Sebenarnya teman teramatlah tidak sihat hari ini. Tu pasal entri hari ini tak ada karangan. Semuanya gambar-gambar je. Teman ada dua kertas lagi. Esok petang ada Critical & Creative Thinking (CCT). Apa benda tu? Alah yang teman semangat buat video sebelum ni la.... Contohnya ada dalam entri INI. Lokasi di KTHO. 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Nama pun kreatif kan. Soalan-soalan esok mesti kreatif tahap dewa dewi punya. Kejap tadi baru teringat yang esok kena bawa pensel atau pen warna. Sah! Ni mesti ada kena buat mind mapping! Alamak tak ada colour pulak. Setakat highlighter memang colourful la.... HEHEHE Maka teman dengan segera capai telefon bimbit lalu menghantar SMS kepada insan-insan yang bajet ada.
Tanya student perakaunan: Dah hilang kat stadium dulu.
Tanya student psikologi: Pen biru, hitam, merah ada la. Budak kelas aku tak ada punya
Try tanya budak pendidikan je la senang. Diorang bakal-bakal cikgu ni mesti tangan seni semua kan. Tup tup dapat la pinjam dari student pendidikan mekanikal. Bilik dia dah la tingkat 6. Teman ni Tingkat 1 je. Dengan badan yang tak berapa nak lalu, gagahkan diri juga la tekan punat lif tu naik atas. Member tu pun macam terkesima semacam je. Ye la, malam-malam pakai sweater sukan. Gilo gapo?
Mungkinkah teman perlu buat mind mapping seperti di atas. Walawey~~~ Janganlah kau.... Teman ni bukan tangan seni sangat pon..... Tak habis study lagi ni. Baru baca separuh. Mana nak ada calculation pakai calculator semua tu. Kami semuanya teori. Dah macam belajar psikologi pon ada. Memang ada kaitan pun. Semester depan student psikologi pula yang kena ambil subjek ni.
Dulu tengok carry mark, tak berapa nak tinggi. Komer doakanlah teman ya.... Harap-harap dapatlah B dan ke atas.... Amin......
nota kaki: dah telan paracetamol 2 biji. Jom tidur!
4 people drop their comments!:
hikhik...gudluck ye..:)
TQ
:)
Good Luck yea. jgn lupa bawak semua alat-alatan penting masuk dewan periksa. lamanya tak amik final, taknak ulang balik dah
susah wo tadi
Post a Comment