. Akhirnya teman terpaksa juga say hai hai bye bye kepadanya. Setelah penat bereksperimentasi sepanjang petang tadi, akhirnya teman berjaya menjumpai template yang masuk dengan jiwa teman.
Bukan susah mana pon nak cari. Macam sebelum ini, teman guna je template blogger yang sedia ada untuk dipilih. Kan mudah.......... Tak payah nak pening-pening muntah sana sini macam perempuan mengandung. Eh tak ada kaitan pun?
Sebenarnya selama teman memang nak tukar template yang cool putih macam ni. Background je la yang putih. Belakang tu ada lagi gambar. Blur blur warna biru, masuk lagi dengan header teman kan. InsyaAllah habis exam ini, teman nak mintak tolong member buatkan header baru yang masuk lagi secocok dengan template baru ni. Nak kasi mesra alam sikit. tu pun kalau kawan tu nak tolong kan..... Jeles juga tengok kawan blogger lain yang guna template & theme biasa je, tapi hasilnya very cool bebeh. Nampaknya hasrat tersebut masih belum tercapai. InsyaAllah nanti jumpa la tu.....
Blog punya pasal, habis tak study. Adoyai~~~ Eh bukan tak study langsung ya. Siang tadi ada kena siapkan assignment group untuk Principle of Marketing. Individual report pon tak siap lagi. Alahai~~~ Dah la esok nak kena hantar. Satu lagi naya, paper esok petang tapi tak habis study lagi. Paper semalam dah loser gila-gila, tak nak lah berulang ke hari esok pula.....
"Ahmad awak boleh buat!"
"Good luck bro Haziq!"
"InsyaAllah, kamu dapat jawab dengan baik. Kami mendoakan kejayaanmu Azlan"
Amin..............................
11 people drop their comments!:
cik doakan azlan ye..buat leklok..amin :)
terima kasih cik teddy
ko pown sama cam aku...balik2 pakai template biasa jer...sng ckit nak alter...template yg carik kat tenet suma payah nk alter...
ak pown ingat nak ubah gak template aku...da buhsan ler plak...ko try tgk template nih...rasa cam nk pakai yg nih...ni blog aku jugak...dalam pembikinan lagik...tema kaler ijau kuning sbb ak org kedah...hahaha
http://bunksart.blogspot.com/
kalo ko tgk pronounciation dia cam "bangsat" kan...ok tak??..
BUNKSart cantik weh..... color tu masuk je sebab semua garang tambah dengan color hitam sebagai background. boleh kata seimbang la.
huyo sampai 3 blog dah ni.... eh ni bukan template wordpress ke?
yg sekarng pon cool..
tak cool mana pon...
hoho. template aku xpnh tukar dr dulu.. hahahahhah
jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html
patut pon tak pernah tukar... template cantik dah pon....
*dah baca dan komen
hehe. dah baca dan komen anda dibalas.. tq sudi komen..=)
dan minta maaf andai tersalah bahasa..
patut la masa aq masuk tadi terasa lain...rupanya template da berubah....:D
#aq pun da lama tak tukar2 template ni...heee~
hahahaha
baru perasan ke
Post a Comment